Akhirnya senarai 14 lagu Muzik Muzik 25 diketahui dan akan berentap di Final Anugerah Juara Lagu 25. Boleh lah aku katakan top 14 lagu ini menjadi kegilaan ramai oleh rakyat Malaysia. hahaha.Oh.... Stacy and Adira good luck to both of you.

Senarai Penuh Finalis AJL25:
1.Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
2.Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
3.Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
4.Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
5.Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
6.Cinta Sempurna – Yuna
7.Pelita – Loque/Loque/A.P.I
8.Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
9.Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10.Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
11.Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
12.Ekstravaganza – Sam/Bunkface
13.Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
14.Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Siapkah yang bakal dinobatkan Juara Lagu ke-25 ini? Mampukan Faizal Tahir menebuskan kekecewaannya selepas gagal meraih Juara Lagu di AJL sebelum ini? Tergugat ke finalis lain kerana kehadiran Shahir dan Adira di pentas AJL 25? mungkin Hafiz akan membuat semua terkejut pada malam itu? atau berulang semula kah kemenangan MUH? memukau kah persembahan Yuna pada malam itu? atau saingan mantap dari A.P.I membuat finalis lain tergugat? hahaha. Bagaimana pula dengan Juara OIAM 3 iaitu Tomok? jangan lupa juara Mentor dan vocal terbaik AJL 24 turut bersaing hebat? Kumpulan Indie popular Hujan dan Bunkface mungkin membuat persembahan yang sangat energetik? jangan dipandang rendah dengan kemampuan Stacy menari di atas pentas? dan kawalan vocal yang sangat baik dr Ana Raffali pastinya mengagumkan?

Nampaknya pentas AJL 25 kali ini diwarnai dengan pelbagai keistimewaan. Cuma siapa yang akan menang. Tu je aku nak tahu. So, siapa lah yang akan menang ni????? sama2 nantikan.

AJL25 akan diadakan pd 9 Januari 2011 di Stadium Bt Jalil.

P/s: tengah berfikir ni. nak tgk live or tgk kat tv jer? hahaha

Sempat juga aku bercuti pegi Kedah dan Penang. Tu pun bernasib baik sebab ada kawan yang ajak jalan2 kat sana. yeahhhh. Mula2 pegi kat Kulim. wah... mmg banyak Hi-Tech kilang kat sini. mantapzzz woo. Siap sempat juga aku mandi sungai sedim tu dengan kawan2. hahaha. Then, main bowling kat Mall di Kulim. Haaa aku kalah main bowling.





Masa kat Kulim aku sempat juga pegi kat The Tree Top Walk.yeahh. gayat juga. Baru aku tau nama daerah Kulim tu berasal dari nama pokok kulim yang banyak terdapat di Kulim. Aku nampak dengan mata aku sendiri pokok tu masa jalan2 kat The Tree Top Walk tu. hahaha




 Selesai kat Kedah. Perjalanan kami dengan mengunakan Myvi pegi kat Penang. Waahh... best juga melalui Jambatan Pulau Pinang tu. Best. then, terus pegi masuk di USM. round2 USM dan ambil sedikit gambar. Untung lah sape2 yg study di USM. Penang itu sebuah tempat yang cantik.



 


 Sempat juga aku pegi tempat yang menarik di Penang. wah banyak tempat bersejarah yang menarik. tapi sedikit kecewa lah sebab Bukit Bendera tu sedang under maintenance. Melepas juga lah.


 Sempat juga kami pegi di Batu Ferrengi. Puas juga bergambar2. Then kami makan laksa penang. hahaha. Apa pun Kedah dan Penang sangat best. Yang belum tau tu sekarang Penang sedang berkempen untuk tourism. Visit Year Penang 2010-2012. wah 2 tahun lagi tu. Sokonglah yeh.

Akhirnya time untuk pulang ke KL. Masa pulang tu kami naik ferry ke seberang perai. Tak naik jambatan tu sebab jalan jem. Tapi naik ferry sangat best.hahaha. Thank pada kawan yg terer drive dan selamat kembali ke KL. huhu

Konsert kedua Idola Kecil 3.

Angel - Realiti Dewi


Angel nampaknya tidak mengecewakan. lagu ini dia dapat bawakan dengan baik. Angel salah satu yang membuat persembahan yang bagus disamping kawalan vocal yang baik. Tahniah Angel.


