Konsert AF8 Minggu Kelima, 17 April 2010, Sabtu, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil

Macam biasa setiap sabtu ada konsert AF8. Walaupun aku Cuma menonton di rumah je tapi itu pun sudah cukup. Minggu ni sudah masuk konsert kelima dan pelajar tinggal 8 orang. Secara keseluruhannya konsert pada mala mini ok saja. Seperti biasa Adira, Maulana dan Ain memberikan persembahan yang terbaik. Yang lain2 biasa2 saja. Pengkritik Adlin, Sham Kamikaze dan Aznil.

Ulasan:

IWAN – Oh Juwita (Nubhan) – 1 Lampu Hijau
Kali ini Iwan menjadi pelajar yg membuka persermbahan untuk konsert kelima. Nampak ok. Adlin berpendapat ia better than last week. Ada style. Tapi banyak tak consistant. Biasa saja. Sham pula melihat approach dan attitude yg bagus. Malangnya sebutan kurang baik. Aznil memuji Iwan kerana Iwan sudah bangun dr tidur minggu lepas. Ia juga persembahan pembukaan yang bagus. Cuma ditegur jangan bernafas diantara sebutan.

FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah) - Tiada Hijau
Owh. Aku sama mcm Adlin tak pernah dengar lagu ni. Tapi lagu ni best gak ar. J Wah.. Farina dapat kezzzutan. Anak dia (kalau tak silap nama Aisyah) diterbangkan khas dr Sarawak untuk mengubat rindu selama 2bulan tidak bertemu. Sambil menaikkan semangat Farina yg semakin merudum dalam AF. Moga lepas ni semangat dia ok. Adlin berpendapat masa opening tu ok. Tapi tidak ada yang special yg dilihat. No mistakes it’s a fine show. Gitu. J Sham pula mempersoalkan kenapa Farina tidak menggunakan kualiti suaranya? Nampak biasa saja. Aznil pula heran kenapa Farina mengelak dari merasai lirik2 lagu itu. Sebab lirik lagu dan jiwa Farina sangat banyak persamaan. Tapi Farina dipuja sebab dapat nyanyi dengan gaya tersendiri.

DAUS – Benar-Benar (Adam) – 1 Lampu hijau
Lagu ni sebenarnya slow. Tapi khas untuk Daus dan AF8, lagu ini di’Indie’kan. So, jadilah ia lagu yg rancak. Mcm Indie lah. So energy pun kena kuat untuk lagu ni. Patutlah si Daus ni melompat2 sana sini. Hahaha. Adlin berpendapat banyak yang tak balance terutamanya pergerakan dan suara. Nampak terlalu memaksa dan tak Nampak natural. Pergerakan yang dibuat2. Sham rasa itu mungkin range lagu ini key nya terlalu rendah untuk Daus. Kalau naik 1 atau 2 note mungkin Nampak ok dan mencabar. Aznil memuji Daus sebab Daus antara pelajar yang dah keluar dari kepompong dan mula berani dalam persembahan. Lagu ini note dia rendah sangat.

AIN – Halo (Beyonce) – 1 Lampu Hijau
(Ditayangkan VT iaitu Ibu dan Ayah Ain di kg) Ain pelajar dari Sabah nampaknya terus memberikan persembahan yang baik setiap minggu. Ain dapat lagu Beyonce. Ingat lagi masa konsert Tirai tu ramai orang cakap rupa Ain ni mcm ada iras2 Beyonce. Harap2 bakat dorang tu pun sama. Wah.. hahaha. Ain mengatakan ia persembahan yang Not Bad. Bertenaga. Cuma feels tu kena tambahkan lagi. Pergerakan kena balance dengan lagu. Sham suka dengan voices control pada low register yang Ain sampaikan. Sebab biasanya penyanyi lain tak ambil berat pada low note ni. Ada part2 tinggi tertentu kena jaga pitching. Aznil pula percaya bahawa Ayah Ain pasti bangga dengan Ain di AF8. Secara keseluruhan persembahan Ain adalah consistent setiap minggu. Semoga akan ke final.

NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne) – 1 Lampu Hijau
Oh Nad… dia nyanyi banyak sumbang. Pitching lari sana sini. Lagu ni sangat best tapi Berjaya dihancurkan oleh Nad. Heheh. Adlin kata dari segi energy kena dengan lagu. Pergerakan2 Nad banyak mengganggu pitching suara Nad. Part2 tinggi kalau jerit2 jgn ingat dapat impress penonton sangat. Pitching kena jaga. Sham bersetujua bahawa Nad tidak pegagang Note itu dengan baik (dengan kata lain sumbang mambang la tu). Aznil tetap member lampu hijau sebab suka dengan energy oleh Nad. Dan berharap Nad tidak tersingkir untuk minggu ni. Ye ke?? Best ke Nad nyanyi ni Pak Nil? hehe

MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu) - 2 Lampu Hijau
Maulana seperti biasa dipuji oleh pengkirtik. Tapi menghairankan sebab berada pada kedudukan tercorot. Tapi apa yang aku tengok lagu2 yang diberikan kepada Maulana bernada rendah dan kurang mencabar vocal. Dia sama ngan Daus dapat lagu pun nada rendah. Tapi suara maulana mmg bagus. Aku pun tak pernah dengar lagu ni. Adlin kata Maulana Nampak matang diatas stage. Irama jazz ni sesuai dengan Maluana. Pergerakan yang dilakukan oleh Maulana belum dapat membuat kami rasa ‘wow’. Good job. Sham berpendapat Voices control yang sangat bagus. Jarang anak2 muda ada suara yg mcm ni pada zaman skg. Aznil ini persembahan Maulana yang baik dan teruskan usaha kerna mungkin Maulana boleh jadi juara. Wah.

ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)-  2 Lampu Hijau
Sakit hati juga sebab meskipun Adira membuat pesembahan terbaik last week tapi pengkriti tidak memberikan lampu hijau. Adira antara pelajar yang paling dicabar dalam AF8 ini. Kali ini lagu irama asli iaitu Sri Mersing. Sebelum memulakan nyanyian sedikit scene antara Maulana dan Adira atas stage. Nampak menarik. Apa lah si Adlin dia dah bagi lampu hijau tapi dia padam lagi. Tak boleh padam lah lepas da bagi hijau. Hehe. Selesai nyanyian serokan yang begitu gemuruh diberikan kepada Adira. Ini kerana semua penonton begitu terpukau dengan nyanyian Adira. Adlin kata ia sangat2 impress dengan nyanyian Adiar. Dia padam semula lampu hijau tu sebab Adira banyak bergerak atas stage. Suara Adira sudah cukup memukau walau tidak banyak bergerak/menari. Sham tahu lagu ini sangat susah kerna ada lenggok2 yang kena buat. Tapi sangat terhibur. Sangat Excited. Aznil pula pesembahan yang sangat baik dr Adira. Setuju dengan Adlin. Suara Adira sudah cukup memukau dan tidak perlu banyak bergerak. Kalau ada penari biarkan penari itu yang menari. Tapi walaupun begitu… kalau pun Adira tidak menari pasti dapat memukau semua orang.

SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain) – 1 Lampu Hijau
oh…. Kalau last week Adira dapat lagu lelaki. Minggu ni Shahir pula yang diberikan cabaran nyanyi lagu bervocal tinggi wanita. Wah Shahir dah potong rambut. Ok la. Adlin kata bagus sebab suara sangat jantan. Tidak seteruk Alif nyanyi lagu yang didangdutkan. Certain2 tidak ada impact. Btw, good try. Sham suka dengan vocal character . Tapi harap kena respect melodi asal lagu dan tidak merosakkan lagu asal. Aznil memberikan hijau sebab Shahir berjaya nyanyi dengan gaya tersendiri. Aznil juga berpendapat bahawa pada note pertama Shahir sudah memberi penghormatan pada lagu ini. persembahan yang ok.

My Ranking: 1. Adira 2. Maulana 3. Ain 4. Shahir 5. Daus 6. Iwan 7. Farina 8. Nad

Emmm…dorang sekarang dalam kumpulan.

NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)

TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)

HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)

LAGU BONUS
Konsert: Kau dan Aku (Akim dan Mila)
Debaran: Pergi (Aizat)

Apa pun saksikan siapa bakal tersingkir esok dalam debaran AF8 bersama Sarimah secara langsung pada jam9mlm hanya di Astro Ria.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every