Busy keja...balik dr office sekitar jam 6.30 mcm tu aku terus balik rumah. Then..kawan ajak pegi Cheras naik moto... Tak makan lagi lepas keja terus ikut kawan pegi cheras. Kawan aku ajar tuysen kat sana. Aku just lepak. Lepak punya lepak kami balik rumah dah jam 12 midnight. wow...malam tu hujan2 lagi tu..kami balik saja p rumah. adeh...boleh pulak tayar moto tu pancit kat tol cheras...so, tak ada cara lain terpaksa jalan kaki sampai ke Kondo Rakyat. Kaki mcm dah nak tercabut dah. Letih sangat..heheh....trauma naik moto malam2 dah ni..heheh...

But, kami sampai juga dirumah. 2jam lebih juga jalan kaki oh...hehe..


MEMANG PENGALAMAN PAHIT.

Lagu ni jadi pengubat keletihan..

My Lifes

Minggu ini saja hariku dimulai dengan pergi Redbox Sogo ngan kawan2. hehe..penat juga karaoke di Redbox tu ek..hehe..

Buat masa ni aku masi busy lagi. Ada keja lain perlu aku buat. Exam PTD pun aku tak dapat pegi. ciannyer...ala..kalau pegi pun takkan lulus punya. hehe..last year da cuba tapi gagal. next time la aku try lagi. hehe..

aku cuba cari berita2 hiburan yg aku minat..AF7 still dalam penapisan. awal mac ni AF akan mula. mula lah demam AF lagi di Malaysia ni..hehe..aku layan je benda2 mcm ni. kadang2 tu aku siap undi sms tu lagi. peduli la buang kredit. bukan kredit korang pun..hehe


Esther - Better In Time. It's was the best performance for the night!!

malam tadi...OIAM 3 konsert pertama sudah bermula. seramai 12 peserta beraksi. Malangnya (hehehe)...Ester telah buat persembahan hebat. Paul dan Syafinaz benar2 kagum. Peserta kegamaran tu. hehe...so, Ester dapat terselamat daripada tersungkir di minggu hadapan. hebatkan...hehe...ingat mau pegi bah di plaza alam sentral tu. tapi balik keja lambat pulak. so, maybe next week la mau p sana. tgk live mesti best kan...hehe

MyStarz Lg pun masuk final sudah. Sokong c Hairi tuh. Final nanti dia nyanyi lagu rock. wow...

apa pun..


Bila aku explore fail2 di laptop aku ni, aku nampak pula banyak gambar masa lalu. hehe..cari punya cari..aku nampak gambar yg salah satu paling bermakna dalam hidupku..ceh...(minta puji saja kerja aku ni..wakakaka)...

Pic ni diambil semasa jamuan berbuka puasa bersama Menteri Sabah di PWTC, KL pada tahun 2007. Masa ni semua student Sabah di Semenanjung dijemput hadir. Kira penuh juga la PWTC tu. Makan pun kenyang. Kerajaan Sabah yg sponser jamuan ni. Thanks!..

Dapat juga aku begambar ngan Menteri Sabah.


Sofaz - Apa Yang Tak Bisa



Sofaz - Di Waktu Hidupku

Lagu memang aku suka dengar. Sofaz memang best. Aku ada semua album dorang. hehehe..
Sempena hari valentine ni kalau dengar lagu ni best kot. hehe. Lagu ini sungguh bermakna dengan ku. Semoga terhibur dan teruskan berhibur.

Masa study dulu..aku banyak nampak orang buat filem, multimedia presentation, dan lain2. Sempat juga lah belajar adobe photoshop, movie maker, cyberlink, swishmax dan lain2. Cuma masa nampak program After effects tu kan susah mau belajar. Pening kepala. Memang senang saja cuma kena kreatif kan. hehe... aku pun tau sikit saja. Budak baru belajar la konon. Orang yg banyak mengajar aku adalah si Daus budak Laha Datu. Sama2 study di UM. hehehe..

Kalau mau buat filem pendek(yg kampung2) cukuplah kalau ada camera digital, computer for kerja mengedit videos. hehehehe. Memang best belajar benda ni. Semalam aku jumpa seorang pelakon. So, aku suruh dia belakon untuk filem aku konon.wakaka. Nama dia Larry.

