Tanggal 9 september 2007 menjadi pentas terakhir bagi My Starz LG. Konsert final yang bersiaran langsung dari Putrajaya International Convention Center (PICC) itu menampilkan 5 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Mereka terdiri daripada Tasya, Bedri, Rachel, Rubisa dan Ijam. Kelima-lima mereka ternyata telah mempersembahkan persembahan yang cukup menarik.

Tv3 yang menyiarkan program realiti itu dan penaja utama adalah LG Malaysia. Kerjasama ini dilihat cukup baik kerana ia bukan sahaja mencari bakat baru dalam industri muzik tanah air malah dapat memperkenalkan produk LG sebagai keperluan hidup.

Dalam konsert grand final tersebut ternyata Rachel dan Rubisa adalah peserta yang paling bertenaga. Komen yang cukup baik diberikan oleh keempat-empat pengkritik. Kehebatan mereka dalam konsert final itu bagaimanapun tidak mendapat tempat. Manakala tiga lagi perserta adalah Tasya, Bedri dan Ijam hanyalah membuat persembahan biasa. Vocal yang menjadi aspek penting dalam markah pertandingan nampaknya tidak kelihatan oleh mereka. Ini kerana ketiga-tiga mereka masih mampunyai masalah picing dan persembahan kurang menarik. Tasya kelihatan kurang yakin, suara pecah dan lagu inggeris yang dia nyanyikan sebenarnya tidak sesuai untuk pertandingan. Walaubagaimanapun, Tasya dinobatkan sebagai Juara My Starz LG bagi musim ini. Pemilihan Tasya sebagai juara mungkin disebabkan dia seorang yang unik dan mempunyai gaya tersendiri. Tempak kedua pula adalah Bedri yang dijangka sebagai bakal juara. Bedri pada konsert final itu kelihatan hilang power kerana persembahan yang kurang menarik. Manakala Ijam pulak kelihatan biasa sahaja.

Juara menerima wang RM100 000 dan kedua menerima wang 20 000. Dan kesemua perserta akan menerima barangan LG. Cara pengadilan adalah 60% markah daripada juri dan 40% daripada SMS penonton.

Kepada Rachel dan Rubisa, kamu adalah juara sebenarnya. Persembahan kamu iaitu dari segi Vokal, penguasaan pentas, interksi dengan penonton dan duet dengan artis dengan pilihan adalah 100% perfect. Even keempat-empat juri kata kamu berdua cukup pakej untuk jadi artis. kadang kala program realiti Tv ni bergantug kepada nasib. em..kamu berdua pada malam tu sangat ayu..hihihi. Bersedialah dengan kesibukan apabila sudah menjadi artis. Memang akan banyak offer untuk kamu perform tu. Kami semua mangharapkan agar semua graduan My Starz LG ni berjaya dalam industri muzik tanah air.

Sempena FESKUM'07 ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di Universiti Malaya. Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah Mock Trial yang dilakukan oleh Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Dalam Mock Trial yang mereka laksanakan ini, keadaan sebenar dalam Mahkamah dilakonkan oleh Mereka.Pada kali ini, mereka cuba membicarakan kes rompakan bank Malaya. Untuk lebih jelas lagi sebelum sesi pembicaraan bermula rakaman penangkapan suspek ditayangkan kepada penonton. Selepas itu, barulah sesi pembicaraan dimulakan. Suasana dewan diceriakan dengan iringin muzik setiap kali para saksi dipanggil ke kandang saksi. Sedikit berbeza dengan keadaan sebenar Makhamah kerana Mock Trial ini lebih kepada lawak jenaka. Penggunaan nama yang entah apa-apa digunakan seperti Bimbang bin Kulop, K. sani LahSaye, Dashbeautiful, Rambutan bin Bahagia dan macam-macam lagi. Unsur-unsur jenaka dapat dilihat setiap sesi soal jawab antara konsul dan saksi. Gelagat para Hakim, Polis Makhamah, Jurubahasa, tertuduh turut menceriakan suasana makhamah. Suara-suara gelak ketawa daripada penonton sentiasa kedengaran. Mock Trial pada kali ini juga berbeza pada tahun sebelumnya kerana pada kali ini ia banyak dicampurkan dengan aksi melampau(lucah) termasuklah bahasa, perlakuan oleh beberapa orang mereka. Bagi beberapa orang ia tentulah tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, harga tiket sebanyak Rm2.50 adalah berbaloi. Pujian harus diberikan kerana langsung tidak ada kesilapan teknikal berlaku dan kawalan teknikal itu pula cukup baik. Secara keseluruhannya ia amat menyeronokan. Lebih manis lagi apabila mahasiswa dari Fakulti Undang-undang UIAM turut hadir sebagai penonton. Kira-kira 2 jam sesi ini dilakukan akhirnya tamat pada 11.30malam. Akhir sekali, tayangan the making iaitu sesi latihan ditayangkan kepada penonton. Bersurai!

