Marsha "Yang Pertama"

Pelantun "Ruang Kedua" yang baru saja menyambut ulangtahunnya pada 6 Disember lalu akhirnya telah menyempurnakan semua lagu yang bakal dimuatkan dalam EP pertama beliau yang berjudul "Yang Pertama".

Judul itu dipilih bersesuaian dengan penantian Marsha untuk mempunyai album selepas bergelar graduan Akademi Fantasia musim ke-3. Akhirnya lima buah lagu sudah siap untuk menjengah pasaran. Antara lagu-lagunya adalah Ruang Kedua (duet bersama Julian Cely), Tak Perlu Selamanya, Bila, Janji dan Bersama Kita.

Tarikh 11.1.11 telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat untuk merilis albumnya.

Menurut Encik Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, Marsha punya vokal yang baik dan pakej lengkap untuk menjadi seorang penghibur.

"Kami percaya Marsha wajar diberi peluang untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Dua daripadanya lagu di dalam EPnya "Yang Pertama" mendapat sentuhan peribadi Marsha manakala tiga lagi dipilih sendiri oleh Marsha.

Istimewa sempena pelancaran EP Marsha "Yang Pertama", Suria FM menjadi Stesen Radio Rasmi. Sepuluh (10) pendengar bertuah yang menyertai pertandingan di laman web www.suriafm.com.my akan memenangi hadiah istimewa sumbangan Alibi Music Sdn Bhd dan berpeluang untuk menemui Marsha dalam satu sesi bertemu peminat hari ini.

Sumber: http://www.youtube.com/user/metamobile 

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every