Dipetik dari Kosmo Online

(Berita yang sangat menyedihkan)

SMOLENSK - Presiden Poland, Lech Kaczynski, 60, terbunuh apabila pesawat Tupolev Tu-154 yang dinaiki beliau terhempas dekat sebuah bandar Rusia di sini semalam dalam nahas yang juga meragut nyawa kesemua 132 penumpang dan anak kapal.

Turut maut ialah isterinya, Maria, 66, dan beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk gabenor bank pusat, Slawomir Skrzypek, 46, ketua angkatan tentera, Jeneral Franciszek Gagor, 58, dan Timbalan Menteri Luar Poland, Andrzej Kremer, 48.

Mereka dalam penerbangan ke Katyn dekat sini untuk menghadiri majlis memperingati ribuan rakyat Poland yang ketika itu menjadi mangsa pembunuhan kejam pemimpin Kesatuan Soviet, Josef Stalin pada musim bunga 1940.

Pesawat itu terhempas kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia) sebelum mendarat hampir dua kilometer di lapangan terbang Smolensk, 782 kilometer dari Warsaw, ibu negara Poland, dan 360 kilometer dari Moscow.

Gabenor wilayah Smolensk, Sergei Antufyev ketika bercakap kepada sebuah stesen televisyen Rusia mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dan perkara tersebut turut disahkan oleh agensi berita rasmi Poland, PAP di Warsaw.

Televisyen tempatan menyiarkan visual beberapa serpihan bangkai pesawat buatan Rusia berusia 20 tahun itu terbakar dan bertaburan di sebuah hutan manakala siasatan awal menunjukkan nahas berpunca akibat kecuaian juruterbang.

Ekoran tragedi malang itu, speaker dewan rendah Parlimen Poland, Bronislaw Komorowski, mengikut perlembagaan mengambil alih jawatan sebagai presiden buat sementara waktu sehingga pemilihan rasmi yang baru dilakukan. - Reuters

______________________________________-

Takziah kepada Poland. Inilah berita yang mengejutkan pada zaman moden ini. Presiden dan isteri serta ramai orang penting negara terbunuh. Harap2 ini bukan konspirasy atau pengganas!

Lepas ni pastikan semua semua kapal terbang dalam keadaan selamat!!

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every