Pesta Kaamatan Peringkat Universiti Malaya 2007 magnify
Tarikh keramat 28 Julai 2007 bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah menjadi hari bermakna kepada para pelajar sabahan khususnya yang berbangsa kadazan dusun kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Kaamatan Peringkat Universiti Malaya. Pesta yang diadakan setiap tahun itu telah memilih Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah pada kali ini selepas pernah diadakan di kolej-kolej kediaman lain pada tahun sebelumnya. Terdahulu, pesta ini telah diadakan di KK12, KK8 dan lain2.

Walaupun, pada kali ini diadakan secara simple sahaja tetapi ia tetap meriah dengan dihadiri oleh ratusan pelajar sabahan seluruh UM. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dari Indonesia, India dan lain2 di samping para VIP yang begitu sporting sekali. Selain itu, warga sabahan yang pernah belajar di UM turut datang. Malah ada yang membawa suami, isteri dan anak-anak.

Pada malam tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan etnik sabahan telah dipersembahan yang telah menarik perhatian ramai. Ia seperti tarian daling-daling, sumazau, magunatip, mengilok di samping fashion show yang memperagakan pakaian tradisi masyarakat suku kaum di sabah.

Pengarah bagi Pesta ini ialah Cik Azlina Binti Sipin, 22, pelajar tahun akhir yang belajar di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM kelihatan sungguh anggun bergaya dengan memakai pakaian kadazan pada malam tersebut. Cik Azlina yang duduk bersama VIP kelihatan sungguh jelita dengan senyuman yang menawan. Dalam ucapannya, dia berkata, setelah berbagai-bagai cabaran dan rintangan yang dilalui akhirnya Pesta tahunan ini berjaya juga diadakan dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua Ajk perlaksana kerana berjaya melakukan tugas dengan baik. Tambahnya lagi, diharapkan agar pesta ini dapat dilakukan setiap tahun di UM.

Perasmi pada malam itu ialah Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze Ken yang merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah UM juga anak jati sabah berkata pesta kaamatan sebenarnya disambut pada bulan 5.. tapi, ini sudah bulan 7. .kita sudah lewat 2 bulan..ini menunjukkan pesta ini terus diingati sebagai warisan turun temurun. Tambah beliau lagi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga dengan kepelbagaian etnik dengan pelbagai perayaan. Perpaduan adalah aspek terpenting untuk mengelakkan sejarah hitam 1969 berulang kembali.

Selesai sahaja sesi ucapan, majlis disajikan dengan persembahan Multimedia yang cukup mantap yang menayangkan wajah-wajah Ajk perlaksana dan aktiviti yang telah dilakukan. Multimedia ini disiapkan oleh saudara Firdaus Hinnasir. Selepas itu, majlis dipersembahkan dengan persembahan koir.


Para VIP dan pengunjung yang hadir disambut dengan paluan alat muzik tradisional sabah. Menariknya, terdapat juga mereka yang datang dengan pakaian tradisi sabah. Ia seterusnya memberikan suasana yang sungguh menarik.

Persatuan Bahasa Kadazan Dusun UM yang juga penganjur pesta ini cukup berterima kasih kepada Tan Sri Bernard Dompok kerana sudi sponser makanan untuk semua hadirin. Walaupun bagitu Tan Sri tak dapat hadir pada malam disebabkan ada urusan yang tak dapat dielakkan. Makanan pula disediakan oleh Katering Fakulti pendidikan UM.

Pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan Sugandoi (nyanyian). Seramai 8 perserta berjaya ke peringkat akhir selepas beberapa sesi saringan pada hari sebelumnya. Semua peserta dikehendaki menyanyikan hanya lagu dusun sahaja. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat. Salah seorang peserta bernasib malang kerana tak dapat membawa lagi dengan baik. Sehingga terpaksa membuat nyanyian sebanyak 3 kali. Mula-mula dia lupa lirik, lepas tu salah tempoh. Dan kali ketiga barulah ok. Namun, keputusan muktamad para juri profesional memihak kepada saudara Halumi yang berjaya mendapat tempat pertama. Kedua pula, saudara Jarry dan katiga saudari Dymnah. Masing-masing membawa pulang trofi dan hadiah.

Dalam acara mipulos (gusti tangan) telah dimenangi oleh saudara Wilson dan kedua pula dimenangi saudara Cyril. Acara mipulos merupakan acara tradisi sempena pesta kaamatan yang disambut oleh kaum kadazan dusun. Pemenang bagi pakaian tercantik pula dimenangi oleh saudara Girl yang memakai pakai tradisi kadazan dusun yang bersulam benang merah.

Dihujung majlis, para VIP dan pengunjung yang hadir sempat menari tarian sumazau diiringi oleh lagu dusun. Para VIP kelihatan begitu sporting sambil enjoy menari tarian sumazau. Ia sebagai tanda berakhirnya majlis. selepas itu, diadakan sesi bergambar VIP bersama Ajk Perlaksana Majlis. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada saudara Firdaus dan Wilson yang bertungkus lumus menjaga soundsystem majlis. Ini membolehkan majlis berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, pesta ini adalah berjaya dilaksanakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di tahun hadapan.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every