Labels: Reality TV
Pemain kulintangan berasal dari Sabah, Razali Abd Rahman, 26, menjuarai program Bakat TV peringkat akhir menerusi bakat solo muzik yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam Selasa.


Labels: Bintang Rtm, Reality TV
Isnin, 18hb Julai 2011 - Satu lagi pasangan telah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Mari Menari Musim Ke-2. Pasangan MM SARAH yang terdiri daripada Sarah Diana Michele Durai dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai telah menewaskan pencabar terdekat mereka, pasangan MM NITA. Pasangan adik-beradik yang berasal dari Sabah ini memenangi hadiah wang tunai bernilai RM150,000 ringgit beserta trofi dan hadiah penginapan 4 hari 3 malam di Hard Rock Hotel, Bali, Indonesia bersama Kapten dan Koreografer.
Kemuncak Mari Menari yang disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (104) dan Saluran HD (188) telah menyaksikan 2 finalis berentap merebut gelaran juara. Finalis MM SARAH dan MM NITA telah menewaskan 2 lagi pasangan dalam peringkat separuh akhir yang diadakan sehari sebelumnya. Walaupun MM FAIZ dan MM MIZI tidak berjaya ke peringkat akhir, mereka telah menerima trofi Mari Menari untuk tempat ketiga dan keempat.
Dalam Separuh Akhir Mari Menari, 4 pasangan telah diberikan 2 tugasan menyampaikan persembahan bertemakan "Gelek 1001 Malam" dan "Broadway". Secara keseluruhannya persembahan 4 pasangan ini amat mengagumkan sehingga sukar untuk juri memberikan markah. Namun gabungan markah dan undian SMS penonton menentukan segalanya. Pasangan Faiz dan Mizi terpaksa meninggalkan Mari Menari dalam peringkat separuh akhir ini.
Berikut adalah markah keseluruhan dalam peringkat separuh akhir:
1. MM SARAH - 59
2. MM NITA - 56
3. MM MIZI - 49
4. MM FAIZ - 41
Dalam Kemuncak Mari Menari pula, 2 finalis ini diberikan 2 tugasan daripada tema yang pernah mereka lakukan sebelum ini iaitu Bollywood dan Latin. Kemudian, dalam pusingan terakhir, kedua-dua pasangan ini berentap di pentas yang sama menarikan 2 jenis tarian berbeza dengan iringan lagu yang sama. Lagu Mahaguru nyanyian KRU telah dipilih sebagai lagu iringan mereka. Ternyata satu cabaran yang sangat sukar untuk mereka.
Berikut adalah peratus undian selepas talian SMS ditutup.
1. MM SARAH - 56%
2. MM NITA - 44%
Tahniah diucapkan kepada pasangan MM SARAH atas kemenangan mereka merangkul gelaran Juara Mari Menari Musim Ke-2 mengikuti jejak Pasangan MM RAZIF yang menjadi Juara Mari Menari Musim Pertama.
Sumber: ASTRO
Labels: Reality TV
Markah Semi Final 1 dan 2 sudah dicampurkan dan:
Salma - 49+64=113
Ratnah - 42+46=88
Shiha - 58+61=119
Iqa - 57+69=126
Sebelum ini Ally Iskandar mengatakan bahawa final mentor 5 nanti cuma 2 orang. Tapi pada malam tadi, Ally mengumumkan bahawa 3 orang akan ke Final mentor 5. Kalau benarlah cuma 2 orang yang ke final bermakna Shiha dan Iqa lah yang bersaing merebut hadian pertama dan kedua. Namun, atas nama kejutan, TV3 dengan bangganya mengumumkan Salma juga layak ke final mentor 5. Gimmik la katakan.
Salma bermula hebat pada pusingan kumpulan. Namun tewas pada semi final. Harap2 pada final ini Salma mampu bangkit dan jadi Juara! Itulah harapan semua orang.
Labels: Reality TV
Kejutan yang dinanti-nantikan sejak bermula konsert telah diumumkan. Kejutan yang menggemparkan dan tidak pernah dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia iaitu Sistem Imuniti atau Kekebalan telah diperkenalkan. Imuniti yang bakal diberikan kepada pelajar yang membuat persembahan terbaik dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh akan menyelamatkan pelajar yang layak berada dalam Akademi Fantasia. Pelajar ini akan terselamat daripada disingkirkan meskipun undian tidak menyebelahi mereka. Lagu tugasan yang mereka perolehi minggu ini akan menentukan persembahan mereka dan latihan demi merebut Sistem Imuniti. Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ini.
