Pada 27-29 Mei 2010 tu aku pegi Kuching untuk bercuti. Pegi dengan kawan2. paling best sebab naik MAS Airbus 320 return KL-KCH. best giler naik kapal tu. banyak makanan dan banyak gift boleh dapat. hahaha.


 Orang bilang, kalau ke Kuching paling mesti kena pegi adalah kat kedai kek lapis Sarawak yang sangat sedap tu. Yup ku beli 6 bijih kek bawa balik KL. Kawan aku pula beli sampai 16 biji oh. Dia nak bagi kat jiran2 kononnyer. hahaha. Yang best nya kalau beli banyak dorang akan bungkus kek tu masuk dalam kotak. Senang sikit bawa masuk kapal nanti. Masa nak pegi kedai ini hampir sesat juga nak mencarinya. Kena menyeberang sungai tu. Naik sampan dengan harga 50sen je. Sekali jumpa kedai ini mmg penuh sesak ngan orang ramai.


 Di Kuching, kami menginap kat Majestic Riverside Hotel. Ada swimming pool. Tu yg puas mandi tu. haha. Memang kelas la hotel tu.


Kuching memang best. banyak tempat yg menarik. puas juga amik gambar masa ni. tapi malas nak show off kat sini. hahaha. Apa pun mmg best la Kuching. Yang sangat jelas dari pandangan mata ku adalah... Kuching tiada PTI dan sangat bersih dr sampah. Orang dia pun baik2 juga. So apa lagi... Sarawak welcomes u.  hehe

best sangat iklan promosi sarawak ni.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every