Debaran AF8, Ahad, 4 April 2010, Stadium Sri Putra Bukit Jalil.

Anum tersingkir!! Itulah hakikat yang harus diterima apabila keputusan undian SMS gagal memihak kepada peserta kelahiran Sabah ini. Anum yang membawakan lagu Kau atau Aku penyanyi asal Elyana pada konsert semalam mendapat 2 lampu hijau dari juri. Namun apakan daya apabila telah tersingkir pada konsert ketiga ini. Selamat tinggal Anum. Kini tinggal 9 lagi pelajar yang tinggal. Anum mengikuti jejak langkah Shah dan Ema yang terkeluar pada konsert pertama dan kedua. Namun, bagi semua orang tetap merasakan mereka keluar dengan bermaruah. Pada konsert mereka mendapat pujian dr Juri. Apakah pengundi semakin bijak?? Hehehe

Debaran AF8 kali ini bersiaran langsung pada jam8.30malam. Namun untuk pengetahuan ia hanya pada hari ini sahaja kerana ia clash dengan satu lagi acara yang besar iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang disiarkan secara langsung dr Arean of Stars, Genting Highland melalui TV3. (oh..AF terpaksa mengalah ekk..).

Debaran dimulakan dengan persembahan menuju puncak oleh 10 pelajar. Selepas mereka habis membuat persembahan si Anum turun dari atas pentas. Dia letih kot. Selepas itu diumumkan 3 peserta terbawah iaitu undian sebelum jam8malam. Mereka ialah Ain, Maulana dan Alif. Selepas itu… ditayangkan VT disebalik tabir pada konsert ketiga semalam. Wah.. mcm2 perasaan yang dorang rasa. Si Iwan bersyukur sebab mata dia sempat baik pada konsert. Selepas ini dipertontonkan juga VT iaitu pendapat Juri dan pengetua pada konsert ketiga semalam. Paling menonjol: Ain, Daus, Alif dan Mulana. Paling berusaha: Anum dan Maulana. Paling kureng: semua bersetuju iaitu Nad.

Selepas itu, ni lah yang dinantikan. Debaran makin terasa. Permainan kata2 oleh Sarimah memberi debaran jantung yang kuat. Beg pun dihantar diatas pentas. Sarimah mengambil kad pada beg itu. Then, Sarimah mengumumkan 3 undian terendah selepas undian ditutup pada 8.40malam. Ada perubahan ketara dari keputusan sebelum jam8malam. Mereka adalah Farina, Daus dan Anum (wah semua Borneo paling rendah undian). Keputusan muktamad…….. Anum tersingkir!! 

Peratus undian selepas ditutup:
1. Adira 12.68% 2. Maulana 11.36% 3. Shahir 10.05% 4. Alif 10.05% 5. Ain 9.87% 6. Nad 9.83% 7. Iwan 9.37% 8. Farina 9.12% 9. Daus 8.93% 10. Anum 8.73%

Undilah pelajar kegamaran anda. Jangan biarkan mereka tersingkir. Pastikan yang anda undi itu berbakat.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every