Pada 25hb Ogos 2007 bertempat di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya telah berlangsung Seminar anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Seminar yang julung-julung kali diadakan ini bertajuk ''Sejarah Masih Releven" dihadiri oleh kesemua pensyarah Jabatan Sejarah, Pascasiswazah, pelajar tahun akhir dan tahun 2 Jabatan Sejarah.

Seminar yang berlangsung selama sehari ini merupakan seminar yang ditunggu oleh para pelajar jabatan sejarah. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi telah pun dihadiri oleh ramai hadirin. Selesai sesi pendaftran, majlis bermula pada pukul 9 pagi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh Dekan FSSS iaitu Prof. Dr. Mohd. Radduan. Belaiu berkata, seminar sebegini amat penting kerana ia dapat membuktikan sejarah itu masih releven. Ini kerana bidang sejarah masa kini kurang diambil perhatian atas anggapan ia sudah kurang releven.

Selepas selesai acara selingan, sesi pembentangan telah dilakukan oleh hampir kesemua pensyarah Jabatan sejarah. Menariknya, pembentangan ini berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing. Sesi pembentangan ada 3 sesi iaitu 2 sesi pada sebelah pagi dan 1 sesi pada sebelah petang.

Sesi pertama yang membuka tirai perbincangan amatlah menarik. Malangnya waktu 15minit diperuntukan setiap pembentang. Rata-rata pembentang tidak mempunyai masa yang cukup dan terpaksa meringkaskannya. Begitu juga dengan sesi kedua dan sesi ketiga. Isu-isu yang dibincangkan mestilah merujuk kepada kerelevanan dalam sejarah.

Sesi soal jawab yang diadakan menampakan soalan-soalan yang panas daripada student pascasiswaza@ Master. Sesi soal jawab ini membolehkan hadirin semakin jelas apakah topik yang dibincangkan.

Seminar selama sehari ini turut disediakan makanan. Bayaran yang dikenakan sebanyak Rm5 semamangnya berbaloi kerana makanan tengahari dan petang yang begitu sedap disediakan. Terima kasih.

Ternyata, kesemua yang dibentangkan adalah masih relevan. Anggapan sesetangah bidang yang menanggap sejarah sudah tidak releven adalah ternyata tidak benar. Kalau dilihat pada realitinya, sejarah menjadi rujukan bagi peristiwa masa depan. Analisis melalui sejarah yang apabila dilakukan dengan betul akan memberikan gambaran sebenar pada masa depan. Terasa pedas sekali apabila kebanyakan bidang sejarah di Universiti lain telah ditukarkan kepada unit sahaja. Bertuahnya Universiti Malaya kerana masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah Jabatan. Sehingga kini Jabatan sejarah menjadi pusat rujukan bagi kerajan menjalankan dasarnya. Syabas UM.


Di meja pendaftaran



Pelajar tahun akhir jabatan sejarah


Hadirin yang hadir


Kenangan diabadikan bersama Prof. Andaya


Sesi pembentangan para pensyarah


Antara pensyarah yang hadir


Sesi makan. Semuanya sedap!


Pensyarah turut makan bersama.

Besurai!!

Pada 24hb 8 2007 lalu kemeriahan jelas kelihatan di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), UM apabila berlangsungnya pesta buah kali ketiga. Pesta buah ini merupakan sebuah projek dibawah Kelab Kebudayaan Melayu (KKM), KKTB. Projek ini dikendalikan Saudara Aidy Azuan Afifi selaku pengarah. Ia turut dibantu oleh Ajk pelaksananya yang lain.

