Selepas sekian lama menempuh alam pembelajaran...akhirnya tahun 2008 ini saya dan kawan2 dapat juga berkonvokesyen. Pengalaman study di Universiti Malaya yang bertaraf universiti perdana di Malaysia sudah cukup bermakna buat kami semua.

Terima kasih kepada UM kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar di sini. Pengalaman dalam bilik kuliah, berdiscuss dalam bilik tutorial, menghadiri dengan seminar, buat assigment dan paling mencabar adalah menyiapkan Latihan Ilmiah untuk mendapat segulung Ijazah. Rasanya cukup pantas masa berlalu. Sekarang sudah habis study..hihihik...

Saya cukup berbangga kerana saya adalah insan pertama daripada SMK Tandek yang berjaya masuk ke UM. Bangganya tidak terkira. Best giler lah..hehehe..kerana study di UM membolehkan saya dapat pergi ke Kuala Lumpur. Sebelum ini memang ada niat mahu study di KL. Tidak sanggka akhirnya dapat jua akhirnya.

Di UM, saya dapat berkenalan dengan ramai kawan. Seronok bila dapat kawan2 daripada seluruh Malaysia malah kawan dari seluruh dunia pun ada. Jangan main2. Kawan2 sabah yang menjadi coursemate saya pula semua sporting. Teringat pengalaman bersama dengan kawan2 rapat Firdaus(Laha Datu), Basmin (Beluran), Fenddi (Besut), Jarry (KK), Awangku (KK), Isey (Jeli, Klate), Azmi (Labuan), Jinel (Kundasang), Moon (Ranau), Marry (KB), Midau (Kunak), Iskandar (Swk) dan ramai lagi. Tidak dapat nak promot mereka kat sini. tapi korang tetap dalam ingatan..hihihihi...



zir, azmi, murel, wilson, roben, jarry

Ada ramai lagi members yang belum grad. Semoga berjaya. Terutamanya Firdaus Hinnasir tu yg bijak komputer dan pakar multimedia..huhu...semoga dapat grad tahun 2009..huhu..jgn marah bah.

Buat kawan2 sekolah iaitu SMK Tandek yang selepas habis STPM...kita telah terpisah ke Universiti yang berlainan. Musli (UMS Labuan), Zaki (UMS), Herlly (USM), Bheno (UMS Labuan), Ram (UNIMAS), Judaih (UPSI), Jojilih (UMS), Juth (UMS) dan ramai lagi. Tak lupa juga members yang study kat kolej swasta tu.

apa pun kita semua pasti berjaya. lepas study ni kita kena cari kerja untuk hidup yang lebih cerah.

