Sempena FESKUM'07 ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di Universiti Malaya. Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah Mock Trial yang dilakukan oleh Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Dalam Mock Trial yang mereka laksanakan ini, keadaan sebenar dalam Mahkamah dilakonkan oleh Mereka.Pada kali ini, mereka cuba membicarakan kes rompakan bank Malaya. Untuk lebih jelas lagi sebelum sesi pembicaraan bermula rakaman penangkapan suspek ditayangkan kepada penonton. Selepas itu, barulah sesi pembicaraan dimulakan. Suasana dewan diceriakan dengan iringin muzik setiap kali para saksi dipanggil ke kandang saksi. Sedikit berbeza dengan keadaan sebenar Makhamah kerana Mock Trial ini lebih kepada lawak jenaka. Penggunaan nama yang entah apa-apa digunakan seperti Bimbang bin Kulop, K. sani LahSaye, Dashbeautiful, Rambutan bin Bahagia dan macam-macam lagi. Unsur-unsur jenaka dapat dilihat setiap sesi soal jawab antara konsul dan saksi. Gelagat para Hakim, Polis Makhamah, Jurubahasa, tertuduh turut menceriakan suasana makhamah. Suara-suara gelak ketawa daripada penonton sentiasa kedengaran. Mock Trial pada kali ini juga berbeza pada tahun sebelumnya kerana pada kali ini ia banyak dicampurkan dengan aksi melampau(lucah) termasuklah bahasa, perlakuan oleh beberapa orang mereka. Bagi beberapa orang ia tentulah tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, harga tiket sebanyak Rm2.50 adalah berbaloi. Pujian harus diberikan kerana langsung tidak ada kesilapan teknikal berlaku dan kawalan teknikal itu pula cukup baik. Secara keseluruhannya ia amat menyeronokan. Lebih manis lagi apabila mahasiswa dari Fakulti Undang-undang UIAM turut hadir sebagai penonton. Kira-kira 2 jam sesi ini dilakukan akhirnya tamat pada 11.30malam. Akhir sekali, tayangan the making iaitu sesi latihan ditayangkan kepada penonton. Bersurai!

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every