Banjir di Kota Marudu


Nampaknya pembuka tirai 2009 dimulai dengan suasana banjir di Kota Marudu. Hujan yang turun menyebabkan paras air meningkat dan melimpahi tebing di sungai2 sekitar Kota Marudu. Ramalan cuaca juga melaporkan awan tebal masih melitupi daerah Kota Marudu. Lantaran itu, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa bejaga-jaga setiap masa.


Tapi jangan terkejut. Seperti tahun-tahun yang sudah keadaan banjir adalah perkara biasa di daerah ini. Boleh dikatakan bahawa setiap tahun banjir sering berlaku. Cuma tahapnya yang berbeza-beza. Bagi tahun ini pula dilaporkan keadaan banjir lebih parah. Malah lebih ramai penduduk kampung yang terpaksa dipindahkan dilokasi yang selamat iaitu di Dewan Smk Kota Marudu.

Nasihat
Sentiasa dengar arahan daripada pihak berkuasa untuk memudahkan bantuan dijalankan. Jangan main air banjir tu tidak kira tua, muda kecil, besar, lelaki, perempuan kerana ia amat membayakan. Sentiasa berdoa agar keadaan pulih seperti sedia kala.

@Maklumat lanjut dan terkini boleh diperolehi di blog ini : http://marudubloggers.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every