10 April 2010, Sabtu, Dewan Sri Putera, Bukit Jalil
Panas panas panas. Satu malaya marah sebab persembahan Adira paling baik tapi tidak diberikan lampu hijau oleh pengkritik. Sungguh manis dan sungguh indah pujian dari ketiga-tiga pengkritik terhadap persembahan Adira namun tidak ada satu pun lampu hijau diberikan. Kat Channel @15 tu chaterz semua dah marah2. Hehehe. Kalau ini satu cara nak membuat kontrevesi nak menaikkan undi untuk Adira itu satu kebaikan. Mmg Psyco giler.

Berdasarkan persembahan pada malam ini hampir semua pelajar makin improve. Terutamanya dari segi persembahan. Efforts untuk mereka menggunakan pentas, pergerakan makin baik. Apa pun itu bergantung kepada lagu yang diberikan kan.

Ulasan

Nad – Realiti Dewi (Alyah)– 1 hijau

Persembahan pembukaan dimulakan oleh Nad. Saya tengok Nad memang banyak Improve. Maybe sebab lagu kot. Nampak menarik. Komen Adlin pula ada banyak masalah seperti sumbang. Lepas tu nyanyi tak balance muzik dan tarian. Aisyah pula mengatakan bahwa Nad nampak cute. Hehe. Tapi sepatutnya kena expersskan lagi diri untuk lagu ni. Aznil pula menegur bunyi Nad bernafas sangat kedengaran pada Mic. Tapi Nad dah keluar dr kepompong dan sedar bahawa Nad adalah pelajar yang paling diuji dalam AF8.


Shahir – Always Be My Baby (David Cook)– Tiada Lampu Hijau

Shahir selaku persembahan kedua menyanyikan lagu Inggeris pada konsert ini. yeahhh. Walaupun Shahir bawa lagu ini dengan key yang sedikir rendah tapi I think he did a good job. Komen Adlin adalah good try. Nampak cool. Cuma dia menegur setiap persembahan sebelum nyanyi dah kena interact dengan audience. Aisyah pula berpendapat feels untuk loves tu tak sampai. Sepatutnya shahir kena imbas masa dia bercinta dulu. Sedikit tips masa Low note mic kena dekat dengan mic supaya dapat dengar. Aznil pula merasakan personaliti diluar Shahir seperti pemalu, nerves dll masih kelihatan di atas stage. Tapi persembahan yang yakin dan bertenaga gitu. Hehe


Alif – Hanya Di Radio (Versi Dangdut) – Tiada Lampu Hijau

Alif menerima cabaran untuk membawakan lagu ini dapam versi dangdut. Sebab lagu ini sudah pernah dinyanyikan oleh pelajar AF yg lepas2. Yah mmg betul lah..tone suara Alif tidak kedengaran bunyi dangdut. Haha. Komen Adlin, Fun to watch. Tapi suara tidak mcm dangdut. Aisyah pulak juga sedikit confuse ni dangdut ka apa? Hahah tapi it was fun. Aznil memberi tips.. lagu dangdut paling senang dapat serokan dari penonton. Tapi Alif malu nak bergelek. Ni yang dorang sedikit confuse sebab intonasi nyanyi lagu lain ke dangdut ka sama saja.


Adira – Biarlah (Nidji) – Tiada Lampu Hijau

(sebelum tu ditayangkan VT pasal si Bbot keluar dari AF. Rupanya Bbot pegi makan angin kat luar). Persembahan Adira paling menarik pada malam ini. Lagu dari kumpulan Nidji ini dinyanyikan dengan Versi Adira. Lagu ni kan lagu lelaki. Ketiga-tiga pengkritik memuji persembahan Adira. Tapi kenapa tiada lampu hijau diberian?? Sila jawab?? Adlin, Aisyah, Aznil (3 A).. hahaha. Semua orang dah marah tau. Adlin memuji Adira bahawa sangat berkeyakinan dan sangat kagum dengan Adira. Very enegertic, dramatic dan dari segi technical sangat brilliant. Adlin kata lagi saya nak pastikan awak selalu paling top. Emmm.. lampu hijau nyer mana?? Begitu juga dengan Aisyah, dari mula sampai akhir saya sangat teruja dengan persembahan Adira. Persembahan ok. Ni pun mana lampu hijau? Aznil juga memuji kerana Adira sudah berani tunjukkan keberanian. Keberanian itu yang harus dipuji. Tapi kali ketiga ni pun mana lampu hijaunya?? Emmmm…