1. Erul - Antara Hujan dan Airmata (Sudirman)
2. Azri - Mahligai Syahdu (Hattan)
3. Fina - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)
4. Nera - Tak Ingin Sendiri (Hetty Koes Endang)
5. Lena - Cinta Sempurna (Yuna)
6. Hazama - Segalanya ku Terima (Ilusi)
Undi pelajar pilihan anda! Taip AFUNDI &l;jarak>
Terbaru dari Akademi Fantasia! Dapatkan wap portal Akademi Fantasia di telefon bimbit anda dengan PERCUMA sekarang! Jika anda pengguna telefon jenis iPhone, Blackberry dan Android, kini anda boleh menikmati Aplikasi Akademi Fantasia di telefon bimbit anda secara percuma! Taip AF dan hantar ke 32323
Dapatkan Majalah Aksi Akademi Fantasia! Terbit setiap Isnin. RM3.90 untuk semenanjung Malaysia dan RM4.90 untuk Sabah / Sarawak. Dapatkah naskah anda segera!
Labels: Akademi Fantasia, Reality TV
First sekali aku nak pegi tengok konsert final Mentor 5 ini secara live. hahaha. Itu pun kalau dapat. Terima kasih.
Bagi aku tahun 2011 ini Mentor 5 lagi best dari program reality tv yang lain. Anda pula bagaimana? Tapi actully aku layan semua reality tv ni. (wah malunya. sambil tutup muka pakai bantal haha) Sebab menghiburkan.
Mentor 5 kali ini sudah masuk semi final. Ayish dan Aiman sudah terkeluar. Ehem... wanita2 juga yang tetap bertahan sape lagi kalau bukan Salma, Shiha, Iqa dan Ratna. Salma dan Ratna itu dari Sabah. Pada semi final ini Salma vs Ratna dan Shiha vs Iqa. Aku rasa Salma dan Iqa akan menang masa semi final ini dan mereka akan bertemu di final. Ituew jangkaan aku. Good Luck!!
Manakala di AF9, Lena dan Nera yang merupakan peserta dari Sabah antara yang masih bertahan. Persembahan mereka berdua juga makin banyak peningkatan. Good Luck untuk mereka berdua juga.
Kalau di TLTBSS di RTM1 juaranya dimonopoli dari Sabah, harap2 di Mentor 5 dan AF9 ini juga ada berita gembira untuk orang2 Sabah.
Terima Kasih.
Labels: Abouts Sabah, Akademi Fantasia, Reality TV, Seni
Keputusan Rasmi Pemenang TLTBSS 2011: Tahniah Hadi, Umar dan Masri dari Sabah
0 comments Posted by zrull at 12:19 PMTLTBSS: Hadi Diiktiraf Sebagai Penuntut Terbaik
Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 2 MEI 2011: Setelah bersiaran selama 13 minggu program realiti , Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) akhirnya mengiktiraf peserta kelahiran Sabah, Hadi sebagai Penuntut Terbaik.
Terkejut dan tidak menyangka dengan kemenangan tersebut, Hadi berkata, ianya telah menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya sebagai penghibur di masa depan.
"Saya terkejut apabila terpilih sebagai Penuntut Terbaik kerana saingan semuanya hebat-hebat belaka. Kami semua bersaing berlainan genre. Ada yang membawakan genre asli, rock, pop dan macam-macam.
"Apabila diumumkan sebagai Penuntut Terbaik saya sangat gembira dan sungguh tak menyangka dengan kemenangan ini dan saya berharap selepas ini impian untuk bergelar penyanyi akan tercapai," katanya yang ditemui sejurus selepas kemuncak TLTBSS yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Dengan kemenangan tersebut, Hadi yang juga peserta kepada ikon Mas Idayu telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Persona, wang tunai bernilai RM 10 ribu, hamper, trofi dan sijil.
Tuah menyebelahi, peserta Ashraf apabila dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik yang mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Salam Kasihku setelah berduet dengan ikonnya Datuk M.Daud Kilau menerusi lagu Cek Mek Molek.
"Saya tak rancangan pun persembahan malam ini. Semuanya berlaku secara spontan kerana masa latihan semalam ada berlaku sedikit masalah teknikal. Jadi, saya tak sempat nak berlatih. Alhamdulillah, ini adalah rezeki saya agaknya. Tanpa perancangan yang rapi, saya tetap dipilih sebagai Persembahan Terbaik," katanya yang juga merupakan seorang anggota polis di cawangan Melaka.