Berikut adalah lagu-lagu nyanyian di konsert kedua IK3:

Adiba - Berlari - bagus cuma perlu usaha lagi
Deera - Dan Bila Esok - Ohmaigod dia ternyanyi sumbang ar.
Balqis - Jahat - mmg persembahan yang bagus. pandai menari.
Shazlin - Ku Ada Kamu - hebat juga suara dia ni. ok. ^__^..v
Farra- Susun Silang Kata - best juga lah. backup singer juga bagus
Hadi - Nadiku - wah...ada picing sikit tapi still ok
Angel - Realiti dewi <--- Mmg bagus. Suara yang lantang. Good luck.
Puteri - Sejujur Hatimu- aduhh mmg bagus. tahniah
Harris - Adrenalin - smart giler penampilan budak ni. haha. nyanyian yang bagusl
Afif - Kebahagiaan Dalam Perpisahan - bagus ar. cuma perlu usaha lagi

My Ranking: ---> Puteri, Angel, Shazlin, Balqis, Harris, Farra, Afif, Hadi, Adiba dan last sekali si Deera sebab dia banyak sumbang. hehehe

Ni antara lagu konsert kedua IK3 yang ada kat youtube. enjoy for the their singging. heheh








opsss. member2 kat KL nak datang KK lagi. Aku pun join sekali. last year pun pegi kk juga becuti. Paling best coz naik Mas. suka sangat dorang becuti ni ha. Aku sebagai orang kota marudu jarang2 juga jalan2 di KK ni. malah aku rasa aku masih sesat kalau ke KK. hahaha. Stay kat Imprial Internationl Hotel. Selama 3hari kat sini mmg best. Jalan2 kat Suria Sabah, 1Borneo, CP, pasar pelipin dan lain. Aduii... banyak juga member2 aku ni shoping di kk. paling dorang banyak beli tu udang kering, sotong kering, ikan bilis dan lain2. Sebab kat KK mmg sangat2 murah.


Oh.. mcm kejap saja 3hari tu. time untuk pulang. Member2 dorang balik KL duluan dr aku. aku balik minggu berikutnya. Sebab aku balik Kg lagi. hahaha. Masa aku balik ke KL tu mmg pengalaman lah. flight kul 4pm. ada transit kat Labuan lagi 45minit. tapi boleh delay sebab cuaca buruk kat KL. Dr KK-Labuan-KL semuanya mengambil masa yg lama. aku sampai kat KLIA pada kul 11.30mlm. Naik KLIAexpress dan naik teksi ke rumah. huhuhu. penat gilaaa. Next trip to Penang dan Kuala Terengganu. haha

Maaf Zahir batin untuk semua terutamanya untuk kelarga tersayang, kazen, teman dan semua sekali. Raya 2010 ini aku kat kampung. Sembahyang sunat raya kat Surau kg garuda. Satu surau tu bersama ngan kazen2 semua. fuyooo. Lepas sembahyang tu 'serang' rumah kazen2 makan kuih. kembung juga perut kekenyangan.. hahahaha.

Tapi actully awal2 raya tu aku tak berapa sihat. demam sikit. tapi semangat nak raya kena juga beraya. haha. rugi oh setahun sekali. haha.


Tapi yang paling best raya aku ni menjelajah kat timur sabah iaitu Semporna, Laha Datu, Kunak, Tawau.
Dengan kata lain raya sambil melancong or bercuti2 Malaysia. Pemergian aku ke Semporna mmg dirancang awal. Kawan aku c Daus ni lah yg mencadangkan aku untuk ke rumah dia. 5hari juga stay di rumah dia. hahaha. yang bestnya segala rancangan jalan sana sini sudah dirancang awal2. Mmg c Daus ni terkenal dengan sikap panctul dan sistemetik sejak sama study di UM lagi. Dia juga driver yang sangat2 baik. Mana je nak pegi dia pegi bawa. Thank you very much.

Ni masa kat Laha Datu kerna kawan sama study kat UM dulu telah melangsungkan perkawinan. Aku sempat round2 bandar laha datu. beli hadia pun kat laha datu. al least ada juga hadiah utk dorang. Dorang dua2 ni cikgu. bestnya dorang. Apa  yang aku nampak pelamin, baju sangat cantik. grand giler. Makanan pun sedap2. tapi kami tak lama... kami terpaksa balik kerna balik Semporna tu jauh juga dr Laha datu. huhuhu


 
 Semasa nak balik ke Semporna tu kami sempat singgah di air terjun yang terkenal di Kunak iaitu air terjun madai. Puas juga bergambar2 kat sini.