Antara tahun 1837 hingga 1865 berlaku beberapa peristiwa penting di Amerika seperti Panik 1837,Peristiwa Amistad, Perang Amerika –Mexico, Perjanjian Guandalope Hidalgo,Pembelian Gadsden, Kompromi 1850, Akta Kansas – Nebraska, Keputusan Dred Scott dan sebagainya .
Panik 1837
Pada tahun 1837 berlaku peristiwa yang di panggil Panik 1837.Pada masa itu berlakunya kemerosotan ekonomi akibat polisi ekonomi Jackson di Amerika .Keadaan ini timbul disebabkan Risalah Mata Wang yang ditulis oleh Jackson yang menetapkan tanah hanya boleh dibeli menggunakan emas dan perak .Ini bukan sahaja mengurangkan penjualan tanah tetapi ramai yang mula mengeluarkan dan menyorok emas dan Perak . Keadaan ini berlaku pada 10 Mei, 1837 di Bandaraya New York, apabila setipa bank menghentikan pembayaran dalam duit syiling (duit syiling keemasan dan perak). Panik disusuli oleh lima tahun kemelesetan, dengan kegagalan bank-bank merekod masalah yang di hadapi .
Peristiwa Amistad 1839
Emansipasi hamba abdi berlaku.Pada bulan februari 1839 pemburu hamba abdi portugis telah menculik sekumpulan besar bangsa Afrika dari Sierra Leon dan menghantar mereka ke Havana ,Cuba yang pada masa itu merupakan pusat perdagangan hamba abdi.Penculikan itu melanggar segala perjanjian yang telah diwujudkan ada masa itu.Namun rakyat Afrika itu telah dibeli oleh dua peladang Sepanyol.Rakyat Afrika itu telah dihantar ke ladang mereka di Carribean menaiki Kapal Amistad .Pada 1 Julai 1839 ,rakyat Afrika itu telah merampas kapal tersebut,membunuh kapten dan tukang masak serta mengarahkan 2 peladang berkenaan berlayar kembali ke Afrika.Namun pada 24 ogos 1839,kapal ini telah dirampas berhampiran Long Island ,New York oleh sebuah kapal Amerika bernama Washington.Peladang tersebut telah dibebaskan ,namun rakyat Afrika ini telah dipenjarakan di New Haven ,Connecticut atas tuduhan membunuh,walaupun kemudiannya mereka telah dibebaskan daripada tuduhan membunuh,kes ini berpanjangan apabila timbul isu hak dan harta benda.Kes ini telah dipanjangkan ke Mahkamah Agung pada bulan Januari 1841 dan rakyat Afrika disokong oleh John Quincy Adam yang mempertahankan hak mereka untuk mendapat kebebasan.Akhirnya Mahkamah Agung telah membebaskan mereka dan 35 orang daripadanya telah dihantar pulang ke Negara asal,manakala yang lain meninggal dunia ketika dalam proses perbicaraan .
Perang Amerika –Mexico (1846-1848 )
Perang ini berlaku kerana Presiden James K.Polk ingin i mendapatkan New Mexico ,California dan wilayah-wilayah di timur .Ini disebabkan New Mexico dan California merupakan pintu Amerika ke Lautan Pasifik,manakala Texas terletak di jalan pengembangannya .Amerika inginkan kawasan tersebut bagi memenuhi cita-citanya meluaskan Negara Amerika.Keinginan ini muncul sejak Texas memperoleh kemerdekaan daripada Mexico pada tahun 1836.Pertikaian berhubung Texas dan sempadannya menjadi isu penting antara Amerika dan Mexico.Apabila Amerika menjajah Texas pada tahun 1845 ,beberapa wilayah jatuh ke tangan Amerika seperti Texas,sebahagian daripada New Mexico,Oklohoma ,Colorado dan Wyoming .
Perkara itu menyebabkan hubungan Amerika dan Mexico menjadi semakin buruk dan Mexico enggan mengakui pendudukan Amerika di Texas dan masih menganggap Texas sebagai miliknya.Isu lain yang meningkatkan persengketaan antara Amerika dengan Mexico ialah isu sempadan yang memisahkan Texas dan Mexico.Mexico menetapkan sempadan di sepanjang Sungai Nueces tetapi Amerika mendakwa sempadan sebenar ialah sepanjang Sungai Rio Grande.Timbul pertelingkahan tentang tanah yang terletak antara dua sungai itu.Amerika menawarkan pelupusan hutang sebanyak $ dua juta dolar kepada Mexico sekiranya Mexico mengiktiraf Texas sebagai sebahagian daripada Amerika dan sempadan ditetapkan di sepanjang Sungai Rio Grande .Presiden James K.Polk menghantar menterinya ,John Slidell (1793-1871) ke bandar raya Mexico untuk memberi tawaran sebanyak lebih kurang $ 30 juta Dolar untuk membeli California dan wilayah-wilayah di Timur. Walaubagaimanapun ,Mexico menolak tawaran tersebut .
Tindakan Mexico menimbulkan kemarahan Presiden Polk dan pada 13 Januari dia mengarahkan Tentera Taylor bergerak ke kawasan pertikaian iaitu melintasi Nueces ke Sungai Rio Grande .Pada 3 Februari 1846 beliau mengarahkan Jeneral Zachary Taylor (1784-1850) untuk bertapak di kawasan yang dipertikaikan iaitu tebing Sungai Rio Grande ,Walaupun Presiden Polk tidak mahu memulakan peperangan tetapi beliau berharap tindakannya akan merangsang Mexico memulakan serangan pertama .Tentera Mexico menyerang tentera Jeneral Zachary Taylor disana dan mengorbankan 11 orang tentera Amerika dan 63 orang lagi di tawan.Serangan tersebut menjadi alasan Presiden Polk mengisytiharkan perang kepada Mexico dan menjelaskan kepada Kongres bahawa peperangan tidak dapat di elakkan .Perang Amerika – Mexico didalangi Presiden James K.Polk dan perang tersebut disebut sebagai Mr.Polk’s War .Peperangan tersebut membawa kepada pemerolehan tanah –tanah jajahan dan wilayah-wilayah baru .
Perjanjian Guandalope Hidalgo (1848)
Perjanjian ini dimeterai pada 2 Februari 1848,Amerika berjaya memperoleh New Mexico,California,Arizona,Nevada,Utah,Colorado dan sebahagian daripada Wyoming .Mexico terpaksa mengiktiraf Texas dan sempadannya di Sungai Rio Grande serta menjual wilayah-wilayah di Timur .Amerika hanya membayar $ 15 juta Dolar bagi wilayah-wilayah tersebut ,lebih rendah daripada tawaran asal .Amerika memperoleh lebih daripada 334 juta ekar kawasan baru dan keluasan Amerika bertambah sebanyak 1/3 .
Pembelian Gadsden (1853)
Pada tahun 1853 Amerika membeli Gadsden bagi menyediakan jalan yang paling baik menghubungi Texas dan California.Pembelian Gadsden daripada Mexico dengan bayaran $ 10 juta Dolar menambah lebih kurang 19 juta ekar ke bahagian barat Amerika Utara selatan Arizona dan barat daya New Mexico .
Kompromi 1850
Kompromi ini membatalkan syarat yang ditetapkan pada tahun 1820 dan cuba menyesuaikan keseimbangan antara negeri-negeri bebas hamba dan negeri-negeri yang menghalalkan perhambaan .Ia juga menangguhkan usaha ke arah penyelesaian. Kompromi bermula dalam bentuk Undang-undang Omnibus(Omnibus Bill) oleh Henry Clay yang cuba mengurangkan kekeruhan antara pihak utara dan selatan .Dibawah undang-undang ini California diterima sebagai negeri bebas hamba,sementara terdapat dua daerah baru iaitu Utah dan New Mexico .Satu Undang-undang hamba pelarian yang lebih dikenali sebagai Akta Hamba Pelarian (Fugutive Slave Act) .Akta ini dikuatkuaskan bagi membenarkan pihak selatan mendapatkan semula hamba abdi yang lari ke utara dan kongres tidak mempunyai kuasa untuk melarang perdagangan hamba antara negeri .
Akta Kansas – Nebraska(Mei 1854)
Asas kepada Akta Kansas – Nebraska ialah cadangan penyelesaian isu perhambaan diletakkan di tangan rakyat setiap negeri. Ia di cadangkan oleh dua ahli Demokrat ,Lewis Cass(1782-1866) dari Michigan dan Stephen A. Douglas (1813-1861) dari Illinois .Akta ini membatalkan Kompromi Missouri (1820-1821) dan membawa kepada pengasasan dua buah negeri iaitu Kansas dan Nebraska ,malah akta ini membuka kembali persoalan perhambaan di wilayah-wilayah barat yang sebelum ini cuba di selesaikan dalam Kompromi Missouri. Pengundi di kedua-dua negeri akan menentukan samada perhambaan harus dilarang atau dibenarkan.Perkara ini diharap membawa keseimbangan bahagian antara Kansas yang mengizinkan perhambaan dengan Nebraska yang melarang .Douglas menganggap cadangan tersebut sebagai proses kedaulatan Popular.Namun teori ini tidak dapat di terima kerana ia tidak menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan malah ia membawa kepada Perang Saudara antara pihak yang menyokong,mendalamkan jurang perselisihan antara negeri –negeri di utara (anti perhambaan) dan negeri-negeri di selatan (pro perhambaan) .
Akta Dred Scott
Ketua Hakim Roger B.Taney (1777-1864) dari Maryland mencadangkan agar pemilik hamba abdi menganggap hamba abdi sebagai aset mereka .Cadangan beliau menafikan hak kewarganegaraan sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan. Dalam Kes Dred Scott lawan Sandford (1857) keadaan ini jelas berlaku .Dalam kes itu,Scott,seorang hamba dari Missouri telah di bawa oleh tuannya seorang doktor perang tinggal di Louisiana yang bebas hamba.Sebaik kematian tuannya(1846) beliau menuntut di mahkamah sebagai seorang yang bebas dengan alasan perhambaan di larang di wilayah yang bebas hamba .
Kesnya berlanjutan selama 10 tahun ,sehingga pada tahun 1856 apabila kes itu sampai ke Mahkamah Agung.Pada bulan Mac 1857 ,barulah keputusan dicapai di mana setiap sembilan orang hakim Mahkamah Agung yang terdiri daripada tujuh ahli Demokrat( lima orang dari selatan ),seorang ahli Whig dan Seorang ahli Republikan membuat keputusan berbeza,namunrata-ratanya bersetuju bahawa Scott masih hamba .Ketua Hakim,Roger B.Taney,menyatakan Scott bukan warganegara Amerika mahupun Missouri dan beliau tidak mempunyai hak untuk menuntut di mahkamah persekutuan .Beliau juga menyatakan kongres tidak mempunyai kuasa untuk melarang perhambaan di mana-mana negeri dan tidak boleh melarang warganegaranya membawa harta ( hamba abdi ) ke mana-mana wilayah yang di miliki Amerika.Krisis ini mendapat bantahan orang ramai di Utara manakala di Selatan menyokong . Kes ini dikutuk dan dianggap sebagai kes paling buruk dalam sejarah Mahkamah Agung Amerika
Pilihan raya (1860)
Lincoln menjadi calon parti Republikan dan kemudiannya menjadi presiden pada 4 Mac 1861 mengalahkan dua orang calon Demokrat iaitu Stephen A.Douglas dan John C.Breckinridge(1821-1875)
Perang Saudara(1861-1865)
Perang yang berlaku antara tentera dan rakyat keseluruhannya.Perang berlaku pada 12 April 1861 dan dimulakan oleh tentera konfederasi.Dalam Masa 24 jam,tentera Konfederasi menawan Fort Sumter dan menyebabkan 4 negeri meninggalkan kesatuan dan menyertai Konfederasi iaitu Virginia,Arkansas,Carolina Utara dan Tennessee.Walaupun kekal dalam kesatuan, negeri lain seperti Kentucky,Missouri dan Maryland berlaku pembahagian yang nyata antara yang menyokong pemisahan dan menyokong kesatuan.Bagi pihak Kesatuan motif perang adalah untuk mengekalkan kesatuan dan Kerajaan di Washington tetapi kemudian menjadi perang melenyapkan perhambaan dan menyebabkan pihak Selatan cuba berpisah dari Kesatuan.
Manakala bagi pihak Konfederasi pula ,perang ini menjadi pertandingan bagi mewujudkan hak negeri di Selatan untuk meninggalkan Kesatuan dan perjuangan hidup menentang pencerobohan.Peperangan menyebabkan rakyat menghadapi kepahitan hidup dan tragedi..Perang Saudara antara Kesatuan dan Konfederasi yang pertama meletus di Bull Run Greek berhampiran Manassas Junction,Virginia pada 21 Julai 1861 . Dalam perang ini ,Jeneral Irwin Mc Dowell (1818-1885) memimpin 30,000 askar Kesatuan menentang P.G.T. Beauregard (1818-1893) dan Joseph E.Johnston (1807-1891) .Tentera Konfederasi menang dan Tentera Kesatuan berundur .Lincoln menggantikan Mc Dowell yang bersara pada 1 November 1861 dengan George B.Mc Clellan (1826-1885) .Pada Bulan Jun 1862,Mc Clellan menyerang Richmond pada Mac 1862, menentang Robert E.Lee (1807-1870) dari pihak Konfederasi (10,000 orang )pertempuran berlaku selama 7 hari.Mc Clellan kalah dan digantikan dengan Henry W.Halleck(1815-1872) pada bulan Julai ,beliau berjaya dalam perjuangan di barat .Angkatan John Pope(1822-1892)juga diarahkan pergi ke Selatan dan di situlah berlakunya Second Battle of Bull Run pada 29-30 Ogos 1862.John pope ditewaskan oleh tentera konfederasi dibawah pimpinan Lee dan Stonewall Jackson(1824-1863)
Perang Antietam (17 September 1862)
Lee yakin itu masa sesuai bagi Konfederasi menceroboh Washington .Berlaku peperangan antara tentera Lee dan tentera Mc Clellan.Ke dua-dua pihak kehilangan nyawa yang banyak iaitu seramai 23 ribu orang(13 ribu-kesatuan,10 ribu Konfederasi) mati terbunuh.Perang ini memaksa Lee berundur ke Potomac .Perang ini memberi harapan kepada pihak KesatuanDisebabkan kegagalan Mc Clellan beliau digantikan dengan Janeral Ambrose Burnside(1824-1881) yang telah menentang kuasa Lee di Fredericksburg,Virginia.Kesatuan kalah dan kehilangan nyawa 11 ribu orang.
Jeneral Joseph Hooker (1814-1879) menjadi Komander pada1863.Mereka bertempur di utara Virginia,Chancellorsville ,dan berundur kerana gagal.Dibahagian barat pula,pihak Kesatuan dibawah pimpinan Grant lebih berjaya dan kejayaan membawa kepada penaklukan New Orleas dan dengan itu membebaskan Sun
Ai Mississippi daripada kubu pertahanan Konfederasi .
Perjuangan Gettysburg dan Vicksburg
1 Julai 1863,tentera Lee bertempur dengan tentera Kesatuan yang dipimpin oleh Jeneral George Meade di bandar kecil di Gettysburg,Pennsylvania.Pada 3 Julai George Pickett membawa 15 ribu askar konfederasi menentang Kesatuan namun mengalami kegagalan dan kehilangan 28 ribu tentera .Jeneral Ulysses S.Grant (1822-1885) pula berperang di Vicksburg,Mississippi dan selepas enam minggu seluruh Sungai Mississippi ditawan Kesatuan .Kejayaan menjadi titik peralihan dan memberi keyakinan kepada tentera dan komando kesatuan.Pada 9 April 1865 ,Lee dan Grant bertempur diApomattox Courthouse,Virginia ,Lee mengalami kekalahan dalam perang,manakala Joe Johnston pula menyerah kalah kepada Sherman di Carolina Utara dan syarat-syarat penyerahan kalah dirundingkan dan perang Saudara tamat .
Dalam perang ini banyak nilai baru dipelajari seperti aspek kebersihan,khidmat peubatan,dan kebajikan sosial.Pada tahun1861,Presiden Lincoln mengarahkan pembentukan Suruhan jaya Kebersihan Amerika(United States Sanitary Commission) yang hampir kesemuanya dianggotai oleh lelaki,mreka turun padang bagi memberi nasihat tentang cara pembersihan air,penyediaan makanan yang bersih dan pembinaan tandas yang sesuai .Kaum wanita di kedua-dua belah pihak memainkan peranan penting sebagai sukarelawan seperti membantu mendapatkan sumber kewangan,menjahit dan membuat kain pembalut luka .Wanita menerima bayaran sebagai jururawat tentera setelah Dorothea Lynde Dix dari Suruhanjaya Kebersihan mendesak tentera membuat bayaran .


