TIGA penyanyi Singapura, Imrain Ajmain, Alif Aziz dan Taufik Batisha pernah melalui kesukaran mencipta nama selaku penyanyi solo di negara ini.

Namun, hakikat itu tidak mematahkan semangat seorang lagi artis baru dari sana, Awi Rafael mengetengahkan bakatnya mencari tapak di Malaysia.


Berbekalkan kemampuan sebagai penyanyi, penulis lirik dan pencipta lagu, anak muda berbakat besar ini mempertaruhkan album sulung bertajuk Awi Rafael, akan berada dalam pasaran, minggu depan.

Album berkonsep pop dan balada memuatkan lima lagu, Aku Bukan Bintang, Bukankah Aku, Bila Aku Jatuh Cinta, Panas dan single popular, Pulanglah, kini rancak diputarkan beberapa stesen radio swasta tempatan, Singapura dan Brunei.


Sewaktu majlis pelancaran album dan sesi ramah bersama Awi di Ecoba Restaurant & Bar di PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Selasa lalu, dia mempamer reaksi ceria dengan kelahiran serta prospek karya barunya itu.

Credit to Budiey.com utk video ini


“Saya sudah lama memasang impian menjadi penyanyi solo dan bermain instrumen. Kebanyakan lagu dimuatkan ciptaan sendiri sejak berusia belasan tahun.

“Saya bersyukur kerana mendapat inspirasi berkarya daripada pak cik sebelah ibu iaitu Usop Kopratasa. Saya banyak merujuk kepada apa dilakukan beliau dalam menghasilkan lagu mengusik kalbu pendengar.

“Bagi saya, isu penyanyi Singapura kurang menyerlah di sini bersifat individu dan rezeki masing-masing. Dengan izin Allah, sokongan rakan-rakan, tidak patah semangat mencari melodi ‘catchy’ dan mendapatkan pengurusan artis terbaik, insya-Allah, rezeki tetap ada di mana-mana.

“Saya tidak mencari kemewahan, apa lebih penting menghasilkan karya bagus dan diingati peminat untuk jangka masa panjang,” katanya, bernaung di bawah label Warner Music Malaysia.

Pada majlis itu, Awi turut membuat showcase empat lagu daripada album dan melancarkan video klip Pulanglah. Awi atau Muhammad Nabawi Gunawan, 24, adalah kelahiran Yishun, utara Singapura. Ibunya berasal dari Pontian, Johor sementara bapanya dari Jakarta, Indonesia.

Dia pernah menganggotai Bhumiband selaku vokal utama bersama bekas rakan sekolah di Singapura dan pemain keyboard Hujan, Hang Dimas. Sekalipun seorang graduan jurusan Undang-Undang dan Psikologi tetapi cintanya terhadap muzik sangat mendalam.

Awi pernah membuat ‘busking’ di Australia demi menimba pengalaman dan mendapat keyakinan membuat persembahan spontan di depan orang ramai lalu-lalang di kaki lima.

Selain itu, artis pernah memenangi trofi Album Baru Terbaik dan Lagu Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM), juga berpeluang menjelajah bersama kumpulan muzik Sheila On 7 dan Dewa.

Satu lagu popularnya adalah Goda daripada filem arahan Farid Kamil, Remp-It. Katanya, perjalanan karier mencapai tahap sekarang tidak mudah.

“Ke sana, ke sini mencari menimba ilmu dan belajar bermain instrumen gitar, keyboard dan bass menimba pengalaman demi mencapai impian penyanyi solo.

“Sepanjang tempoh itu, saya mencipta banyak lagu dan mungkin akan diketengahkan untuk album seterusnya selepas ini. Buat masa ini, fokus adalah mendapat reaksi daripada penjualan CD seba�nyak 100,000 unit yang akan berada dalam pasaran minggu depan,” katanya.

Awi menjadikan Cat Stevens dan P Ramlee sebagai idolanya berkata, hasrat masa depannya berkolaborasi bersama penyanyi terkenal seperti Yuna, Altimet dan Edry Abdul Halim.

“Jika boleh, saya sangat berbangga dapat berkolaborasi bersama mereka. Bagi saya, lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain hasil ciptaan Edry sangat menyentuh perasaan,” katanya turut meminati kumpulan rock, Guns N Roses dan Poison.

Like la  Page Awi Rafael : http://www.facebook.com/awirafaelmusic
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/PulanglahtaruhanAwi/Article

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every