25 April 2009, Sabtu
Aril Tersingkir di AF!!!!

Alamak.. apa da jadi...Aril yg semakin improved setiap minggu akhirnya tersingkir pada malam selepas konsert tadi. Aril yang membawakan lagu bertajuk Nakal oleh GiGi tidak dapat memikat undian penonton.

Pengumuman penyingkiran yg dibuat oleh AC Mizal ternyata mengejutkan ramai orang. Sangkaan pada mulanya adalah peserta perempuan yang bakal tersingkir kerana berdasarkan persembahan Claudia, Aishah dan Isma kurang menyengat.

Akademi Fantasia 7 sangat seumpama tidak berdasarkan bakat lagi. Ini kerana pelajar yang membuat persembahan terbaik pada malam konsert tidak mendapat undian penonton. Lihat saja mangsa seperti Zizi, Rubisa dan Qhaud dan Adila yang sangat2 mengejutkan.

Persoalannya... adakah pengundi mengundi berdasarkan bakat???

em... apa2 saja lah kan. Kalau OIAM tu aku sangat setuju. Sebab mereka diundi sebab bakat.

hehehe....


150 TIKET PERCUMA UNTUK EFC


EFC mendapat peruntukan tiket percuma sebanyak 150 keping semasa Konsert GF ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menonton Konsert GF OIAM 3, sila hubungi Adrin@TanakWaguKL (018-3691 396/019 2006 300) ATAU Aris Jo Alias (019 341 4340) dengan kadar segera!.

Bah.. kepada siapa2 yang mau datang ke Konsert Grand Final tu cepat2 la kontek orang2 tersebut. Cepat selagi tiket masih ada. Berebut2 orang mau tu. Saya pun mau ikut juga berebut mau dapat tiket tu. hehehe...

Siapa agaknya Juara: Esther or Tomok or Aweera?? dan siapa juga akan tersingkir?????

Cepat kamu pilih:
Pergi ke laman web 8TV, www.8tv.com.my/oiam then pilih jika anda inginkan Top 2 atau Top 3 di Grand Finale. Jika Top 3 pilihan anda, maka jumlah undian sepanjang minggu depan akan diambil kira ketika di Grand Finale nanti. Ada baiknya kalau Top 3 di Final kan???

:P

Hari ni aku pening kepala. Sebab tetiba membaca buku dengan banyak sekali. arghh..
Awal pagi hari ni aku hantar Aunty aku kat LCCT. Dia balik Sabah. Puas juga dia bercuti di KL selama 4hari. Anak dia konvo kat pwtc. hehehe... Kebetulan kat PWTC - 17hb - 26 hb April 2009 ni ada pesta buku antarabangsa. Banyak nya buku, novel dll yg murah2..wahh..

OK bintang RTM pun aku nak layan juga. Aku tertarik bintang rtm sebab ada ramai wakil2 dr Sabah yang bertanding. Setakat ini sudah minggu ke-4 pada minggu ni. So, sepanjang 3 minggu ni peserta dari Sabah yang telah layak seramai 3 orang ke separuh akhir.. iaitu Nizam, Jo-Anne dan Ikbal. Manakala Basri pula tidak bernasib baik. Dia mengharapkan bantuan SMS. wah...

Maklumat Lanjut: http://www.bintangrtm.com

20 April 2009, Isnin

Lagu2 yg diberikan ini juga sebagai cabaran. Tengok mcm tak mencabar je?..hehe...apa pun Yazid dan Claudia akan menyanyikan lagu Inggeris. Boleh ke?...boleh ler... jgn risau.
All the best ok.

Akim- Situasi (Bunkface)
Hafiz- Kau Yang Punya (Malique ft Najwa)
Aril- Nakal (GiGi)
Yazid- With Or Without (U2)


Isma- Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Claudia- When Your Gone (Avril Lavigne)
Aishah- (Flora Cinta (Min Malik)

Lagu Bonus
Fiona (4U2C) & Untukmu (Feminin)

satu demi satu peserta kegemaran aku yg terkeluar. aduh...
Obri, Rubisa, Zizi dan paling mantap Qhaud pun boleh tersingkir. Apa boleh buat la...undian tak cukup. Yg stay kat Akademi pun yg ehemmmm......... je. sorry sangat aku tak nak undi lagi. Cukup la..... tapi...undian aku lebih kepada Esther OIAM lepas ni. So, aku layan OIAM 3 lah yerrrr....hehe....

