KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama
Sumber:
Labels: Universiti Malaya
Semalam sy ingat nak pegi UM nak tengok proses pengiraan undi. Tapi tetiba ada hal. Kawan ajak pegi rumah dia di Kondo Pantai Panorama. Wah...memang best la kat situ. Sempat lagi mandi di pool. Then masuk kat bilik Sauna (panas sangat bilik tu). Bila balik kat rumah dia Pizza yang di order sudah samapi. Makan pizza dua kotak. Buy one free one bah. Cerita2 punya cerita sy tertidur di sana. Balik rumah paginya. Tunggu bas lama giler terus naik teksi ja lah. hahaha..
Teringat pula mcm mana nasib pilihanraya kampus UM kali ini. Sy tanya kawan2 by YM dan sms. Dorang cakap Pro-Mahasiswa (Gagasan) telah menang. 19hb Jan merupakan hari membuang undi bagi Pilhanraya Kampus bagi Universiti Malaya. Pertembungan hebat antara Pro-Mahasiswa dan Aspirasi ditentukan oleh para pengundi iaitu semua mahasiswa/i UM. Selepas kiraan dibuat akhirnya Pro-Mahasiswa telah menang!!!! Urusan pengiraan undi telah pada subuh pagi tadi.
Mengikut laporan Pro-Mahasiswa menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini. Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris. http://promahasiswaum.blogspot.com/
Sebagai Ex-Um sy mengharapkan agar kepimpinan MPMUM bagi sesi kali ini terus maju dan memihak kepada Mahasiswa. Semoga UM terus dipimpin oleh golongan yang berkaliber!
Labels: Universiti Malaya
Tetap diingatan kenangan ini.
Ingat nak kemas dan re-arangge file2 kat dalam laptop ni. maklumlah serabut sangat.Banyak fail2 penting dah tak tau aku letak kat mana. Dah kena explore lagi setiap satu file yg beratus kat dalam laptop ni..hehe.
Lain yg dicari lain pulak yg jumpa. Klik punya klik terjumpa pula gambar waktu dulu. Terkenang juga kenangan indah itu. Bagus juga terimbas kenangan masa kat UM dulu terutamanya ketika menginap di Kolej Kedua UM. Kawan2 mmg best lah. Tak juga rugi duduk kat sana.
Ni semua masa tahun 2006. KK2 buat Kem Kepimpinan yg disertai oleh pengarah2 projek, Presiden Kolej dan orang2 penting KK2. Sy sekadar mencukupkan syarat saja. Lagi pun bas masih ada tempat kosong lagi. So, dengan baik hatinya mereka, mereka ajak aku juga. Terima kasih ye. :P
Jauh Perjalanan. Tertidur sepanjang jalan.
Puncak Gunung Berembun, Pahang.
Bergambar di puncak dengan gembira sekali.
Menunggu masa untuk makan.
haha...sedapnya makanan...hehe
Cantikkan Khemah kami. Best kan.
Girls: sesi memasak makanan. Sedap la korang masak.
Guys: Pun masak sedap juga. hehe
well, apa pun ini adalah kenangan. aku masih ingat lagi wajah comel mereka semua. Walaupun ramai yg dah grad mcm aku tapi still keep in touch la. Good luck ye.
:P
P/s: Tak rugi aku explore file2 dalam laptop aku. Banyak lagi gambar2 lama membangkitkan memory. aku akan coretkan ia semuanya di blog ini. hehe. ok/
Labels: Diary, Universiti Malaya
hai semua....
Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana selama belajar di UM (2005-2008), akhirnya 2008 ni sy berjaya menamatkan pelajaran dengan berjaya memiliki segulung ijazah. Best giler.
sekarang ni...sy akan melangkah ke alam pekerjaan pula. semoga kerja yg best2 jadi milik sy. yahooooo......
Labels: Diary, Konvokesyen, Universiti Malaya
Selepas sekian lama menempuh alam pembelajaran...akhirnya tahun 2008 ini saya dan kawan2 dapat juga berkonvokesyen. Pengalaman study di Universiti Malaya yang bertaraf universiti perdana di Malaysia sudah cukup bermakna buat kami semua.
