Hadi dari Sabah Penuntut Terbaik 
Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS)


TLTBSS: Hadi Diiktiraf Sebagai Penuntut Terbaik

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 2 MEI 2011: Setelah bersiaran selama 13 minggu program realiti , Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) akhirnya mengiktiraf peserta kelahiran Sabah, Hadi sebagai Penuntut Terbaik.

Terkejut dan tidak menyangka dengan kemenangan tersebut, Hadi berkata, ianya telah menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya sebagai penghibur di masa depan.

"Saya terkejut apabila terpilih sebagai Penuntut Terbaik kerana saingan semuanya hebat-hebat belaka. Kami semua bersaing berlainan genre. Ada yang membawakan genre asli, rock, pop dan macam-macam.
"Apabila diumumkan sebagai Penuntut Terbaik saya sangat gembira dan sungguh tak menyangka dengan kemenangan ini dan saya berharap selepas ini impian untuk bergelar penyanyi akan tercapai," katanya yang ditemui sejurus selepas kemuncak TLTBSS yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dengan kemenangan tersebut, Hadi yang juga peserta kepada ikon Mas Idayu telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Persona, wang tunai bernilai RM 10 ribu, hamper, trofi dan sijil.
Tuah menyebelahi, peserta Ashraf apabila dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik yang mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Salam Kasihku setelah berduet dengan ikonnya Datuk M.Daud Kilau menerusi lagu Cek Mek Molek.

"Saya tak rancangan pun persembahan malam ini. Semuanya berlaku secara spontan kerana masa latihan semalam ada berlaku sedikit masalah teknikal. Jadi, saya tak sempat nak berlatih. Alhamdulillah, ini adalah rezeki saya agaknya. Tanpa perancangan yang rapi, saya tetap dipilih sebagai Persembahan Terbaik," katanya yang juga merupakan seorang anggota polis di cawangan Melaka.

Ashraf membawa pulang set barang kemas Habib bernilai RM 10 ribu, wang tunai bernilai RM 5 ribu, hampr, trofi dan sijil.

Sementara itu, peserta ikon, Datuk David David Arumugam, Hamim pula bernasib baik apabila diumumkan sebagai Penuntut Contoh. Dengan kemenangan itu, Hamim telah berjaya membawa pulang sebuah ipad, set perabot jatimas bernilai RM 10 ribu, hamper, sijil dan trofi.

Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Datuk Khatijah Ibrahim, Helen Yap dan Johari Teh tampil selaku juri profesional.

Bagi kategori Peserta Popular pula, ianya telah berjaya disandang oleh Umar yang juga merupakan peserta bagi ikon Datuk Jeffrydin serta Ikon Popular pula dimiliki oleh Uji Rashid.

"Saya tak sangka ada ramai lagi ikon yang muda-muda, tapi saya yang terpilih. Saya tak terfikir pun nak menang kategori ini sebab saya ramal Jamal Abdillah atau Mas Idayu yang akan menang. Apa pun, saya gembira dengan pemilihan itu dan Alhamdulillah niat saya untuk berkongsi pengalaman yang ada telah pun menjadi kenyataan," kata Uji Rashid.

Satu lagi kategori iaitu Muka Iras Artis pula telah dijuarai oleh Masri yang memiliki wajah persis Mus May. Tempat kedua pula dimenangi oleh Epul dan Nurul yang dikatakan memiliki wajah seiras Mawi dan Ekin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Faz yang berwajahkan seiras Datuk Siti Nurhaliza.

Masri, Epul dan Nurul serta Faz masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, pakej percutian, sijil dan trofi.

Seramai 11 ikon mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka sepanjang 13 minggu program TLTBSS bersiaran di RTM, Saluran 1. Mereka adalah Dato David Arumugam, Dato Jeffrydin, Dato M.Daud Kilau, Mas Idayu, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Datuk A.Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed, Datuk DJ Dave, Hail Amir & Uji Rashid, Aishah serta Noraniza Idris.

Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV 1, Azwan Ali serta Didie Alias bertindak selaku pengacara dan murai.com.my merupakan portal rasmi TLTBSS.

Sumber: Murai.com

Keputusan Rasmi Pemenang TLTBSS 2011:
Penuntut Terbaik : Hadi (Sabah)
Persembahan Terbaik : Ashraf
Penuntut Contoh : Hamim
Penuntut Paling Popular : Umar (Sabah)
Ikon Popular : Uji Rashid
Muka Iras Artis : Masri. Muka dan suara seiras Mus May (Sabah)

Kalau di TLTBSS sudah dimenangi oleh Sabahan.. jom kita tunggu pula di Mentor 5 TV3 (Salma dan Ratna)  dan AF9 Astro Ria  (Lena dan Nera). Adakah mereka bakal mengharumkan nama Sabah juga?? Tungguu....

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every