Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya (TLTBSS): Juara dari Sabah
Posted by zrull at 11:36 AM29 April 2011, Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya.
Tahniah kepada 3 orang peserta dari Sabah yang telah memenangi 3 dari 4 kategori utama dalam Malam Final Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya yang secara langsung dari Angkasapuri RTM di TV1.
Penuntut Terbaik - Hadi - Tahniah jadi juara. Wah dapat kereta Proton Pesona
Persembahan Terbaik - ? i lupaa haha
Penuntut Paling Popular - Umar - mendapat undian SMS tertinggi. Mungkin dia paling hensem antara semua
Muka Iras Artis - Masri - Seiras dengan Mus May. Suara pun sama juga.
Peserta nyanyian berpeluang untuk merebut tiga hadiah utama ini. Namun, di antara ketiga-tiga kategori ini, pastinya kategori Penuntut Terbaik yang amat dinanti-nantikan kerana pemenang akan menerima sebuah kereta Proton Persona, wang tunai RM 10,000 serta hamper.
Pemenang kategori Persembahan Terbaik pula akan menerima set barang kemas Habib Jewel bernilai RM 10,000, wang tunai RM 5,000 dan hamper serta pemenang kategori Penuntut Contoh pula akan menerima set perabot jatimas bernilai RM 10,000, wang tunai RM 3,000 dan hamper.
Bagi kategori Muka Iras Artis ini pemenang pertama dan kedua akan memperoleh pakej percutian ke India dan China dan hamper. Manakala tempat ketiga akan dapat Ipad dan hamper.
Dikendalikan dua pengacara hebat iaitu Azwan Ali dan Didie Alias, malam kemuncak TLTBSS bersiarkan secara langsung menerusi TV1 jam 9 malam.
Sabah boleh!!!
Labels: Abouts Sabah, Reality TV, Seni
tapi best la Sabah juara. i likeeeeee.
:) :) :)