Belajar ber'karaoke'


Selepas kecewa 2 hari lepas tak dapat pegi karaoke hari ini menjadi juga kitaorang karaoke kat Redbox Ria Sogo. Hari ni rasa mcm nak pegi atau tidak pegi karaoke tu tapi akhirnya jadi pulak. haha.....pagi tadi lepas ber YM dengan kawan2 mulanya semua tak jadi. Kecuali c mary saja yg jadi. So, dia yg urus tempahan tu. Dia tempah kat the garden dan kat sogo.

hihihi...aku dan kawan ku larry bergegas pegi kat Redbox the garden utk menyanyi. Tempahan dibuat utk jam 3pm. Tapi..malangnya sebab harganya sangat mahal iaitu Rm30. Baru teringat..rupanya Student kad tak boleh guna. Sebab..rupanya cuti sekolah!!! Siut betoll....

Terus harapan kedua pulak adalah kat Redbox Ria Sogo. kat sana da kami da tempah untuk jam4pm. Untuk memudahkan...cik mary telah call terlebih dahulu kat sana utk memastikan harga. Then, hanya Rm20+++. Ok lah tu berbanding kat The Garden. Apa lagi kami pun terus naik KTM dari Mid ke Stesen Bank Negara. Senang sikit sebab ia terus ke Sogo. Tambang cuma rm1 je..hihi..

Well, Cik mary cakap ada orang lain lagi yg nak join pegi karaoke. Tapi masih dalam rahsia. Em..lantak la sape yg dia nak ajak pun. kami menepati masa dengan sampai di pintu registration tepat jam 4. Seperti biasa..selama 3jam tempoh masa karaoke jadi habis masa pada jam 7. habis la suara mcm ni..hihii

Larry mmg hebat nyanyi...

Ok..kami dapat bilik No. 10. Besar juga bilik tu. Mmg untung sangat. Boleh joget2..wakakaka... (aku tak biasa joget pun). Terlebih dahulu kami ambil makanan dan minuman yg unlimited kat sana. Amik apa saja yg penting masih ada kerna sudah termasuk dalam pekej. Lagu pertama dinyanyikan oleh cik mary. Dia yg kasi rasmi dengan menyanyi lagu best2.

Then..nyanyi punya nyanyi tetiba ada orang datang. Jam di handphone ku menunjukkan jam 4.35pm. Em...rupanya orang yg nak join tu adalah c Mun dan seorang lagi c Sharifah. Lambat dorang datang. Tapi ok juga lah. banyak masa lagi. Masa pagi tu ada YM dorang tak nak datang. Well thanks kerna memeriahkan suasana. So, kami hanya berlima sahaja.

Kebetulan Cik Mary ada membawa laptop. Sememangnya Redbox ada menyediakan perkhidmatan Hi-Fi. So, aku dapat surf internet. Sambil karaoke sambil YM. Siap buat Confrence dengan kakak, adik nicky dan Collen. Dorang tak percaya aku kat sogo pulak tu..hehehe...

Paling best...suara2 artis ni mmg pandai menyanyi la...ada juga beberapa orang tu malu2 lagi. Terus..suara ada sumbeng skit...jgn marah bah..hehe.. Aku suka bila nyanyi duet tu. menghayati konon lah. hehe...lain kali kita duet lagi.



zir, mary, mun, sharifah sedang nyanyi..

Yg lawaknya...tengah syok2 si Larry nyanyi lagi Kejoraku bersatu dah masuk chorus da tu. Lepas tu orang tu nyanyi dengan penuh menghayti sambil tutup mata lagi konon..tetiba Cik Mary dengan selambanya....tertekan butang STOP dan lagu tu terus stop juga la. Apa lagi c Larry pun mengamuk juga sikit..lagu kegamaran dia kena stop..wakaka...nasib baik dia tak nangis. hahaha...tapi, 5minit sebelum jam 7 dia sempat nyanyi semula lagi sehingga habis. Kesian ba...

Lepas tu kami keluar lah dari bilik tu. Mcm mau habis suara sudah pulak c mary dan mun ni. C sharifah relax saja. Sebab dia tak banyak nyanyi. Masa kat luar tu kami tak balik terus. tapi singgah ada tugas lain iaitu utk mencari kasut utk c Sharifah pakai time interview jadi Kurotor. Dia interview kat Swk. Alamak...terpaksa lah dia balik Swk lagi. Pada hal...dia belum sampai sebulan kat KL. Ulang alik dia oh Kuching-KL. hihi..Semoga berjaya ye Sharifah!!!.

Kami pulang naik KTM dan turun kat Stesen Angkasapuri. Then naik teksi ke rumah. Tapi, aku dan larry singgah sebentar di medan selera kat bukit angkasa tu. makan, minum dan sembang2.. Sedap juga makan Bihun campur sup ayam dan Mee bandung. hehe..lama sudah tak makan tu. Hari ni termakan juga. C mun, mary, sharifah pun makan juga. Lapar betul dorang...jauh perjalanan bah. banyak juga la cerita...terungkit pulak masa mula2 masuk kat UM tu. Rupanya aku, mary, sharifah sama2 menunggu bas ke UM masa tu. Berbagai kisah jenaka pulak tu..hahaha...tak kering gusi mendengarnya.

Sembang2 punya sembang ngantuk pulak. jam di handphone ku sudah menunjukkan jam 11.50malam. Mmg masa untuk pulang rumah.

1 Comment:

  1. kyro said...
    adehh...barabis kau momiansau boh...hehehe

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every