ANALISA PERKEMBANGAN YANG MEMBAWA KEPADA KEDATANGAN DAN PERSAINGAN KUASA-KUASA BARAT DI AFRIKA.
3 comments Posted by zrull at 1:54 AMOleh: Az UM
Pendahuluan
Penjelajahan bukan sesuatu perkara yang baru dalam sejarah peradaban manusia. Ini kerana penjajahan sudah pun berlaku semasa zaman kerajaan atau dinasti awal. Orang Mesir merupakan antara bangsa yang terawal dalam melakukan pelayaran jarak jauh. Sekitar kira-kira 2600 SM, Firaun Shefru telah membuat pelayaran menyusuri pantai Mediterranean sehingga ke bandar Byblos. Ekspedisi sebanyak 40 buah kapal itu membawa pulang kayu balak yang banyak. Begitu juga dengan bangsa Phoenicia yang terkenal dengan kemahiran dalam penjelajahan dan pelayaran. Sekitar 700 SM, mereka telah berjaya belayar menyeberangi laut Mediterranean. Jajahannya yang paling penting ialah Carthage iaitu sebagai pusat empayar untuk barat Sicily, pantai Sepanyol dan Afrika Utara. Selain daripada itu, terdapat juga bangsa lain yang tidak kurang hebatnya dalam penjelajahan seperti bangsa Greek, Cina, India dan lain-lain lagi. Semasa zaman kebangkitan empayar Islam pula, penjelajahan sangat giat dilakukan. Sehingga munculnya ramai tokoh-tokoh pelayaran yang terkenal seperti al-Idrisi, Ibn Battutah, Sulayman al-Mahri dan ramai lagi. Kebanyakan penjelajahan ini pula berjaya sampai ke benua Afrika. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa benua Afrika merupakan telah lama berinteraksi dengan dunia luar.
Keagungan kerajaan Islam ini tidak dapat dipertikan lagi. Ini kerana empayarnya bukan sahaja meliputi sebahagian Asia dan sebahagian Afrika malah meliputi sebahagian Eropah. Kehadiran Islam di Eropah pada 711 Masihi inilah yang memberi sinar pembaharuan kepada bangsa Eropah yang pada masa itu yang berada pada zaman kegelapan. Kepakaran orang Islam dalam pelbagai bidang seperti Astronomi, geografi, sains dan matematik, ilmu pelayaran dan sebagainya memberi manfaat kepada bangsa Eropah itu sendiri. Dengan itu, semua ini dipelajari oleh bangsa Eropah dan telah mengaplikasinya dengan baik. Kesannya, perubahan ini menyebabkan bangsa Eropah mula sedar yang mereka sedang dijajah oleh kerajaan Islam pada masa itu dan mula untuk membebaskan dari penjajahan itu. Ketika itulah, zaman Renaisans telah muncul yang kita ketahui banyak merubah pemikiran bangsa Eropah.
Berdasarkan perkembangan ini, maka bermulanya penjelajahan dan pelayaran bangsa Eropah ke seberang laut. Namun perlu diingat bahawa sebelum itu penjelajahan bangsa Eropah sudah pernah dilakukan seperti yang dilakukan oleh Givovanni de Plano Carpini, Willem van Rujsborek dan Marco Polo pernah sampai ke Asia sejak abad ke- 13 lagi. Penjelajahan secara besar-besaran pula pelopori oleh bangsa Portugis dan Sepanyol iaitu berdasarkan Perjanjian Tordesillas yang ditandatangani pada 9 Jun 1494. Perjanjian ini telah membahagikan dunia kepada dua “ wilayah pengaruh” (sphere of influence atau sphere interest). Menurut perjanjian ini Sepanyol akan berhak ke atas semua kawasan di Barat manakala Portugal berhak semua kawasan di sebelah Timur. Kedua-dua negara ini mempeloporinya kerana mereka ada bangsa yang paling terdedah kepada ilmu-ilmu pelayaran Islam. Ia juga disebabkan oleh keadaan bangsa-bangsa lain di Eropah seperti Britian, Perancis, Jerman dan lain-lain masih belum mempunyai politik yang stabil. Penjelajahan yang dilakukan ini akhirnya bertukar kepada penjajahan dan penaklukan ke atas negara yang dijelajah. Afrika merupakan benua terawal yang ditemui oleh para penjelajah Portugis. Oleh itu, penemuan Afrika merupakan sesuatu yang menguntungkan kepada bangsa Eropah yang mana akhirnya menjadi rebutan kepada kepada kuasa-kuasa di Eropah pada abad seterusnya.
Faktor Yang Mendorong Persaingan Kuasa Barat di Afrika
Secara umumnya, terdapat dua faktor yang mendorong kuasa barat untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika. Ini kita kenali sebagai faktor penolak dan faktor penarik. Mengapa saya mengatakan faktor penolak dan faktor penarik, ini kerana sememangnya ia adalah berkaitan antara satu sama lain. Faktor penolak merujuk kepada keadaan di Eropah itu sendiri yang menyebabkan bangsa Eropah itu ingin keluar ke seberang laut. Manakala faktor penarik pula merujuk kepada perkara yang menarik minat kuasa Eropah untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika itu sendiri.
Faktor Penolak
Kesan Daripada Zaman Renaisans
Eropah yang sebelum ini berada dalam zaman kegelapan mula muncul semula apabila perubahan zaman berlaku. Zaman baru itu kita kenali sebagai zaman Renaisans yang bermaksud “Kelahiran Semula”. Zaman ini berlangsung dari abad ke-14 hingga abad ke-16 yang membolehkan Eropah mencapai kegemilangan dari segi politik, sosial dan ekonomi. Ciri-ciri Renaisans seperti sifat Humanisme, Individualisme, Sekularisme dan Kritikal memberi kesan kepada kemunculan negara bangsa di Eropah. Bangsa Eropah mula melihat diri mereka sebagai bangsa Portugis, Sepanyol, Inggeris, Perancis dan sebagainya. Semangat nasionalisme mula berkobar-kobar dalam diri bangsa Eropah. Renaisans juga membangkitkan sifat kapitalisme yang cukup besar. Ini menggalakkan bangsa eropah berebut-rebut untuk menggumpul kekayaan. Malah dengan kemajuan sains dan teknologi pula membolehkan bangsa eropah mampu untuk melakukan pelayaran ke seberang laut. Berdasarkan kesan diatas maka ia adalah faktor yang membawa kepada bermulanya kebangkitan bangsa Eropah yang sebelum ini berada dalam zaman kegelapan. Apa yang penting zaman Renaissans ini berjaya mengubah cara berfikir bangsa Eropah. Melalui faktor ini juga ia membawa kepada sebab-sebab lain untuk ke seberang laut.
Galakan Putera Henry
Putera Henry merupakan orang yang seringkali disebut-sebut oleh para Sejarawan dalam membincangkan proses penjelajahan ke seberang laut. Putera Henry (1394-1460M) merupakan putera ketiga Raja John I iaitu Raja Portugal yang sangat berminat dalam bidang geografi dan pelayaran serta ilmu kartografi. Usaha beliau untuk menjadi “Ahli Pelayaran” akhirnya berjaya dan ini memberi semangat untuk beliau mengembangkan lagi ilmu itu. Oleh yang demikian, Henry telah menubuhkan sekolah pelayaran yang bertujuan untuk menggalakan pelayaran ke seberang laut. Henry juga membiayai segala perbelanjaan yang tinggi. Menurut Preston E. James dan Geoffrey J. Martin, Putera Henry meminta bantuan para sarjana-sarjana dari semua agama yang mahir dalam bidang pelayaran, geografi, kartografi, matematik, astronomi dan pakar-pakar yang boleh membaca manuskrip dalam pelbagai bahasa dari sekitar Mediterranean ke Sagres. Ia bertujuan untuk menjadikan sekolah pelayaran tersebut akan melahirkan seorang pelayar yang baik, mahir dalam membaiki kapal, mengetahui keadaan cuaca dan sebagainya.
