Alamakkk. Ada Operasi Gugur dalam AF9. Apa kes?

Operasi Gugur tiba2 diumumkan oleh Aznil semasa konsert kedua AF9. Sesiapa yang tidak mencapai standard untuk persembahan pada malam itu akan digugurkan dari AF9 dan 4 orang calon baru yang bakal mengantikan mereka akan diumumkan pada konsert ketiga. 4 calon tersebut ialan Fir, Fina, Hani dan Hazama. wah 2F 2H gituew. Ni si Hazama yang tidak tersenarai Top40 malam Top25 pun tiba2 ada dalam list 4 calon untuk operasi gugur. apa da jadiii ni??? Namun begitu.. mereka tetap diundi dengan duit (SMS). Asyik2 duit jer.

Persoalannya, apa maksud tersirat di dalam Operasi Gugur ituew?? Daripada pendapat beberapa dalam blog dan orang ramai telah merumuskan bahawa Operasi Gugur itu merupakan kekecewan team produksi AF9 terutamanya barisan tenaga pengajar yang mungkin tersalah pilih pelajar untuk Top12. Operasi Gugur itu juga satu pengakuan terbuka (tapi tersirat atas nama keramat 'kezzzzutan') team produksi AF9 kerana ada beberapa pelajar Top12 itu tidak sepatutnya menjadi Top12. Kebolehan mereka menyanyi tidak sesuai dalam barisan Top12 itueww. Lantaran itu.. atas nama kezzzutan kononnyer..Operasi Gugur akan dijalankan. Aznil menyatakan bahawa ituew bukan satu ugutan kepada pelajar tetapi untuk memotivasikan pelajar supaya berusaha bersungguh dalam persembahan dan nyanyian mereka. Gituewww..

Setakat Konsert ini Laika dan Eka sudah tersingkir kerana mendapat undian tercorot!.


Next suppose to be?? who will be eliminated? :) :)

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every