Ahad, 29 Januari 2012
Stadium Putra Bukit Jalil


Keputusan Rasmi Anugerah Juara Lagu Ke-26:
Juara: Hafiz - Awan Nano
Naib Juara: 3 Suara (Jack. Shiha dan Ning Baizura) - Beribu Sesalan
Ketiga: Faizal Tahir - Karma

Persembahan Terbaik: Alyah - Kisah Hati
Vocal Terbaik: Hafiz - Awan Nano

Persembahan Hafiz memang memukau dengan lontaran Vocalnyer yang sangat hebat. Penampilah Hafiz cuma bersahaja dengan memakai seluar track dan baju T-shirt sambil berkaki ayam diatas pentas. (ia mengikut penampilan dalam video klip awan nano) Di akhir persembahan Hafiz, Herman Tino muncul dan dipeluk oleh Hafiz.

Kemenangan Lagu Awan Nano ini sebenarnya sudah dapat dijangka kerna berdasarkan Anugerah Planet Muzik 2011 yang berlangsung di Singapura, Lagu Awan Nano telah menang Lagu Terbaik.

Hafiz juga pemenang Vocal terbaik pada AJL25. Ini Bermakna Hafiz menang Vocal 2tahun berturut2. Hafiz membawa pulang wang tunai sebanyak RM45k setelah menang 2 kategori.

Tahniah kepada semua peserta. Memang persembahan AJL26 memang sangat2 hebat. Ini bukti artis2 Malaysia mmg terbaik.

Senarai finalis yang bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke- 26 2012

  1. Kalau Berpacaran (Shohaimi, Ana Raffali dan Altimet)
  2. Karma (Faizal Tahir)
  3. Penakut (Yuna)
  4. Sedetik Lebih (Jacklyn Victor)
  5. Awan Nano (Hafiz)
  6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  7. Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol)
  8. Beribu Sesalan (Ning, Shila dan Jacklyn)
  9. Kekanda Adinda (Atilia dan Monoloque)
  10. Sungai Lui (Aizat)
  11. Kisah Hati (Alyah)
  12. Gadis Semasa (Yuna)

2 Comments:

  1. Syida Eusoff said...
    awalnyerrr
    zrull said...
    ye mmg awal. Thanks.. alert la katakan .hehehe

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every