Oleh kerana Portugal pernah bernaung dibawah kerajaan Islam pada masa dahulu maka dengan itu Putera Henry telah menakluki Ceuta yang terletak di Afrika Utara. Terdapat juga catatan lain yang mengatakan bahawa Henry pernah menemani ayahnya menjelajah Ceuta dan ayahnya telah mengajar Henry mengenai Afrika. Ekspidisi terawal yang dibiyai oleh Henry telah berjaya menemui bahagian barat Afrika seperti Maldeira, Pulau Azores dan Tanjung Verde (Cape Verde). Jadi disini, Putera Henry sememangnya berperanan besar dalam memulakan penjelajahan ke seberang laut dan Afrika khususnya. Ini membawa kepada kemunculan Bartholomew Diaz yang berjaya belayar sehingga ke Tanjung Pengharapan pada tahun 1486. Manakala kejayaan diteruskan lagi oleh Vasco da Gama yang berjaya belayar sampai ke India pada tahun 1498. Malah, kejayaan diteruskan lagi oleh Diego Lopez de Sequira apabila tiba di Melaka pada 1509. Menurut Catholic Encyclopedia, Putera Henry ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Afrika, membuka hubungan dagangan dan ingin mencari kerajaan Kristian pimpinan Prester John di Afrika. Menurut Barbara W. Andaya dan Leornard Y. Andaya menyatakan bahawa Henry menggalakkan banyak pelayaran untuk menjadi motivasi kepada pelayaran-pelayaran seterusnya. Ringkasnya disini, Putera Henry amat berperanan besar dalam melakukan pelayaran ke Afrika. Pada abad berikutnya pula, kebanyakan kuasa Eropah mula bangkit untuk berlumba-lumba untuk datang ke Afrika.
Kejatuhan Konstantinopole Kepada Kerajaan Islam
Semenjak zaman kerajaan Rom lagi, aktiviti perniagaan di Eropah dikuasai oleh peniaga-peniaga Itali. Ini kerana pelabuhan Venice menjadi pelabuhan yang sangat penting di Mediterranean yang membekalkan bahan-bahan dagangan yang sangat diperlukan oleh Eropah iaitu barangan dari China, Jepun dan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu. Manakala emas, gading, hamba, lada hitam yang banyak diperolehi dari Afrika dijual oleh pedagang Islam. Empayar Turki Uthmaniyah pula yang semakin kuat dan telah melakukan serangan ke atas Konstantinople. Akhirnya pada tahun 1453 M, Konstantinople telah berjaya ditawan oleh kerajaan Islam. Perubahan berlaku apabila ia telah menggangu perdagangan antara Asia dan Afrika dan secara langsung memberi kesan buruk kepada pembeli-pembeli di Eropah. Konstantinople yang kini menjadi tapak bagi orang Islam telah membolehkan orang Islam mengawal perdagangan apabila menjadi orang tengah kepada perdagangan Eropah dengan Asia dan Afrika. Disini, orang Islam bebas menjual barang dagangan dengan mahal kepada pembeli-pembeli di pelabuhan Venice. Sebaliknya pula berlaku, ia telah menjadikan pelabuhan Venice begitu popular di Eropah. Ia adalah sesuatu yang tidak baik bagi kuasa Portugis dan ingin menyekat monopoli Venice. Untuk itu, mereka mencari alternatif lain untuk mendapatkan barangan penting itu. Oleh itu, Portugis mula membuat pelayaran ke seberang laut untuk mencari barangan tersebut sehingga menemui Afrika. Kejayaan Portugis mendapatkan barangan yang mereka perlukan pula telah menyebabkan pelabuhan Venice telah merosot.
Hasrat God, Gold dan Glory
Hasrat God, Gold dan Glory merupakan tiga elemant yang turut mendorong kuasa barat datang ke seberang laut. Malah sesetengah sejarawan menanggap ia adalah faktor paling penting dalam proses penjelajahan itu. Dalam konteks ini, God merujuk kepada aspek keagamaan. Agama Kristian merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Eropah. Faktor agama ini mempunyai bukti yang jelas dalam melakukan penjelejahan ini kerana dipengaruhi peristiwa di Eropah pada masa itu. Jika kita lihat, era kebangkitan Islam pada abad ke-7 masihi telah memberi kekuatan kepada Islam itu sendiri sehingga berjaya sampai ke seluruh Arab, sebahagian Afrika dan Eropah malah di Asia Tenggara. Oleh kerana raja-raja di Eropah begitu membenci agama Islam maka berlakulah peperangan antara kedua-dua kerajaan ini. Inilah yang kita kenali sebagai Perang Salib (1096-1291M) yang berlaku beratus tahun yang sukar untuk dihentikan. Sekali lagi, peperangan tercetus apabila kerajaan Islam telah berjaya menawan Konstantinopole pada 1453 Masihi. Dendam membara orang kristian begitu kuat kerana Konstantinopole merupakan pusat kerajaan Kristian yang agung sejak zaman Rom lagi. Melihat kepada segala peristiwa ini maka dapatlah dirumuskan bahawa faktor agama adalah faktor yang amat penting dalam melakukan penjelajahan ini. Salah satu buktinya ialah pelayaran bangsa Eropah itu didorong oleh semangat mencari kerajaan Kristian yang dipimpin oleh Prester John di Afrika. Kuasa Portugis seterusnya datang ke Asia Tenggara pula bertujuan untuk mengkristiankan masyarakat di situ kerana telah lama dikuasai Islam.
Hasrat Gold pula merujuk kepada faktor ekonomi. Eropah pada masa itu juga dilanda musim sejuk. Maka dengan itu, masyarakatnya amat memerlukan rempah-ratus untuk membolehkan makanan itu menjadi tahan lama dan menyedapkan makanan. Penjelajahan ini telah memaksa mereka mencari bahan makanan ini untuk keperluan. Tambahan pula, penawanan Konstantinopole telah menyebabkan harga barangan ini telah menjadi mahal kerana peniaga Islam sebagai pembekal sumber utama telah menjual barangan itu dengan harga yang mahal. Seterusnya, perasaan timbul untuk melakukan penjelajahan iaitu untuk mendapatkan sendiri barangan yang diperlukan. Penjelajahan yang dilakukan itu pula telah menemui Afrika yang dilihat begitu banyak sumber ekonomi. Selepas itu, Afrika telah menjadi rebutan kuasa-kuasa Eropah.
Hasrat Glory pula merujuk kepada kemegahan. Bangsa Eropah pada masa itu telah dipengaruhi oleh kesan zaman renaisans yang telah mewujudkan negara bangsa. Negara-negara di Eropah itu masing-masing dengan sikap individualistic, kapitalisma, semangat inkuiri dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencipta kemegahan dengan pergi melakukan penjelajahan. Kemegahan awal dilakar oleh bangsa Portugis dan Sepanyol kerana paling awal melakukan penjelajahan ke seberang laut. Kemegahan Portugis dapat dilihat apabila mereka telah menemui Afrika dan Kepulauan Melayu. Penemuan Afrika merupakan sesuatu yang penting dalam sejarah kerana ia telah mengubah anggapan masyarkat di Eropah yang sekian lama berfikir bahawa bumi ini berbentuk segiempat. Seterusnya ia telah menjadi panduan kepada bangsa-bangsa Eropah yang lain untuk melakukan penjelajahan. Sekali lagi, penjelajahan awal telah berubah kepada proses penjajahan ke atas negara-negara yang telah ditemui.
Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian berlaku di seluruh Eropah pada abad ke-18 merupakan factor kemuncak kepada penjelajahan kuasa barat ke seberang laut. Kebanyakan sejarawan bersetuju bahawa zaman ini amat memaksa bangsa Eropah melakukan penjelajahan seterusnya penjajahan untuk menghidupkan mesin industri yang telah berkembang maju pada masa itu. Terdapat dua aspek penting yang mereka lakukan iaitu mencari bahan mentah dan mencari pasaran bagi barangan keluaran akibat lebihan dalam pengeluaran barangan. Kedua-dua ini dibantu dengan kemajuan dalam perkembangan sains dan teknologi. Keperluan terhadap bahan mentah ini dapat dilihat dengan keperluan bahan seperti bijih timah dan petroleum. Afrika merupakan antara negara yang memiliki sumber itu selain Asia Tenggara. Kedudukan yang hampir dengan Eropah menyebabkan setiap negara di Afrika telah dikuasai oleh kuasa Eropah. Ini berdasarkan keperluan terhadap bahan mentahnya.
Selain itu, revolusi perindustrian ini juga menyebabkan barangan dapat dikeluarkan dengan banyaknya. Maka keluaran barangan kilang, telah menyebabkan lebihan berlaku. Untuk itu, mereka terpaksa mencari pasaran untuk membolehkan barangan itu dapat dijual dan digunakan oleh masyarakat. Oleh kerana Afrika telah dijajah oleh banyak negara Eropah maka barangan itu telah dipasarkan ke Afrika untuk digunakan bukan sahaja bangsa Eropah yang telah mendirikan kerajaan disitu malah untuk kegunaan masyarakat pribumi Afrika itu sendiri.
