Kumpulan dari negara luar yang saya agak minat iaitu Simple Plan (berasal dari Canada) akan membuat konsert di Malaysia pada 14 Januari 2012. Simple Plan yang dianggotai Pierre Bouvier (vokal utama), Jeff Stinco (gitar utama), Sébastien Lefebvre (gitar irama), David Desrosiers (gitar bass) dan Chuck Comeau (drum).Album mereka... No Pads, No Helmets...Just Balls (2002), Still Not Getting Any... (2004), Simple Plan (2008) and Get Your Heart On! (2011)

Petikan dari Kosmo Online:

Dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Fat Boys, Simple Plan bakal muncul untuk konsert The Simple Plan...Get Your Heart On Tour Live In Malaysia di KL Live, Jalan Sultan Ismail pukul 8.30 malam Sabtu 14 Januari ini.

Ada tawaran hebat menanti, kerana bagi pembeli dua keping tiket konsert Simple Plan untuk mana-nama kategori layak untuk mendapat satu tiket percuma (kategori Rock Zone bernilai RM198) konsert penyanyi Avril Lavigne di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 18 Februari ini.
Tiket boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid Valley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan cawangan The Guitar Store outlets pada harga RM258 (Rock Zone); RM188 (Upper Tier); RM98 (Free Standing).

Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline +603-78807999 atau layari www.ticketpro.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.jsconcert.com, https://www.facebook.com/JSConcertProductions dan www.rockthisjoint.com.my.

 okey.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every