Ashraf membawa pulang set barang kemas Habib bernilai RM 10 ribu, wang tunai bernilai RM 5 ribu, hampr, trofi dan sijil.
Sementara itu, peserta ikon, Datuk David David Arumugam, Hamim pula bernasib baik apabila diumumkan sebagai Penuntut Contoh. Dengan kemenangan itu, Hamim telah berjaya membawa pulang sebuah ipad, set perabot jatimas bernilai RM 10 ribu, hamper, sijil dan trofi.
Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Datuk Khatijah Ibrahim, Helen Yap dan Johari Teh tampil selaku juri profesional.
Bagi kategori Peserta Popular pula, ianya telah berjaya disandang oleh Umar yang juga merupakan peserta bagi ikon Datuk Jeffrydin serta Ikon Popular pula dimiliki oleh Uji Rashid.
"Saya tak sangka ada ramai lagi ikon yang muda-muda, tapi saya yang terpilih. Saya tak terfikir pun nak menang kategori ini sebab saya ramal Jamal Abdillah atau Mas Idayu yang akan menang. Apa pun, saya gembira dengan pemilihan itu dan Alhamdulillah niat saya untuk berkongsi pengalaman yang ada telah pun menjadi kenyataan," kata Uji Rashid.
Satu lagi kategori iaitu Muka Iras Artis pula telah dijuarai oleh Masri yang memiliki wajah persis Mus May. Tempat kedua pula dimenangi oleh Epul dan Nurul yang dikatakan memiliki wajah seiras Mawi dan Ekin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Faz yang berwajahkan seiras Datuk Siti Nurhaliza.
Masri, Epul dan Nurul serta Faz masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, pakej percutian, sijil dan trofi.
Seramai 11 ikon mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka sepanjang 13 minggu program TLTBSS bersiaran di RTM, Saluran 1. Mereka adalah Dato David Arumugam, Dato Jeffrydin, Dato M.Daud Kilau, Mas Idayu, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Datuk A.Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed, Datuk DJ Dave, Hail Amir & Uji Rashid, Aishah serta Noraniza Idris.
Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV 1, Azwan Ali serta Didie Alias bertindak selaku pengacara dan murai.com.my merupakan portal rasmi TLTBSS.
Sumber: Murai.com
Keputusan Rasmi Pemenang TLTBSS 2011:
Penuntut Terbaik : Hadi (Sabah)
Persembahan Terbaik : Ashraf
Penuntut Contoh : Hamim
Penuntut Paling Popular : Umar (Sabah)
Ikon Popular : Uji Rashid
Muka Iras Artis : Masri. Muka dan suara seiras Mus May (Sabah)
Kalau di TLTBSS sudah dimenangi oleh Sabahan.. jom kita tunggu pula di Mentor 5 TV3 (Salma dan Ratna) dan AF9 Astro Ria (Lena dan Nera). Adakah mereka bakal mengharumkan nama Sabah juga?? Tungguu....
Labels: Abouts Sabah, Reality TV, Seni
Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya (TLTBSS): Juara dari Sabah
13 comments Posted by zrull at 11:36 AM29 April 2011, Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya.
Tahniah kepada 3 orang peserta dari Sabah yang telah memenangi 3 dari 4 kategori utama dalam Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya yang secara langsung dari Angkasapuri RTM di TV1.
Penuntut Terbaik - Hadi - Tahniah jadi juara. Wah dapat kereta Proton Pesona
Persembahan Terbaik - ? i lupaa haha
Penuntut Paling Popular - Umar - mendapat undian SMS tertinggi. Mungkin dia paling hensem antara semua
Muka Iras Artis - Masri - Seiras dengan Mus May. Suara pun sama juga.
Peserta nyanyian berpeluang untuk merebut tiga hadiah utama ini. Namun, di antara ketiga-tiga kategori ini, pastinya kategori Penuntut Terbaik yang amat dinanti-nantikan kerana pemenang akan menerima sebuah kereta Proton Persona, wang tunai RM 10,000 serta hamper.
Pemenang kategori Persembahan Terbaik pula akan menerima set barang kemas Habib Jewel bernilai RM 10,000, wang tunai RM 5,000 dan hamper serta pemenang kategori Penuntut Contoh pula akan menerima set perabot jatimas bernilai RM 10,000, wang tunai RM 3,000 dan hamper.