Kerancakan zaman revolusi perindustrian ini disebabkan oleh penciptaan pelbagai teknologi yang amat penting pada masa itu. Contohnya, kapal wap dapat belayar dengan lebih laju dan mengangkut bahan mentah dengan lebih banyak. Pengunaan kapal ini banyak mambantu dalam proses revolusi kerana ia menjadi agen perhubungan yang sangat penting. Selain itu, penciptaan alat persenjataan pula menyebabkan proses penjajahan lebih giat dijalankan. Untuk mencipta alat-alat senjata ini bahan mentah seperti besi dan bijih timah amat diperlukan. Salah satu lagi industri yang penting ialah industri mengetin makanan. Dengan adanya industri ini maka makanan dapat disimpan dengan lebih lama dan amat penting digunakan dalam pelayaran.
Zaman revolusi perindustrain di Eropah begitu memberi kesan kepada perhubungan sejarah dunia. Penjajahan kuasa Eropah di Afrika menyebabkan mereka terpaksa membentuk unit politik untuk mentadbir negara terbabit untuk melancarkan proses memonopoli sumber ekonomi di kawasan tersebut. Ini kerana seringkali keadaan anarki dan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan terhadap dasar penjajahan ini. Selain itu, kesan positif juga dilihat apabila perkembangan fizikal negara yang dijajah itu sendiri seperti terbinanya jaringan pengangkutan dan sebagainya.
Faktor Penarik
Kekayaan Hasil Bumi Afrika
Penjelajahan juga disebabkan oleh tarikan ke atas Afrika itu sendiri. Afrika merupakan sebuah benua yang kaya dengan hasil bumi. Ini termasuklah emas dan rempah ratus yang menjadi idaman di Eropah pada masa itu. Sebelum penjelajahan secara besar-besaran, Afrika sudah terkenal dengan kekayaan ekonominya. Ini dapat dilihat semasa zaman Rome lagi dan pelabuhan Venice merupakan pelabuhan utamanya. Bangsa Eropah begitu tertarik untuk datang ke Afrika juga kerana banyak mendengar cerita mengenai kekayaan emas di Afrika. Misalnya, pedagang-pedagang Eropah yang mengembara dengan merentasi gurun Sahara di selatan menceritakan tentang pantai emas (gold coast) yang mempunyai sumber emas yang banyak. Terdapat juga cerita yang mengatakan wujudnya lombong permata yang dimiliki oleh Raja Sulaiman yang tersembunyi di salah sebuah tempat di Afrika. Selain emas dan permata, Afrika juga menjadi tarikan kerana banyak sumber lain seperti gading gajah, rempah ratus, lada hitam, sutera dan sebagainya.
Melihat kepada kekayaan itu, bangsa Portugis begitu tertarik dan telah datang ke Afrika untuk mendapatkan kekayaan ekonomi itu. Pelayaran Bartholomew Diaz berjaya belayar sehingga menemui Tanjung Pengharapan pada tahun 1486. Dengan penemuan ini, Afrika secara terus-menerus telah dijelajah oleh orang-orang Portugis. Sehinggakan berjaya menguasai perdagangan rempah, sutera dan barang-barang mewah lain di Afrika. Bagi Portugis, keperluan terhadap emas dan permata ini adalah untuk perbendaharaan bagi membiayai ekspidisi ke kawasan-kawasan lain. Apabila menyedari bahawa amat penting untuk menguasai kawasan-kawasan yang menghasilkan sumber ekonomi ini maka Portugis mengambil langkah untuk menakluk kawasan tersebut. Dengan itu, setiap kapal yang digunakan oleh Portugis akan dilengkapi dengan kelengkapan perang apabila pergi di sesebuah kawasan. Portugis datang dengan alat persenjataan yang canggih iaitu dengan ingin menyerang sesebuah kawasan. Ini menyebabkan pemerintah pribumi Afrika terpaksa tunduk kepada kehebatan Portugis. Selepas itu, Portugis memaksa mereka membayar cukai yang tinggi. Contoh ini boleh dilihat ke atas Swahili yang terletak di pantai barat Afrika yang terpaksa tunduk kepada kuasa Portugis. Namun begitu, terdapat juga kawasan di Afrika yang ingkar dengan tektik Portugis ini. Contohnya, Mombasa dan Zanzibar yang telah diserang oleh Portugis pada tahun 1503. Selepas menguasai kawasan-kawasan tersebut, langkah seterusnya diambil dengan membina kota di kawasan tersebut dan dijadikan sebagai kawasan pelabuhan bagi tujuan perdagangan.
Pada abad ke-17 pula, kuasa Belanda telah muncul dan menyaingi kuasa Portugis di Afrika. Kedatangan Belanda juga dipengaruhi dengan tarikan ekonomi yang terdapat di Afrika. Kejayaan Belanda ini dapat dilihat apabila berjaya menguasai kawasan penting di Afrika iaitu Table Bay dan Cape Town pada 1652. Persaingan antara Portugis dan Belanda bukan berlaku di Afrika sahaja malah kedua-dua negara ini turut bersaing untuk menguasai Asia Tenggara.
Perdagangan Hamba
Afrika juga menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa barat kerana terdapat sumber hamba yang ramai. Hamba menjadi penting kerana keperluan tenaga buruh untuk memajukan ladang-ladang tebu di Dunia Baru. Hamba-hamba yang diperdagangkan ke Dunia Baru ini dikenail sebagai Perdagangan Hamba Trans-Atlantik. Import pribumi Afrika ini dimulakan oleh Portugis namun ianya semakin meningkat apabila kuasa Belanda semakin kuat di kawasan persisiran pantai Afrika. Menjelang abad ke-17 pula, kuasa England dan Perancis telah berjaya menempatkan diri di Afrika. Dengan pengaruh yang kuat kedua-dua kuasa ini, maka persaingan ke atas Afrika juga semakin sengit. Bagi British, hamba ini diperlukan untuk mengusahakan ladang mereka yang terletak di Caribbean. Perdagangan hamba ini terus meningkat apabila usaha-usaha daripada pedagang-pedagang hamba Perancis semakin ramai. Pada masa itu juga, kawasan Dunia Baru amat penting dalam perladangan tembakau iaitu di Virginia dan perdagangan beras di Maryland. Maka keperluan terhadap hamba terus meningkat. Pada abad ke-17 juga, Belanda, England, Perancis telah menubuhkan firma untuk mengangkut hamba dari Afrika ke Amerika. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan yang amat ketara. Contohnya, di kawasan British yang terletak di Caribbean, import hamba meningkat dari jumlah 260,000 iaitu pada abad ke-16 kepada sejumlah 1.8 juta pada abad ke-18. Oleh yang demikian, melalui perdagangan hamba ini juga interaksi antara Eropah, Afrika dan Amerika begitu penting.
Walau bagaimanapun, apa yang cuba disampaikan disini adalah perdagangan hamba ini menjadi faktor penarik dan membawa kepada kedatangan kuasa Eropah ke Afrika.
Kesimpulan
Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa faktor yang membawa kepada kedatangan kuasa barat ke Afrika ini disebabkan oleh faktor penolak dan faktor penarik iaitu seperti yang dibincangkan diatas. Kedatangan ke Afrika yang dipelopori oleh Portugis ini menyebabkan kuasa-kuasa Eropah yang lainnya mengikutinya. Malah, kedatangan secara berterusan ini mengakibatkan berlakunya persaingan dan pertelingkahan sesama mereka. Namun, setelah menganalisis kesemua faktor ini, faktor yang paling dominan yang menyebabkan bangsa Eropah pergi menjelajah ialah untuk melaksanakan hasrat God iaitu aspek keagamaan. Terdapat banyak sebab yang membuktikan motif ini. Perjanjian Tordesillas sudah cukup menjelaskannya yang mana semasa perjanjian ini dibuat ia turut dihadiri oleh Pope, raja-raja kristian dan sebagainya. Dengan pengelibatan pihak gereja dalam perjanjian ini, maka motif keagamaan itu semakin jelas. Selain itu, kita juga dapat melihat sebab seperti perasaan ingin membalas dendam yang ingin dilakukan oleh Portugal dan Sepanyol yang pernah ditakluk oleh kerajaan Islam. Motif untuk mencari kerajaan Kristian pimpinan Prester John pula meningkatkan semangat untuk menjelajah. Begitu juga dengan kesan-kesan Perang Salib yang telah membawa kepada penyatuan Eropah untuk menentang Islam. Penawanan Konstantiople iaitu kota agung bagi kerajaan Kristian sejak zaman Rome lagi oleh kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1453M menyemarakkan lagi usaha untuk menyekat pengaruh Islam ke seluruh dunia. Sebab itulah juga, Portugis berusaha mencari Asia Tenggara untuk menghapusakan monopoli Islam. Malah, setiap pelayaran yang bangsa Eropah lakukan turut diikuti oleh paderi-paderi dan membina gereja di setiap tempat yang mereka takluki. Apa yang jelas, untuk menyebarkan agama Kristisn, kuasa-kuasa Eropah mengunakan alasan yang kononnya ingin memonopoli perdagangan. Semua ini lebih kepada aspek keagamaan.