18 April 2009, Sabtu

Konsert AF minggu ke-6 menampilkan band Estranged, Lefthanded dan Coklat yg mengiringi persembahan top 9 pelajar af 7. Pelajar diberikan peluang membuat persembahan seperti dalam konsert. Nampaknya sangat meriah.

Namun, paling menghiburkan adalah persembahan Qhaud yg menyebabkan bulu roma meremang!. Energetik, mantap dan bagus sangat!! Tapi ini kah balasan para pengundi yg menyebabkan Qhaud tersingkir! Pengundi buta seni?? Ada beberapa pelajar yang membuat persembahan yg teruk pada malam tersebut. Contohnya Yazid yg tidak menyengat!

Apa pun, bro Qhaud tetap disokong!.

17hb April 2009, Jumaat

Top 4 pada malam ini menyaksikan top 4 membuat persembahan seperti dalam konsert. Well, it's was good. Everybody like it!! hehe..

Proses penyingkiran sangat menyedihkan. Nine or Amylea??? Alamakk...Amylea yang tersingkir!!! Sedih sangat. Ini bermakna peserta perempuan cuma Esther seorang. Persaingan Esther dengan peserta lelaki- Tomok, Nine dan Aweera. Tetapi.. jangkaan seakan-akan sudah dapat dilihat bahawa Esther dan Tomok akan beraksi di pentas final. hihihi..



My ranking: Esther, Aweera, Tomok, Nine

Esther.. see u on the final!!!!

Lagu Tugasan minggu ke-6

Selepas diari tadi...so, lagu2 utk para pelajar tu pun kita dah tahu...


Qhaud - Seruan (Lefthanded)
Aishah - Segitiga (Cokelat)
Isma - Salah (Cokelat)
Akim - Aurora (Estranged)
Aril - Yang Pernah (Estranged)
Hafiz - Pak Belalang (Kristal)
Claudia - Keindahan Pantai (Kristal)
Yazid - Aku Di Halaman Rindu (Lefthanded)


wah lagu bonus utk para pelajar pulak juga wow..harap2 dorang buat yg best..
-I Want To Break Free (Queen)
-What I've Done (Linkin Park)

Wah...sy dengan kawan2 pegi bercuti di Genting Highlands. Best. Then, sempat lagi pegi tengok ABPBH di Arena of Stars pulak tu..hehe..














alamak...sy pakai spek mata hitam saja ni begambar. bukan apa bah..silau kena cahaya matahari. ehhe...sekali sekala mau jadi hensem sekejap konon. hehehe

P/s: Percutian 3hari 2malam. :P

10 April 2009, Jumaat


Esther- Legenda



Cepat sangat masa berlalu. Tiba2 hari ini hari jumaat. Apa lagi konsert OIAM Top5 la pulak. emm...tidak juga terlepas peluang pegi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. hehe..

Wah...berdetak2 jantung juga bila Esther dapat bottom 3. Nasib baik c Simon yg tersingkir. adehh..
Lepas ni undi banyak2 lagi ok. Hari ini happy juga sebab family si Esther datang ke Konsert. Moga2 terubat rindu sesama mereka. Sokongan family sangat penting. Dan sokongan peminat juga penting. Wah...sy nampak parents, abang c Esther dan adik lelaki kecil c Esther. Comel tu. hehe...

Syafinaz dan Paul

Awal dan Marion

Top 6, Simon tersingkir

Amylea

Nine

Aweera

Esther

Tomok

The Top 5


Alamak..budak2 UITM teda pula datang minggu ni. Last week dorang ramai2 pegi. Meriah giler bah. Tapi tak apa..kami2 saja pun kuat juga teriak. Semangat hebat ba tu kan. hehe..

Sempat juga sy amik pic adik c Esther yg comel tu..hehe...besar nanti bakal2 jadi penyanyi juga kali ni. hehe..

