Agak terlambat saya untuk tulis pasal af9 ni. Sebab beratus2 bloger sudah tulis pasal ni. Tapi tak kira, saya nak tulis juga. heheh..
AF9 akhirnya melabuhkan tirainya pada 12 Jun 2011. Konsert final secara terbuka bertempat di Persint 3, Putrajaya itu telah menobatkan Hazama dari KL sebagai Juara AF9. Tempat kedua Lena dari Sabah. Ketiga, Fina dari Melaka dan Keempat, Azri dari KL.
Walaupun impian saya untuk menonton secara live di Putrajaya tidak tercapai tapi saya berpuas hati sebab dapat menonton di Astro Channel 188 HD gitu. Mmg very clear. Tahniah kepada saya. heheheh...
Sambil menonton Tv saya juga bertwitter dan berfacebook. Tapi saya lebih minat bertwitter kalau ada live show. Boleh dapat banyak info, mengutuk, memuji, dan lain2. Final AF9 banyak kekurangan. Paling jelas sound system sangat teruk. Itu semua dirasai siapa2 yang menonton dirumah. dan lain2.
Rata-rata orang sudah meramal Hazama akan jadi juara. Bagi saya, Hazama mmg hebat pada malam itu. Jauh beza dengan pelajar lain. Tapi saya masi berpendirian bahawa Hazama tak patut masuk AF. Dia dah jadi artis terkenal dan berpengalaman besar. Kemasukan beliau di AF pula cuma di minggu ketiga. Apa pun itu namanya rezeki kan.
Paling Membanggakan apabila pelajar dari Sabah iaitu Lena berjaya mendapat Naib Juara yang berjaya mengalahkan saingan sengitnya iaitu Fina.
4 Jun 2011 Konsert AF9 minggu ke-9.
Akhirnya AF9 sudah sampai ke penghujungnya apabila 12 Jun 2011 (Ahad) akan berlangsungnya Konsert Final AF9 di Putrajaya.
Sememangnya Lena bersuara unik mmg diharapkan ke final. Kalau Lena berjaya memukau penonton dan juri pada konsert final nanti tak mustahil dia jadi juara AF9. hehe..Dari segi nyanyian Lena berjaya nyanyi dengan baik. Tiadalah sumbang mambang. Cuma juri kritik tiada feel. setiap minggu2 tu je yang dikritik oleh juri. Pelajar lain pun sama juga.
Pada penyingkiran AF9 minggu ke-9 kesian sangat untuk Erul. Pak nil mmg kejam. Memang memalukan erul lah. hahahaha.
Sesi bercerita cerita dulu. heheheh
Jujurnya saya tidak dapat apa2 info pasal sambutan kaamatan 2011 ini. Maybe saya sibuk ambil tahu pasal AF9, Mentor 5 dan lain2. Nasib baik lah ada kawan bagi tahu pasal sambutan ini. Terkejut juga lah bila dapat SMS dari kawan 'mari kita pegi tengok kaamatan di wisma mca esok' (7 Mei 2011). Yah terkejut.. lepas itu dia paksa pegi juga tengok lagi pun wisma mca tu dekat saja dan senang pegi sebab ada LRT turun di Ampang Park atau KLCC. Jadi sy pun pegi. Begitulah ceritanya.
Labels: Diary