8 Mei 2010, Konsert Kelapan AF8.

Wah... konsert semalam semua pelajar buktikan kehebatan. Semua aku puas hati ar. Vocal semua terserlah. Paling penting Maulana, Adira membuktikan mereka dapat membawakan lagu rock walaupun tak ngam dengan genre suara mereka. Dah tugasan yg diberikan mcm tu so kena nyanyi lah. Tapi sangat2 tidak mengecewakan. Apa pun Ain paling mentap malam tu. Best la Ain main gitar kan.

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu kelapan
DAUS – Puspa (ST12)
Wah tak sangka Daus dapat bawa lagi ni dengan cukup baik sekali. Persembahan juga bagus. Daus sempat usik2 semua pengkritik lagi. Tahniah dapat 2 lampu hijau. Berdasarkan konsert setiap minggu.. Daus tak konsisten. So tak sure dapat masuk final atau tidak.

AIN – Suci Dalam Debu (Iklim)
Persembahan terbaik pada malam ni adalah Ain. Sangat2 baik dengan alunan vocal dan petikan gitar dr Ain membuktikan bahawa Ain mmg layak ke final bersama2 Adira dan Maulana. Sejak konsert tirai lagi Ain membuktikan kehebatannya. Secara keseluruhan nyanyian Ain konsistent. Tahniah dapat 2 Lampu Hijau.

IWAN – Lihat Cara Dia Memandangku (Bre)
Persembahan Iwan juga sangat best. Dengan bantuan maiming band yg mengiringi persembahan Iwan menampakan sangat menarik. si Daus bukan main lagi maiming main drum walaupun tak ada padel. ahhahha. dapat 1 lampu hijau. Tak sure dapat masuk final ke tak. Nasib2 je kot.



ADIRA – Kitalah Bintang (Ella)
Adira membuat persembahan sangat bertenaga!. Kawalan vocal yg cukup mantap sememangnya membuktikan Adira adalah pelajar bakal juara. Sejak minggu pertama lagi Adira telah memukau dengan suaranya. Konsisten gitu. kenapa dapat 1 lampu hijau saja? walaupun mendapat pujian. Ini disebabkan pengkritik merasakan Adira tidak sesuai nyanyi lagu rock tetapi sesuai dengan balada.

FARINA – Selanjur Bercinta (Aishah)
Farina pelajar yang ditunggu akan tersingkir. Memang tak terkejut kalau dia tersingkir. Sebab sblm ni pun dia hampir2 tersingkir. Walaubagaimana pun Farina keluar dengan bermaruah. Sebab lontaran vocal nya untuk lagu ni sangat bagus walaupun feel kurang. 1 Lampu hijau.

MAULANA – Gerimis (Visa)
Selepas dikritik kerna selalu dapat lagu jazz maka pihak produksi bagi lagu rock untuk Maulana. High note lagu ni mmg mencabar juga lah. Maulana ni lagi kesian sebab dikritik oleh pengkritik. Pedas pulak tu. Dan tak dapat lampu hijau. hehe. Dia sama juga mcm Adira.. pengkritik rasa Maulana tak sesuai nyanyi lagu rock mcm ni. Tapi apa boleh buat... memang ini dah tugasan kan. Maulana, Ain dan Adira mmg ke final ar.


Kejutan AFmasuk Af8
Tolonglah... tak terkejut pun. Sebab mmg da jangka awal. hahhaa. Malah Farina tersingkir pun mmg da dijangka. ke mmg dah dirancang? kan. aheheehhe. Secara peribadi aku tak menyokong adanya AFmasuk ni. Kalau dah terkeluar biarlah da terkeluar. Kat luar tu pun kalau mmg bakat ada mmg meletup gak kan. Apa leh buat... peminat2 kat luar sana dah riuh. Dorang nak sangat Shahir dimasukkan semula..Apa pun tunggu dan lihat je siapa yg akan dimasukkan. kalau tetiba Ema atau Shah yg dapat... nangis semua kot. hahaha.


My Ranking Konsert kelapan AF8: 1.Ain 2. Adira 3. Daus 4. Iwan 5. Maulana 6. Farina
Babay Farina.