Pengubalan Akta Bank Nasional(National Bank Act)
Oleh Kerana perang tidak dapat berakhir dengan cepat maka Kongres mula menyusun semula sumber kewangan dan mendapatkannya daripada pihak swasta,maka kongres memperkenalkan sistem cukai pertama pada bulan Ogos 1861yang mana sebanyak tiga peratus daripada pendapatan yang melebihi $ 800 dolar di kenakan cukai ,walaubagaimanapun sumber kewangan ini tidak mencukupi ,lalu kongres meluluskan Akta Mata Wang dan mencipta satu mata wang kebangsaan yang di gelar “Green backs” kerana warnanya,ia memudahkan pembiayaan perang namun akhirnya menyebabkan inflasi berlaku .Pada tahun 1863 Kongres mengubah Akta Bank Nasional(Nasional Bank Act) yang mengharamkan bank-bank negeri mengeluarkan mata wang sendiri dan mesti memohon piagam daripada Kerajaan Persekutuan .
Akta Black Codes
Akta ini digubal oleh pihak Selatan pada tahun 1865-1866 ,dengan Tujuan untuk mendapatkan kawalan sosial terhadap bekas hamba abdi.Akta ini melenyapkan pelbagai hak rakyat Kulit hitam seperti,membuang undi,hak menjadi juri dan boleh melakukan kerja tertentu sahaja .
Penubuhan Biro Pembebasan ( Mac 1865)
Kongres menubuhkan Biro Pembebasan (Freedmens’s Bureau) yang bertujuan memperjuangkan hak hamba abdi dan membantu kesemua mereka yang dibebaskan tidak kira wanita,lelaki,dewasa dan kanak-kanak .Biro ini membantu membuka ladang di Tanah yang ditinggalkan,malah sekolah dan mahkamah bagi orang kulit hitam juga ditubuhkan.Akibat pengubalan akta Black Codes,golongan anti perhambaan(Abolitonist) mengadakan pertemuan di Massachusetts (1866) dan berjaya memantapkan dan mempelbagaikan aktiviti Freedmen’s Bureau bagi membantu kulit hitam .
Akta Hak Sivil( Civil Right Act-1866 )
Akta ini di bentuk untuk mempertahankan hak kulit hitam dan menghapuskan keputusan mahkamah dalam Dred Scott(1857) dan Black Codes.Tujuannya ialah melindungi hak kulit hitam melalui mahkamah dan bukannya melalui Ketenteraan.Akta ini merupakan Undang-undang pertama mendefinasikan kewarganegaraan dan mempertahankan Hak Sivil
Akta Pembentukan Semula
Kongres meluluskan beberapa akta pembentukan semula pada bulan mac 1867,langkah-langkah diambil bagi memasukkan semula negeri-negeri yang telah berpisah .
Akta Tempoh Jawatan(Tenure of Office Act)
Akta ini di buat dan diluluskan oleh kongres pada Mac 1867 .Ia dibuat kerana ingin menyingkirkan Presiden Andrew Johnson Menurut akta ini presiden tidak boleh memberhentikan seseorang daripada Pejabat Pejabat Persekutuan tanpa pengesahan Senat.Tujuannya adalah untuk menyekat kuasa presiden .Johnson mengatakan akta ini melanggar perlembagaan dan pada bulan Februari 1868,beliau memecat Setiausaha Perang ,Edwin Stanton(1814-1869).Pihak radikal mendakwa Johanson melanggar undang-undang menyebabkan proses penyingkiran dibuat pada bulan Mac 1868,di bawah Ketua Hakim Salmon P.Chase(1808-1873) dan senat sebagai juri.Keputusan Undi mendapati 35 orang mengatakan salah 19 tidak bersalah.Ia gagal kerana undi 2/3 majoriti tidak tercapai,iaitu kurang satu undi,Johnson tidak dapat disingkirkan dan terus menghabiskan penggal pemerintahannya .

