Jumpa Kawan

Semalam my kawan suruh aku datang rumah dia. dorang ni orang Filipin dan spainyol. mereka ni pensyarah aku kat UM dulu. hehe..Ingat nak datang sana time siang tapi kuat hujan la pulak. ter'postpond' ke malam. Lebih kurang jam8mlm macam tu. Bila aku sampai saja...dorang tengah tengok Final Tennis perlawanana antara Rafeal Nadal VS Rodger Fredrer. Wow...great performance!! Main pun sampai 4jam lebih. Well, kawan Spanish tu happy sebab Nadal yg senegara dengan dia tu yg juara!!. Tahniah lah.

Aku bermalam kat sana. Kawan Filipino tu tempah pizza. Kat Bangsar ni buy 1 free 1. Call saja nanti dorang hantar kat rumah. Lebih kurang 45minit pun sampai la. hehehe...habis pizza tu terus. Maklum lah masa tu perut tengah lapar. Aku tertidur sana dan terbangun jam 10 pagi.

Tetiba kawan dari sarawak iaitu nama dia Omar hantar sms kat aku. Dia cakap dia da kat Lcct dah. Terkezzut pula sebab aku tak tau yg dia ke KL. So,dia ajak aku untuk jumpa kat Mid Valley jam 5pm mcm tu.

Aku masih lagi kat rumah kawan. Kami lunch di kedai makan kat bawah kondo tu. Aku makan nasi goreng pataya dan minum milo ais saja. hehe... Aku kena belanja. hehe.. Mmg sedap la makanan kat sana tu. Then, kawan spanyol ajak pegi kat Mid untuk beli barang keperluan dan jalan2. Dorang nak ajak aku tapi aku tolak. Sebab petang tu aku akan ke Mid juga lah. Then, aku balik rumah terus. Charge hp jap sebab dah low bat. Semantara menunggu jam 5pm aku tidur jap. hehe...

Hp ku berbunyi berkali2. Si Omar tu balik2 call..' cepat datang ke mid. aku dah sampai ni' kat nya. Aku yg dah siap sedia tu terus bergegas ke Mid. Tunggu bas lambat giler. Mudahnya..naik teksi. Buang duit rm4.40. hehehe..

Kat Mid..si omar ni cakap dia tunggu kat restuarant Nandos. Aku terus pegi sana. Akhirnya...kat Nandos lah kami dinner. Sedap giler. Masa dinner tu kami sembang2. dia cakap dia kena suruh training kat KL ni. Dia keja ngan Maybank. Lepas training sebulan dia akan dipindahkan ke Kapit, Sarawak. Ia kawasan pedalaman. hehe..

After dinner tu, kami jalan2. Ingat nak pegi redbox the garden tapi..mahal pulak. Tak jadi nak nyanyi. Gila nyanyi ni..hehehe...(tapi kalau kena suruh perform kat public aku tak berani pulak..wakakaka)..

Penat juga jalan2 ni. Tetiba rasa da lewat pulak. Si omar ni stay kat Bangi. Agak jauh dari Mid. So kena balik awal. Before that..dia beli barang2 kat Carfour jap. well, Esok dia akan keja. so, Dia balik naik KTM terus. hehe..

Aku pun balik juga. Biasa lah mau tunggu RapidKL ni lambat betul mau datang. Sekali lagi aku naik teksi pulang ke rumah. Melayang Rm4.50. hehe..kadang2 budget tambang ni pun kena set awal2. Entahlah...aku malas sangat naik bas..hehe..

Well, esok pula aku ada lunch kat Rumah Universiti UM. Aku dijemput sebab aku adalah urusetia time Perdidangan Kebangsaan Orang Asli pada hujung November 2008. Janji meriah..

:P

1 Comment:

  1. zrull said...
    iya bah mary..hahahah

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every