Manakala faktor-faktor lain hanyalah faktor kedua iaitu selepas misi keagamaan dilaksanakan.
Bibliografi
Collins, R. O., Europeans in Africa, New York: Alfred A. Knopf, 1970
Elizabeth Isichei, A History Of African Societies To 1870, New York: Cambridge
University Press., 1997
Ogot, B. A., (Eds.), General History of Africa, Vol. V: Africa From The Sixteenth To
Eighteen Century, London: James Curry, 1997
Maruwiah Ahmat, Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara, Shah
Alam: Karisma Publications, 2006
Sivachandralingan Sundra Raja, Sejarah Eropah, Terbitan Utusan Publication &
Distributor sdn bhd, 2002
Sejarah Amerika Syarikat - Perkara Penting sepanjang Tahun 1837-1865.
0 comments Posted by zrull at 7:18 AMAntara tahun 1837 hingga 1865 berlaku beberapa peristiwa penting di Amerika seperti Panik 1837,Peristiwa Amistad, Perang Amerika –Mexico, Perjanjian Guandalope Hidalgo,Pembelian Gadsden, Kompromi 1850, Akta Kansas – Nebraska, Keputusan Dred Scott dan sebagainya .
Panik 1837
Pada tahun 1837 berlaku peristiwa yang di panggil Panik 1837.Pada masa itu berlakunya kemerosotan ekonomi akibat polisi ekonomi Jackson di Amerika .Keadaan ini timbul disebabkan Risalah Mata Wang yang ditulis oleh Jackson yang menetapkan tanah hanya boleh dibeli menggunakan emas dan perak .Ini bukan sahaja mengurangkan penjualan tanah tetapi ramai yang mula mengeluarkan dan menyorok emas dan Perak . Keadaan ini berlaku pada 10 Mei, 1837 di Bandaraya New York, apabila setipa bank menghentikan pembayaran dalam duit syiling (duit syiling keemasan dan perak). Panik disusuli oleh lima tahun kemelesetan, dengan kegagalan bank-bank merekod masalah yang di hadapi .
Peristiwa Amistad 1839
Emansipasi hamba abdi berlaku.Pada bulan februari 1839 pemburu hamba abdi portugis telah menculik sekumpulan besar bangsa Afrika dari Sierra Leon dan menghantar mereka ke Havana ,Cuba yang pada masa itu merupakan pusat perdagangan hamba abdi.Penculikan itu melanggar segala perjanjian yang telah diwujudkan ada masa itu.Namun rakyat Afrika itu telah dibeli oleh dua peladang Sepanyol.Rakyat Afrika itu telah dihantar ke ladang mereka di Carribean menaiki Kapal Amistad .Pada 1 Julai 1839 ,rakyat Afrika itu telah merampas kapal tersebut,membunuh kapten dan tukang masak serta mengarahkan 2 peladang berkenaan berlayar kembali ke Afrika.Namun pada 24 ogos 1839,kapal ini telah dirampas berhampiran Long Island ,New York oleh sebuah kapal Amerika bernama Washington.Peladang tersebut telah dibebaskan ,namun rakyat Afrika ini telah dipenjarakan di New Haven ,Connecticut atas tuduhan membunuh,walaupun kemudiannya mereka telah dibebaskan daripada tuduhan membunuh,kes ini berpanjangan apabila timbul isu hak dan harta benda.Kes ini telah dipanjangkan ke Mahkamah Agung pada bulan Januari 1841 dan rakyat Afrika disokong oleh John Quincy Adam yang mempertahankan hak mereka untuk mendapat kebebasan.Akhirnya Mahkamah Agung telah membebaskan mereka dan 35 orang daripadanya telah dihantar pulang ke Negara asal,manakala yang lain meninggal dunia ketika dalam proses perbicaraan .
Perang Amerika –Mexico (1846-1848 )
Perang ini berlaku kerana Presiden James K.Polk ingin i mendapatkan New Mexico ,California dan wilayah-wilayah di timur .Ini disebabkan New Mexico dan California merupakan pintu Amerika ke Lautan Pasifik,manakala Texas terletak di jalan pengembangannya .Amerika inginkan kawasan tersebut bagi memenuhi cita-citanya meluaskan Negara Amerika.Keinginan ini muncul sejak Texas memperoleh kemerdekaan daripada Mexico pada tahun 1836.Pertikaian berhubung Texas dan sempadannya menjadi isu penting antara Amerika dan Mexico.Apabila Amerika menjajah Texas pada tahun 1845 ,beberapa wilayah jatuh ke tangan Amerika seperti Texas,sebahagian daripada New Mexico,Oklohoma ,Colorado dan Wyoming .
Perkara itu menyebabkan hubungan Amerika dan Mexico menjadi semakin buruk dan Mexico enggan mengakui pendudukan Amerika di Texas dan masih menganggap Texas sebagai miliknya.Isu lain yang meningkatkan persengketaan antara Amerika dengan Mexico ialah isu sempadan yang memisahkan Texas dan Mexico.Mexico menetapkan sempadan di sepanjang Sungai Nueces tetapi Amerika mendakwa sempadan sebenar ialah sepanjang Sungai Rio Grande.Timbul pertelingkahan tentang tanah yang terletak antara dua sungai itu.Amerika menawarkan pelupusan hutang sebanyak $ dua juta dolar kepada Mexico sekiranya Mexico mengiktiraf Texas sebagai sebahagian daripada Amerika dan sempadan ditetapkan di sepanjang Sungai Rio Grande .Presiden James K.Polk menghantar menterinya ,John Slidell (1793-1871) ke bandar raya Mexico untuk memberi tawaran sebanyak lebih kurang $ 30 juta Dolar untuk membeli California dan wilayah-wilayah di Timur. Walaubagaimanapun ,Mexico menolak tawaran tersebut .
Tindakan Mexico menimbulkan kemarahan Presiden Polk dan pada 13 Januari dia mengarahkan Tentera Taylor bergerak ke kawasan pertikaian iaitu melintasi Nueces ke Sungai Rio Grande .Pada 3 Februari 1846 beliau mengarahkan Jeneral Zachary Taylor (1784-1850) untuk bertapak di kawasan yang dipertikaikan iaitu tebing Sungai Rio Grande ,Walaupun Presiden Polk tidak mahu memulakan peperangan tetapi beliau berharap tindakannya akan merangsang Mexico memulakan serangan pertama .Tentera Mexico menyerang tentera Jeneral Zachary Taylor disana dan mengorbankan 11 orang tentera Amerika dan 63 orang lagi di tawan.Serangan tersebut menjadi alasan Presiden Polk mengisytiharkan perang kepada Mexico dan menjelaskan kepada Kongres bahawa peperangan tidak dapat di elakkan .Perang Amerika – Mexico didalangi Presiden James K.Polk dan perang tersebut disebut sebagai Mr.Polk’s War .Peperangan tersebut membawa kepada pemerolehan tanah –tanah jajahan dan wilayah-wilayah baru .
Perjanjian Guandalope Hidalgo (1848)
Perjanjian ini dimeterai pada 2 Februari 1848,Amerika berjaya memperoleh New Mexico,California,Arizona,Nevada,Utah,Colorado dan sebahagian daripada Wyoming .Mexico terpaksa mengiktiraf Texas dan sempadannya di Sungai Rio Grande serta menjual wilayah-wilayah di Timur .Amerika hanya membayar $ 15 juta Dolar bagi wilayah-wilayah tersebut ,lebih rendah daripada tawaran asal .Amerika memperoleh lebih daripada 334 juta ekar kawasan baru dan keluasan Amerika bertambah sebanyak 1/3 .
Pembelian Gadsden (1853)
Pada tahun 1853 Amerika membeli Gadsden bagi menyediakan jalan yang paling baik menghubungi Texas dan California.Pembelian Gadsden daripada Mexico dengan bayaran $ 10 juta Dolar menambah lebih kurang 19 juta ekar ke bahagian barat Amerika Utara selatan Arizona dan barat daya New Mexico .
Kompromi 1850
Kompromi ini membatalkan syarat yang ditetapkan pada tahun 1820 dan cuba menyesuaikan keseimbangan antara negeri-negeri bebas hamba dan negeri-negeri yang menghalalkan perhambaan .Ia juga menangguhkan usaha ke arah penyelesaian. Kompromi bermula dalam bentuk Undang-undang Omnibus(Omnibus Bill) oleh Henry Clay yang cuba mengurangkan kekeruhan antara pihak utara dan selatan .Dibawah undang-undang ini California diterima sebagai negeri bebas hamba,sementara terdapat dua daerah baru iaitu Utah dan New Mexico .Satu Undang-undang hamba pelarian yang lebih dikenali sebagai Akta Hamba Pelarian (Fugutive Slave Act) .Akta ini dikuatkuaskan bagi membenarkan pihak selatan mendapatkan semula hamba abdi yang lari ke utara dan kongres tidak mempunyai kuasa untuk melarang perdagangan hamba antara negeri .