Adik c Esther


background tu yg mahal. ada juga termasuk pic c Shafinaz dan Paul dalam pic ni..hehe

Btw, konsert utk malam ni sy puas hati juga la. Lagi Sheila Majid diberi penghormatan utk dinyanyikan. Nasib baik semua peserta diberi peluang utk mengubah sendiri musik lagu itu. Dan nampaknya Sheila Majid nampak suka.
Susah nak jangka siapa bakal tersingkir. Semua dah bagus2 bah. Mcm mana ni??...hehe

My ranking: Esther, Tomok, Amylea, Aweera, Nine.

Mari kita lihat sedikit bakat si Hara Hanara ni.



Video ni semasa beliau membuat persembahan di Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu. Dan beliau baru berumur 14 tahun (form 2 ) masa tu. Skg ni tahun 2009, so 16 tahun sudah umur dia.

Harap2 dia boleh pergi jauh. Wah...jauh juga tu kalau dia dapat pegi di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat. wow....

Saya buka web ex- sekolah sy hari ini. Saya tertarik sangat bila ada tertulis diruangan cbox tu ada pesanan yg ditinggalkan oleh My ex-Cikgu dia tulis mcm ni "Congratulation to Hara Hanara 4Sc. Watch her every Tuesday, TV2, 10 - 11 p.m on Worldstars Show."

Terus sy cari info pasal ni. Terjumpalah maklumat ni. hehe...terus Copy paste masuk dalam blog ni. hehe.

Penyertaan Malaysia Di World Championship Of Performing Arts 2009
Selepas meraih kemenangan besar dalam World Championship of Performing Arts (WCPA) 2008, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi penyelaras utama bagi penyertaan Malaysia dalam WCPA yang akan di adakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 – 19 Julai 2009 ini nanti.

Mulai tahun ini, penyertaan Malaysia di WCPA akan menjadi acara tahunan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Disember 2008. KPKKW akan bekerjasama dengan Syarikat All Stars Performing Arts (M) Sdn. Bhd. yang dilantik sebagai ejen eksklusif WCPA di Malaysia dalam menguruskan penyertaan Malaysia di WCPA 2009.

Menurut urusetia, pada tahun ini, Malaysia akan menyertai WCPA dalam lima kategori iaitu vokal, instrument, tarian, model dan lakonan. Kategori lakonan adalah penyertaan yang terbaru. Kategori umur bagi peserta yang akan menyertai kelima-lima kategori ini dihadkan dari umur 16 hingga 29 tahun. Walaubagaimanapun, bagi mana-mana penyanyi rakaman yang telah mempunyai sekurang-kurangnya dua album diberi kelonggran sehingga umur 35 tahun.

KPKKW dengan kerjasama Kementerian Penerangan dan Syarikat All Stars akan mengadakan program reality TV dengan tajuk “Worldstars – Road to Hollywood”. Ia bertujuan untuk mencari bakat dari seluruh negara untuk mewakili Malaysia di WCPA. Program ini akan menjadi batu loncatan kepada KPKKW dalam usaha mengkomersilkan seni budaya dalam negara mahupun luar negara.

Program “Worldstars – Road to Hollywood” akan diadakan sebanyak 13 siri bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei 2009 dan akan disiarkan di TV2 pada setiap hari Selasa jam 8.00 malam. Majlis pelancaran bagi program ini telah diadakan pada 10 Februari oleh YB Mentei KPKKW, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal di Sound Stage, Finas.

Uji bakat peserta akan dibuat di seluruh Negara melalui 5 zon iaitu Selatan, Utara, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak bermula pada bulan Februari hingga Mac 2009.

Pemilihan peserta diperingkat awal akan melibatkan 4 orang juri iaitu Deja Moss, Husin Ali, Hans Isaac dan Rusdi Ramli. Manakala diperingkat seterusnya, para peserta akan diadili oleh Noryn Aziz, Deja Moss, Zainal (penari), Azura (model), Rusdi Ramli dan Yazid (pemuzik).

Seramai 22 orang peserta akhir akan dipilih mewakili Malaysia dalam 5 kategori persembahan seni di WCPA 2009 nanti.

Peserta-peserta yang terpilih akan diberi latihan rapi secara berkala bermula pada 11 hingga 23 Mei dan akan mengadakan 4 perembahan sebelum berlepas ke Hollywood.
Sumber: www.heritage.gov.my/

_______________________________________________________________


UPDATED!!!

