Sesi 2007/2008 ini genaplah kali ketiga saya berpuasa di kampus Universiti Malaya sejak saya mula masuk di UM pada Julai 2005. Tentulah ia sebuah pengalaman yang menyeronokan kerana disini saya berpuasa bersama rakan-rakan daripada seluruh Malaysia.

Seperti 2 tahun lepas, bulan ramadhan memberi faedah kepada saya. Pertama, bulan puasa ni lah bulan kita berbuat baik, bertaubat, jaga kelakuan. Iya la nanti puasa tu sekadar lapar dan dahaga je. Kedua, dapat jimat duit. Saya tinggal di Kolej Kediaman iaitu dalam Kampus. Kolej yang saya tinggal ini disediakan pakej sebuah bilik untuk 3 orang termasuk makan minum dan lain-lain. Yuran yang perlu dibayar sebanyak RM1580 untuk satu semester. Ketiga, dapat siapkan assignment yang telah diberikan semasa awal sesi lagi. Baguslah ada puasa ni, boleh berjaga sampai pukul 4 pagi. Time tu lah masa yang digunakan untuk menyiapkan assignment yang berlambak-lambak tu. Akhirnya, happy nyer semua assignment da settle.

Walaupun begitu, ada juga benda tak baik saya buat. Entah-entah puasa ku ini diterima atau tidak. Tak payah la nak cerita. Ni pulak memang biasa berlaku time puasa..semua malas pergi Kuliah. Ramai jer kawan2 yang masih tertidur kat katil tu. Dorang tak pegi kuliah beb. Tak yang penting ada kawan tolong sainkan..hehe..rahsia kita semua ni. Macamlah korang tak pernah buat kan..Lecturer tau mesti dia marah.

Apa pun, raya kali ni juga saya tidak balik kampung kat sabah..aduh sedihnya. Dan ini jugalah raya yang ketiga kali saya raya kat UM ni. Rindu nak raya bersama family kat sabah..nasib baik ada telefon. So, bermaafan guna telefon je lah..

Sesi baru 2007/08 bermula sudah semestinya salah satu acara yang ditunggu-tunggu adalah PILIHAN RAYA KAMPUS. Seperti tahun-tahun yang sudah, pilihan raya kampus bagi semua 17 IPTA akan diadakan untuk pentadbiran baru. Calon-calon semua adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Universiti masing-masing. Calon-calon ini terbahagi kepada calon umum dan calon fakulti.

Pilihan Raya Kampus menjadi medan para mahasiswa/i menonjolkan bakat mereka sebagai pemimpin di Universiti. Mungkin pada suatu hari nanti mereka ini akan menjadi pewaris pemimpin negara. Calon-calon akan memperjuangkan menefseto masing-masing untuk mendapat sokongan daripada warga kampus. Disini bermacam-macam jenis janji yang ditabur entah dapat diperjuangkan atau tidak. Sepanjang pemerhatian dengan mata kasar..cuma sedikit sahaja yang berjaya dikotakan.

Bila mengatakan pasal Pilihan Raya Kampus, Universiti Malaya (UM) pastinya menjadi tumpuan seluruh rakyat malaysia malah dunia. UM sebagai sebuah Universiti Perdana di Malaysia menjadi medan pertempuran yang hebat bagi pihak ASPIRASI (kerajaan) dan GAGASAN (pro-mahasiswa). Ia mungkin tradisi turun-temurun bagi UM kerana sejak mula ditubuhkan lagi ia sudah menjadi pusat kegiatan politik yang terkenal. Malah, ramai pemimpin-pemimpin negara dari dulu sehinggalah sekarang bekas graduan UM. Contohnya, Pak Lah, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.

Proses pengundian dilakukan di setiap Kolej Kediaman bagi mereka yang tinggal di dalam kampus dan di DTC bagi mereka yang tinggal di luar kampus. Pada tahun ini, proses pengiraan dilakukan di DTC.

Akhirnya, ASPIRASI yang berpihak kepada kerajaan telah menang besar sekali lagi di UM. GAGASAN hanya menang beberapa kerusi. Demikianlah Pilihan Raya Kampus di UM.
Sebenarnya nak tulis banyak-banyak sebab banyak perkara yang boleh dibincangkan tapi tak apa lah nanti kena tindakan pulak..

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every