Title : A Magic Of Fingers
Director : Tody
By : Tody Production



Sinopsis: Orang ni ada kuasa untuk mengemas rumah dalam sekelip mata saja. Dengan kuasa jari-jemarinya saja dia boleh mengubah segalanya. Apabila dia selesai mengemas maka dia akan tersenyum dengan cute sekali. Kini dia tak payah risau kalau rumah dia tak terurus. Sebab guna jari je.

Jangan kamu kasi ketawa ok. Relax saja. hehehe.. Next time mau buat filem (yg kampung2) lagi.
em...susah juga mau cari pelakon ni. hehe..


Bergaya di Danga Bay, Johor.


Termenung jap melihat keindahan lautan...

Bercuti merupakan salah satu cara untuk membuang segala stress dalam fikiran. So, aku pegilah bercuti konon. Lokasinya...di Johor Baharu. hahah...percutian aku 3hari 2malam. Penginapan dan pengangkutan aku ditaja oleh kawan aku kat JB..wakaka... tak mampu nak stay di hotel.

Sepanjang kat JB aku dibawa berjalan2 keliling JB. Sebelum ni mmg pernah pegi JB tapi sekejap saja. Sebab tu pun sebab pegi masa abang angkat aku kawin. Perkahwinan Saiful Amri dan Yulma.
(mereka kawin di Masai, Johor). Memang JB mmg best lah. Next time aku nak pegi lagi. hehehe...

Mcm sakit hati juga sebab tidak dapat pegi di Singapore. Masa di Danga Bay tu..Negara Singapura dapat dilihat. Hehe...aku tiada pasport bah. Lagi pun jgn pegi Singapore kalau tiada duit yg cukup kan..hehe...
Pura-pura termenung..hehehe..sedang melihat singapore tu..

hehehe...hello everybody...

seberang laut tu adalah Singapore....


Seronok sangat dapat jalan2 kat JB. Lain kali nak pegi lah. Rasa tak puas bah. em...kalau sampai di JB terus aku mau pegi di Singapore lall pulak..hehehe...

Jom lah...

Sekali skala merenung melihat lautan boleh mendamaikan..


Selepas letih jalan sana sini. Akhirnya aku mau berehat sekejap. Nak pegi makan angin. hehehe...
So, buat seketika aku akan offline. Mungkin hari Isnin baru dapat online.

Lepas rehat aku akan aktif semula dalam semua web yg selalu aku join..ehehehe..
All the best!!


Lepas balik dari lunch dari Rumah Universiti tu, kawan ku daus ajak pegi jalan2 kat Sogo. Kawan seorang lagi tunggu di stesen U. Janji jam 2.30pm. Moto daus rosak pulak. Tayar pancit. So, dia dah call makenik tu and dia cakap jam 2pm dia datang. sekali tu, puas tunggu punya tunggu jam 3.15pm dia sampai. waduh...kawan yg seorang kat Stesen U tu dah marah2.

Tayar moto yg pancit tu siap dalam masa 15minit saja. Upah makenik tu rm12. Terus kami bergegas ke stesen U. Jumpa dengan kawan seorang tu mmg dah marah giler sebab tunggu kami sejam lebih. Well, terus naik LRT pegi ke Sogo. Wah...nak pegi redbox mmg mahal time tu sebab dah pukul 5pm. so, pegi kat K-box je lah. hehe..nyanyi 10 lagu saja.

Daus sedang nyanyi...hehehe

Lepas tu kawan pegi beli barang kejap. Looking around then kawan ajak pegi Mid pulak. Okey saja. Masa keluar nak pegi kat KTM stesen Bank Negara tu...rupanya hujan lebat giler dengan kilat sambung menyambung. Ni mungkin ada orang nyanyi sumbang masa kat K-Box tadi..wahahaha...Bank Negara ke Mid Valley cuma Rm1 saja. Dengan pantas kami da kat Mid. hehhe..

Perut dah lapar. Then kami pegi makan kat Jusco. Aku makan nasi lemak ayam. Daus pulak makan nasi lemak daging. Yang bestnya...hidangannya ala-ala tradisonal. Kat bandar susah nak cari mcm ni..wakakaka..