Pesta Buah yang dibuat di Dataran Selasih, KKTB itu turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, penyelia-penyelia seterusnya seluruh warga KKTB. Dalam ucapan Pengetua, beliau mengatakan bahawa pesta yang sebegini amat baik kerana ia menyemai perpaduan kaum. Buah-buahan yang segar ini pula penting untuk kesihatan.

Buah-buahan yang pelbagai jenis ini ditempah khas daripada dusun buah oleh penganjur. Antaranya ialah Durian, rambutan, langsat, maggis dan sebagainya. Sememangnya buah2an yang sedap ini adalah produk tempatan kita. Ini membuktikan bahawa buah2an tempatan adalah buah yang terus digemari.

Sambutan warga kolej yang sungguh mantap dapat diperhatikan. KKTB yang dihuni oleh berbilang kaum turut dapat disatukan dalam pesta ini. Suasana riuh sahaja apabila buah2an telah diedarkan. Itu ada simbolik kepada rasa sedapnya buah dan disebaliknya juga ia tersimpul sebuah ikatan persahabatan antara semua.



Universiti Malaya sekali mencipta rekod apabila berjaya membentuk logo 50tahun kemerdekaan malaysia dengan hanya syiling 1sen dan 5sen. Kebanggan ini dilakukan oleh mahasiswa2 Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KK2), UM. Penghasilan logo itu adalah untuk menyahut cabaran daripada pengetua Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah iaitu Prof. Dr. M. Rajanteharan yang mahukan sambutan kemerdekaan pada tahun ini diserikan dengan kejayaan mencipta kelainan.

Sokongan yang padu turut diberikan oleh warga KKTB yang bermurah hati untuk mendermakan syiling 1sen dan 5sen mereka. Idea untuk menghasilkan logo terbesar itu turut dicetuskan oleh AJK pelaksana Minggu Kemerdekaan yang dipimpin oleh Saudara Mohd. Sadam dari Fakulti Kejuruteraan.

Beribu-ribu syiling berjaya diperolehi yang membolehkan kerja menghasilkan logo itu berjalan dengan lancar. Kejayaan ini juga menjadi lebih manis apabila akhbar popular turut datang untuk membuat liputan. Ia adalah KOSMO!, Harian Metro, Bernama dan Akhbar berbahasa Tamil.

KKTB sebenarnya seringkali membuat kebangaan bagi UM apabila seringkali membuat kelainan. Pada tahun2 sebelumnya, KKTB turut melakar rekod dengan menghasilkan bendera malaysia terbesar dengan hanya kad prepaid dan bendera malaysia terbesar dengan hanya plastik berisi aiskrim.

Semangat membara terus berkobar bagi warga KKTB yang mahukan rekod terus dicipta pada tahun seterusnya. Syabas!


Saudara Fouzi antara pencetus idea dalam menghasilkan logo ini.


Gambar tengah: Mohd. Saddam selaku pengarah projek



Ajk Pelaksana Minggu Kemerdekaan KKTB, UM


Wartawan Harian Metro dalam sesi temubual


Akhbar berbahasa Tamil turut datang untuk membuat liputan.


Rekod telah tercipta di KKTB!!

Pada malam 30hb Ogos lalu UM telah mengadakan sambatan kemerdekaan yang gilang gemilang. Pertandingan perarakan itu disertai oleh 25 kontigen yang meliputi 12 kolej kediaman, fakulti-fakulti, persatuan-persatuan dan turut disertai oleh kakitangan UM sendiri. Menariknya, sambutan yang amat menggalakan dapat dilihat dengan dihadiri ramai mahasiswa UM sendiri, kakitangan UM, pensyarah2, dan pihak media. Naib Cancelor UM, Rafiah Salim yang turut hadir pada malam tersebut ternyata berpuas hati dengan sokongan daripada semua pihak.

