yeah.. Plih Kasih 3 kini kembali. Program Realiti dari RTM yang dicetuskan oleh Rosyam Nor ini memang menari. Program ini menuntut para perserta untuk menonjolkan bakat mereka dalam seni lakonan. Mereka bakal menjadi Pelakon untuk Malaysia selepas mereka keluar nanti. Mudah2an.






16 peserta yang berjaya membuka pentas saingan Pilih Kasih 3 adalah:

Lelaki
1. Yizee Ariff, 21 (Pahang)
2. Ai Iqmal, 18, (Negeri Sembilan)
3. Fareth Agang, 21 (Sabah)
4. Nizen Ayob, 27 (Johor)
5. Heri Aszmo, 24 ( Sarawak)
6. Airil Reffa, 26 (Pulau Pinang)
7. Jalius Jaibin, 26 (Kota Marudu, Sabah)
8. Hakim Yazid, 26 (Selangor)

Wanita
1. Reen Rahim, 24, (Selangor)
2. Miza Azura, 27 (Kuala Lumpur)
3. Hiera Hasan, 26 (Selangor)
4. Theera Alias, 22 (Kuala Lumpur)
5. Aada Zara, 21 (Kedah)
6. Sura Sojangi, 22 ( Selangor)
7. Naqia Nasution, 26 (Selangor)
8. Marina Jose, 23 (Sarawak)

gambar semua peserta boleh lihat kat sini: http://myartis-foto.blogspot.com/2012/01/gambar-peserta-pilih-kasih-3.html

 
 Fareth Agang


Julius Jaibin


Ujibakat di Sabah nampaknya memberi tuah kepada Fareth Agang dan Julius Jaibin yang terpilih dalam Top16 itu. Tahniah kepada mereka berdua. Kami rakyat Sabah akan menyokong korang.


Okey jgn lupa temujanji dengan Pilih Kasih:
Rancangan Kisah Pilih Kasih 3 Akan Di Tayangkan Pada Setiap Hari Rabu dan Khamis Pada Jam 9
Malam bersama Muaz yang hensem tu.
Zoom 'Pilih Kasih' Ditayangkan Pada Hari Sabtu Jam 9 Malam bersama personaliti Eisya Toh yang cantik tu.
Siaran Secara Langsung Pentas 'Pilih Kasih' Setiap Hari Ahad Pada Jam 9 Malam.


Program musim ketiga masih mengekalkan pengkritik tetap, Dr Abu Hassan dan Fauziah Nawi.

Program siaran Pilih Kasih bersiaran langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan dan masih mengekalkan pengacara sama, Reza Mohammed.

Kesemua 16 peserta PK ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar Erra Fazira dan Datin Umie Aida menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu.

Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua peserta secara terperinci.

1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every