Pembelian Alaska daripada Rusia
Keluasan Amerika bertambah sebanyak 20% ,pada 30 Mac 1867 apabila Setiusaha Amerika ,William H.Seward membeli Alaska daripada Rusia sebanyak 7 juta dolar atau 2 sen per ekar.Pembelian dianggap tidak bernilai-Sewards Folly dan Seward’s Ice Box atau Polar Bear Garden Presiden Andrew Johnson .
Kesimpulan
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku antara tahun 1837 sehingga 1865 ini menyumbang kepada era pembentukan semula iaitu kapitalisme perindustrian dan meningalkan kesan kepada kehidupan ekonomi dan politik rakyat

TAJUK:
SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

PENGENALAN
Sabah merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang membentuk Malaysia. Sabah terletak di Pantai Barat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada tanah besar yang membentuk Borneo. Sabah mempunyai penduduk majoriti yang dikenali sebagai masyarakat peribumi dan terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan etnik. Menurut Banci Penduduk 1980, semua penduduk sabah yang terdiri daripada 39 buah kelompok etnik kesemuanya di kategorikan sebagai penduduk peribumi.
Dalam kajian ini, tumpuan adalah lebih spesifik kepada masyarakat Dusun. Etnik Dusun merupakan etnik di bawah rumpun Dusunic yakni salah satu kumpulan etnik terbesar di Sabah selain daripada etnik Kadazan, Paitanic, Murutic, Lundayeh, Bonggi, Illanun, Suluk Tausug, Bugis, Ida’an, Bengkahak, Bajau, Melayic, Tidung, Sino-Natif dan Dayak. Kebanyakan lokasi petempatan masyarakat Dusun di Sabah tertumpu di daerah Ranau (50,000 orang), Bundu (70,000 orang), dan yang lain berada di Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Tawau serta beberapa tempat lain dan jumlah keseluruhannya ialah 140,000 (http://.www.sil.org/ethnologue:2).
Seperti juga masyarakat lain, masyarakat Dusun turut mempunyai asal-usul keturunannya yang agak unik khususnya sumber berdasarkan ceritera golongan tua masyarakat tersebut. Namun demikian, sumber maklumat mengenai asal-usul keturunan dusun bukanlah bersandarkan kepada ceritera golongan tua semata-mata kerana terdapat juga kajian dan teori mengenai asal-usul keturunan masyarakat Dusun yang bersifat akademik.

TEORI ASAL USUL KAUM DUSUN
Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Low Kok On, 2005).
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.


DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, nyanyian bermaksud gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian juga merujuk kepada seni yang dilahirkan melalui pengucapan (oral) di mana pengucapan tersebut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik dan sebagainya. Maksud lain ialah bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Tradisional pula bermaksud kepercayaan, adat resam, cerita dan lain-lain yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, seni nyanyian tradisional dapat diertikan sebagai nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan oleh masyarakat zaman dahulu dan diwarisi sehingga hari ini.
Seni nyanyian tradisional juga adalah nyanyian oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya dan adat serta penerimaan sesebuah bangsa kerana setiap bangsa juga mempunyai ciri-ciri seni nyanyian yang tersendiri. Apabila memperkatakan tentang nyanyian ia turut melibatkan si pendengar (orang yang mendengar nyanyian si penyanyi) nyanyian tersebut. Ini kerana dalam seni nyanyian ini impak bukan sahaja diterima oleh si penyanyi malah ia turut diterima oleh para pendengar. Bagi etnik Dusun, mereka mempunyai cara yang tersendiri dalam seni nyanyian tradisional.