Terima kasih kepada UM kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar di sini. Pengalaman dalam bilik kuliah, berdiscuss dalam bilik tutorial, menghadiri dengan seminar, buat assigment dan paling mencabar adalah menyiapkan Latihan Ilmiah untuk mendapat segulung Ijazah. Rasanya cukup pantas masa berlalu. Sekarang sudah habis study..hihihik...
Saya cukup berbangga kerana saya adalah insan pertama daripada SMK Tandek yang berjaya masuk ke UM. Bangganya tidak terkira. Best giler lah..hehehe..kerana study di UM membolehkan saya dapat pergi ke Kuala Lumpur. Sebelum ini memang ada niat mahu study di KL. Tidak sanggka akhirnya dapat jua akhirnya.
Di UM, saya dapat berkenalan dengan ramai kawan. Seronok bila dapat kawan2 daripada seluruh Malaysia malah kawan dari seluruh dunia pun ada. Jangan main2. Kawan2 sabah yang menjadi coursemate saya pula semua sporting. Teringat pengalaman bersama dengan kawan2 rapat Firdaus(Laha Datu), Basmin (Beluran), Fenddi (Besut), Jarry (KK), Awangku (KK), Isey (Jeli, Klate), Azmi (Labuan), Jinel (Kundasang), Moon (Ranau), Marry (KB), Midau (Kunak), Iskandar (Swk) dan ramai lagi. Tidak dapat nak promot mereka kat sini. tapi korang tetap dalam ingatan..hihihihi...
zir, azmi, murel, wilson, roben, jarry
Ada ramai lagi members yang belum grad. Semoga berjaya. Terutamanya Firdaus Hinnasir tu yg bijak komputer dan pakar multimedia..huhu...semoga dapat grad tahun 2009..huhu..jgn marah bah.
Buat kawan2 sekolah iaitu SMK Tandek yang selepas habis STPM...kita telah terpisah ke Universiti yang berlainan. Musli (UMS Labuan), Zaki (UMS), Herlly (USM), Bheno (UMS Labuan), Ram (UNIMAS), Judaih (UPSI), Jojilih (UMS), Juth (UMS) dan ramai lagi. Tak lupa juga members yang study kat kolej swasta tu.
apa pun kita semua pasti berjaya. lepas study ni kita kena cari kerja untuk hidup yang lebih cerah.
Labels: Diary, Konvokesyen, Universiti Malaya
Gembiranya bila dapat tahu yang aku berjaya memasuki Universiti Malaya (UM). Memang tak pernah wujud dalam fikiran akan diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UM. Aku berjumpa dengan guru2 ku untuk memberi tahu mereka. Semua mereka mengatakan yang UM adalah U no.1 di Malaysia dan bukan calang-calang orang yang dapat memasuki UM. Kira mereka ni hebat2 la konon. Terkejut giler aku bila dapat tahu kehebatan UM ni. Yahooooooooo.....
Dalam daerah aku (Kota Marudu), aku dapat tahu yang ada lagi orang lain yang dapat belajar ke UM. Semasa buat Medical Check-Up di Hospital Lotong, tak sangka dapat jumpa mereka yang juga akan ke UM. Rupanya kemi semua berlima. Aku, Airin, Hanafi, Mazlan dan Robin. Semua mereka ni aku baru jer kenal sebab sekolah yang berlainan. Yang bestnya pulak, kami semua terbang dalam flight AirAsia yang sama.
Aku dihantar ke Airpot oleh Mak dan Abang aku. Yang lain tak dapat ikut sebab kereta tak muat. Kira banyak jugalah pesanan yang aku dapat. Em..pesanan2 yang menyebabkan aku sedih sampai nangis nak mampus. Aku pulak rindu ngan anak2 buah aku yang seramai 15 orang tu (5 orang adik-beradik aku dah kahwin). Tapi, paling dirindui 3 orang budak nakal ni yang jadi teman bergaduh Afiq, Rafiq dan Kit. Sampai jer kat Airpot tu, aku mencari2 mana kawan2 aku tu. Akhirnya jumpa juga 3 orang kawan aku tu. Si Airin tak sampai lagi. Flight kami pulak tu jam 6.10 pagi. Sampai kat KLIA kira-kira jam 8.4o pagi.
