Masih ingat dengan Nabila Daly. Bakatnya dicungkil melalui Program Reality RTM iaitu Pilih Kasih 1. Dia mendapat tempat ke-4. Gadis berumur 21 tahun yang berasal dari Sabah ini memiliki wajah yang cantik dan sedang giat berlakon. Terkini lakonannya boleh ditonton di TV3 kerana dia  berlakon untuk drama TV3 Vanila Coklat. Nabila Daly memangang watak sebagai Liana.
Siapa yang nak tengok kat youtube kat sini: http://www.youtube.com/user/MissMoviesDramas




Drama Vanilla Coklat disiarkan mulai 20 Disember 2011 dalam Slot Lestary,TV3.

Sinopsis:
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Mereka membenci antara satu sama lain dan mempunyai kekasih.

Pun begitu, Aamir sering mengusik Zara kerana Zara pelajar cemerlang dan contoh di kolej. Tetapi Zara tidak menyukai Aamir kerana baginya, Aamir kaki perempuan.

Sementara itu, rakan sekelas Zara, Liana sentiasa berdampingan dengan Aamir supaya dilihat sedang bercinta dengan lelaki pujaannya itu. Demi mendapatkan Aamir, Liana berpura-pura menjadi wanita lemah lembut dengan harapan dapat berkahwin dengan anak orang kaya seperti Aamir.

Lain pula dengan Zara yang mempunyai kekasih hati sejak zaman sekolah menengah lagi iaitu Kamal. Namun, percintaan mereka dihalang kedua orang tuanya. Sama seperti ibu dan bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila tidak menggemari sikap Liana yang tidak menghormati orang tua.

Suatu hari, Dr Ungku Musa ayah kepada Zara dan Datuk Ahmad merancang menyatukan Zara dan Aamir walau pun kedua-duanya tidak bersetuju. Pelbagai usaha dilakukan supaya perkahwinan dirancang berjalan dengan lancar. Bahkan Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung sehinggalah kedua-duanya bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara memberi syarat yang harus dipatuhi Aamir. Menyedari situasi ini, Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang percutian bulan madu bagi anak mereka. Mereka tidak membantah, namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi. Bagaimana pun, kemesraan masih tidak terbit dalam diri mereka.

Hari berlalu, Zara dan Aamir meneruskan pengajian seperti biasa. Kamal pula terus menghasut Zara supaya membenci Aamir sehinga menimbulkan pergaduhan besar antara mereka. Zara bertindak menghalau Aamir dari rumah kerana termakan hasutan Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia terlihat Aamir yang pengsan kerana menahan lapar gara-gara berjanji mahu makan bersama Zara.

Sejak detik itu, Zara dihantui rasa bersalah dan mula berubah sikap. Dia menunaikan kewajipan sebagai isteri. Bahkan sewaktu cuti semester, mereka ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama. Perubahan mereka disambut gembira oleh keluarga. Majlis kesyukuran diadakan untuk meraikan berita gembira itu. Kamal dan Liana yang diundang ke majlis berkenaan telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Seperti dirancang, Aamir akhirnya berjaya dikenakan Kamal dan Liana. Dr Ungku Musa mengamuk dan menyangka Aamir membuat onar bersama Liana. Aamir dipukul Dr Ungku Musa walaupun Datuk Ahmad cuba menenangkannya. Sejak itu, hubungan keluarga mereka mulai renggang.

Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia tahu siapa Liana sebenarnya. Adakah Zara dan Aamir berjaya disatukan dan berjaya memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka? Jangan lupa saksikannya setiap hari Selasa, 9 malam di TV3.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every