SEJARAH
Seni nyanyian tradisional etnik Dusun di Sabah mempunyai sejarahnya tersendiri yang begitu unik. Keunikan sejarah seni nyanyian tersebut terserlah melalui fungsi asal nyanyian tersebut. Pada awalnya, nyanyian tersebut bukanlah bersifat seni seperti sekarang ini. Ia sekadar memenuhi tuntutan kehidupan yang telah menjadi norma dan amalan adat etnik tersebut. Namun demikian, lama kelamaan nyanyian tersebut telah menjadi salah satu cabang seni ekoran nilai-nilainya yang berkembang menjurus ke arah bidang tersebut. Walau bagaimanapun, fungsi asal nyayian tersebut masih dikekalkan.
Menurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi. Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi bayi ini mempunyai irama yang menarik. Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran. Kebanyakkan bayi dalam etnik Dusun membesar dengan nyanyian tradisional yang diwarisi secara turun temurun dari nenek moyang. Ekoran irama kata-kata dodoian atau lagu tersebut agak menarik maka kebanyakan bayi yang sudah membesar akan menyanyikan lagu tersebut bukan sahaja sebelum waktu tidur malah dalam mana-mana keadaan sekalipun, contohnya ketika masa lapang ataupun ketika berkumpul dengan kawan-kawan.
Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika upacara ritual. Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi. Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai pengendali upacara akan megendi. Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai irama yang agak unik. Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk upacara ritual.
Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa seni nyanyian etnik Dusun berasal daripada kata-kata larangan yang disampaikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak yang bertujuan untuk kawalan sosial (supernatural sanction).


FUNGSI
Seperti kebanyakan masyarakat lain, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun di Sabah turut mempunyai fungsi. Nyanyian-nyanyian ini tidak akan dinyanyikan sekiranya tidak bertujuan walaupun sekadar untuk menghiburkan hati.
Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi sebelum tidur. Masyarakat Dusun amat mementingkan amalan mendodoi bayi sebelum tidur kerana ia dipercayai amat penting bagi membantu tumbesaran bayi. Selain daripada itu, perbuatan mendodoi bayi ini juga akan membuatkan bayi berasa selamat dan mempercepatkan proses menidurkannya. Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan jahat. Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang baik.
Nyanyian ini turut berfungsi sebagai supernatural sanction atau kawalan sosial. Larangan-larangan atau nasihat selalunya disampaikan dalam bentuk lagu kerana cara ini lebih lembut dan senang diingati oleh kanak-kanak. Lagu-lagu yang bersifat supernatural sanction ini lazimnya dinyanyikan ketika kanak-kanak hendak masuk tidur. Salah satu versi nyanyian yang bersifat supernatural sanction yang selalunya dinyanyikan oleh orang tua kepada anak-anak mereka adalah seperti berikut:

...Odop, Odop, ondu,
Odi meti o rogon (namatai)
Mongigit dot ponobok doh tagayo
Minongigit dot pais
Odop, odop, Ondu
Rumikot noh dika....

Dalam versi bahasa Inggeris, ia mempunyai pengertian seperti ini:

………Sleep, sleep, baby,
There comes the Ragun (soul of dead),
He carries a big stick,
He carries a big knife,
Sleep, sleep, baby,
He comes to you!

Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai. Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis. Si lelaki pula selalunya menggunakan bait-bait kata yang mengagung-agungkan wanita tersebut dan akhir sekali akan meluahkan perasaannya melalui lagu yang dinyanyikan. Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya. Terdapat juga lagu untuk meminta maaf atas ketidaksudian gadis tersebut kepada pihak lelaki. Berikut merupakan lagu yang lazimnya dinyanyikan oleh golongan jejaka Dusun untuk memikat pihak perempuan:
...isai boh gia ngaran nu
Sumandak doh talawa
Katarik ginawoku
Silik-silikan mato nu
Miagal di Mazuin
Balasan oleh pihak perempuan sekiranya bersetuju:

...Anis (nama si gadis) boh gia ngaranku
Mantad oku Tambunan
Muhang ko nopo doho
Tanud doho mulih walai
Rubah molohing ku.....

Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu. Terdapat banyak lagu yang dicipta khas untuk perayaan-perayaan atau events tertentu seperti tamu (pasar), pertandingan Unduk Ngadau dan sebagainya.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian. Mereka mempunyai banyak lagu yang dicipta khas untuk memerikan keindahan alam dan penghuninya. Ia seterusnya membangkitkan semangat cintakan kaum sendiri dan cintakan tanah air.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.
Bagi masyarakat Dusun, nyanyian merupakan alat atau medium yang penting bagi menyampaikan cerita atau mitos mengenai keagungan tuhan dan dewa-dewi yang berperanan penting dalam kehidupan mereka. Mereka mempercayai bahawa mereka adalah berasal dari keturunan dewa-dewi iaitu Kinorohingan dan Suminundu serta anak mereka Kinomulok. Oleh itu, mereka amat mengagung-agungkan dewa-dewi. Berikut merupakan lagu versi bahasa Dusun yang menceritakan tentang keagungan dewa-dewi mereka:

... RUMANDAWI

Sundu-sundu ku ie Kinomulok
Tendu ko mantad kayangan
Tendu ko mantad rumandawi
Roroyohon tulun riniba

Boros-boros ka di Kudingking
Sonong nogi kopisawo kito
Miagal kito rumandawi
Om miagal mantad kayangan

Ompoimpasi ko dah kinomulok
Om orongou nu iti sindingku
Mamarayou di no linundus nu
Om nogi di no korondowion nu

Om poimpasi ko da ika Kudingking
Om orongoi nu iti sindingku
Mamarayou di no winantang nu
Om nogi di no korondowion nu

Iti noh tangon gulu-gulu
Roiton ku kuma’a di koyu tobpinai
Parangahan ku do tulun dusun
Is sodu toi ko is somok


Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual. Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual. Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya. Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.
Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.