Mana si Airin ni. Kami berempat dah mula risau. Semua orang dah dipanggil untuk masuk ke balai berlepas. Nasiblah dia sempat sampai. Kami semua masuk bersama2. Saat perpisahan bersama keluarga masing2 tu sangat menyedihkan. Aku dapat lihat semua orang nangis. So, aku pun nangis la konon (tak dapat nak kontrol macho)...haha.. em..rupanya dalam 1 flight tu majoriti student Sabah yang belajar ke Semenanjung. Sempat jugalah renung2 wajah mereka. Manalah tau mereka juga student UM..hehe..
Semasa dalam flight, aku duduk sebelah si Airin dan di belakang kami pulak si Hanafi, Mazlan dan Roben. Kami semua duduk berdekatan. Rasa nerves giler bila first time naik kapal terbang. Daripada Kota Kinabalu merentasi Laut Cina Selatan terus mendarat ke KLIA. Sepanjang di awan biru tu tawakal sentiasa. Manalah tau ada perkara yang tak elok berlaku.
"Sebentar sahaja lagi kita akan mendarat. Sila pergi tempat duduk masing2. Pakai tali pinggang keledar anda." Suara Pramugari itu memberi informasi. Alhamdulillah..aku, mereka dan semua selamat sampai. Kami melangkah masuk ke dalam KLIA. Woww..mantapnya. Lawa giler KLIA ni. Kami semua pergi ke ambil bagasi masing2. Then, kami semua ternampak sepanduk yang tertera nama Universiti Malaya sambil laungan "UM" berkali2. Lantas, kami terus menuju ke arah mereka.
Sebenarnya dalam KLIA tu semua wakil2 U lain pun ada yang datang untuk menjemput student dari Sabah dan Sarawak. Antaranya UKM, UPM, UITM, USM, UUM, UPSI dan lain2. Kami student UM berkumpul. em..ramai rupanya student Sabah dan Sarawak yang masuk UM. Sekali imbas semasa dalam flight tadi ramai UM rupanya. Kami diberitahu akan menaiki bas UM untuk ke UM. Semasa menunggu bas, kami sempat berkenal-kenalan. Dapat lah kawan2 baru.
Bas UM dah sampai. Kami semua nak bas nak ke UM. Bermulah perjalanan selama sejam lebih. Semasa dalam perjalanan aku melihat pemandangan di luar. em...bangunan semua tinggi, cantik2, dan mengagumkan. Rupanya, UM berada di tengah2 bandar Kuala Lumpur. wah..KL tu memang dah lama nak pergi. Sebelum ni just tengok KL kat TV jer. haha...memang nampak sangat kesesakan yang teruk di KL ni. Udaranya pula nampak sangat tercemar berbanding kat Sabah.
Akhirnya, sampai juga aku di UM. Teruja, nerves, takut, gembira. macam2 perasaan ada. Aku dan Airin ditempatkan di Kolej Kediaman Kedua (KK2). Hari itu dan seterusnya..UM tempat aku teruskan hidup...peace!!
Pesanan yang begitu bermakna:
"kalo sampai sana nanti jangan lupa call kami"..kata Mak aku.
"bagus2 ja sana" kata Ayah aku.
"study baik2. Kalau ada masalah kasi tau kami"..kata Kakak aku.
"makan ko banyak2 nanti kami sini baik2 ja" kata adik pempuan aku.
"Pacik tody pigi mana?"..kata anak buah aku yang baru umur 3 tahun. Sedih aku..
P/S: Cerita ini telah dipendekkan kerana terlalu panjang. Memori terindah sahaja yang sempat dicoretkan. Ada masa nanti cerita ini akan bersambung. Bagaimana pengalaman semasa Minggu Haluansiswa yang aku alami. Bagaimana pulak pengalaman pahit manis ku semasa menuntut ilmu?
Labels: Universiti Malaya
Sesi 2007/2008 ini genaplah kali ketiga saya berpuasa di kampus Universiti Malaya sejak saya mula masuk di UM pada Julai 2005. Tentulah ia sebuah pengalaman yang menyeronokan kerana disini saya berpuasa bersama rakan-rakan daripada seluruh Malaysia.
