Pesta Buah di KKTB

Pada 24hb 8 2007 lalu kemeriahan jelas kelihatan di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), UM apabila berlangsungnya pesta buah kali ketiga. Pesta buah ini merupakan sebuah projek dibawah Kelab Kebudayaan Melayu (KKM), KKTB. Projek ini dikendalikan Saudara Aidy Azuan Afifi selaku pengarah. Ia turut dibantu oleh Ajk pelaksananya yang lain.

Pesta Buah yang dibuat di Dataran Selasih, KKTB itu turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, penyelia-penyelia seterusnya seluruh warga KKTB. Dalam ucapan Pengetua, beliau mengatakan bahawa pesta yang sebegini amat baik kerana ia menyemai perpaduan kaum. Buah-buahan yang segar ini pula penting untuk kesihatan.

Buah-buahan yang pelbagai jenis ini ditempah khas daripada dusun buah oleh penganjur. Antaranya ialah Durian, rambutan, langsat, maggis dan sebagainya. Sememangnya buah2an yang sedap ini adalah produk tempatan kita. Ini membuktikan bahawa buah2an tempatan adalah buah yang terus digemari.

Sambutan warga kolej yang sungguh mantap dapat diperhatikan. KKTB yang dihuni oleh berbilang kaum turut dapat disatukan dalam pesta ini. Suasana riuh sahaja apabila buah2an telah diedarkan. Itu ada simbolik kepada rasa sedapnya buah dan disebaliknya juga ia tersimpul sebuah ikatan persahabatan antara semua.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every