Bagi kategori Muka Iras Artis ini pemenang pertama dan kedua akan memperoleh pakej percutian ke India dan China dan hamper. Manakala tempat ketiga akan dapat Ipad dan hamper.
Dikendalikan dua pengacara hebat iaitu Azwan Ali dan Didie Alias, malam kemuncak TLTBSS bersiarkan secara langsung menerusi TV1 jam 9 malam.
Sabah boleh!!!
Labels: Abouts Sabah, Reality TV, Seni
Alamakkk. Ada Operasi Gugur dalam AF9. Apa kes?
Operasi Gugur tiba2 diumumkan oleh Aznil semasa konsert kedua AF9. Sesiapa yang tidak mencapai standard untuk persembahan pada malam itu akan digugurkan dari AF9 dan 4 orang calon baru yang bakal mengantikan mereka akan diumumkan pada konsert ketiga. 4 calon tersebut ialan Fir, Fina, Hani dan Hazama. wah 2F 2H gituew. Ni si Hazama yang tidak tersenarai Top40 malam Top25 pun tiba2 ada dalam list 4 calon untuk operasi gugur. apa da jadiii ni??? Namun begitu.. mereka tetap diundi dengan duit (SMS). Asyik2 duit jer.
Persoalannya, apa maksud tersirat di dalam Operasi Gugur ituew?? Daripada pendapat beberapa dalam blog dan orang ramai telah merumuskan bahawa Operasi Gugur itu merupakan kekecewan team produksi AF9 terutamanya barisan tenaga pengajar yang mungkin tersalah pilih pelajar untuk Top12. Operasi Gugur itu juga satu pengakuan terbuka (tapi tersirat atas nama keramat 'kezzzzutan') team produksi AF9 kerana ada beberapa pelajar Top12 itu tidak sepatutnya menjadi Top12. Kebolehan mereka menyanyi tidak sesuai dalam barisan Top12 itueww. Lantaran itu.. atas nama kezzzutan kononnyer..Operasi Gugur akan dijalankan. Aznil menyatakan bahawa ituew bukan satu ugutan kepada pelajar tetapi untuk memotivasikan pelajar supaya berusaha bersungguh dalam persembahan dan nyanyian mereka. Gituewww..
Setakat Konsert ini Laika dan Eka sudah tersingkir kerana mendapat undian tercorot!.
Next suppose to be?? who will be eliminated? :) :)
Labels: Akademi Fantasia, Reality TV, Seni
Hari tu kalau tak silap rasanya af9 ada menyebut bahawa mau buat konsert prelude utk top25 tu. tapi x sangka konsert prelude itu di cancel kan. dorang terus buat konsert tirai Top12. adoiiiii... kesian peserta lain tu yang sudah ready mau perform tapi pemilihan top12 dibuat secara dalaman. gitoooooo.
Apa pun profile Top12 peserta AF9 sudah diketahui.
Nama penuh: QUEENNERA FRANCINE FRANCIS KITINGON
Nama Timangan: Nera
Umur: 19 Tahun
Tarikh lahir: 7 Januari 1992
Tempat lahir: SMC Hospital Likas, Sabah
Berat/tinggi: 46 kg/160 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar
Hobi: Menyanyi & membaca
Nama penuh: LENABER BINTI HAIDIR
Nama Timangan: Lena
Umur: 20 Tahun
Tarikh lahir: 16 Julai 1990
Tempat lahir: Hospital Queen Elizabeth, Sabah
Berat/tinggi: 48 kg/164 cm
Pendidikan: PMR
Pekerjaan: Berniaga pasar malam
Hobi: Mengemas rumah, menyanyi, suka makan buah-buahan
Nama penuh: AHMAD AFIF BIN TIRMIZIE
Nama Timangan: Afif
Umur: 24 Tahun
Tarikh lahir: 29 Oktober 1986
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Berat/tinggi: 58 kg/163 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Jurucakap AC Konsortium Sdn. Bhd
Hobi: Melayari Internet, melancong, futsal, bersukan
Nama penuh: NUR SUHADA BINTI JEBAT
Nama Timangan: Ayda
Umur: 18 Tahun
Tarikh lahir: 17 Mac 1992
Tempat lahir: Melaka
Berat/tinggi: 40 kg/158 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar UiTM Shah Alam
Hobi: Main bowling, menari, bersiar-siar bersama adik beradik