Seperti 2 tahun lepas, bulan ramadhan memberi faedah kepada saya. Pertama, bulan puasa ni lah bulan kita berbuat baik, bertaubat, jaga kelakuan. Iya la nanti puasa tu sekadar lapar dan dahaga je. Kedua, dapat jimat duit. Saya tinggal di Kolej Kediaman iaitu dalam Kampus. Kolej yang saya tinggal ini disediakan pakej sebuah bilik untuk 3 orang termasuk makan minum dan lain-lain. Yuran yang perlu dibayar sebanyak RM1580 untuk satu semester. Ketiga, dapat siapkan assignment yang telah diberikan semasa awal sesi lagi. Baguslah ada puasa ni, boleh berjaga sampai pukul 4 pagi. Time tu lah masa yang digunakan untuk menyiapkan assignment yang berlambak-lambak tu. Akhirnya, happy nyer semua assignment da settle.
Walaupun begitu, ada juga benda tak baik saya buat. Entah-entah puasa ku ini diterima atau tidak. Tak payah la nak cerita. Ni pulak memang biasa berlaku time puasa..semua malas pergi Kuliah. Ramai jer kawan2 yang masih tertidur kat katil tu. Dorang tak pegi kuliah beb. Tak yang penting ada kawan tolong sainkan..hehe..rahsia kita semua ni. Macamlah korang tak pernah buat kan..Lecturer tau mesti dia marah.
Apa pun, raya kali ni juga saya tidak balik kampung kat sabah..aduh sedihnya. Dan ini jugalah raya yang ketiga kali saya raya kat UM ni. Rindu nak raya bersama family kat sabah..nasib baik ada telefon. So, bermaafan guna telefon je lah..
Labels: Bulan Ramadhan, Universiti Malaya
Sesi baru 2007/08 bermula sudah semestinya salah satu acara yang ditunggu-tunggu adalah PILIHAN RAYA KAMPUS. Seperti tahun-tahun yang sudah, pilihan raya kampus bagi semua 17 IPTA akan diadakan untuk pentadbiran baru. Calon-calon semua adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Universiti masing-masing. Calon-calon ini terbahagi kepada calon umum dan calon fakulti.
Pilihan Raya Kampus menjadi medan para mahasiswa/i menonjolkan bakat mereka sebagai pemimpin di Universiti. Mungkin pada suatu hari nanti mereka ini akan menjadi pewaris pemimpin negara. Calon-calon akan memperjuangkan menefseto masing-masing untuk mendapat sokongan daripada warga kampus. Disini bermacam-macam jenis janji yang ditabur entah dapat diperjuangkan atau tidak. Sepanjang pemerhatian dengan mata kasar..cuma sedikit sahaja yang berjaya dikotakan.
Bila mengatakan pasal Pilihan Raya Kampus, Universiti Malaya (UM) pastinya menjadi tumpuan seluruh rakyat malaysia malah dunia. UM sebagai sebuah Universiti Perdana di Malaysia menjadi medan pertempuran yang hebat bagi pihak ASPIRASI (kerajaan) dan GAGASAN (pro-mahasiswa). Ia mungkin tradisi turun-temurun bagi UM kerana sejak mula ditubuhkan lagi ia sudah menjadi pusat kegiatan politik yang terkenal. Malah, ramai pemimpin-pemimpin negara dari dulu sehinggalah sekarang bekas graduan UM. Contohnya, Pak Lah, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.
Proses pengundian dilakukan di setiap Kolej Kediaman bagi mereka yang tinggal di dalam kampus dan di DTC bagi mereka yang tinggal di luar kampus. Pada tahun ini, proses pengiraan dilakukan di DTC.
Akhirnya, ASPIRASI yang berpihak kepada kerajaan telah menang besar sekali lagi di UM. GAGASAN hanya menang beberapa kerusi. Demikianlah Pilihan Raya Kampus di UM.
Sebenarnya nak tulis banyak-banyak sebab banyak perkara yang boleh dibincangkan tapi tak apa lah nanti kena tindakan pulak..
