28 Jun 2009, Ahad

Honestly, sy tidak menonton Bintang RTM or Mentor yang disiarkan pada malam ini (ahad). Bukan apa, tapi sy pegi tengok wayang di Mid Valey. Tengok Transformers konon. Sampai sy terlupa yang malam ini ada show Tv yang sepatutnya sy kena tengok. Tapi apa boleh buat sebab sy sudah janji dengan kawan2 untuk mau tgk Transformers bersama mereka. Nanti dorang kecewa kalau sy tidak ikut dorang bah. heheehe...Tapi nda apa.. nanti ada juga orang yang akan upload persembahan BRTM dan Mentor di Youtube tu kan. Dan mesti kena ulang siar juga. Mesti dapat tengok punya lah.

Lepas tengok wayang kami p makan Chicken Rice dan cuci mata di kedai2 di Robinsons, Isetan, Metrojaya dan wajib pegi di Jusco dan Carefour.. heheh... ermm... kawan sy beli skin care harga dia hampir rm400. aduiii terkejut sy oh... satu set juga dia beli tu sebab mahal. sy tengok saja dia beli. Sedangkan sy beli yang murah2 saja. Malas bah muka ni banyak jerawattt!!! hahaha.
Sebelum balik rumah kami lepak minum2 Kopi.

Sempat juga sy call out tanya khabar di kampung. Semua ok bilang kakak sy. Ingat mau sembang sama anak buah sy tapi dorang sudah tidur. besok mau sekolah kan so dorang kena tidur awal. huhu..

Sy sampai rumah dalam jam 10.20mlm mcm. Ngam2 pengumuman pemenang untuk BRTM 2009. Keptusannya seperti di bawah:







Keputusan Final Bintang RTM 2009:

Pemenang dan Hadiah Wang:
Johan- Erni - KL = Rm 20,000
Naib Johan - Jo-Anna - Sabah = Rm 15,000
Ketiga - Fatin - Johor = Rm 10,000
Persembahan Terbaik - Jo-Anna = Rm 5,000
Bintang Paling Popular - Jo-Anna = Rm 5,000

(wah.. banyaknya wang mereka ni... blanje la aku...hehehehe)
Congrats to Jo-Anna!!!!!Btw, Congrats to Jo-Anne sebab menyapu hampir kesemua hadiah. Naib Johan pun ok. Lagi pun, Jo-Anna berjaya menaikkan rating RTM. Sebelum BRTM berlangsung pun Jo-Anna sudah menjadi bualan ramai. Jo-Anna boleh pergi jauh lagi. All the best!!! Dua lagi finalis dari Sabah iaitu Ikbal dan Nizam hanya mendapat saguhati. Tapi layak ke final sudah cukup bagus tu. huhu

Semantara Mentor pula Thye pula yang tersingkir. Mujur masih ada Chaq lagi yang stay. Saingan si Black tu. huhu..

Kini, Mentor jadi sandaran?? hehehe

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every