Mentor 5 kini kembali. tahun 2011 sekali mentor dan protage akan beraksi dalam merebut wang sebagai hadiah. Mau duit saja dorang ni.. hahaha. tapi sebenarnya yang penting adalah program realiti mcm ni dapat memeriahkan lagi industri seni hiburan tempatan gitueww. :) Jangan main2.. Mentor melahirkan bakat seperti Fiq, Pija, Black dan Mohd. hebat tu... Kali ini siapa bakal bergelar juara????????????


Jom dengar dulu suara2 mereka.



Berikut adalah senarai Mentor & Portege 5 2011 TV3.



Salma Mentor 5

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.

“Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya”

Ayish Mentor 5

Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : -
Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.

“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”

Iqa Mentor 5

Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insurans
Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.

“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”

Ratnah Mentor 5

Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan
Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.

“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”

Shiha Mentor 5

Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri
Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.

“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”

Aiman Mentor 5

Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.

“ Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”

1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every