Labels: Universiti Malaya
Sempena FESKUM'07 ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di Universiti Malaya. Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah Mock Trial yang dilakukan oleh Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Dalam Mock Trial yang mereka laksanakan ini, keadaan sebenar dalam Mahkamah dilakonkan oleh Mereka.Pada kali ini, mereka cuba membicarakan kes rompakan bank Malaya. Untuk lebih jelas lagi sebelum sesi pembicaraan bermula rakaman penangkapan suspek ditayangkan kepada penonton. Selepas itu, barulah sesi pembicaraan dimulakan. Suasana dewan diceriakan dengan iringin muzik setiap kali para saksi dipanggil ke kandang saksi. Sedikit berbeza dengan keadaan sebenar Makhamah kerana Mock Trial ini lebih kepada lawak jenaka. Penggunaan nama yang entah apa-apa digunakan seperti Bimbang bin Kulop, K. sani LahSaye, Dashbeautiful, Rambutan bin Bahagia dan macam-macam lagi. Unsur-unsur jenaka dapat dilihat setiap sesi soal jawab antara konsul dan saksi. Gelagat para Hakim, Polis Makhamah, Jurubahasa, tertuduh turut menceriakan suasana makhamah. Suara-suara gelak ketawa daripada penonton sentiasa kedengaran. Mock Trial pada kali ini juga berbeza pada tahun sebelumnya kerana pada kali ini ia banyak dicampurkan dengan aksi melampau(lucah) termasuklah bahasa, perlakuan oleh beberapa orang mereka. Bagi beberapa orang ia tentulah tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, harga tiket sebanyak Rm2.50 adalah berbaloi. Pujian harus diberikan kerana langsung tidak ada kesilapan teknikal berlaku dan kawalan teknikal itu pula cukup baik. Secara keseluruhannya ia amat menyeronokan. Lebih manis lagi apabila mahasiswa dari Fakulti Undang-undang UIAM turut hadir sebagai penonton. Kira-kira 2 jam sesi ini dilakukan akhirnya tamat pada 11.30malam. Akhir sekali, tayangan the making iaitu sesi latihan ditayangkan kepada penonton. Bersurai!
Labels: Universiti Malaya
Pada 24hb 8 2007 lalu kemeriahan jelas kelihatan di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), UM apabila berlangsungnya pesta buah kali ketiga. Pesta buah ini merupakan sebuah projek dibawah Kelab Kebudayaan Melayu (KKM), KKTB. Projek ini dikendalikan Saudara Aidy Azuan Afifi selaku pengarah. Ia turut dibantu oleh Ajk pelaksananya yang lain.
Pesta Buah yang dibuat di Dataran Selasih, KKTB itu turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, penyelia-penyelia seterusnya seluruh warga KKTB. Dalam ucapan Pengetua, beliau mengatakan bahawa pesta yang sebegini amat baik kerana ia menyemai perpaduan kaum. Buah-buahan yang segar ini pula penting untuk kesihatan.
Buah-buahan yang pelbagai jenis ini ditempah khas daripada dusun buah oleh penganjur. Antaranya ialah Durian, rambutan, langsat, maggis dan sebagainya. Sememangnya buah2an yang sedap ini adalah produk tempatan kita. Ini membuktikan bahawa buah2an tempatan adalah buah yang terus digemari.
Sambutan warga kolej yang sungguh mantap dapat diperhatikan. KKTB yang dihuni oleh berbilang kaum turut dapat disatukan dalam pesta ini. Suasana riuh sahaja apabila buah2an telah diedarkan. Itu ada simbolik kepada rasa sedapnya buah dan disebaliknya juga ia tersimpul sebuah ikatan persahabatan antara semua.
Labels: Universiti Malaya
Universiti Malaya sekali mencipta rekod apabila berjaya membentuk logo 50tahun kemerdekaan malaysia dengan hanya syiling 1sen dan 5sen. Kebanggan ini dilakukan oleh mahasiswa2 Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KK2), UM. Penghasilan logo itu adalah untuk menyahut cabaran daripada pengetua Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah iaitu Prof. Dr. M. Rajanteharan yang mahukan sambutan kemerdekaan pada tahun ini diserikan dengan kejayaan mencipta kelainan.
Sokongan yang padu turut diberikan oleh warga KKTB yang bermurah hati untuk mendermakan syiling 1sen dan 5sen mereka. Idea untuk menghasilkan logo terbesar itu turut dicetuskan oleh AJK pelaksana Minggu Kemerdekaan yang dipimpin oleh Saudara Mohd. Sadam dari Fakulti Kejuruteraan.