 Ayah c daus mmg baik. Dorang jalan2 pegi bandar Tawau ajak aku sekali. besar juga Giant Tawau ni. kalau kat Kota marudu ada kan best. haha.

Masa petang2 tu aku sempat menenangkan minda duduk di Jeti ini. dengan angin yang segar sambil melihat matahari terbenam atau sunset benar2 mententeramkan jiwa. Mcm tak nak balik ke kota marudu ja. nak stay sini lama2. hahaha.

 banyak juga tempat juga kami pegi. Apa yg aku boleh katakan bahawa Semporna sangat best. laut dia sangat cantik. Rugi siapa2 yang tak pegi kat sini. hahaha.

Pegi Semporna naik bas manis express. Pulang pulak naik MasWings. giitu. haha mmg jauh perjalananlah. pening juga kepala dan wang poket. haha. nasib baik lah ramai penaja. hahahah. Thanks u all.



baru ja aku sampai di kg dr kl terus aku dimaklukan untuk jadi pengapit. wah... terkezzzzut aku. mula2 aku tak nak sebab segan. Maklumlah aku kan jarang2 muncul depan orang ramai dan didepan kazen2. hahaha. tapi atas permintaan pihat pengantin sendiri aku sanggup. huhuhu. mmg ini first time jadi pengapit.

Tapi mmg best lah. dapat jadi ala2 artis gitu sebab ramai orang yg amik pic aku. hahahaha. (perasaan ni). So, masa ni la aku kena pakai make up. fuyooo...jadi hensem ke. haha. jadi pengapit tak lah penat. just kipas2 pengantin tu jer. tapi zaman skg da canggih... kat depan tu ada kipas elektrik. Senang.

Paling mencemaskan aku bila aku kena mengiringi pengantin menari. Ada pulak tu pengapit laki dan pompuan kena suruh menari mangandak. Nerves gilerrrr. Tak pernah2 nari mcm ni. then, lepas tu kena suruh nyanyi. adehhhh... kemunculan aku di public membuatkan aku nerves juga.

Apa pun, moga berbahagi kepada pengantin. Thanks ye jemput aku jadi pengapit.

 Pada 27-29 Mei 2010 tu aku pegi Kuching untuk bercuti. Pegi dengan kawan2. paling best sebab naik MAS Airbus 320 return KL-KCH. best giler naik kapal tu. banyak makanan dan banyak gift boleh dapat. hahaha.


 Orang bilang, kalau ke Kuching paling mesti kena pegi adalah kat kedai kek lapis Sarawak yang sangat sedap tu. Yup ku beli 6 bijih kek bawa balik KL. Kawan aku pula beli sampai 16 biji oh. Dia nak bagi kat jiran2 kononnyer. hahaha. Yang best nya kalau beli banyak dorang akan bungkus kek tu masuk dalam kotak. Senang sikit bawa masuk kapal nanti. Masa nak pegi kedai ini hampir sesat juga nak mencarinya. Kena menyeberang sungai tu. Naik sampan dengan harga 50sen je. Sekali jumpa kedai ini mmg penuh sesak ngan orang ramai.


 Di Kuching, kami menginap kat Majestic Riverside Hotel. Ada swimming pool. Tu yg puas mandi tu. haha. Memang kelas la hotel tu.


Kuching memang best. banyak tempat yg menarik. puas juga amik gambar masa ni. tapi malas nak show off kat sini. hahaha. Apa pun mmg best la Kuching. Yang sangat jelas dari pandangan mata ku adalah... Kuching tiada PTI dan sangat bersih dr sampah. Orang dia pun baik2 juga. So apa lagi... Sarawak welcomes u.  hehe

best sangat iklan promosi sarawak ni.

Hari tu aku malas update this blog tiba2 entah napa. bosan ko coz citer pasal af8 jer. hahaha. Aku ikut perkembangan pasal af ni. maklumlah minat. hahaha. Sampaikan Konsert Final AF8 tu aku sanggup datang ke Bukit Jalil. Terbang jauh dari Sabah gitu. haha. Mmg kat tv ada secara live tapi nak juga aura secara live di stadium. haha. Apa pun Tahniah to Shahir. Peserta yang kami sokong iaitu Adira dapat no 2. huhu. Congrats semuanya.