Pertandingan perarakan sempena kemerdekaan merupakan acara tahunan di UM. Pada tahun ini lokasi dibuat dihadapan Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada tahun2 sebelumnya, ia dibuat dihadapan Dewan Tuanku Censelor (DTC). perarakan kemerdekaan pada tahun ini juga amat bernilai kerana ia juga sempena 50th ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Dalam pertandingan tersebut, kesemua kontigen telah mempersembahkan persembahan yang cukup menarik untuk menarik perhatian juri. Persaingan yang sihat dapat dilihat yang membolehkan keputusan muktamad yang diumumkan diterima dengan sorakan yang mantap.
Johan telah dimenangi oleh Pusat Kebudayaan UM yang membawa persembahan yang cukup menghiburkan. Naib Johan pula disandang oleh Fakulti Undang-Undang UM. Ketiga, jatuh kepada Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM. Hadiah lumayan yang diterima oleh kesemua pemenang ialah Johan- RM3000, Naib Johan- RM2000, Ketiga- RM1000.



Apa yang penting adalah semangat perpaduan menjadi teras utama dalam pembangunan sesebuah negara. UM sebagai Universiti tertua turut memikul tugas untuk membentuk perpaduan nasional.


Oleh Diyanah Anuar

PERDEBATAN mengenai siapa lebih hebat, lelaki atau wanita sering menimbulkan `pertelingkahan’ antara kedua-dua jantina. Masing-masing pasti mengatakan mereka lebih bagus daripada jantina lawan.

Topik seperti ini membuatkan sesetengah wanita menjadi lebih feminis, memperjuangkan kesaksamaan jantina manakala lelaki pula lebih chauvinis; tetap merasakan mereka yang paling hebat.

Walau bagaimana ia diperdebatkan sekalipun, jawapan mahupun penyelesaian tidak pernah diperoleh.

Ketidaksefahaman sering berlaku kerana pada dasarnya, lelaki dan wanita mempunyai cara penilaian, keutamaan, peraturan dan tabiat yang berbeza.

Kajian ramai saintis menunjukkan perbezaan antara lelaki dan wanita bukan setakat biologikal. Otak lelaki dan wanita misalnya, bukan saja berlainan tetapi cara penggunaannya juga berbeza.

Wanita lebih kerap menggunakan interaksi antara hemisfera kiri dan kanan otak mereka. Sebab itulah mereka lebih mahir dalam perkara yang membabitkan kemahiran lisan dan gerak hati.

Otak lelaki pula, mempunyai pengasingan yang jelas dalam penggunaannya. Ia bermaksud, kemahiran mereka lebih kepada taakulan (daya berfikir dan membuat rumusan) abstrak dan ruang visual.

Peranan yang berlainan dalam proses evolusi kehidupan lelaki dan wanita turut membentuk tabiat yang berbeza antara lelaki dan wanita. Walaupun keadaan kehidupan sering berubah, lelaki dan wanita cenderung mengikuti `program’ biologikal masing-masing.

Dalam sesuatu hal, lelaki biasanya mempunyai arah tuju yang kukuh. Bila berdepan dengan sesuatu perkara, mereka akan mengenalpasti, mengendali dan menyelesaikan. Wanita sering melihat apa yang berlaku di sekeliling, mengesan masalah serta perubahan terutama yang membabitkan kelakuan dan penampilan.

Otak lelaki diaturkan untuk memburu, oleh itu, mereka mempunyai jarak penglihatan yang agak sempit dibanding dengan otak wanita yang berkebolehan membaca maklumat lebih banyak.

Lelaki berupaya memilih maklumat dan menyimpannya di dalam memori tapi wanita selalunya akan mengimbas maklumat berkenaan tanpa henti. Cara untuk wanita berhenti memikirkan masalah mereka adalah dengan meluahkannya dan bila wanita berkongsi masalahnya dengan lelaki, mereka bukanlah ingin mencari penyelesaian tapi hanya inginkan seseorang mendengar luahan masalah itu.

Kelebihan lelaki, mereka handal menyelesaikan masalah teknikal berbanding wanita.

Wanita mendengar dengan lebih baik, menggunakan lebih banyak perkataan ketika bercakap dan lebih berdikari dalam menyiapkan tugasan.

Selain itu, wanita juga lebih teliti dalam setiap perkara yang mereka lakukan walaupun ada di antaranya dianggap remeh segelintir orang.

Pun begitu, dalam sesetengah perkara, wanita `kalah’ kepada lelaki kerana sifat mereka yang cenderung menggunakan hati dan emosi dalam mengendalikan sesuatu perkara berbanding lelaki yang lebih mudah memberi fokus dalam sesuatu pekerjaan tanpa membabitkan soal perasaan. Ini memberi kelebihan kepada lelaki untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi.