Akta Kansas – Nebraska(Mei 1854)
Asas kepada Akta Kansas – Nebraska ialah cadangan penyelesaian isu perhambaan diletakkan di tangan rakyat setiap negeri. Ia di cadangkan oleh dua ahli Demokrat ,Lewis Cass(1782-1866) dari Michigan dan Stephen A. Douglas (1813-1861) dari Illinois .Akta ini membatalkan Kompromi Missouri (1820-1821) dan membawa kepada pengasasan dua buah negeri iaitu Kansas dan Nebraska ,malah akta ini membuka kembali persoalan perhambaan di wilayah-wilayah barat yang sebelum ini cuba di selesaikan dalam Kompromi Missouri. Pengundi di kedua-dua negeri akan menentukan samada perhambaan harus dilarang atau dibenarkan.Perkara ini diharap membawa keseimbangan bahagian antara Kansas yang mengizinkan perhambaan dengan Nebraska yang melarang .Douglas menganggap cadangan tersebut sebagai proses kedaulatan Popular.Namun teori ini tidak dapat di terima kerana ia tidak menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan malah ia membawa kepada Perang Saudara antara pihak yang menyokong,mendalamkan jurang perselisihan antara negeri –negeri di utara (anti perhambaan) dan negeri-negeri di selatan (pro perhambaan) .
Akta Dred Scott
Ketua Hakim Roger B.Taney (1777-1864) dari Maryland mencadangkan agar pemilik hamba abdi menganggap hamba abdi sebagai aset mereka .Cadangan beliau menafikan hak kewarganegaraan sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan. Dalam Kes Dred Scott lawan Sandford (1857) keadaan ini jelas berlaku .Dalam kes itu,Scott,seorang hamba dari Missouri telah di bawa oleh tuannya seorang doktor perang tinggal di Louisiana yang bebas hamba.Sebaik kematian tuannya(1846) beliau menuntut di mahkamah sebagai seorang yang bebas dengan alasan perhambaan di larang di wilayah yang bebas hamba .
Kesnya berlanjutan selama 10 tahun ,sehingga pada tahun 1856 apabila kes itu sampai ke Mahkamah Agung.Pada bulan Mac 1857 ,barulah keputusan dicapai di mana setiap sembilan orang hakim Mahkamah Agung yang terdiri daripada tujuh ahli Demokrat( lima orang dari selatan ),seorang ahli Whig dan Seorang ahli Republikan membuat keputusan berbeza,namunrata-ratanya bersetuju bahawa Scott masih hamba .Ketua Hakim,Roger B.Taney,menyatakan Scott bukan warganegara Amerika mahupun Missouri dan beliau tidak mempunyai hak untuk menuntut di mahkamah persekutuan .Beliau juga menyatakan kongres tidak mempunyai kuasa untuk melarang perhambaan di mana-mana negeri dan tidak boleh melarang warganegaranya membawa harta ( hamba abdi ) ke mana-mana wilayah yang di miliki Amerika.Krisis ini mendapat bantahan orang ramai di Utara manakala di Selatan menyokong . Kes ini dikutuk dan dianggap sebagai kes paling buruk dalam sejarah Mahkamah Agung Amerika
Pilihan raya (1860)
Lincoln menjadi calon parti Republikan dan kemudiannya menjadi presiden pada 4 Mac 1861 mengalahkan dua orang calon Demokrat iaitu Stephen A.Douglas dan John C.Breckinridge(1821-1875)
Perang Saudara(1861-1865)
Perang yang berlaku antara tentera dan rakyat keseluruhannya.Perang berlaku pada 12 April 1861 dan dimulakan oleh tentera konfederasi.Dalam Masa 24 jam,tentera Konfederasi menawan Fort Sumter dan menyebabkan 4 negeri meninggalkan kesatuan dan menyertai Konfederasi iaitu Virginia,Arkansas,Carolina Utara dan Tennessee.Walaupun kekal dalam kesatuan, negeri lain seperti Kentucky,Missouri dan Maryland berlaku pembahagian yang nyata antara yang menyokong pemisahan dan menyokong kesatuan.Bagi pihak Kesatuan motif perang adalah untuk mengekalkan kesatuan dan Kerajaan di Washington tetapi kemudian menjadi perang melenyapkan perhambaan dan menyebabkan pihak Selatan cuba berpisah dari Kesatuan.
Manakala bagi pihak Konfederasi pula ,perang ini menjadi pertandingan bagi mewujudkan hak negeri di Selatan untuk meninggalkan Kesatuan dan perjuangan hidup menentang pencerobohan.Peperangan menyebabkan rakyat menghadapi kepahitan hidup dan tragedi..Perang Saudara antara Kesatuan dan Konfederasi yang pertama meletus di Bull Run Greek berhampiran Manassas Junction,Virginia pada 21 Julai 1861 . Dalam perang ini ,Jeneral Irwin Mc Dowell (1818-1885) memimpin 30,000 askar Kesatuan menentang P.G.T. Beauregard (1818-1893) dan Joseph E.Johnston (1807-1891) .Tentera Konfederasi menang dan Tentera Kesatuan berundur .Lincoln menggantikan Mc Dowell yang bersara pada 1 November 1861 dengan George B.Mc Clellan (1826-1885) .Pada Bulan Jun 1862,Mc Clellan menyerang Richmond pada Mac 1862, menentang Robert E.Lee (1807-1870) dari pihak Konfederasi (10,000 orang )pertempuran berlaku selama 7 hari.Mc Clellan kalah dan digantikan dengan Henry W.Halleck(1815-1872) pada bulan Julai ,beliau berjaya dalam perjuangan di barat .Angkatan John Pope(1822-1892)juga diarahkan pergi ke Selatan dan di situlah berlakunya Second Battle of Bull Run pada 29-30 Ogos 1862.John pope ditewaskan oleh tentera konfederasi dibawah pimpinan Lee dan Stonewall Jackson(1824-1863)
Perang Antietam (17 September 1862)
Lee yakin itu masa sesuai bagi Konfederasi menceroboh Washington .Berlaku peperangan antara tentera Lee dan tentera Mc Clellan.Ke dua-dua pihak kehilangan nyawa yang banyak iaitu seramai 23 ribu orang(13 ribu-kesatuan,10 ribu Konfederasi) mati terbunuh.Perang ini memaksa Lee berundur ke Potomac .Perang ini memberi harapan kepada pihak KesatuanDisebabkan kegagalan Mc Clellan beliau digantikan dengan Janeral Ambrose Burnside(1824-1881) yang telah menentang kuasa Lee di Fredericksburg,Virginia.Kesatuan kalah dan kehilangan nyawa 11 ribu orang.
Jeneral Joseph Hooker (1814-1879) menjadi Komander pada1863.Mereka bertempur di utara Virginia,Chancellorsville ,dan berundur kerana gagal.Dibahagian barat pula,pihak Kesatuan dibawah pimpinan Grant lebih berjaya dan kejayaan membawa kepada penaklukan New Orleas dan dengan itu membebaskan Sun
Ai Mississippi daripada kubu pertahanan Konfederasi .
Perjuangan Gettysburg dan Vicksburg
1 Julai 1863,tentera Lee bertempur dengan tentera Kesatuan yang dipimpin oleh Jeneral George Meade di bandar kecil di Gettysburg,Pennsylvania.Pada 3 Julai George Pickett membawa 15 ribu askar konfederasi menentang Kesatuan namun mengalami kegagalan dan kehilangan 28 ribu tentera .Jeneral Ulysses S.Grant (1822-1885) pula berperang di Vicksburg,Mississippi dan selepas enam minggu seluruh Sungai Mississippi ditawan Kesatuan .Kejayaan menjadi titik peralihan dan memberi keyakinan kepada tentera dan komando kesatuan.Pada 9 April 1865 ,Lee dan Grant bertempur diApomattox Courthouse,Virginia ,Lee mengalami kekalahan dalam perang,manakala Joe Johnston pula menyerah kalah kepada Sherman di Carolina Utara dan syarat-syarat penyerahan kalah dirundingkan dan perang Saudara tamat .
