Maaf Zahir batin untuk semua terutamanya untuk kelarga tersayang, kazen, teman dan semua sekali. Raya 2010 ini aku kat kampung. Sembahyang sunat raya kat Surau kg garuda. Satu surau tu bersama ngan kazen2 semua. fuyooo. Lepas sembahyang tu 'serang' rumah kazen2 makan kuih. kembung juga perut kekenyangan.. hahahaha.

Tapi actully awal2 raya tu aku tak berapa sihat. demam sikit. tapi semangat nak raya kena juga beraya. haha. rugi oh setahun sekali. haha.


Tapi yang paling best raya aku ni menjelajah kat timur sabah iaitu Semporna, Laha Datu, Kunak, Tawau.
Dengan kata lain raya sambil melancong or bercuti2 Malaysia. Pemergian aku ke Semporna mmg dirancang awal. Kawan aku c Daus ni lah yg mencadangkan aku untuk ke rumah dia. 5hari juga stay di rumah dia. hahaha. yang bestnya segala rancangan jalan sana sini sudah dirancang awal2. Mmg c Daus ni terkenal dengan sikap panctul dan sistemetik sejak sama study di UM lagi. Dia juga driver yang sangat2 baik. Mana je nak pegi dia pegi bawa. Thank you very much.

Ni masa kat Laha Datu kerna kawan sama study kat UM dulu telah melangsungkan perkawinan. Aku sempat round2 bandar laha datu. beli hadia pun kat laha datu. al least ada juga hadiah utk dorang. Dorang dua2 ni cikgu. bestnya dorang. Apa  yang aku nampak pelamin, baju sangat cantik. grand giler. Makanan pun sedap2. tapi kami tak lama... kami terpaksa balik kerna balik Semporna tu jauh juga dr Laha datu. huhuhu


 
 Semasa nak balik ke Semporna tu kami sempat singgah di air terjun yang terkenal di Kunak iaitu air terjun madai. Puas juga bergambar2 kat sini.


 Ayah c daus mmg baik. Dorang jalan2 pegi bandar Tawau ajak aku sekali. besar juga Giant Tawau ni. kalau kat Kota marudu ada kan best. haha.

Masa petang2 tu aku sempat menenangkan minda duduk di Jeti ini. dengan angin yang segar sambil melihat matahari terbenam atau sunset benar2 mententeramkan jiwa. Mcm tak nak balik ke kota marudu ja. nak stay sini lama2. hahaha.

 banyak juga tempat juga kami pegi. Apa yg aku boleh katakan bahawa Semporna sangat best. laut dia sangat cantik. Rugi siapa2 yang tak pegi kat sini. hahaha.

Pegi Semporna naik bas manis express. Pulang pulak naik MasWings. giitu. haha mmg jauh perjalananlah. pening juga kepala dan wang poket. haha. nasib baik lah ramai penaja. hahahah. Thanks u all.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every