Namun, kekayaan emosi wanita jugalah yang membuatkan wanita lebih tabah dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab seperti mengandung, melahir dan menjaga anak-anak dan suami serta menguruskan rumah tangga.

Tidak hairanlah kebanyakan wanita lebih cekap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu tunggal berbanding lelaki bapa tunggal yang selalunya `terpaksa’ mencari pengganti yang dapat membantu mereka menguruskan keluarga.

Dalam industri pengiklanan penerbitan majalah pula, kuasa dilihat masih berada di tangan wanita kerana kebanyakan iklan dan kulit majalah masih menampilkan wanita sebagai tarikannya dan `formula’ ini sememangnya menjadi.

Mungkin ada antara golongan lelaki ataupun wanita yang kurang bersetuju dengan kelebihan dan kelemahan yang diutarakan. Ada yang merasakan diri mereka berfikiran atau berkebolehan melakukan apa yang jantina lawan mereka boleh lakukan.

Hal ini mungkin ada kena-mengena dengan teori Profesor Pembangunan Psikopatologi di Jabatan Psikiatri dan Psikologi Eksperimental, Trinity College, Cambridge, United Kingdom (UK), Simon Baron-Cohen, yang menunjukkan sebilangan individu berkelakuan dan berfikir seperti jantina berlawanan.

Kajiannya mendapati 20 peratus daripada responden lelaki dan wanita mempunyai otak jantina berbeza - lelaki memiliki otak wanita dan sebaliknya; 20 peratus lagi mempunyai otak yang seimbang manakala 60 peratus mempunyai otak yang khusus mengikut jantina masing-masing.

Mungkinkah kerana ini, ada lelaki yang menonjolkan sifat dan keinginan seperti perempuan dan perempuan berkelakuan seperti lelaki?

Hakikatnya, setiap orang tidak kira lelaki atau wanita harus mengakui, terdapat wanita yang lebih bagus daripada lelaki dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya mempunyai kebolehan yang serupa dalam banyak perkara.

Masa kini, pelbagai bidang kerjaya yang dulunya didominasi atau stereotaip kepada satu jantina saja, kini sudah terbuka kepada kedua-duanya.

Banyak bidang yang tidak lagi hanya dikuasai wanita tetapi turut diceburi lelaki dan ramai yang lebih berjaya daripada wanita.

Begitu juga halnya bila wanita menceburi bidang yang sebelum ini dikuasai lelaki. Ramai wanita mengatasi kebolehan dan memberikan saingan hebat kepada lelaki dalam bidang pekerjaan yang sukar dan sering dianggap hanya mampu dilakukan lelaki.

Perhatikan juga, berapa ramai lelaki yang berjaya dalam bidang masakan, fesyen, dandanan dan kecantikan dan berapa ramai wanita yang mencipta nama dalam bidang profesional serta pentadbiran negara?


Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita

  • Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita `memusatkan’ pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.

  • Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.

  • Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.

  • Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.

  • Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeza. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.

  • Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.

  • Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.


    Harus terima kelebihan, kekurangan diri

    PERANAN sebagai pemimpin yang sering diamanahkan kepada lelaki membuatkan penyampai radio dan pelakon, Mohd Khairul Ikhwan Rosli, 24 berbangga menjadi seorang lelaki.

    “Golongan lelaki sejak dulu lagi sering menjadi pemimpin, contohnya ketua dalam keluarga. Itu antara kelebihan bergelar lelaki.

    “Lelaki juga boleh menjaga diri sendiri dan tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan diri bila berada di luar kerana mereka menghadapi risiko ancaman yang kurang jika dibandingkan dengan wanita.

    “Kemudian, lelaki tidak perlu risau mengenai segala masalah berkaitan dengan `datang bulan’. Bila bersukan atau bersantai di pantai, lelaki bebas membuka baju mereka di depan orang ramai. Wanita tentu tak bolehkan?,” katanya.

    Dari segi penampilan, kata Ikhwan, tidak rumit bagi lelaki.