TEKNIK DAN BAHAN PERSEMBAHAN
Teknik nyanyian bagi masyarakat Dusun adalah sama sahaja dengan teknik yang digunakan oleh masyarakat lain. Apa yang penting adalah ia mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral). Aspek lontaran vokal si penyanyi turut mempengaruhi sama ada nyanyian yang dipersembahkan itu menarik atau tidak. Vokal si penyanyi yang sedap didengar biasanya akan memberi kelebihan kepada lagu tersebut. Ini menyebabkan lagu itu terus digemari.
Selain itu, teknik nyanyian yang digunakan adalah dengan penggunaan bahasa Dusun itu sendiri. Dengan penggunaan bahasa Dusun ini, ia sekaligus telah membezakan seni nyanyian dengan kaum-kaum lain.
Seni Nyanyian ini juga dipersembahkan dengan bantuan daripada peralatan-peralatan muzik seperti gong. Alat muzik ini lazimnya dimiliki oleh masyarakat Dusun kerana kepentingannya dalam majlis-majlis, seperti majlis perkahwinan. Terdapat beberapa jenis gong yang digunakan dalam aktiviti nyanyian. Antaranya, seperti tawag-tawag. Tawag-tawag ini merupakan alat muzik yang paling popular digunakan. Antara ciri-ciri tawag-tawag ini ialah bersaiz besar, mempunyai ton yang nyaring dan bahagian tepi yang tajam serta dalam. Jenis gong yang berikutnya adalah Chenang. Chenang ini mempunyai saiz yang lebih kecil sebesar kepala orang. Di samping itu, tidak dalam dan mempunyai ton bunyi yang lembut berbanding tawag-tawag. Jenis gong yang seterusnya adalah kulintangan. Kulintangan ini merupakan gong-gong yang kecil dan mempunyai ton-ton bunyi yang indah.
Selain daripada gong, terdapat juga alat-alat muzik kaum Dusun yang lain, iaitu sendatang atau sundatang. Sendatang ini merupakan sejenis alat bunyi-bunyian yang mempunyai leher yang panjang dan badan berbentuk gendang seperti gambus. Sendatang juga mempunyai enam atau lapan tali logam yang diregang berpasangan dan mengeluarkan ton bunyi apabila dipetik serta mempunyai permukaan yang pelik berbanding alat muzik yang lain kerana ukirannya dibuat secara kasar.
Alat muzik yang lain ialah dikenali sebagai sompoton atau sempatan. Sompoton ini juga dikenali sebagai seruling buluh. Hal ini kerana sompoton tersebut diperbuat daripada buluh. Antara ciri-ciri sompoton ialah mempunyai bahagian kepala dan badan.
Selain itu, nyanyian ini sering dinyanyikan dengan diiringi oleh tarian. Dalam masyarakat Dusun, tarian yang lazim disertakan ketika menyanyikan lagu ialah tarian sumazau dan magunatif (proses menceraikan biji padi dari tangkainya (mengogik). Kombinasi antara nyanyian, peralatan muzik, dan tarian ini mewujudkan suasana pemandangan dan irama yang amat menarik.
Masa kini, teknik dan bahan persembahan terhadap seni nyanyian ini telah berubah. Vokal si penyanyi menjadi tumpuan utama. Manakala bahan persembahan yang digunakan lebih kepada peralatan muzik moden seperti gitar, drum, piano dan lain-lain. Untuk memberikan sentuhan tradisional nyanyian itu peralatan tradisional seperti gong, sompoton dan lain-lain dimainkan bersama. Hasilnya, seni nyanyian itu semakin menarik dan diminati ramai.


ETIKA
Lagu-lagu yang berkaitan dengan ritual dan animisme ini begitu penting kepada kaum Dusun dan diamalkan didalam kehidupan mereka. Ia termasuklah bagi proses kelahiran, perkahwinan, perubatan sehinggalah kepada kematian mereka.
Lagu-lagu nyanyian untuk upacara ritual biasanya dinyanyikan oleh orang yang lebih berkemahiran, seperti Bobolizan. Bobolizan adalah orang yang memainkan peranan penting dan biasanya terdiri daripada wanita kerana dipercayai jiwa wanita lebih halus dan mudah berhubung dengan makhluk alam ghaib. Pergerakan dan muzik untuk upacara ini biasanya adalah sama, sebaliknya hanya lagu yang dinyanyikan oleh Bobolizan berbeza mengikut keperluan upacara.
Nilai etika juga boleh dilihat dalam seni nyanyian kaum Dusun ini kerana ianya turut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral), fungsi lagu dan ensemble muzik (sekumpulan kecil pemuzik). Alat muzik seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya lazimnya akan mengiringi seni nyanyian masyarakat.
Bagi acara-acara kesyukuran seperti perkahwinan, kelahiran bayi dan menuai serta menolak bala malapetaka, lazimnya acara-acara ini diiringi oleh tarian seperti tarian sumazau agar menjadikannya lebih harmoni dan menarik.

ESTETIKA
Seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun penuh dengan nilai estetika. Bagi mereka, jika seseorang itu mendengar lagu yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan, kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis lagu yang didengari.

Oleh kerana seni nyanyian masyarakat Dusun ini penuh dengan nilai estetika maka pada masa kini lagu-lagu nyanyian ini telah pun dikomersialkan yang boleh mendatangkan hasil. Dengan itu, ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti Keset, Cekera Padat (CD), Video Cekera Padat (VCD) yang dijual dipasaran. Selain itu, lagu-lagu nyanyian juga dijadikan sebagai lagu rakyat kerana lirik-lirik lagu yang mempunyai makna yang tersirat di samping iramanya yang menarik.


SIMBOLISME/ FALSAFAH
Setiap lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai simbol dan falsafah yang tersendiri bagi kaum Dusun khususnya. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah simbol untuk memuji kecantikan wanita di samping memikat wanita yang berkenaan.
Nyanyian juga simbol kepada ketuhanan. Hal ini kerana, nyanyian akan dinyayikan dalam upacara-upacara ritual, seperti mengubati penyakit dan dalam pembacaan mantera oleh Bobolizan.
Nyanyian turut menjadi simbol kepada perpaduan dan silaturrahim kepada masyarakat kaum Dusun. Hal ini berlaku apabila nyanyian dinyanyikan secara bersama-sama dalam dalam suasana yang meriah di samping melakukan tugasan bersama-sama, seperti berladang. Apabila dapat berkumpul bersama-sama, maka keadaan tersebut dapat menimbulkan kerjasama dan semangat perpaduan yang baik.
Simbol yang seterusnya adalah sebagai simbol luahan perasaan. Masyarakat kaum Dusun menyanyikan lagu bagi meluahkan perasaan seperti meluahkan perasaan berteima kasih, meminta maaf, meratapi nasib dan sebagainya.
Nyanyian-nyanyian kaum Dusun juga melambangkan harga diri mereka. Hal ini bermakna, setiap lagu nyanyian kaum Dusun yang dinyanyikan secara langsung dapat menggambarkan identiti masyarakat Dusun. Nyanyian juga merupakan simbol cinta dan kesunyian seseorang. Biasanya, apabila seseorang berasa sunyi dan dilamun cinta, maka nyanyian tidak dapat dipisahkan bagi menghiburkan hati. Hal ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum Dusun tetapi juga oleh masyarakat lain seperti kaum Melayu khususnya generasi yang terdahulu.
Selain itu, seni nyanyian turut menjadi simbol kepada semangat cintakan tanah air atau kampung halaman sendiri. Ini kerana banyak penyanyi atau pencipta lagu di kalangan masyarakat Dusun yang mendedikasikan semangat cintakan tanah air mereka dalam bentuk lagu. Ia sebenarnya lebih mirip kepada lagu patriotik yang banyak dipopularkan oleh penyanyi tanah air kita cuma ia tidak dipublisitikan kerana ia hasil nukilan orang perseorangan.