 
 Adira & Stacy

Persaingan mantap lagu2 kegilaan ramai yang tercalon dalam Muzik-Muzik hampir berakhir. yah hampir untuk kita ketahui siapa yang ke final AJL25. haha. Dan sememangnya persaingan sangat sengit. Ofkos juri2 pening kepala nak pilih siapa yang terbaik. gitu.

 Top 6 Minggu pertama
1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 Top 6  Minggu kedua
1. Jahat – Stacy
2. Drama King – Meet Uncle Hussain
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali
4. Susun Silang Kata – Aizat
5. Sofia Jane – Black
6. Ku Ada Kamu – Adira
 
Apa pun yang sudah tercalon terutamanya artis2 dari Sabah tapi cuma Top 30 je seperti Sabhi Saddi, Fiq, Adam, Zizi (The Fabulous Cat) jangan risau next year cuba lagi. Dan lagu2 korang sangat2 best. hehe
 
P/s: Hebat2 juga artis2 reality Tv ni ekk

 Angel perserta dari Sabah dengan lagu Gemilang



Sabtu lepas aku layan Idola Kecil 3 kat Tv9.  bukan main lagi dorang nyanyi. Mmg boleh tahan lah. Rata2 semua dapat buat persembahan dengan baik. wah first konsert sudah  memberi impression yang bagus ni. huhuhu.

Berikut adalah lagu-lagu nyanyian di konsert pertama IK3:
Farra - Retak <-- best juga dengaar
Shazlin - Tak Tercapai Akalmu <---good try
Hadi - Inilah cinta <--- usaha lagi
Adiba - Permata Biru <--suara kamu rock ar.. hahaha
Deera - Aku Lebih Tahu <-- emm.. keluarkan lagi suara kamu..
Angel - Gemilang <-- ni lah harapan Sabah. all the best
Harris - Pelesit Kota <-- dia da biasa perform atas pentas. rockk
Balqis - Elegi Sepi <-- ada gaya
Afif - Hati Emas <-- mantap juga anak Siti Hajar ni ar.
Puteri - Tak Mungkin Kerna Sayang  <--suara mantap

P/S: Malang nya semasa konsert permulaan ini tiada pengupload Malaysia yang upload konsert mereka di youtube. kecewa sangat. Ada pun kena tengok kat www.tonton.com.my.  Web ni mmg mcm2 ada.. tapi line internet kena laju. kalau yg mcm siput tu susah sikit. huhu... mudah2an... konsert kedua ni adalah pengupload2 yg dapat upload. Tq very2 much diucapkan.

Setelah mendapat sambutan yang amat mengagumkan sepanjang dua musim berturut-turut, kini Idola Kecil (IK) kembali lagi di TV9 untuk musim ketiga dengan lebih keseronokan dan cabaran yang menghiburkan.

Seramai 10 orang peserta telah dipilih dalam IK musim terbaru ini dan mereka yang terpilih adalah di antara lebih dari 1000 penyertaan yang diterima sepanjang sesi ujibakat di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang serta Sabah.

“Sangat sukar untuk kita memilih peserta pada musim ini memandangkan terlalu banyak sangat bakat yang bagus-bagus,”kata Pengurus Penjenamaan TV9, Nik Ily Diyana Nik Anuar ketika ditemui pada majlis sidang akhbar IK3 di Ecoba, Menara Bata, semalam.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin. “Kami amat kagum dengan bakat-bakat serta kebolehan adik-adik kecil ini terutamanya sepanjang sesi ujibakat yang telah diadakan sepanjang dua bulan yang lalu.

“Proses pemilihan IK pada musim ini lebih sukar dan daripada 1000 peserta, akhirnya 10 yang terbaik dipilih berdasarkan kebolehan seni mereka yang tidak kira usia mahupun jantina.

“Sememangnya ia merupakan keputusan yang amat sukar juga bagi kami semua kerana mereka semua memang berbakat. Harapan kami adalah semoga rancangan ini akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton kami di luar sana.”

