KUALA LUMPUR, 21 MEI 2011: Tujuh minggu berjuang, dihujani dengan pelbagai kiritkan dan cabaran, akhirnya Queennera Francis Kitingon atau Nera tersingkir jua dari Akademi Fantasia 9 (AF9) sebentar tadi.
Menyampaikan lagu Tak Ingin Sendiri nyanyian asal Hetty Koes Endang pada konsert minggu ketujuh ini, Nera, 19, terpaksa meninggalkan akademi selepas mendapat AFUNDI terendah berbanding lima rakannya yang lain.

Sementara itu, konsep imuniti yang mula diperkenalkan pada minggu keenam lalu, hanya akan diketahui siapa pemiliknya pada penghujung konsert kelapan nanti apabila barisan tenaga pengajar telah pun memilih siapa pelajar pilihan mereka berdasarkan persembahan pada konsert ketujuh ini.

Persembahan Nera pada malam ini bagaimanapun dilihat jauh meningkat berbanding minggu-minggu sebelumnya. Nera adalah salah seorang pelajar yang sering menerima kritikan teruk dari pengkritik akibat kegagalannya menampilkan persembahan terbaik di atas pentas. Malah ada yang mengatakan punca kenapa Nera masih bertahan sehingga kini adalah kerana rupa parasnya yang menarik.

Konsert ke 7 AF9 ini telah bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan dipancarkan terus menerus ke Astro Ria (saluran 104). Seperti mana minggu lalu, persembahan pelajar pada malam ini masih diiringi band live yang dianggotai pemuzik profesional mengiringi persembahan mereka.
Bekas pengacara AF6 dan AF7, AC Mizal dijemput menjadi pengkritik jemputan pada konsert ini selain dua pengkritik tetap iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan.

Artis jemputan yang membuat persembahan pada malam ini ialah Meet Uncle Hussein yang muncul dengan vokalis sandaran terbaru mereka, Nubhan yang juga bekas pelajar AF6. Meet Uncle Hussein menyampaikan lagu, Pokok.

Dengan penyingkiran Nera, bermakna tinggal 5 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF9. Pelajar yang mendapat imuniti di minggu kelapan nanti akan terus diserap masuk ke konsert final tanpa periu melalui konsert ke 9.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.
Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Sumber: Murai.com

1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every