Dalam perang ini banyak nilai baru dipelajari seperti aspek kebersihan,khidmat peubatan,dan kebajikan sosial.Pada tahun1861,Presiden Lincoln mengarahkan pembentukan Suruhan jaya Kebersihan Amerika(United States Sanitary Commission) yang hampir kesemuanya dianggotai oleh lelaki,mreka turun padang bagi memberi nasihat tentang cara pembersihan air,penyediaan makanan yang bersih dan pembinaan tandas yang sesuai .Kaum wanita di kedua-dua belah pihak memainkan peranan penting sebagai sukarelawan seperti membantu mendapatkan sumber kewangan,menjahit dan membuat kain pembalut luka .Wanita menerima bayaran sebagai jururawat tentera setelah Dorothea Lynde Dix dari Suruhanjaya Kebersihan mendesak tentera membuat bayaran .
Pengubalan Akta Bank Nasional(National Bank Act)
Oleh Kerana perang tidak dapat berakhir dengan cepat maka Kongres mula menyusun semula sumber kewangan dan mendapatkannya daripada pihak swasta,maka kongres memperkenalkan sistem cukai pertama pada bulan Ogos 1861yang mana sebanyak tiga peratus daripada pendapatan yang melebihi $ 800 dolar di kenakan cukai ,walaubagaimanapun sumber kewangan ini tidak mencukupi ,lalu kongres meluluskan Akta Mata Wang dan mencipta satu mata wang kebangsaan yang di gelar “Green backs” kerana warnanya,ia memudahkan pembiayaan perang namun akhirnya menyebabkan inflasi berlaku .Pada tahun 1863 Kongres mengubah Akta Bank Nasional(Nasional Bank Act) yang mengharamkan bank-bank negeri mengeluarkan mata wang sendiri dan mesti memohon piagam daripada Kerajaan Persekutuan .
Akta Black Codes
Akta ini digubal oleh pihak Selatan pada tahun 1865-1866 ,dengan Tujuan untuk mendapatkan kawalan sosial terhadap bekas hamba abdi.Akta ini melenyapkan pelbagai hak rakyat Kulit hitam seperti,membuang undi,hak menjadi juri dan boleh melakukan kerja tertentu sahaja .
Penubuhan Biro Pembebasan ( Mac 1865)
Kongres menubuhkan Biro Pembebasan (Freedmens’s Bureau) yang bertujuan memperjuangkan hak hamba abdi dan membantu kesemua mereka yang dibebaskan tidak kira wanita,lelaki,dewasa dan kanak-kanak .Biro ini membantu membuka ladang di Tanah yang ditinggalkan,malah sekolah dan mahkamah bagi orang kulit hitam juga ditubuhkan.Akibat pengubalan akta Black Codes,golongan anti perhambaan(Abolitonist) mengadakan pertemuan di Massachusetts (1866) dan berjaya memantapkan dan mempelbagaikan aktiviti Freedmen’s Bureau bagi membantu kulit hitam .
Akta Hak Sivil( Civil Right Act-1866 )
Akta ini di bentuk untuk mempertahankan hak kulit hitam dan menghapuskan keputusan mahkamah dalam Dred Scott(1857) dan Black Codes.Tujuannya ialah melindungi hak kulit hitam melalui mahkamah dan bukannya melalui Ketenteraan.Akta ini merupakan Undang-undang pertama mendefinasikan kewarganegaraan dan mempertahankan Hak Sivil
Akta Pembentukan Semula
Kongres meluluskan beberapa akta pembentukan semula pada bulan mac 1867,langkah-langkah diambil bagi memasukkan semula negeri-negeri yang telah berpisah .
Akta Tempoh Jawatan(Tenure of Office Act)
Akta ini di buat dan diluluskan oleh kongres pada Mac 1867 .Ia dibuat kerana ingin menyingkirkan Presiden Andrew Johnson Menurut akta ini presiden tidak boleh memberhentikan seseorang daripada Pejabat Pejabat Persekutuan tanpa pengesahan Senat.Tujuannya adalah untuk menyekat kuasa presiden .Johnson mengatakan akta ini melanggar perlembagaan dan pada bulan Februari 1868,beliau memecat Setiausaha Perang ,Edwin Stanton(1814-1869).Pihak radikal mendakwa Johanson melanggar undang-undang menyebabkan proses penyingkiran dibuat pada bulan Mac 1868,di bawah Ketua Hakim Salmon P.Chase(1808-1873) dan senat sebagai juri.Keputusan Undi mendapati 35 orang mengatakan salah 19 tidak bersalah.Ia gagal kerana undi 2/3 majoriti tidak tercapai,iaitu kurang satu undi,Johnson tidak dapat disingkirkan dan terus menghabiskan penggal pemerintahannya .
Pembelian Alaska daripada Rusia
Keluasan Amerika bertambah sebanyak 20% ,pada 30 Mac 1867 apabila Setiusaha Amerika ,William H.Seward membeli Alaska daripada Rusia sebanyak 7 juta dolar atau 2 sen per ekar.Pembelian dianggap tidak bernilai-Sewards Folly dan Seward’s Ice Box atau Polar Bear Garden Presiden Andrew Johnson .
Kesimpulan
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku antara tahun 1837 sehingga 1865 ini menyumbang kepada era pembentukan semula iaitu kapitalisme perindustrian dan meningalkan kesan kepada kehidupan ekonomi dan politik rakyat
TAJUK:
SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.
PENGENALAN
Sabah merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang membentuk Malaysia. Sabah terletak di Pantai Barat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada tanah besar yang membentuk Borneo. Sabah mempunyai penduduk majoriti yang dikenali sebagai masyarakat peribumi dan terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan etnik. Menurut Banci Penduduk 1980, semua penduduk sabah yang terdiri daripada 39 buah kelompok etnik kesemuanya di kategorikan sebagai penduduk peribumi.
Dalam kajian ini, tumpuan adalah lebih spesifik kepada masyarakat Dusun. Etnik Dusun merupakan etnik di bawah rumpun Dusunic yakni salah satu kumpulan etnik terbesar di Sabah selain daripada etnik Kadazan, Paitanic, Murutic, Lundayeh, Bonggi, Illanun, Suluk Tausug, Bugis, Ida’an, Bengkahak, Bajau, Melayic, Tidung, Sino-Natif dan Dayak. Kebanyakan lokasi petempatan masyarakat Dusun di Sabah tertumpu di daerah Ranau (50,000 orang), Bundu (70,000 orang), dan yang lain berada di Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Tawau serta beberapa tempat lain dan jumlah keseluruhannya ialah 140,000 (http://.www.sil.org/ethnologue:2).
Seperti juga masyarakat lain, masyarakat Dusun turut mempunyai asal-usul keturunannya yang agak unik khususnya sumber berdasarkan ceritera golongan tua masyarakat tersebut. Namun demikian, sumber maklumat mengenai asal-usul keturunan dusun bukanlah bersandarkan kepada ceritera golongan tua semata-mata kerana terdapat juga kajian dan teori mengenai asal-usul keturunan masyarakat Dusun yang bersifat akademik.
TEORI ASAL USUL KAUM DUSUN
Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Low Kok On, 2005).
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.
DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, nyanyian bermaksud gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian juga merujuk kepada seni yang dilahirkan melalui pengucapan (oral) di mana pengucapan tersebut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik dan sebagainya. Maksud lain ialah bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Tradisional pula bermaksud kepercayaan, adat resam, cerita dan lain-lain yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, seni nyanyian tradisional dapat diertikan sebagai nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan oleh masyarakat zaman dahulu dan diwarisi sehingga hari ini.
Seni nyanyian tradisional juga adalah nyanyian oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya dan adat serta penerimaan sesebuah bangsa kerana setiap bangsa juga mempunyai ciri-ciri seni nyanyian yang tersendiri. Apabila memperkatakan tentang nyanyian ia turut melibatkan si pendengar (orang yang mendengar nyanyian si penyanyi) nyanyian tersebut. Ini kerana dalam seni nyanyian ini impak bukan sahaja diterima oleh si penyanyi malah ia turut diterima oleh para pendengar. Bagi etnik Dusun, mereka mempunyai cara yang tersendiri dalam seni nyanyian tradisional.
SEJARAH
Seni nyanyian tradisional etnik Dusun di Sabah mempunyai sejarahnya tersendiri yang begitu unik. Keunikan sejarah seni nyanyian tersebut terserlah melalui fungsi asal nyanyian tersebut. Pada awalnya, nyanyian tersebut bukanlah bersifat seni seperti sekarang ini. Ia sekadar memenuhi tuntutan kehidupan yang telah menjadi norma dan amalan adat etnik tersebut. Namun demikian, lama kelamaan nyanyian tersebut telah menjadi salah satu cabang seni ekoran nilai-nilainya yang berkembang menjurus ke arah bidang tersebut. Walau bagaimanapun, fungsi asal nyayian tersebut masih dikekalkan.
Menurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi. Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi bayi ini mempunyai irama yang menarik. Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran. Kebanyakkan bayi dalam etnik Dusun membesar dengan nyanyian tradisional yang diwarisi secara turun temurun dari nenek moyang. Ekoran irama kata-kata dodoian atau lagu tersebut agak menarik maka kebanyakan bayi yang sudah membesar akan menyanyikan lagu tersebut bukan sahaja sebelum waktu tidur malah dalam mana-mana keadaan sekalipun, contohnya ketika masa lapang ataupun ketika berkumpul dengan kawan-kawan.
Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika upacara ritual. Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi. Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai pengendali upacara akan megendi. Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai irama yang agak unik. Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk upacara ritual.
Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa seni nyanyian etnik Dusun berasal daripada kata-kata larangan yang disampaikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak yang bertujuan untuk kawalan sosial (supernatural sanction).
FUNGSI
Seperti kebanyakan masyarakat lain, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun di Sabah turut mempunyai fungsi. Nyanyian-nyanyian ini tidak akan dinyanyikan sekiranya tidak bertujuan walaupun sekadar untuk menghiburkan hati.
Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi sebelum tidur. Masyarakat Dusun amat mementingkan amalan mendodoi bayi sebelum tidur kerana ia dipercayai amat penting bagi membantu tumbesaran bayi. Selain daripada itu, perbuatan mendodoi bayi ini juga akan membuatkan bayi berasa selamat dan mempercepatkan proses menidurkannya. Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan jahat. Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang baik.
Nyanyian ini turut berfungsi sebagai supernatural sanction atau kawalan sosial. Larangan-larangan atau nasihat selalunya disampaikan dalam bentuk lagu kerana cara ini lebih lembut dan senang diingati oleh kanak-kanak. Lagu-lagu yang bersifat supernatural sanction ini lazimnya dinyanyikan ketika kanak-kanak hendak masuk tidur. Salah satu versi nyanyian yang bersifat supernatural sanction yang selalunya dinyanyikan oleh orang tua kepada anak-anak mereka adalah seperti berikut:
...Odop, Odop, ondu,
Odi meti o rogon (namatai)
Mongigit dot ponobok doh tagayo
Minongigit dot pais
Odop, odop, Ondu
Rumikot noh dika....
Dalam versi bahasa Inggeris, ia mempunyai pengertian seperti ini:
………Sleep, sleep, baby,
There comes the Ragun (soul of dead),
He carries a big stick,
He carries a big knife,
Sleep, sleep, baby,
He comes to you!
Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai. Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis. Si lelaki pula selalunya menggunakan bait-bait kata yang mengagung-agungkan wanita tersebut dan akhir sekali akan meluahkan perasaannya melalui lagu yang dinyanyikan. Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya. Terdapat juga lagu untuk meminta maaf atas ketidaksudian gadis tersebut kepada pihak lelaki. Berikut merupakan lagu yang lazimnya dinyanyikan oleh golongan jejaka Dusun untuk memikat pihak perempuan:
...isai boh gia ngaran nu
Sumandak doh talawa
Katarik ginawoku
Silik-silikan mato nu
Miagal di Mazuin
Balasan oleh pihak perempuan sekiranya bersetuju:
...Anis (nama si gadis) boh gia ngaranku
Mantad oku Tambunan
Muhang ko nopo doho
Tanud doho mulih walai
Rubah molohing ku.....
Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu. Terdapat banyak lagu yang dicipta khas untuk perayaan-perayaan atau events tertentu seperti tamu (pasar), pertandingan Unduk Ngadau dan sebagainya.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian. Mereka mempunyai banyak lagu yang dicipta khas untuk memerikan keindahan alam dan penghuninya. Ia seterusnya membangkitkan semangat cintakan kaum sendiri dan cintakan tanah air.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.
Bagi masyarakat Dusun, nyanyian merupakan alat atau medium yang penting bagi menyampaikan cerita atau mitos mengenai keagungan tuhan dan dewa-dewi yang berperanan penting dalam kehidupan mereka. Mereka mempercayai bahawa mereka adalah berasal dari keturunan dewa-dewi iaitu Kinorohingan dan Suminundu serta anak mereka Kinomulok. Oleh itu, mereka amat mengagung-agungkan dewa-dewi. Berikut merupakan lagu versi bahasa Dusun yang menceritakan tentang keagungan dewa-dewi mereka:
... RUMANDAWI
Sundu-sundu ku ie Kinomulok
Tendu ko mantad kayangan
Tendu ko mantad rumandawi
Roroyohon tulun riniba
Boros-boros ka di Kudingking
Sonong nogi kopisawo kito
Miagal kito rumandawi
Om miagal mantad kayangan
Ompoimpasi ko dah kinomulok
Om orongou nu iti sindingku
Mamarayou di no linundus nu
Om nogi di no korondowion nu
Om poimpasi ko da ika Kudingking
Om orongoi nu iti sindingku
Mamarayou di no winantang nu
Om nogi di no korondowion nu
Iti noh tangon gulu-gulu
Roiton ku kuma’a di koyu tobpinai
Parangahan ku do tulun dusun
Is sodu toi ko is somok
Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual. Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual. Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya. Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.
Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.
TEKNIK DAN BAHAN PERSEMBAHAN
Teknik nyanyian bagi masyarakat Dusun adalah sama sahaja dengan teknik yang digunakan oleh masyarakat lain. Apa yang penting adalah ia mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral). Aspek lontaran vokal si penyanyi turut mempengaruhi sama ada nyanyian yang dipersembahkan itu menarik atau tidak. Vokal si penyanyi yang sedap didengar biasanya akan memberi kelebihan kepada lagu tersebut. Ini menyebabkan lagu itu terus digemari.
Selain itu, teknik nyanyian yang digunakan adalah dengan penggunaan bahasa Dusun itu sendiri. Dengan penggunaan bahasa Dusun ini, ia sekaligus telah membezakan seni nyanyian dengan kaum-kaum lain.
Seni Nyanyian ini juga dipersembahkan dengan bantuan daripada peralatan-peralatan muzik seperti gong. Alat muzik ini lazimnya dimiliki oleh masyarakat Dusun kerana kepentingannya dalam majlis-majlis, seperti majlis perkahwinan. Terdapat beberapa jenis gong yang digunakan dalam aktiviti nyanyian. Antaranya, seperti tawag-tawag. Tawag-tawag ini merupakan alat muzik yang paling popular digunakan. Antara ciri-ciri tawag-tawag ini ialah bersaiz besar, mempunyai ton yang nyaring dan bahagian tepi yang tajam serta dalam. Jenis gong yang berikutnya adalah Chenang. Chenang ini mempunyai saiz yang lebih kecil sebesar kepala orang. Di samping itu, tidak dalam dan mempunyai ton bunyi yang lembut berbanding tawag-tawag. Jenis gong yang seterusnya adalah kulintangan. Kulintangan ini merupakan gong-gong yang kecil dan mempunyai ton-ton bunyi yang indah.
Selain daripada gong, terdapat juga alat-alat muzik kaum Dusun yang lain, iaitu sendatang atau sundatang. Sendatang ini merupakan sejenis alat bunyi-bunyian yang mempunyai leher yang panjang dan badan berbentuk gendang seperti gambus. Sendatang juga mempunyai enam atau lapan tali logam yang diregang berpasangan dan mengeluarkan ton bunyi apabila dipetik serta mempunyai permukaan yang pelik berbanding alat muzik yang lain kerana ukirannya dibuat secara kasar.
Alat muzik yang lain ialah dikenali sebagai sompoton atau sempatan. Sompoton ini juga dikenali sebagai seruling buluh. Hal ini kerana sompoton tersebut diperbuat daripada buluh. Antara ciri-ciri sompoton ialah mempunyai bahagian kepala dan badan.
Selain itu, nyanyian ini sering dinyanyikan dengan diiringi oleh tarian. Dalam masyarakat Dusun, tarian yang lazim disertakan ketika menyanyikan lagu ialah tarian sumazau dan magunatif (proses menceraikan biji padi dari tangkainya (mengogik). Kombinasi antara nyanyian, peralatan muzik, dan tarian ini mewujudkan suasana pemandangan dan irama yang amat menarik.
Masa kini, teknik dan bahan persembahan terhadap seni nyanyian ini telah berubah. Vokal si penyanyi menjadi tumpuan utama. Manakala bahan persembahan yang digunakan lebih kepada peralatan muzik moden seperti gitar, drum, piano dan lain-lain. Untuk memberikan sentuhan tradisional nyanyian itu peralatan tradisional seperti gong, sompoton dan lain-lain dimainkan bersama. Hasilnya, seni nyanyian itu semakin menarik dan diminati ramai.