Kesepuluh peserta yang dipilih adalah Nurhamilya Adiba Bt. Hamzaidi, Muhammad Afif B. Abdul Halim, Farra Noradzlina Bt. Safwan, Nor Harris Alif B. Nor Rashidi, Angelica Paujin, Abdul Hadi B. Abdul Mazlan, Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin, Nadeera Allysha Bt. Aminudin, Shazlin Bt. Salamat dan Puteri Aszfaryna Khareeza.

Para peserta bukan saja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka yang hebat, malah kehandalan dan kemahiran mereka dalam bidang tarian dan juga lakonan. Kebanyakan peserta cilik ini sudahpun mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan malah ada juga yang pernah bergandingan dengan artis terkemuka tanahair.



Farra Noradzlina yang baru berusia 10 tahun, pernah berkongsi satu pentas dengan Ratu Rock Malaysia, Ella manakala Puteri Aszfaryna Khareeza pernah berduet dengan penyanyi popular era 70-an iaitu Salamiah Hassan.

“Puteri pernah berduet dengan Salamiah ketika membuat persembahan di Hotel Dorsett Regency pada bulan puasa dua tahun lepas. Puteri nak masuk IK sebab memang minat nak jadi penyanyi. Bagi Puteri, persaingan musim ini semuanya hebat kerana kebanyakan peserta, masing-masing sudah berpengalaman,”ujar peserta Kuala Lumpur yang berusia 12 tahun ini.

Salah seorang peserta, Nor Harris pula pernah mendapat peluang membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya sendiri.

“Harris selalu buat persembahan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang bersama band Harris iaitu First Step yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Harris sangat meminati muzik rock dan penyanyi Faizal Tahir,”kata peserta dari Pulau Pinang ini sambil memberitahu keluarga banyak mendorongnya untuk masuk dalam pertandingan ini.

Semasa menghadiri sidang akhbar pada petang itu, gua turut ternampak kelibat guru vokal terkenal, Puan Siti Hajar. Gua ingat Cikgu Siti yang akan menjadi guru vokal kepada peserta cilik IK, tapi rupa-rupanya salah seorang peserta IK musim ini adalah anaknya sendiri.

“Mak yang galakkan saya untuk masuk IK. Mak cakap, kalau masuk IK boleh belajar dan timba pengetahuan lebih,”kata Muhammad Afif yang berusia 10 tahun.

Menurut Afif, sebagai anak kepada seorang guru vokal , dia tidak merasakan dia lebih bagus dari peserta-peserta yang lain.

“Kelebihan itu memang ada, tapi bagi saya, peserta lain juga sangat bagus. Lagipun, mak selalu sibuk dan jarang ada untuk ajar saya mengenai vokal,”ujarnya yang meminati Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Sementara itu, Alif Satar kekal sebagai pengacara pada musim ini manakala Atilia turut dikekalkan sebagai juri tetap. Selain itu, tiga pengajar berpengalaman dibawa kembali pada musim ini bagi memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian).

Apa yang menariknya pada IK musim ini, penonton juga turut berpeluang menonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta dalam Klip Mini Idola Kecil 3 yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama tiga minit pada jam 7.00 petang dan Klip Ekstra Idola Kecil 3 yang akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Klip Ekstra akan dikendalikan oleh DJ Hot FM iaitu Ikhwan.

Jangan lupa untuk menonton Konsert Mingguan IK3 pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 6 November ini hanya di TV9.

Sumber: Gua.com.my

Anak-anak Sabah sememang berbakat besar dalam nyanyian. Pertandingan Bintang Kecil RTM misalnya merupakan platform untuk menunjukkan bakat mereka. Sudah banyak kali peserta dari Sabah telah menjuarai pertandingan ini. Namun, cukup bermakna apabila tahun 2008, 2009 dan 2010 penyandang juara itu adalah berasal dari Sabah. Tahniah!!!!!

Presley Petrus Juara Bintang Kecil 2010

     Gelagat Presley Petrus selepas diumumkan sebagai juara Bintang Kecil 2010

Kuching: Peserta lelaki tunggal Presley Petrus, 10, yang mewakili Sabah muncul johan dalam Pertandingan Bintang Kecil 2010 peringkat kebangsaan dengan menumpaskan lapan peserta peringkat akhir lain di Auditorium Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.

Presley yang mendendangkan lagu "Hanya Di Mercu" membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala dan sijil.