Beribu-ribu syiling berjaya diperolehi yang membolehkan kerja menghasilkan logo itu berjalan dengan lancar. Kejayaan ini juga menjadi lebih manis apabila akhbar popular turut datang untuk membuat liputan. Ia adalah KOSMO!, Harian Metro, Bernama dan Akhbar berbahasa Tamil.
KKTB sebenarnya seringkali membuat kebangaan bagi UM apabila seringkali membuat kelainan. Pada tahun2 sebelumnya, KKTB turut melakar rekod dengan menghasilkan bendera malaysia terbesar dengan hanya kad prepaid dan bendera malaysia terbesar dengan hanya plastik berisi aiskrim.
Semangat membara terus berkobar bagi warga KKTB yang mahukan rekod terus dicipta pada tahun seterusnya. Syabas!
Saudara Fouzi antara pencetus idea dalam menghasilkan logo ini.
Gambar tengah: Mohd. Saddam selaku pengarah projek
Ajk Pelaksana Minggu Kemerdekaan KKTB, UM
Wartawan Harian Metro dalam sesi temubual
Akhbar berbahasa Tamil turut datang untuk membuat liputan.
Rekod telah tercipta di KKTB!!
Labels: Universiti Malaya
Pada malam 30hb Ogos lalu UM telah mengadakan sambatan kemerdekaan yang gilang gemilang. Pertandingan perarakan itu disertai oleh 25 kontigen yang meliputi 12 kolej kediaman, fakulti-fakulti, persatuan-persatuan dan turut disertai oleh kakitangan UM sendiri. Menariknya, sambutan yang amat menggalakan dapat dilihat dengan dihadiri ramai mahasiswa UM sendiri, kakitangan UM, pensyarah2, dan pihak media. Naib Cancelor UM, Rafiah Salim yang turut hadir pada malam tersebut ternyata berpuas hati dengan sokongan daripada semua pihak.
Pertandingan perarakan sempena kemerdekaan merupakan acara tahunan di UM. Pada tahun ini lokasi dibuat dihadapan Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada tahun2 sebelumnya, ia dibuat dihadapan Dewan Tuanku Censelor (DTC). perarakan kemerdekaan pada tahun ini juga amat bernilai kerana ia juga sempena 50th ulang tahun kemerdekaan Malaysia.
Dalam pertandingan tersebut, kesemua kontigen telah mempersembahkan persembahan yang cukup menarik untuk menarik perhatian juri. Persaingan yang sihat dapat dilihat yang membolehkan keputusan muktamad yang diumumkan diterima dengan sorakan yang mantap.
Johan telah dimenangi oleh Pusat Kebudayaan UM yang membawa persembahan yang cukup menghiburkan. Naib Johan pula disandang oleh Fakulti Undang-Undang UM. Ketiga, jatuh kepada Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM. Hadiah lumayan yang diterima oleh kesemua pemenang ialah Johan- RM3000, Naib Johan- RM2000, Ketiga- RM1000.
Apa yang penting adalah semangat perpaduan menjadi teras utama dalam pembangunan sesebuah negara. UM sebagai Universiti tertua turut memikul tugas untuk membentuk perpaduan nasional.
Labels: Universiti Malaya
- Tarikh keramat 28 Julai 2007 bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah menjadi hari bermakna kepada para pelajar sabahan khususnya yang berbangsa kadazan dusun kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Kaamatan Peringkat Universiti Malaya. Pesta yang diadakan setiap tahun itu telah memilih Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah pada kali ini selepas pernah diadakan di kolej-kolej kediaman lain pada tahun sebelumnya. Terdahulu, pesta ini telah diadakan di KK12, KK8 dan lain2.
Walaupun, pada kali ini diadakan secara simple sahaja tetapi ia tetap meriah dengan dihadiri oleh ratusan pelajar sabahan seluruh UM. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dari Indonesia, India dan lain2 di samping para VIP yang begitu sporting sekali. Selain itu, warga sabahan yang pernah belajar di UM turut datang. Malah ada yang membawa suami, isteri dan anak-anak.
