Macam-macam kes....

Hari ni Laptop tiba2 buat hal. Ada file rosak. Akhirnya caranya adalah format. Selalu je kena format ni. Mungkin windows tak ori kot. lol. Mungkin juga kena beli laptop baru ni. wah..
Saya format sendiri. Senang je tak payah hantar kat kedai. Buang duit je. Makanya kena belajar untuk format sendiri. hehe...

Hari ni juga sy jalan round2 KL. Pegi Central Markat, menyanyi kat K-Box, Dataran Merdeka, KLCC dan lain2. Penat juga lah jalan2. Cuaca pula panas giler. Then lapar makan KFC di Suria KLCC. Bukan apa bah..ada kawan tu dia dah lama kat Semenajung ni study di N9 tapi belum ada kesempatan untuk round2. Jadi, lagi pun saya free so ada masa la saya bawa dia jalan2. haha..kawan saya tu c larry bah. Puas saya gambar2 dia. Then bila balik rumah terus dia upload semua gambar2 dia tu di friendster dan blog dia (dia baru buat blog saya yg paksa dia buat... lol..). Check its out lah. Terasa juga si larry naik LRT dan naik Bas sekitar KL.

Begaya dia di dataran merdeka...


Dia mau terbang konon..he belive he can but can't fly..hahaha

Then, kami balik rumah lebih kurang jam 7 petang la. Dari jam 1pm ba jalan. Lepas balik rumah mandi kejap then jalan lagi pegi pasar malam kat pantai dalam. Pasar Malam tu dekat saja. Jalan kaki 5 minit sampai sudah. haha..sempat juga c larry beli baju dan jeans. Kami beli la burger konon. Sedap....

Hari ni juga adalah hari membuang undi bagi Pilihan Raya K. Terengganu. Keputusannya PAS yag memang dengan majoriti 2,631 undi. Nampaknya BN kalah lagi. Cuba lagi next time. Semoga menisfeto yang dijanjikan akan ditunaikan.

Berkenaan dengan kes kepala babi di surau UM tu benar2 mengejutkan. Sebagai ex-um pastinya saya masih minat mendengar kisah2 di Universiti perdana tu. Maklumlah sekarang ni Pilihan Raya Kampus (PRK) sedang hangat. UM selalu jadi tumpuan masyarakat. Pertembungan antara ASPIRASI dan Pro Mahasiswa pasti sentiasa hebat. sape bakal menang?? Tunggu dan lihat je. hehe. kunjungi http://promahasiswaum.blogspot.com/

Isreal pula masih tak berhenti mengganas. sudah beribu2 yang cedera dan ratusan sudah mati. Lama2 nanti semua mereka mati. Kurang ajar betol!!

Im proude to be Malaysian!!

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every