SebenarnyaMalaysia hanya mengikuti 5 kategori:

  • VOCAL
  • DANCE
  • ACTING
  • INSTRUMENTAL
  • MODELING
Saya tertarik sangat dalam kategori Vocal..wah..ada di kalangan artis turut mau mewakili Malaysia ke Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 – 19 Julai 2009.

hehe...antara mereka adalah;
1. Siti Sarah (top3 OIAM),
2. Bob AF (sape x kenal dia ni..AF2),
3. Asmidah (orang cakap dia ada kaitan dengan Syafinaz),

4. Sean (adik kpd Vince AF1),

5. Putri Norizah(anak kepada Ibnor Riza. Kalau tak silap lah),
6. Hakim (orang cakap suara dia mcm
Alicia Keys male version),
7. RajaFarah@Tom,

8. E-mey (baru 14tahun ),

9. Suib (rocker from Sabah)
10.
Hara Hanara (berumur 16tahun berasal dari Kota Marudu) - Sy tengah cari maklumat pasal dia ni. hehe...
Sumber: blog Putri Noriza

Daripada KOSMO,

Mereka yang layak ke peringkat akhir bagi nyanyian (vokal) ialah Raja Rafah Afzal, 23, Halim Ikram Zakaria, 24, Siti Sarah Raisuddin, 25, Sean Chong Tai Cern, 18, Nor Hasmidar Ahmad, 23, Mohd Emeer Iskandar, 14, Yusrizan Usop, 27, Hara Hanara Harun, 16, Suib Zainin, 29, dan Puteri Norizan Ibno Riza, 18.


Jo-Anna Sue Henley Rampas yang terpilih untuk memasuk Top30 peserta Bintang RTM tiba2 mendapat liputan meluas oleh para bloggers di Malaysia. Itulah 'AURA' yang dapat dilihat oleh masyarakat diluar sana. Pakej yang dimiliki oleh Jo-Anna memang mencukupi untuk menjadi seorang selebriti. Jo-Anna berbakat dalam nyanyian dan bertuah kerana dikurniakan rupa yang cantik menawan. Apa tidaknya Jo-Anna adalah pemenang Unduk Ngadau 2007 di Sabah. Bagi masyarakat negeri Sabah Jo-Anna sudah dikenali ramai. Kini, selepas Jo-Anna memasuki Bintang RTM, diharapkan agar Jo-Anna dapat mengembangkan bakat seni semulajadi dalam dirinya. OK.

Profile
Name: JO – ANNA SUE HENLY RAMPAS
Age: 20
Date of Birth: 24 MAC 1989
Address: KOTA KINABALU, SABAH
Height / Weight : 168 cm / 53kg
Religion / Race : CHRISTIAN / EURASIAN ( BRITISH +DUSUN)
Occupation : COLLAGE STUDENT
Hobby : READING, SINGING, WINDOW SHOPPING, SURF INTERNET
Experience : SIDELINE ARTIST IN PUSAT KEBUDAYAAN NEGERI SABAH

More Info: bintangrtm

Sekali lagi nak buat transformasi ke?..kali ini semua lagu duet pulak diberikan sebagai cabaran.

Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 - Minggu 5


1.YAZID - Terharu (Jamal Abdillah & Mawi)
2.ARIL - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
3. QHAUD - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow)
4. SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense & Noe Letto)
5. HAFIZ - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)
6. AKIM - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry)
7. CLAUDIA - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince)
8. AISHAH - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi)
9. ISMA - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2)

Dan Lagu Bonus : Lucky (Jason Mraz & Colbie Callait)

Ingat kata2 pengkritk ye...kena bezakan verse 1st dan verse 2nd. hihihi

4 April 2009, Konsert minggu ke-4:
Aku macam tak percaya. Dan tak percaya. Selepas konsert berakhir, proses penyingkiran pelajar telah dilakukan. Apa dah jadi kepada Zizi dan Rubisa yang diumumkan telah tersingkir!!!!! Memang SAH ia salah pengundi. Sape suruh tak mengundi. Tapi, sayang sangat2 mereka berdua tersingkir.

