8 Mei 2010, Konsert Kelapan AF8.

Wah... konsert semalam semua pelajar buktikan kehebatan. Semua aku puas hati ar. Vocal semua terserlah. Paling penting Maulana, Adira membuktikan mereka dapat membawakan lagu rock walaupun tak ngam dengan genre suara mereka. Dah tugasan yg diberikan mcm tu so kena nyanyi lah. Tapi sangat2 tidak mengecewakan. Apa pun Ain paling mentap malam tu. Best la Ain main gitar kan.

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu kelapan
DAUS – Puspa (ST12)
Wah tak sangka Daus dapat bawa lagi ni dengan cukup baik sekali. Persembahan juga bagus. Daus sempat usik2 semua pengkritik lagi. Tahniah dapat 2 lampu hijau. Berdasarkan konsert setiap minggu.. Daus tak konsisten. So tak sure dapat masuk final atau tidak.

AIN – Suci Dalam Debu (Iklim)
Persembahan terbaik pada malam ni adalah Ain. Sangat2 baik dengan alunan vocal dan petikan gitar dr Ain membuktikan bahawa Ain mmg layak ke final bersama2 Adira dan Maulana. Sejak konsert tirai lagi Ain membuktikan kehebatannya. Secara keseluruhan nyanyian Ain konsistent. Tahniah dapat 2 Lampu Hijau.

IWAN – Lihat Cara Dia Memandangku (Bre)
Persembahan Iwan juga sangat best. Dengan bantuan maiming band yg mengiringi persembahan Iwan menampakan sangat menarik. si Daus bukan main lagi maiming main drum walaupun tak ada padel. ahhahha. dapat 1 lampu hijau. Tak sure dapat masuk final ke tak. Nasib2 je kot.



ADIRA – Kitalah Bintang (Ella)
Adira membuat persembahan sangat bertenaga!. Kawalan vocal yg cukup mantap sememangnya membuktikan Adira adalah pelajar bakal juara. Sejak minggu pertama lagi Adira telah memukau dengan suaranya. Konsisten gitu. kenapa dapat 1 lampu hijau saja? walaupun mendapat pujian. Ini disebabkan pengkritik merasakan Adira tidak sesuai nyanyi lagu rock tetapi sesuai dengan balada.

FARINA – Selanjur Bercinta (Aishah)
Farina pelajar yang ditunggu akan tersingkir. Memang tak terkejut kalau dia tersingkir. Sebab sblm ni pun dia hampir2 tersingkir. Walaubagaimana pun Farina keluar dengan bermaruah. Sebab lontaran vocal nya untuk lagu ni sangat bagus walaupun feel kurang. 1 Lampu hijau.

MAULANA – Gerimis (Visa)
Selepas dikritik kerna selalu dapat lagu jazz maka pihak produksi bagi lagu rock untuk Maulana. High note lagu ni mmg mencabar juga lah. Maulana ni lagi kesian sebab dikritik oleh pengkritik. Pedas pulak tu. Dan tak dapat lampu hijau. hehe. Dia sama juga mcm Adira.. pengkritik rasa Maulana tak sesuai nyanyi lagu rock mcm ni. Tapi apa boleh buat... memang ini dah tugasan kan. Maulana, Ain dan Adira mmg ke final ar.


Kejutan AFmasuk Af8
Tolonglah... tak terkejut pun. Sebab mmg da jangka awal. hahhaa. Malah Farina tersingkir pun mmg da dijangka. ke mmg dah dirancang? kan. aheheehhe. Secara peribadi aku tak menyokong adanya AFmasuk ni. Kalau dah terkeluar biarlah da terkeluar. Kat luar tu pun kalau mmg bakat ada mmg meletup gak kan. Apa leh buat... peminat2 kat luar sana dah riuh. Dorang nak sangat Shahir dimasukkan semula..Apa pun tunggu dan lihat je siapa yg akan dimasukkan. kalau tetiba Ema atau Shah yg dapat... nangis semua kot. hahaha.


My Ranking Konsert kelapan AF8: 1.Ain 2. Adira 3. Daus 4. Iwan 5. Maulana 6. Farina
Babay Farina.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every