28 Jun 2009, Ahad

Honestly, sy tidak menonton Bintang RTM or Mentor yang disiarkan pada malam ini (ahad). Bukan apa, tapi sy pegi tengok wayang di Mid Valey. Tengok Transformers konon. Sampai sy terlupa yang malam ini ada show Tv yang sepatutnya sy kena tengok. Tapi apa boleh buat sebab sy sudah janji dengan kawan2 untuk mau tgk Transformers bersama mereka. Nanti dorang kecewa kalau sy tidak ikut dorang bah. heheehe...Tapi nda apa.. nanti ada juga orang yang akan upload persembahan BRTM dan Mentor di Youtube tu kan. Dan mesti kena ulang siar juga. Mesti dapat tengok punya lah.

Lepas tengok wayang kami p makan Chicken Rice dan cuci mata di kedai2 di Robinsons, Isetan, Metrojaya dan wajib pegi di Jusco dan Carefour.. heheh... ermm... kawan sy beli skin care harga dia hampir rm400. aduiii terkejut sy oh... satu set juga dia beli tu sebab mahal. sy tengok saja dia beli. Sedangkan sy beli yang murah2 saja. Malas bah muka ni banyak jerawattt!!! hahaha.
Sebelum balik rumah kami lepak minum2 Kopi.

Sempat juga sy call out tanya khabar di kampung. Semua ok bilang kakak sy. Ingat mau sembang sama anak buah sy tapi dorang sudah tidur. besok mau sekolah kan so dorang kena tidur awal. huhu..

Sy sampai rumah dalam jam 10.20mlm mcm. Ngam2 pengumuman pemenang untuk BRTM 2009. Keptusannya seperti di bawah:

Keputusan Final Bintang RTM 2009:

Pemenang dan Hadiah Wang:
Johan- Erni - KL = Rm 20,000
Naib Johan - Jo-Anna - Sabah = Rm 15,000
Ketiga - Fatin - Johor = Rm 10,000
Persembahan Terbaik - Jo-Anna = Rm 5,000
Bintang Paling Popular - Jo-Anna = Rm 5,000

(wah.. banyaknya wang mereka ni... blanje la aku...hehehehe)
Congrats to Jo-Anna!!!!!Btw, Congrats to Jo-Anne sebab menyapu hampir kesemua hadiah. Naib Johan pun ok. Lagi pun, Jo-Anna berjaya menaikkan rating RTM. Sebelum BRTM berlangsung pun Jo-Anna sudah menjadi bualan ramai. Jo-Anna boleh pergi jauh lagi. All the best!!! Dua lagi finalis dari Sabah iaitu Ikbal dan Nizam hanya mendapat saguhati. Tapi layak ke final sudah cukup bagus tu. huhu

Semantara Mentor pula Thye pula yang tersingkir. Mujur masih ada Chaq lagi yang stay. Saingan si Black tu. huhu..

Kini, Mentor jadi sandaran?? hehehe

Influenza : Dua kelas SMK Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup

PUTRAJAYA: Dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup semalam berikutan penularan Influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan, membabitkan 125 murid dan guru diarah untuk kuarantin di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga pukul 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian dilaporkan.

Mohd Ismail berkata 14 kes baru itu adalah 10 kes melibatkan warganegara Malaysia dan empat melibatkan warga asing, Australia (tiga) dan Filipina (satu).

Katanya 13 kes import melibatkan mereka yang melawat bandar di negara terjejas dengan wabak H1N1 iaitu Melbourne (5), London (3), Phuket (2), Manila (1), Istanbul (1) dan Singapura (1) manakala satu kes jangkitan tempatan melibatkan kes warga tempatan.

Beliau berkata jumlah sekolah atau institusi latihan yang sedang dikenakan tindakan tutup keseluruhan sekolah kekal empat buah, melibatkan 2,300 pelajar, guru dan petugas.