Nama penuh: MOHAMAD AMIRULLAH BIN. JAHARI
Nama Timangan: Amir
Umur: 18 Tahun
Tarikh lahir: 31 Mei 1992
Tempat lahir: Kuching, Sarawak
Berat/tinggi: 70 kg/163 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar Diploma (jurusan muzik ASWARA) & Pemuzik Jalanan
Hobi: Main gitar, menyanyi, baru minat bina badan
Nama penuh: NUR ATIQAH BINTI SHARIFFUDIN
Nama Timangan: Eka
Umur: 21 Tahun
Tarikh lahir: 31 Oktober 1989
Tempat lahir: Kuching, Sarawak
Berat/tinggi: 53 kg/168 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Penari Sambilan
Hobi: Menari, menyanyi, lepak dengan kawan-kawan
Nama penuh: MOHAMAD AZRI B. ABDULLAH
Nama Timangan: Azri
Umur: 23 Tahun
Tarikh lahir: 13 April 1987
Tempat lahir: Klang
Berat/tinggi: 68 kg/170 cm
Pendidikan: Diploma in Theatre (ASWARA)
Pekerjaan: Pemuzik
Hobi: Main badminton
Nama penuh: HAIRUL NAJMUDDIN BIN ABU SAMAH
Nama Timangan: Hyrul
Umur: 19 Tahun
Tarikh lahir: 5 Disember 1991
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 70 kg/178 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Pelajar IPT ASWARA
Hobi: Bersenam, mencipta lagu, menari, menonton drama Korea & Indonesia, melukis, buat latihan muzik
Nama penuh: ZULAIKA BINTI ZAHARI
Nama Timangan: Eka
Umur: 22 Tahun
Tarikh lahir: 26 Februari 1989
Tempat lahir: Hospital Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 60 kg/168 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Berniaga pasar malam
Hobi: Main badminton, mendengar lagu
Nama penuh: FAHRUR RAQIB BIN. ABDUL MAJID
Nama Timangan: Rakib
Umur: 20 Tahun
Tarikh lahir: 17 Jun 1990
Tempat lahir: Melaka
Berat/tinggi: 64 kg/169 cm
Pendidikan: Diploma
Pekerjaan: Pelajar (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan)
Hobi: Main gitar & futsal
Nama penuh: NUR KHAIDIR B. MUHD
Nama Timangan: Kay
Umur: 22 Tahun
Tarikh lahir: 22 Ogos 1988
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 62 kg/165 cm
Pendidikan: SPM
Pekerjaan: Trading di Internet
Hobi: Karaoke, melepak, menari, berkawan & dengar muzik
Nama penuh: ROSHAMMIZAH BINTI ROSLI
Nama Timangan: Shamiz
Umur: 27 Tahun
Tarikh lahir: 15 September 1983
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Berat/tinggi: 70 kg/156 cm
Pendidikan: Ijazah (Bahasa Inggeris)
Pekerjaan: Freelance
Hobi: Menyanyi, main alat muzik, menulis, mengubah lagu
Pengacara AF9: Aznil Hj Nawawi
Barisan Tenaga Pengajar
Pengetua: ????
Guru vokal: Syafizawati dan Ning Baizura
Guru seni persembahan: Adlin Aman Ramlie
Guru motivasi&bahasa Inggeris: Fatimah Abu Bakar
Guru tari: Aris
Ulasan:
1. Afif dan Azri pernah masuk Mystarz Lg. Manakala Hyrul pernah masuk mentor.
2. Azri sudah ada lagu single bertajuk bagai puteri. Lagu itu jadi OST untuk drama Tudung Express yang pernah ditayangkan di Astro (mungkin itu disebabkan ada orang cakap dia ada cable. gitooo).
3. Kay adalah adik kepada bintang AF4 iaitu Diddy Hirdy.
4. Eka dan Lena pernah berniaga di Pasar Malam.
5. Shamiz mempunyai Ijazah dalam bahasa inggeris. wow mantop!
6. Azri berpendidikan Diploma in Theatre (ASWARA)
7. Ayda, Amir, Hyrul, Rakib merupakan pelajar IPT.
8. Nera merupakan pemenang Miss Earth Malaysia 2010 yang berlangsung di Ipoh, Perak.
Labels: Reality TV
ada siapa2 yang tahu nama2 mereka ni???
2 April ini bermula dengan Konsert Tirai AF9. Secara langsung di Astro Ria (104) dan secara terbuka di Aeon AU2, Setiawangs! Datanglah beramai2.