ETIKA
Lagu-lagu yang berkaitan dengan ritual dan animisme ini begitu penting kepada kaum Dusun dan diamalkan didalam kehidupan mereka. Ia termasuklah bagi proses kelahiran, perkahwinan, perubatan sehinggalah kepada kematian mereka.
Lagu-lagu nyanyian untuk upacara ritual biasanya dinyanyikan oleh orang yang lebih berkemahiran, seperti Bobolizan. Bobolizan adalah orang yang memainkan peranan penting dan biasanya terdiri daripada wanita kerana dipercayai jiwa wanita lebih halus dan mudah berhubung dengan makhluk alam ghaib. Pergerakan dan muzik untuk upacara ini biasanya adalah sama, sebaliknya hanya lagu yang dinyanyikan oleh Bobolizan berbeza mengikut keperluan upacara.
Nilai etika juga boleh dilihat dalam seni nyanyian kaum Dusun ini kerana ianya turut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral), fungsi lagu dan ensemble muzik (sekumpulan kecil pemuzik). Alat muzik seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya lazimnya akan mengiringi seni nyanyian masyarakat.
Bagi acara-acara kesyukuran seperti perkahwinan, kelahiran bayi dan menuai serta menolak bala malapetaka, lazimnya acara-acara ini diiringi oleh tarian seperti tarian sumazau agar menjadikannya lebih harmoni dan menarik.
ESTETIKA
Seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun penuh dengan nilai estetika. Bagi mereka, jika seseorang itu mendengar lagu yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan, kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis lagu yang didengari.
Oleh kerana seni nyanyian masyarakat Dusun ini penuh dengan nilai estetika maka pada masa kini lagu-lagu nyanyian ini telah pun dikomersialkan yang boleh mendatangkan hasil. Dengan itu, ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti Keset, Cekera Padat (CD), Video Cekera Padat (VCD) yang dijual dipasaran. Selain itu, lagu-lagu nyanyian juga dijadikan sebagai lagu rakyat kerana lirik-lirik lagu yang mempunyai makna yang tersirat di samping iramanya yang menarik.
SIMBOLISME/ FALSAFAH
Setiap lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai simbol dan falsafah yang tersendiri bagi kaum Dusun khususnya. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah simbol untuk memuji kecantikan wanita di samping memikat wanita yang berkenaan.
Nyanyian juga simbol kepada ketuhanan. Hal ini kerana, nyanyian akan dinyayikan dalam upacara-upacara ritual, seperti mengubati penyakit dan dalam pembacaan mantera oleh Bobolizan.
Nyanyian turut menjadi simbol kepada perpaduan dan silaturrahim kepada masyarakat kaum Dusun. Hal ini berlaku apabila nyanyian dinyanyikan secara bersama-sama dalam dalam suasana yang meriah di samping melakukan tugasan bersama-sama, seperti berladang. Apabila dapat berkumpul bersama-sama, maka keadaan tersebut dapat menimbulkan kerjasama dan semangat perpaduan yang baik.
Simbol yang seterusnya adalah sebagai simbol luahan perasaan. Masyarakat kaum Dusun menyanyikan lagu bagi meluahkan perasaan seperti meluahkan perasaan berteima kasih, meminta maaf, meratapi nasib dan sebagainya.
Nyanyian-nyanyian kaum Dusun juga melambangkan harga diri mereka. Hal ini bermakna, setiap lagu nyanyian kaum Dusun yang dinyanyikan secara langsung dapat menggambarkan identiti masyarakat Dusun. Nyanyian juga merupakan simbol cinta dan kesunyian seseorang. Biasanya, apabila seseorang berasa sunyi dan dilamun cinta, maka nyanyian tidak dapat dipisahkan bagi menghiburkan hati. Hal ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum Dusun tetapi juga oleh masyarakat lain seperti kaum Melayu khususnya generasi yang terdahulu.
Selain itu, seni nyanyian turut menjadi simbol kepada semangat cintakan tanah air atau kampung halaman sendiri. Ini kerana banyak penyanyi atau pencipta lagu di kalangan masyarakat Dusun yang mendedikasikan semangat cintakan tanah air mereka dalam bentuk lagu. Ia sebenarnya lebih mirip kepada lagu patriotik yang banyak dipopularkan oleh penyanyi tanah air kita cuma ia tidak dipublisitikan kerana ia hasil nukilan orang perseorangan.
KESIMPULAN
Masyarakat kaum Dusun mempunyai banyak amalan-amalan yang unik dan menarik. Masyarakat ini kaya dengan adat-adat tradisi, ritual-ritual, dan kesenian yang baik dan menarik seperti nyanyian. Nyanyian kaum Dusun mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri serta simbol dan falsafah yang mana amat berkait rapat dengan budaya masyarakat Dusun itu sendiri. Walaubagaimanapun, sifat dan fungsi tradisional seni nyanyian ini semakin lenyap ekoran perdaran zaman.
Dewasa kini, seni nyanyian bagi masyarakat Dusun telah mengalami perubahan namun terdapat sesetengah nilai yang masih dikekalkan. Fungsi dan teknik persembahan merupakan aspek komponen nyanyian yang mengalami perubahan besar. Fungsi utama seni nyanyian tradisi Sabah pada masa dahulu iaitu sebagai ucapan ritual untuk memanggil semanagt yakni megendi semakin lenyap malah tidak dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakatnya Dusun khususnya generasi muda. Tambahan pula tidak ramai generasi muda yang berminat untuk belajar atau ingin mewarisi kebolehan untuk menjadi pengendali upacara ritual atau lebih dikenali sebagai bobohizan.
Dari aspek teknik persembahan atau teknik penyampaian lagu tersebut, didapati bahawa seni nyanyian tersebut turut mengalami perubahahan besar. Pada zaman tradisional dahulu, lagu ini dinyanyikan begitu sahaja secara sentimental denga bantuan peralatan muzik tradisional seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya. Namun demikian sekarang ini, terdapat banyak lagu tradisi masyarakat Dusun versi lama yang telah dirancakkan seperti lagu-lagu rap dan jazz. Ia semakin bervariasi dari masa ke semasa. Contohnya, lagu yang versi Taragang Rasuk yang dahulunya dinyanyikan oleh penyanyi lama yang kini telah diberikan nafas baru oleh penyanyi baru iaitu Atama dalam bentuk Hip Hop. Peralatan muzik yang lazimnya mengiringi lagu Dusun kini turut di tambah oleh peralatan muzik moden seperti gitar, piano, drum dan sebagainya. Malah terdapat banyak lagu baru yang langsung diiringi oleh peralatan muzik moden sepenuhnya tanpa sentuhan peralatan muzik tradisinal.
Secara keseluruhannya, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun ini pasti amat unik dan menarik kerana ianya tidak luput dimakan dek zaman. Nilai dan seninya tetap wujud walaupun telah menerima banyak perubahan. Ia harus dijaga agar kelangsungannya sampai kepada generasi yang seterusnya.
GLOSARI
Bobohizan = bomoh
Kinorohingan = tuhan bagi masyarakat kadazandusun
Megendi = suatu upacara yang melibatkan pembacaan mentera
Menegmburongoh = nama jenis mantera
Mongogik = suatu perbuatan yang memisahkan padi daripada jerami.
Ragun/ rogon = makhluk halus yang bersifat jahat
Siminundu = isteri kepada Kinorohingan
Sundu = kasyaf
Unduk Ngadau = ratu cantik
BIBLIOGRAFI
Alliston , C (1963). In The Shadow Of Kinabalu. London: The Adventurers Club.
Arena Wati (1978). Dusun: Satu Tinjauan Dalam Konteks Kepercayaan, Kultus Dan
Hukum Adat Di Sabah. Sabah: Penerbitan Yayasan Sabah.
Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1989). Cultural Development in Sabah, 1963-1988.
Dalam, Jeffrey G Kitingan dan Maximus J Ongkili (ed.), Sabah 25 Years Later,
1963-1988(359-404). Sabah: Institute Development Studies (Sabah).
Evans, I. H. N (1922). Among Primitive Peoples In Borneo: A Discription Of The Lives,
Habits & Customs Of the Piratical Head-Hunters Of North Borneo, With An Account Of Interesting Objects Of Prehistoric Antiquity Discovered In The Island. London: Seeley, Service & Co. Limited.
Low Kok On (2005). Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (1990), Penerbit Universiti Malaya.
Williams, T.R (1965). The Dusun: A North Borneo Society. Holt, Rinehart and Winston,
Inc, United States of America.
http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/kom3008.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum_Kadazan-Dusun