Katanya jumlah murid yang terlibat dalam penutupan kelas termasuk dua kelas yang ditutup selama tujuh hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ialah seramai 625 orang.

Semua ibubapa hendaklah memastikan anak-anak mereka yang dikenakan tindakan kuarantin di rumah berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam bagi mengelak berlakunya jangkitan tempatan.

Sumber : mStar.com

Ridah - Lugai-Lugai

Best juga lagu ni... sebagai orang yg satu daerah dengan c Ridah (em.. sebelah kampung saja bah..) kita harus support bersama. Semoga Ridah akan terus maju ok.

20 Jun 2009, Sabtu.
erm... terima kasih la siapa yg ajak aku p genting tu. hehe..
Pegi genting kami pakai pakej yang dibeli di KL Sentral. Harganya cuma Rm42. (Tambang bas pulang balik, Skyway, dan All Parks). Tapi yang spoil nya bas nak ke genting yang tinggal cuma pada jam 12.00tengah hari. Alamak.. tapi tak apa sebab nasib baik member bawa kereta. Apa lagi c farhan dan zali jadi driver. huhu.. satu kereta muat 5 orang. aku naik kereta farhan. hehe..

Memandangkan pakai kereta sendiri makan kami pun jalan awal la. Awal pagi lagi sudah bangun bersiap2. then, jam 8.30 mcm tu kami bertolak pegi genting. Nasib baik driver kami yg hensem ni tahu jalan. tak juga sesat. Dia cakap ni first time dia pegi genting.

Walaupun sudah berkali-kali ke genting tapi atas kali ini situasinya lain pulak. Apa tidaknya.. kawan UM ajak pegi ramai2 pulak. Peluang tidak dilepaskan lah. Walaupun begitu ada beberapa orang kawan tak dapat pegi. C dayang masa tu masih kat Sarawak. Punyalah marah giler dia tak dapat ikut.

Seramai 10 orang yang pegi. Diriku, mary, midau, Mun, zali, Don, Farhan, Didie, Ee,Mai. Ni semua geng2 kuat ni. Mereka semua sedang amik master kat UM, kecuali Ee( iaitu tunang Didie yg kebetulan bercuti di KL.)

Mereka memang lawak lah. Ada2 saja yang lawak. hahahahhaa... ermm... seorang satu bawak camera digital. So, camera aku fokus utk record video saja. hehe.. (kalau da siap edit aku nak upload kat Youtube.. hehe..)

10 perkara penting:
1. Nasib baik tak sesat di Genting.
2. C didie tiba2 glamer sebab masa naik space shoot tu dia paling kuat menjerit. orang ramai terpegun mendengar jeritan suaranya. hehe
3. Masa naik roler coster tu aku buat2 jerit2 jer. tak sangka telinga c zali hampir pekak. haha...
4. awal pagi sampai kat Genting kitaorang breakfast nasi lemak lauk ayam. Makan kat tempat duduk tu je. hehe..
5. haha.. c midau marah sebab tidak diajak makan di buger king. terus dia bawa aku n mary makan kfc. hehe (jangan ko marah bah midau..)
6. alamak... masa naik sky cable tu aku sepatutnya join dorang c farhan. Tapi tersesat pulak join ngan didie dan tunang dia c Ee. Sorry menganggu korang berdua pulak. hehe..
7. Masa kat genting ada pameran ular sawa jinak danIgauana. Boleh bergambar dengan membayar rm15. C midau fobia sangat ular. Dr jauh lagi sudah dia melarikan diri. haha..
8. Masa naik Bot Sungai Rejang tu kami aku menjerit kononn. lepas tu basah pula kena air.
9. Semua rasa tak puas. sudah pukul 9malam masih ada hati mau main permainan lagi.
10. Masa perjalanan pulang ke KL sikit lagi accident. Nasib baik driver hebat kawal keadaan dengan menekan brek. Kereta zali pula keluar asap. huhu..

To Didie.. baik2 kat Filipine tu. ok.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

Blogger Template | Created by Adam Every