Labels: Reality TV
Keputusan Rasmi Adik-Adikku 2: Juara milik Muhammad Amirul Munir Azlin
0 comments Posted by zrull at 11:41 PM 21 Mac 2011, Bertempat di PICC, Putrajaya
Keputusan Rasmi Adik-Adikku 2:
Pemenang untuk program realiti tv adik-adikku musim 2 memang hebat2 lah.
Johan: Muhammad Amirul Munir Azlin (9)
Naib Johan: Syafiqah Fasiha Ahmad Safri (11)
Ketiga: Zaid Najmuddin Zul Akmal (11)
Saguhati
1. Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin (11)
2. Siti Nur Alia Safri (11)
3. Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin (12)
4. Iffah Ahmad Hilmi (11)
Tahniah dari saya!!!!
Labels: Reality TV
Konsert Pertama Mentor 5 sudah bermula. Keenam2 protege sudah membuat persembahan. Namun nampaknya persembahan lima dari protege tengelam apabila Salma dari Sabah membuat persembahan yg memukau dengan lagu Bertamu di kalbu. wow.
Kalau persembahan stage, vocal, undian maintain pasti Salma akan jadi juara. Gitu.
Labels: Reality TV
Erman-2221, Azri-1163, Arie-12427, Amir-2810
Ira-12197, Hani-825, Eka-9259, Chel-1976
Nora-348, Nina-7054, Nera-4063, Miza-225
Saya telah susun mengikut ranking:
Nama-nama yg berwarna merah merupakan Top25 Undian penonton!. Tahniah!!
P/s: Penat saya snap dan kira satu persatu keputusan ini. So, kalau mau copy paste dipersilakan. Kalau boleh kasi kredit untuk saya ok. Terima kasih. hehehe
Labels: Reality TV
Mentor 5 kini kembali. tahun 2011 sekali mentor dan protage akan beraksi dalam merebut wang sebagai hadiah. Mau duit saja dorang ni.. hahaha. tapi sebenarnya yang penting adalah program realiti mcm ni dapat memeriahkan lagi industri seni hiburan tempatan gitueww. :) Jangan main2.. Mentor melahirkan bakat seperti Fiq, Pija, Black dan Mohd. hebat tu... Kali ini siapa bakal bergelar juara????????????
Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.
“Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya”
Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : -
Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.
“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”
Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insurans
Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.
“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”
Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan
Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.
“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”
Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.
“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”
Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.
“ Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”
Labels: Reality TV
Nama : Raffamie Karama
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir : 23 April 1985
Bangsa : Suluk
Asal : Putatan, Sabah
Famie merupakan antara 16 perserta yang terpilih untuk rancangan reality tv iaitu Pilih Kasih 2 yang diterajui oleh Rosyam Nor. Bukan senang nak terpilih. Prosedur pemilihan ini sangat ketat kerana yang memilih 16peserta akhir itu terdiri daripada orang2 hebat!. Selepas bertahan dari minggu pertama hingga minggu keempat akhirnnya... keputusan yang famie nyatakan tidak disangka2 oleh semua orang. Dia mengofferkan diri untuk tarik diri selepas habis show minggu keempat. seterusnya menyelamatkan 3 peserta yang mendapat undian terendah dan undian terendah dari juri malam tu. Dengar kabar, Famie ada masalah keluarga di kampung.
Apa pun tindakan yang Famie buat semoga itu yang terbaik. kalau ada rezeki nanti si Rosyam tidak akan sia-siakan bakat dia yang bagus dalam lakonan.
Good Luck.
Labels: Reality TV
Selepas lama mencari video ni.. akhirnya jumpa. itu pun selepas sy request dengan pengupload tu supaya upload video si Petrus nyanyi. Thanks.
Tahniah kepada Petrus Presly yang mengharumkan nama Sabah apabila menjuarai Pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2010.
Labels: Reality TV
Seperti yang dijangka Harris, 11 tahun telah dinobatkan sebagai juara Idola Kecil 3 yang berlangsung secara langsung di TV9 semalam. Naib johan Puteri dan ketiga Balqis.
Tahniah harris. Mantappp.
IK3 juga menjadi kegamaran masyarakat Malaysia kerana berjaya mencapai 1.3juta penonton sepanjang ianya berlangsung. Tahniah tv9.
Labels: Reality TV
Sebentar tadi Konsert final kamilah bintang telah berlangsung. Juaranya adalah Wani. Tahniah!!
Faisal naib juara dan farhan ketiga.
Labels: Reality TV
Labels: Reality TV