    “Bila hendak bersiap untuk ke mana-mana, lelaki tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Penampilan ringkas saja pun tidak ada orang yang kisah. Kalau perempuan, dari hujung rambut sampai hujung kaki perlu dibelek.

    “Begitu juga bila mahu membeli pakaian. Tidak perlu susah-susah berfikir apa yang mahu dibeli kerana pakaian untuk lelaki ringkas saja, baju, kemeja dan seluar,” tambah beliau.

    Walaupun berbangga menjadi lelaki, Ikhwan tetap berasa kagum malah ‘cemburu’ dengan sifat yang dimiliki kaum hawa.

    “Jelas, wanita juga mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak mampu ditandingi lelaki. Pertama sekali, pastilah keistimewaan mereka untuk mengandung dan melahirkan zuriat.

    “Selain itu, setiap wanita juga memiliki kecantikan tersendiri. Mereka juga selalunya lebih menitikberatkan kebersihan lebih daripada lelaki.

    “Dalam menguruskan rumah, mengemas dan memasak, sememangnya wanita lebih cekap daripada lelaki. Mereka juga lebih mesra dan disayangi. Dalam keluarga, anak-anak biasanya lebih rapat dengan ibu mereka berbanding bapa. Kalau menangis pun, selalunya mereka akan memanggil emak,” katanya.

    Mengenai penampilan sekali lagi, Ikhwan berkata, banyak pilihan pakaian serta aksesori untuk wanita di pasaran dan kebanyakannya boleh diperoleh dengan harga yang murah, lebih-lebih lagi kasut.

    “Memakai pakaian berimej lelaki juga tidak menjadi masalah bagi wanita tapi lain pula halnya dengan lelaki. Wanita saja yang boleh memakai kasut tumit tinggi!.

    “Wanita juga senang mendapat perhatian, apatah lagi jika mereka mempunyai paras rupa yang jelita. Dalam industri hiburan sendiri kita dapat lihat, peluang dan rezeki untuk artis wanita lebih luas berbanding artis lelaki,” katanya.

    Ikhwan turut mendedahkan satu kuasa wanita yang dapat ‘mengalahkan’ ramai lelaki.

    “Ada satu kuasa wanita yang sememangnya tidak dapat disaingi lelaki iaitu kuasa memujuk. Wanita ini memang handal memujuk.

    “Tapi, apapun kelebihan atau kelemahan yang dimiliki golongan lelaki atau perempuan, semuanya sudah dikurniakan Tuhan. Kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri membuatkan kedua-duanya saling memerlukan serta melengkapi antara satu sama lain.”

    Perunding Perjawatan, Sazreena Wati Zainuddin, 28, pula menyatakan bertuahnya dilahirkan sebagai seorang wanita.

    Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi lelaki walaupun ketika bersekolah dulu, beliau gemar berpakaian dan berlagak seperti lelaki.

    “Tidak ada keburukan atau kelemahan jika dilahirkan sebagai lelaki tetapi sebagai seorang manusia yang dilahirkan sebagai wanita, saya berpuas hati dengan kehidupan sebagai seorang wanita. Saya cuma mahu kehidupan normal, tiada yang luar biasa,” ujarnya.

    Kata Sazreena, banyak keuntungannya menjadi wanita. Paling menguntungkan adalah layanan istimewa yang sering diberikan kepada wanita.

    “Dalam dunia pekerjaan misalnya, wanita lebih mudah mendapat layanan istimewa jika dibandingkan dengan lelaki. Jika terbabit dalam bidang pemasaran pula, dapat dilihat, wanita biasanya lebih senang mendapatkan kontrak berbanding rakan sekerja lelaki.

    “Dari segi fizikal juga, sememangnya wanita ada kelebihannya. Maksud saya, aset yang tidak akan dimiliki lelaki. Bukan menyalahgunakan aset ini tetapi sedikit-sebanyak ia ada fungsinya tersendiri. Tetapi, kadang-kadang ada juga tidak baiknya. Saya sendiri sentiasa menjadi mangsa usikan dan ejekan sama ada daripada rakan mahupun orang yang tidak dikenali. Dipendekkan cerita, gangguan seksual. Tetapi, saya tidak kisah, mungkin kerana sudah biasa," katanya.

  • sumber: Berita Harian

    Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

     

    Blogger Template | Created by Adam Every