Agak terlambat saya untuk tulis pasal af9 ni. Sebab beratus2 bloger sudah tulis pasal ni. Tapi tak kira, saya nak tulis juga. heheh..

AF9 akhirnya melabuhkan tirainya pada 12 Jun 2011. Konsert final secara terbuka bertempat di Persint 3, Putrajaya itu telah menobatkan Hazama dari KL sebagai Juara AF9. Tempat kedua Lena dari Sabah. Ketiga, Fina dari Melaka dan Keempat, Azri dari KL.

Walaupun impian saya untuk menonton secara live di Putrajaya tidak tercapai tapi saya berpuas hati sebab dapat menonton di Astro Channel 188 HD gitu. Mmg very clear. Tahniah kepada saya. heheheh...

Sambil menonton Tv saya juga bertwitter dan berfacebook. Tapi saya lebih minat bertwitter kalau ada live show. Boleh dapat banyak info, mengutuk, memuji, dan lain2. Final AF9 banyak kekurangan. Paling jelas sound system sangat teruk. Itu semua dirasai siapa2 yang menonton dirumah. dan lain2.

Rata-rata orang sudah meramal Hazama akan jadi juara. Bagi saya, Hazama mmg hebat pada malam itu. Jauh beza dengan pelajar lain. Tapi saya masi berpendirian bahawa Hazama tak patut masuk AF. Dia dah jadi artis terkenal dan berpengalaman besar. Kemasukan beliau di AF pula cuma di minggu ketiga. Apa pun itu namanya rezeki kan.


Paling Membanggakan apabila pelajar dari Sabah iaitu Lena berjaya mendapat Naib Juara yang berjaya mengalahkan saingan sengitnya iaitu Fina.


Secara keseluruhan sepanjang sejarah AF pencapaian peserta2 dari Sabah sangat memberangsangkan. Bakat-bakat dari Sabah mula dicungkil apabila ujibakat AF2 di Kota Kinabalu. Tiada dari Sabah pada AF musim 1.


Peserta dari Sabah dari AF2-AF9:
Akademi Fantasia 2
Norlinda Nanuwil
Asma Ghani

Akademi Fantasia 3
Felix Agus
Mohd Yazer Yusof
Akademi Fantasia 4
Lotter P.Edwin Edin
Velvet Lawrence Aduk
Richael L. Gimbang
Nordawati Daud

Akademi Fantasia 5
 Ebi Kornelis
Candra Clement
Nonny Nadirah Zainuddin
Mohd. Farha Jasmen

Akademi Fantasia 6

Akademi Fantasia 7
Rubisa Tiasin
Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil

Akademi Fantasia 8
Erma Suhaimi
Dayang Nor Anum Arjuna Aharun
Nadiawati Ainul Basir

Akademi Fantasia 9
Lenaber Hadir
Queennera Francine Francis Kitingon


Semoga berjaya kepada mereka semua.


1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every