Naib johan disandang oleh Nurshahira Razali, 11, wakil negeri Perak dengan lagu "Zapin Yang Tinggal" sementara tempat ketiga di menenangi peserta tuan rumah Fatin Nurfatihah Drahman, 11, menerusi lagu Gemilang.

Kedua-duanya masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000, piala dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Rais berkata Bintang Kecil merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi sahsiah dan bakat kanak-kanak tanpa mengira kaum.

"Bukan sahaja di peringkat Bintang Kecil, kita juga mahu menggalak lebih ramai penyertaan bukan Melayu dalam pertandingan lagu-lagi P.Ramlee pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA




Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009


Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009 dari Sabah

Selain menjaga makanan dan minuman harian, berjoging setiap hari untuk menjaga pernafasan merupakan rahsia Nurul Syahihrah Dzulfikri, 10, menjuarai Pertandingan Bintang Kecil peringkat kebangsaan 2009 yang diadakan di sini hari ini.

Pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kudat, Sabah itu menyanyikan lagu Erti Hidup yang dibawa penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Dayang Nurfaizah berjaya mengalahkan lapan lagi peserta, termasuk seorang peserta dari Brunei Darulsalam.

Sementara itu, pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Mung, Batu Niah, Miri Sarawak, Shazlin Salamat, 11, yang membawa lagu Hanya Di Mercu (Ayu) hanya mampu menduduki naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500, piala dan sijil.

Wanda John, 11, pelajar dari SJK (C) Yuk Yin, Keningau, Sabah yang membawa lagu layu Gemilang (Jaclyn Victor) pula menduduki tempat ketiga dan menerima wang tunai bernilai RM2,000, piala dan sijil penyertaan.

Sementara itu, peserta dari Brunei Darussalam, Abdul Aziz Harun, 11, yang bermain guitar sambil menyanyikan lagu Gemuruh (Faizal Tahir) berjaya menambat hati para pengadil memenangi Persembahan. Terbaik dan memperolehi wang tunai RM750, piala dan sijil.


Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008

 
Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008 juga dari zon Sabah

BERBEKALKAN usaha dan keyakinan tinggi membawa adik Mohd. Imanuddin Supangat, 11, yang mewakili zon Sabah meraih gelaran juara pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak, sekali gus bersiaran secara langsung di RTM1, Sarawakfm dan laman web www.rtmsarawak.gov.my/swkfm, pada Sabtu lalu.

Murid Tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan ini membawa pulang hadiah RM3,000, piala dan sijil.

Naib johan dimenangi oleh adik Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah, 9, dengan mendendangkan lagu Kasih Suci yang dipopularkan oleh Amy Mastura. Mewakili zon tengah, adik Siti Amirah Dayana membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000, piala dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi oleh adik Shazlin binti Salamat yang mewakil Zon Sarawak dengan mendendangkan lagu Hati Malaya yang dipopularkan oleh Datuk Siit Nurhaliza. Adik Shazlin membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500, piala dan sijil.

Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh adik Khor Bin Sam yang mewakili Zon Utara menerusi lagu Adikku Pandai Menari. adik Khor Bin Sam membawa pulang hadiah sebanyak RM500, piala dan sijil.



Idola Kecil 3 masih mengekalkan hos iaitu Alif Satar.

Untuk info pembaca, Idola Kecil 3 akan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam, mulai 6 November 2010 ini. Pada tahun lalu, Idola Kecil musim kedua telah meraih penonton sehingga 2.3 juta pada konsert akhir sementara 1.2 juta bagi episod mingguan.

Tahniah kepada 10 finalis yang bakal berentap untuk musim ini iaitu:
1. Nurhamilya Adiba Bt Hamzaidi – Adiba
2. Muhammad Afif Bin Abdul Halim – Afif
3. Farra Noradzlina Bt Safwan – Farra
4. Nor Harris Alif Bin Nor Rashidi – Harris
5. Angelica Paujin – Angel <---- Peserta dari Sabah
6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan – Hadi
7. Nor Balqis Bt Ahmad Tajudin – Balqis
8. Nadeera Allysha Bt Aminudin – Deera
9. Shazlin Bt Salamat – Shazlin
10. Puteri Aszfaryna Khareeza – Puteri

Credit to  budiey.com


Klik sini semasa sesi pengenalan peserta:
http://www.youtube.com/watch?v=y5wbRml2Luw

good luck!!!

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every