KESIMPULAN
Masyarakat kaum Dusun mempunyai banyak amalan-amalan yang unik dan menarik. Masyarakat ini kaya dengan adat-adat tradisi, ritual-ritual, dan kesenian yang baik dan menarik seperti nyanyian. Nyanyian kaum Dusun mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri serta simbol dan falsafah yang mana amat berkait rapat dengan budaya masyarakat Dusun itu sendiri. Walaubagaimanapun, sifat dan fungsi tradisional seni nyanyian ini semakin lenyap ekoran perdaran zaman.
Dewasa kini, seni nyanyian bagi masyarakat Dusun telah mengalami perubahan namun terdapat sesetengah nilai yang masih dikekalkan. Fungsi dan teknik persembahan merupakan aspek komponen nyanyian yang mengalami perubahan besar. Fungsi utama seni nyanyian tradisi Sabah pada masa dahulu iaitu sebagai ucapan ritual untuk memanggil semanagt yakni megendi semakin lenyap malah tidak dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakatnya Dusun khususnya generasi muda. Tambahan pula tidak ramai generasi muda yang berminat untuk belajar atau ingin mewarisi kebolehan untuk menjadi pengendali upacara ritual atau lebih dikenali sebagai bobohizan.
Dari aspek teknik persembahan atau teknik penyampaian lagu tersebut, didapati bahawa seni nyanyian tersebut turut mengalami perubahahan besar. Pada zaman tradisional dahulu, lagu ini dinyanyikan begitu sahaja secara sentimental denga bantuan peralatan muzik tradisional seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya. Namun demikian sekarang ini, terdapat banyak lagu tradisi masyarakat Dusun versi lama yang telah dirancakkan seperti lagu-lagu rap dan jazz. Ia semakin bervariasi dari masa ke semasa. Contohnya, lagu yang versi Taragang Rasuk yang dahulunya dinyanyikan oleh penyanyi lama yang kini telah diberikan nafas baru oleh penyanyi baru iaitu Atama dalam bentuk Hip Hop. Peralatan muzik yang lazimnya mengiringi lagu Dusun kini turut di tambah oleh peralatan muzik moden seperti gitar, piano, drum dan sebagainya. Malah terdapat banyak lagu baru yang langsung diiringi oleh peralatan muzik moden sepenuhnya tanpa sentuhan peralatan muzik tradisinal.
Secara keseluruhannya, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun ini pasti amat unik dan menarik kerana ianya tidak luput dimakan dek zaman. Nilai dan seninya tetap wujud walaupun telah menerima banyak perubahan. Ia harus dijaga agar kelangsungannya sampai kepada generasi yang seterusnya.















GLOSARI
Bobohizan = bomoh
Kinorohingan = tuhan bagi masyarakat kadazandusun
Megendi = suatu upacara yang melibatkan pembacaan mentera
Menegmburongoh = nama jenis mantera
Mongogik = suatu perbuatan yang memisahkan padi daripada jerami.
Ragun/ rogon = makhluk halus yang bersifat jahat
Siminundu = isteri kepada Kinorohingan
Sundu = kasyaf
Unduk Ngadau = ratu cantik













BIBLIOGRAFI
Alliston , C (1963). In The Shadow Of Kinabalu. London: The Adventurers Club.
Arena Wati (1978). Dusun: Satu Tinjauan Dalam Konteks Kepercayaan, Kultus Dan
Hukum Adat Di Sabah. Sabah: Penerbitan Yayasan Sabah.
Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1989). Cultural Development in Sabah, 1963-1988.
Dalam, Jeffrey G Kitingan dan Maximus J Ongkili (ed.), Sabah 25 Years Later,
1963-1988(359-404). Sabah: Institute Development Studies (Sabah).
Evans, I. H. N (1922). Among Primitive Peoples In Borneo: A Discription Of The Lives,
Habits & Customs Of the Piratical Head-Hunters Of North Borneo, With An Account Of Interesting Objects Of Prehistoric Antiquity Discovered In The Island. London: Seeley, Service & Co. Limited.
Low Kok On (2005). Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (1990), Penerbit Universiti Malaya.
Williams, T.R (1965). The Dusun: A North Borneo Society. Holt, Rinehart and Winston,
Inc, United States of America.
http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/kom3008.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum_Kadazan-Dusun

