Pegi Kedah Dan Penang

Sempat juga aku bercuti pegi Kedah dan Penang. Tu pun bernasib baik sebab ada kawan yang ajak jalan2 kat sana. yeahhhh. Mula2 pegi kat Kulim. wah... mmg banyak Hi-Tech kilang kat sini. mantapzzz woo. Siap sempat juga aku mandi sungai sedim tu dengan kawan2. hahaha. Then, main bowling kat Mall di Kulim. Haaa aku kalah main bowling.





Masa kat Kulim aku sempat juga pegi kat The Tree Top Walk.yeahh. gayat juga. Baru aku tau nama daerah Kulim tu berasal dari nama pokok kulim yang banyak terdapat di Kulim. Aku nampak dengan mata aku sendiri pokok tu masa jalan2 kat The Tree Top Walk tu. hahaha




 Selesai kat Kedah. Perjalanan kami dengan mengunakan Myvi pegi kat Penang. Waahh... best juga melalui Jambatan Pulau Pinang tu. Best. then, terus pegi masuk di USM. round2 USM dan ambil sedikit gambar. Untung lah sape2 yg study di USM. Penang itu sebuah tempat yang cantik.



 


 Sempat juga aku pegi tempat yang menarik di Penang. wah banyak tempat bersejarah yang menarik. tapi sedikit kecewa lah sebab Bukit Bendera tu sedang under maintenance. Melepas juga lah.


 Sempat juga kami pegi di Batu Ferrengi. Puas juga bergambar2. Then kami makan laksa penang. hahaha. Apa pun Kedah dan Penang sangat best. Yang belum tau tu sekarang Penang sedang berkempen untuk tourism. Visit Year Penang 2010-2012. wah 2 tahun lagi tu. Sokonglah yeh.

Akhirnya time untuk pulang ke KL. Masa pulang tu kami naik ferry ke seberang perai. Tak naik jambatan tu sebab jalan jem. Tapi naik ferry sangat best.hahaha. Thank pada kawan yg terer drive dan selamat kembali ke KL. huhu

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every