Pada malam tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan etnik sabahan telah dipersembahan yang telah menarik perhatian ramai. Ia seperti tarian daling-daling, sumazau, magunatip, mengilok di samping fashion show yang memperagakan pakaian tradisi masyarakat suku kaum di sabah.
Pengarah bagi Pesta ini ialah Cik Azlina Binti Sipin, 22, pelajar tahun akhir yang belajar di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM kelihatan sungguh anggun bergaya dengan memakai pakaian kadazan pada malam tersebut. Cik Azlina yang duduk bersama VIP kelihatan sungguh jelita dengan senyuman yang menawan. Dalam ucapannya, dia berkata, setelah berbagai-bagai cabaran dan rintangan yang dilalui akhirnya Pesta tahunan ini berjaya juga diadakan dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua Ajk perlaksana kerana berjaya melakukan tugas dengan baik. Tambahnya lagi, diharapkan agar pesta ini dapat dilakukan setiap tahun di UM.
Perasmi pada malam itu ialah Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze Ken yang merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah UM juga anak jati sabah berkata pesta kaamatan sebenarnya disambut pada bulan 5.. tapi, ini sudah bulan 7. .kita sudah lewat 2 bulan..ini menunjukkan pesta ini terus diingati sebagai warisan turun temurun. Tambah beliau lagi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga dengan kepelbagaian etnik dengan pelbagai perayaan. Perpaduan adalah aspek terpenting untuk mengelakkan sejarah hitam 1969 berulang kembali.
Selesai sahaja sesi ucapan, majlis disajikan dengan persembahan Multimedia yang cukup mantap yang menayangkan wajah-wajah Ajk perlaksana dan aktiviti yang telah dilakukan. Multimedia ini disiapkan oleh saudara Firdaus Hinnasir. Selepas itu, majlis dipersembahkan dengan persembahan koir.
Para VIP dan pengunjung yang hadir disambut dengan paluan alat muzik tradisional sabah. Menariknya, terdapat juga mereka yang datang dengan pakaian tradisi sabah. Ia seterusnya memberikan suasana yang sungguh menarik.
Persatuan Bahasa Kadazan Dusun UM yang juga penganjur pesta ini cukup berterima kasih kepada Tan Sri Bernard Dompok kerana sudi sponser makanan untuk semua hadirin. Walaupun bagitu Tan Sri tak dapat hadir pada malam disebabkan ada urusan yang tak dapat dielakkan. Makanan pula disediakan oleh Katering Fakulti pendidikan UM.
Pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan Sugandoi (nyanyian). Seramai 8 perserta berjaya ke peringkat akhir selepas beberapa sesi saringan pada hari sebelumnya. Semua peserta dikehendaki menyanyikan hanya lagu dusun sahaja. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat. Salah seorang peserta bernasib malang kerana tak dapat membawa lagi dengan baik. Sehingga terpaksa membuat nyanyian sebanyak 3 kali. Mula-mula dia lupa lirik, lepas tu salah tempoh. Dan kali ketiga barulah ok. Namun, keputusan muktamad para juri profesional memihak kepada saudara Halumi yang berjaya mendapat tempat pertama. Kedua pula, saudara Jarry dan katiga saudari Dymnah. Masing-masing membawa pulang trofi dan hadiah.
Dalam acara mipulos (gusti tangan) telah dimenangi oleh saudara Wilson dan kedua pula dimenangi saudara Cyril. Acara mipulos merupakan acara tradisi sempena pesta kaamatan yang disambut oleh kaum kadazan dusun. Pemenang bagi pakaian tercantik pula dimenangi oleh saudara Girl yang memakai pakai tradisi kadazan dusun yang bersulam benang merah.
Dihujung majlis, para VIP dan pengunjung yang hadir sempat menari tarian sumazau diiringi oleh lagu dusun. Para VIP kelihatan begitu sporting sambil enjoy menari tarian sumazau. Ia sebagai tanda berakhirnya majlis. selepas itu, diadakan sesi bergambar VIP bersama Ajk Perlaksana Majlis. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada saudara Firdaus dan Wilson yang bertungkus lumus menjaga soundsystem majlis. Ini membolehkan majlis berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, pesta ini adalah berjaya dilaksanakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di tahun hadapan.
Labels: Abouts Sabah, Universiti Malaya