KOD 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.
SOALAN: Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna.
JAWAPAN: Asyhadu Al-laa ilaha il-lallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
SOALAN: Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah.
JAWAPAN: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah
KOD 02 RUKUN ISLAM.
SOALAN: Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
JAWAPAN: Rukun Islam lima perkara:
a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
b. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
c. Mengeluarkan Zakat.
d. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
e. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.
KOD 03 RUKUN IMAN.
SOALAN: Sebutkan Rukun Iman satu persatu.
JAWAPAN: Rukun Iman enam perkara:
a. Beriman kepada Allah.
b. Beriman kepada Malaikat.
c. Beriman kepada Kitab.
d. Beriman kepada Rasul.
e. Beriman kepada Hari Akhirat.
f. Beriman kepada Qada dan Qadar.
SOALAN: Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T.
JAWAPAN: Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.
KOD 04 BERISTINJAK.
SOALAN: Terangkan bagaimana cara beeristinjak dengan menggunakan batu.
JAWAPAN: Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.
SOALAN: Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air.
JAWAPAN: Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih.
KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS.
SOALAN: Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN: Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan.
SOALAN: Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya.
3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan.
SOALAN: Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.
JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya.
2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah.
3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa.
4. Siram enam kali dengan air Mutlak.
KOD 06 CARA BERWUDUK.
SOALAN: Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN 1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim.
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X.
3. Berkumur-kumur 3X.
4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X.
5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.
6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X.
7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X.
8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X.
9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X.
10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X.
11. Menghadap kiblat dan berdoa:
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah,
Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh,
Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal
Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.
KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR).
SOALAN: Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.
JAWAPAN; Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:
1. Keluar mani.
2. Haid.
3. Janabah (bersetubuh)
4. Wiladah.
5. Nifas.
6. Mati, selain mati syahid.
SOALAN: Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.
JAWAPAN: Cara-cara mandi wajib :
1. Bersihkan badan dari segala kekotoran.
2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan
3. Ambil wuduk.
4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat:
5. Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.
( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )
6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X.
7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.
8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.
KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.
SOALAN: (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN: Allahu Akbar Allahu Akbar 2X
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X
Haiya alas solah 2X
Haiya alal falah 2X
• Assolatu khairum minan –naum 2X
Allahu akbar allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.
JAWAPAN 1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)
2. Berdiri menghadap Qiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Mengalunkan lafaz azan.
SOALAN: Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN: Allahu akbar Allahu akbar 2X
• • # Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X
Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X
• • # Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X
• • # Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X
Haiya alas solah 2X
• • # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
Haiya alal falah 2X
• • # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
As – Solatu khairum minan naum 2X
• • # Jawab- Sodakta wa bararta 1X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
• • # Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
• • # jawab- Laa ilaha il-lallah 1X
SOALAN: Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN: Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah:
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X
Haiya alas solah 1X
Haiya alal falah 1X
Qad qaa – matis solah 2X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
SOALAN: Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN: Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama
Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,,
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,
Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata
Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quata
• • • • • • • • • • • • Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis samawati wa ard, Waja alani minas solihi ahliha
Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama
Laa ilaha il-lallah = lafaz sama
SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah
JAWAPAN Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah,
Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah,
Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah.
KOD 10 SOLAT FARDU
SOALAN: Anda dikeendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut:
JAWAPAN: a. Lafaz niat solat fardu
• • SUBUH Usalli fardas subhi rak ataini ada an lillahi taala
ZUHUR Usalli fardaz zuhri ar baa raka-atin adaan lillahi taala
ASAR Usalli fardal asri ar baa raka-atin adaan lillahi taala
MAGHRIB Usalli fardal maghribi salaasa raka-atin adaan lillahi taala
ISYAK Usalli fardal isya-I ar baa raka-atin adaan lillahi taala
a. Takbiratul Ihram
b. Allahu Akbar
c. Doa Iftitah
Allahu akbar kabiira, walhamdu lillahi kasira,
Wasubha nallahi bukratau wa asiila,
Waj jahtu wajhiya lil lazi fataras samawati wal ard,
Hanifam muslimau wama ana minal musyrikin,
Inna solati wa nusuki wa mah yaya wa mamati
Lillahi rabbil aa lamin,
Laa syarii ka lahu wa biza lika umir tu wa ana minal muslimin.
c. Surah Al Fatihah
d. Surah
e. Bacaan Rukuk
f. Subhana rabbiyal azimi wabi hamdih
g. Bacaan Iktidal
h. Sami ‘allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu
i. Bacaan Sujud
• • • • Subhana rabbiyal a’-laa wabi hamdih
i. Bacaan Duduk antara dua sujud
Rabbigh firli, warhamni, waj burni, warfakni, war zukni, wahdini, wa afini, wak fu anni
h.
a. bacaan Tahiyat
b. At tahiyatul mubarakatus solawatut tai baatu lillah
Assalamu alaika aiyuhan nabiyu warah matullahi wabarakatuh
Assalamu alaina wa ala ibadil lahis soolihin
Asy hadu alla ilaha illallah
Wa asy hadu anna Muhammadar rasulullah
Allahumma solli ala saidina Muhammad
Bacaan tahiyat Akhir
(Baca semula bacaan tahiyat di atas dan sambung bacaan di bawah.)
Wa ala aali Muhammad, Kama sollaita ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim, Wabarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad, Kama barak ta ala Ibrahim, wa ala ali Ibrahim
Fil alamin , innaka hamidum majid.
c. Salam
d. Assalamu alaikum warah matullah
e. Doa Qunut
• • • • Allahummah dini fiman hadait
Wa afini fiman afait
Wa tawal lani fiman tawal lait
Wawaba rikli fi ma a’tait
Wakini syar rama qadait
Fa innaka taqdi wala yukda alaik
Wa inna hu laa yazillu man walait
Wala yaizzu man adait
Taba rakta rabbana wata alait
Falakal hamdu ala maa qadait
Wa astaghfirka wa atuubu ilaik
Wa sollallahu ala saidina Muhammadin wa ala aa lihi wasoh bihi wasallam
SOALAN Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna (soalan ini hanya layak dijawab / dilakukan apabila calon telah berjaya menjawab soalan 10.1 di atas)
JAWAPAN: Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan sempurna.
KOD 12 PUASA
SOALAN: Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.
JAWAPAN: Lafaz niat puasa Ramadhan:
• • • • • • Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala.
( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala)
SOALAN: Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.
JAWAPAN: Perkara yang membatalkan puasa ialah:
1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja
6. Keluar darah haid dan nifas
7. Gila
8. Mabuk atau pengsan pada siang hari
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
10. Murtad
SOALAN: Nyatakan hikmat puasa.
JAWAPAN: Antara hikmat puasa:
1. Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah.
2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa,
3. Dan bersyukur.
4. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan
5. Mendapat kesihatan dan kecerdasan.
KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA.
• • • • SOALAN: Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak
JAWAPAN: Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:
a. mengandung
b. melahirkan
c. menyusukan
d. mengasuh
e. mendidik
f. memberi nafkah
g. mengasihi
SOALAN: Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa
JAWAPAN: Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang
SOALAN: Bagaimana cara menghormati ibu bapa
JAWAPAN: Cara menghormati ibu bapa :
a. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa
b. menjaga perasaan mereka.
c. mendoakan mereka
d. menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan
e. menghormati sahabat-sahabat mereka
SOALAN: Bagaimana cara mentaati ibu bapa.
JAWAPAN: Cara mentaati ibu bapa
a. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
b. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa
KOD 15 IHSAN
SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan.
• • • • JAWAPAN Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
o Allah melihat apa yang anda lakukan
o Allah mendengar apa yang anda perkatakan
o Allah mengetahui apa yang anda fikirkan
SOALAN: Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.
JAWAPAN: Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah.
SOALAN: Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan.
JAWAPAN: Kebaikan yang diperolehinya ialah:
1. Allah sentiasa mengasihinya
2. Jaminan masuk syurga
3. Allah mengampuni disanya
4. Dapat pahala
5. Mendapat rahmatNya
6. Dapat pertolongan Allah

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every