Harapan supaya Nad tersingkir menjadi kenyataan
Aduh. Akhirnya Nad tersingkir pada minggu keenam. Itulah yang aku nampak kat mana2. Prestasi Nad yang tidak menyerlah membuatkan orang ramai tidak yakin dengan kemampuan Nad dalam AF8. Tapi Kalau si Nad jadi pelakon atau pengacara memang besar sekali peluang dia. hehe. Masa debaran Af8 tu mmg berdebar2 juga bila 3 perserta terendah diumumkan. Nasib baik Nad yang tersingkir. hehe. Langsung tak sedih. ahahhahhaaha.

Tak Sanggka Shahir tersinggkir di minggu ketujuh.
Shahir yang berwajah kacak menjadi peserta pilihan ke final oleh ramai pihak termasuk pengetua AF8 iaitu Norman KRU. Namun, inilah akibatnya kalau pengundi leka. Yang bagus2 tetiba boleh tersinggkir kan. 3 pelajar yg paling rendah masa tu semua lelaki dan Shahir terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Sedih gak lah.


Kini pelajar yang masih stay Adira, Iwan, Maulana, Ain, Daus dan Farina. Ramalan pengetua bahawa yang layak ke Final adalah Adira, Ain, Iwan dan Maulana. Semoga menjadi kenyataan lah. Dan ramalan menjadi JUARA adalah Adira. yeahh!!!

Pelajar2 yang dah tersingkir seperti Shah, Anum, Ema dan Alif khabarnya sudah merakamkan single lagu mereka. Dan mereka tengah sibuk membuat persembahan kat luar. Wah. KRU memang hebat lah. Lepas tu pelajar yg kat dalam AF tu pula mcm tu juga. Siap ada Shooting lagi. wah. mantapzzzzz.

Apa pun Minggu kesembilan ni rasanya vocal tercabar lagi. Maulana dapat lagu high note. Adira dapat lagu rock. Iwan dapat lagu rancak. hehe

Oh. sorry lah sebab sejak akhir2 ni saya ada busy sikit lah. Konsert AF8 kat tv pun saya tak sempat tengok. Dapat tengok pun pada esok harinya iaitu siaran ulangan. Rugilah tak merasa tgk live kat tv. Then, nak tulis ulasan kat blog ni pun tak dapat. Busy la katakan. hehehe.

Ingat dah malas nak ulas sebab dah lepas. Lagi pun ada banyak lagi blog yg turut mengulas konsert af8 dalam blog dorang. Terutamanya kat laman web Murai.com tu kan. Tapi atas kesedaran akan ini maybe menjadi rujukan pada masa akan datang maka nak juga la tulis sikit2 apa yg masih dalam ingatan kan. hehe



LAGU TUGASAN MINGGU KETUJUH

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi) - 1 Lampu Hijau
SHAHIR – Tiara (Kris) - 1 Lampu Hijau
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet) - 3 Lampu Hijau
DAUS – New Devide (Linkin Park) - 2 Lampu Hijau

PELAJAR WANITA
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa) - 3 Lampu Hijau
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza) - Tiada Hijau
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)- 1 Lampu Hijau

LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)

 Adira memang tetap terbaik. Paling membanggakan Adira adalah pelajar pertama AF8 mendapat 3 Lampu Hijau. Kedua Iwan. Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Adira adalah Juara AF8.

My Ranking: 1. Adira 2. Iwan  3. Maulana 4. Daus  5 . Farina 6. Ain



LAGU TUGASAN MINGGU KEENAM

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Bila Rindu (Ruffedge) -2 lampu hijau
SHAHIR – Kau Yang Satu (Ramli Sarip)
IWAN – Aku Cinta Kau Dan Dia (Dewa) - 1 Lampu Hijau
DAUS – Selamat Malam (Faizal Tahir) - Tiada Hijau

PELAJAR WANITA
NAD – Jikalau Aku (Ezlynn) - 1 Lampu Hijau
ADIRA – My All (Mariah Carey) - 2 Lampu Hijau
AIN – Jujur Takkan Melupakanmu (Ella) - 1 Lampu Hijau
FARINA – Mainan Jiwa (Rini) - 1 Lampu Hijau

LAGU BONUS
KONSERT – Pak Balik Pak (Melati)
DEBARAN – Perpisahan Terasing (KRU)

Meremang bulu roma bila Adira nyanyi wah. Memang Adira terbaik
My Ranking: 1. Adira 2. Maulana 3. Ain 4. Shahir 5. Farina 6. Iwan 7. Daus

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every