Muka macam semalaman tak makan..hahaha

Dia ni pula begaya pulak... :P

Sambil makan sambil bercerita. Ramai kawan2 kami keja kat Jusco ni. Dorang selalu makan kat sini. Sedap juga lah.

Jam 8.45malam tu kami tengok Cinema: Sifu & Tonga. Filem ni bagi aku best. Tapi tak mau ulas kat sini. So, korang yang tak tengok lagi kenalah menonton. hehehe....sudah habis..balik rumah lah. Tidur.

ok.







3hb 2 2009: Aku dijemput oleh Institut Pribumi Malaysia UM untuk makan tengahari bersama mereka. Turut dijemput adalah Jabatan Muzium Seni Asia UM, Asyik.fm, Urusetia2 dan lain2. Ini adalah kesinambungan daripada Persidangan Kebangsaan Orang Asli pada November 2008 lalu. Kebetulan masih ada baki wang selepas persidangan itu selesai. So, apa salahnya kalau ia digunakan untuk acara makan-makan. hehe..

Lunch tu pada jam 1pm. Semasa hendak berangkat ke RU UM aku mendapat sms dari Cik Mary yang tetamu yang dijemput ramai yang tak dapat hadir. Lantaran itu, dia menyuruh aku membawa beberapa orang untuk lunch bersama. So, aku bawa si Daus. Aku tahu daus ni dia cepat bertindak. Aku Ym ngan dia..dia cakap dia baru nak masak. Aku cakap kita lunch je kat RU UM. Tak payah masak.

Aku malas naik bas. Aku ajak dia naik teksi saja. Aku singgah dia kat Vista tu. Kami mmg menepati masa dengan sampai tepat di RU UM. Well, acara lunch tu simple saja. Dr. Juli bagi ucapan penghargaan sedikit then terus makan. Kami pun makan lah.

Memang makanan banyak tapi tetamu yang hadir cuma sedikit. So, nak tak nak kena 'tapau'. beg palstik akan disediakan.

Meja masih banyak kosong lagi


sedapnya makan...hehehe



lapar kah....



Cik Mary & the geng...


Btw, thanks coz menjemput aku makan bersama kamu. Memang sedap. Siap tapau lagi..hehe..

Jumpa Kawan

Semalam my kawan suruh aku datang rumah dia. dorang ni orang Filipin dan spainyol. mereka ni pensyarah aku kat UM dulu. hehe..Ingat nak datang sana time siang tapi kuat hujan la pulak. ter'postpond' ke malam. Lebih kurang jam8mlm macam tu. Bila aku sampai saja...dorang tengah tengok Final Tennis perlawanana antara Rafeal Nadal VS Rodger Fredrer. Wow...great performance!! Main pun sampai 4jam lebih. Well, kawan Spanish tu happy sebab Nadal yg senegara dengan dia tu yg juara!!. Tahniah lah.

Aku bermalam kat sana. Kawan Filipino tu tempah pizza. Kat Bangsar ni buy 1 free 1. Call saja nanti dorang hantar kat rumah. Lebih kurang 45minit pun sampai la. hehehe...habis pizza tu terus. Maklum lah masa tu perut tengah lapar. Aku tertidur sana dan terbangun jam 10 pagi.

Tetiba kawan dari sarawak iaitu nama dia Omar hantar sms kat aku. Dia cakap dia da kat Lcct dah. Terkezzut pula sebab aku tak tau yg dia ke KL. So,dia ajak aku untuk jumpa kat Mid Valley jam 5pm mcm tu.

Aku masih lagi kat rumah kawan. Kami lunch di kedai makan kat bawah kondo tu. Aku makan nasi goreng pataya dan minum milo ais saja. hehe... Aku kena belanja. hehe.. Mmg sedap la makanan kat sana tu. Then, kawan spanyol ajak pegi kat Mid untuk beli barang keperluan dan jalan2. Dorang nak ajak aku tapi aku tolak. Sebab petang tu aku akan ke Mid juga lah. Then, aku balik rumah terus. Charge hp jap sebab dah low bat. Semantara menunggu jam 5pm aku tidur jap. hehe...

Hp ku berbunyi berkali2. Si Omar tu balik2 call..' cepat datang ke mid. aku dah sampai ni' kat nya. Aku yg dah siap sedia tu terus bergegas ke Mid. Tunggu bas lambat giler. Mudahnya..naik teksi. Buang duit rm4.40. hehehe..

