29 Januari 2012


Tahniah kepada Stacy kerana berjaya memenangi Anugerah Selebriti Stylo dalam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012.

 Stacy

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15. Majlis Anugerah serta konsert yang ini dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar.

Mendapat tajaan syarikat komunikasi Digi, majlis sempena meraikan ulang tahun ke-27 Majalah Hiburan No 1 tanah air, dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Malah turut diserikan hampir 100 selebriti popular tanah air, seperti Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan, Norman, Memey, Izara Aishah dan Irma Hasmie.


Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:

1. Anugerah Ikon (anugerah utama)- Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan - Yuna
3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU
6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/aaron-aziz-siti-nurhaliza-ungguli-anugerah-ppmh-1.20643

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every