Saya mengikuti diary setiap hari. Sesuatu yang pelik dapat dirasai oleh Zizi dan Rubisa. Pelajar lelaki diberikan lagu Siti Nurhaliza dan pelajar wanita diberikan lagu Amy Search. Si Zizi pulak sempat menjadi pengajar kepada pelajar2 lelaki utk menyanyi lagu Siti. Tentunya mereka sedih sangat Zizi terkeluar. Si Rubisa pula asyik nangis saja dalam akademi. Ada sesuatu yg mungkin tak baik berlaku dia rasa. Well, ini kisah2 yg sedih utk diingati untuk kita semua.

Btw, berdasarkan persembahan malam tadi semua memang bagus2 lah. Bolah tahan la dorang ni. Cabaran yg diberikan dapat dipersembahkan dengan baik.


My ranking:
1. Zizi - 5stars
2. Rubisa - 5stars
3. Hafiz - 5stars
4. Isma- 4stars
5. Claudia - 4stars
6. Aisyah - 4stars
7. Akim- 3stars
8. Aril- 3stars
9. Qhaud -3stars
10. Yazid- 3stars
11. Sidi- 3stars

Rubisa




Zizi


Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 21
YAZID – 16
HAFIZ – 10
SIDI – 8
ARIL – 8
AISHAH – 8
ZIZI – 7
CLAUDIA – 6
AKIM – 6
RUBISA – 5
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID – 12
QHAUD – 9
AKIM – 9
AISHAH – 8
ARIL – 8
CLAUDIA – 7
SIDI – 7
ZIZI – 6
RUBISA – 5


Sekali lagi patutkah Zizi dan Rubisa tersingkir??? Berdasarkan sejarah AF ini sendiri..banyak kali Afundi masuk. Astro nak pancing undi lagi...emmm...

3 April 2009- Berdasarkan persembahan minggu lepas sememangnya the Top 7 peserta OIAM ini telah memberikan persembahan yang terbaik. Wow!! Namun, proses penyingkiran semalam sungguh mencemaskan. Sedang Awal dan Marion berteka-teki mau mengumumlan siapa bakal tersingkir...pastinya semua penonton terasa nervous nya. Rizu, Simon dan Aweera sememangnya bagus. Namun undian tidak berpihak kepada Rizu. Bye-bye rizu..huhuhuhu..

Murel dan Tody

credit tu Estherfc.com

Saya berada di Sri Pentas 2 juga semalam. Penyokong2 Rizu mmg ramai dan bersemangat. Tetapi bila Rizu terkeluar mereka senyap je. Kecewa la tu. Dan beberapa penyokong Rizu terus balik meninggalkan Sri Pentas selepas Rizu diumumkan tersingkir. :( . Btw..Rizu adalah peserta kegamaran saya. hehe..

Esther OIAM3


Well, konsert Top 6 semalam sangat menghiburkan. Enjoy!! Bangga ni sebab penyokong Esther juga ramai. Terkezzzzuut juga. Next week datang lagi ye korang!!. Of course...saya paling suka persembahan Esther yg membawakan lagu Nothing Sweet About Me sangat memukau. Seperti biasa Paul Moss dan Syafinaz sangat suka..hehe..

My Ranking: Esther, Amylea, Tomok, Nine, Aweera dan Simon. :)

Komen utk Aweera dan Simon: Mereka berdua memang bagus. Cuma mereka menyanyi sebijik macam penyanyi asal.


Wah...tahun 2009 ini program reality Tv terus mendapat sambutan. Cita-cita dan semangat untuk menjadi anak seni yg diidam-idamkan diharapakan dapat jadi kenyataan. RTM turut tidak ketinggalan untuk meneruskan pencarian bakat dalam nyanyian pada tahun ini.



Sesi ujibakat yang dijalankan di seluruh negara telah menghimpunkan ramai peminat-peminat dalam bidang seni suara. Sekali imbas..wajah-wajah mereka ini turut dilihat dalam ujibakat program reality lain seperti AF, OIAM, Mentor, MyStarz Lg dan sebagainya. Semoga bakat mereka tidak di sia-siakan.

Peserta Sabahan:
Apa pun...korang kena buat yg terbaik.

Maklumat Lanjut sila kilk --------> http://www.bintangrtm.com/peserta.htm

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every