Kat Mid..si omar ni cakap dia tunggu kat restuarant Nandos. Aku terus pegi sana. Akhirnya...kat Nandos lah kami dinner. Sedap giler. Masa dinner tu kami sembang2. dia cakap dia kena suruh training kat KL ni. Dia keja ngan Maybank. Lepas training sebulan dia akan dipindahkan ke Kapit, Sarawak. Ia kawasan pedalaman. hehe..

After dinner tu, kami jalan2. Ingat nak pegi redbox the garden tapi..mahal pulak. Tak jadi nak nyanyi. Gila nyanyi ni..hehehe...(tapi kalau kena suruh perform kat public aku tak berani pulak..wakakaka)..

Penat juga jalan2 ni. Tetiba rasa da lewat pulak. Si omar ni stay kat Bangi. Agak jauh dari Mid. So kena balik awal. Before that..dia beli barang2 kat Carfour jap. well, Esok dia akan keja. so, Dia balik naik KTM terus. hehe..

Aku pun balik juga. Biasa lah mau tunggu RapidKL ni lambat betul mau datang. Sekali lagi aku naik teksi pulang ke rumah. Melayang Rm4.50. hehe..kadang2 budget tambang ni pun kena set awal2. Entahlah...aku malas sangat naik bas..hehe..

Well, esok pula aku ada lunch kat Rumah Universiti UM. Aku dijemput sebab aku adalah urusetia time Perdidangan Kebangsaan Orang Asli pada hujung November 2008. Janji meriah..

:P



Well, aku dan kawan2 pegi events kat Amcrop Mall kat Taman Jaya hari ini. Ia sempena jualan amal untuk mangsa keganasan di Gaza. Beli sambil menderma. Melihat kepada situasi di Palestine memang amat menyedihkan. Rejim Zionis memang mengganas!!

Ia dimeriahkan oleh artis2 terkenal. Mereka buat kerja amal ini. Selain menyanyi dan menghiburkan orang ramai mereka juga perlu buat kerja amal. Ramai artis yang hadir yg turut bersama2 menjayakan event ini.


Tak ku sangka dapat bergambar dengan kumplan Sofaz. Memang aku minat dengan kumplan ni.

Kawan sms aku. Dorang cakap Sofaz pun ada datang. Terus aku pun terus mau ikut konon. hahaha. Sebelum ni aku memang selalu kejar2 ni kumpulan Sofaz bah. Mana2 ada show dorang mesti aku tahu tu. Sebab dorang sudah kasi tahu masa dan lokasi show dorang di MySpace dorang. Hari tu dorang show di OneUtama aku ada pegi konon. Then, masa AJL di Bukit Jalil pun aku ada pegi juga. hahaha... Aku juga ada 3 album dorang. untuk pengetahuan...lagu-lagu Sofaz memang best. Mesti kena beli.


Siapa tak kenal Dj Hot.fm yg terkenal, Faizal Ismail

Coni, Mary, mun pun nak juga bergambar ngan Faizal

Hot. Fm memang best. Ramai Dj yang datang kat event ini. Tapi, sempat bergambar dengan Faizal Ismali saja. Well, sebelum ni dengar suara dia di radio saja tapi sekali....tejumpa juga pula. hehehe...aku sempat pesan kepada dia...'Hot.Fm memang best giler'.


Akma memang tinggi lah.

Masa bergambar ngan Akma ni aku malu2 lagi sebab segan bah. Tapi beranikan diri saja. Tu hanger bikin kacau saja. haha




Aku suka dengan gambar ni.


Suami kepada Kak Anita Sarawak. Abg Mahathir.


Dengan Siti Sarah ni.

Dia tak lah tinggi sangat. Aku memang respect dia sebab berjaya bertahan di arena seni tahan air. Vocal dia memang mantap. Semoga berjaya. Sekali kawan2 tengok pic ni dorang cakap ngam la kamu couple. hahaha...Siti Sarah sudah bertunang lah..


yang ni pun artis juga?..hahahahah

Memang pengalaman ini tak kan dilupakan.

Sememangnya peluaang ini tidak harus disia-sia kan. Semoga Gaza akan aman!!

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every