Daus – Mirage (Pesawat) – 2 Hijau

(Ditayangkan VT semasa Anum, Daus, dan Iwan ke Genting.)Persembahan Daus meskipun dapat kritikan yang tidak baik tapi boleh dapat 2 lampu hijau. Emmm. Komen Adlin, apa feels lagu ni? Daus jawab memberontak. Hahaha. Kalau mcm tu memberontak saja kami dapat. Sepatutnya kena colours kan lagu ni. Banyak variasi dalam memberontak. Haha. Aisyah pulak mengkritik sebutan pada awal2 lagu langsung tidak difahami. Yakin tapi tidak ada direction untuk rasa yakin tu. Tengok balik persembahan anda ni mcm ok. Aznil pula rasa tegang. Haha. Ini disebabkan cara nyanyian Daus yang tegang menyebabkan semua pun tegang. Yah kena colours kan lagi. Barulah nampak menarik.


Ain – Kawan (Ruhil) – 2 Hijau

Ain sudah kembali. Ain, Adira dan Maulana mmg paling menarik pada malam ni. Yang menariknya tentang persembahan Ain adalah dia sambil bermain gitar tambahan pula kawalan vocalnya yang sangat mantapz!! Komen Adlin, wah Gaya memang dah macam 3 Album. Haha. Kita suka tengok Ain yang over the top. Suka dengan personaliti Ain yang melebihi lagu. Tahniah!. Aisyah pula mengatakan ‘I Like’ ( sebanyak 3x). Very Confident dan Ain ada package untuk jadi artis. Komen Aznil paling best..Syabas.. tak nampak mcm Ruhill langsung. Biasanya dalam AF pelajar sukar mencari personaliti tetapi Ain sudah jumpa personaliti.


Farina – Teruskanlah (Agnes Monica) – 2 Hijau

Wah…ramai cakap Farina ni nampak sombong dalam AF. Betul ke?? Pengkritik komen yang tak baik tapi bagi 2 lampu hijau. Nape tak bagi 3 hijau je. Hahaha. Adlin komen., verse awal tidak kedengaran tapi bahagian chorus fine. Ada masalah dengan feels. Sepatutnya sedih tapi boleh tersenyum sampai nampak 48 gigi. Haha. Aisyah pula menegur cara jalan. Kalau nak jalan kena stright. Feels tak sampai. Jangan salah cerita untuk lagu ni. Lagu dan feels banyak clash. Aznil pun faham kenapa Farina banyak senyum dalam lagu ini iaitu untuk sceneical. Tapi Sceneical yang dilakukan oleh Farina mmg clash dengan persembahan. Dapat pula 2 hijau. Emmm…


Iwan – Kekasih Gelapku (Ungu) – Tiada Lampu Hijau

(Ditayangkan member2 Iwan kat luar main skateboard dengan Apek.) Kesian sangat Iwan pada konsert malam ni. Kesian. Kena bantai oleh Adlin. Komen Adlin, Ini adalah persembahan paling teruk dalam AF. Semua Improve kecuali awak Iwan. Maybe awak popular masa awal2 kot. Teruk. Aisyah pulak.. u actually ada package. Tak setuju dengan Adiln sebab tak lah teruk sangat. Tapi nyanyi kena ada feels. Aznil mengajak tenaga pengajar supaya berfikri tentang bantuan pelajar lain dalam membantu persembahan setiap pelajar. Dalam lagu ini Nad Cuma menjadi proof sebagai kekasih gelap Iwan tetapi tidak menjadi. Iwan jadi confuse sama ada nak fokus kepada proof atau kepada penonton.



Maulana – Biarkan (Vince) – 2 Hijau

Malulana membuat persembahan penutup dengan baik sekali. Ain, Adira dan Maulana tiap2 minggu memang best. Biasalah kalau pelajar dapat buat persembahan yang baik kerja juri pun senang nak komen. Adlin komen.. overall OK and nice job. Aisyah mengatakan suara Maulana OK, dan suara dinamik yang baik. Aznil pula mengharapkan Maulana diletakkan di tempat yang lebih berhak. Setiap minggu diposisi belakang saja padahal sangat bagus dalam persembahan kan.

Pemberian Lampu Hijau ini tidak boleh dipercaya. Aku sempat baca para chaterz kat @15 tu semuanya marah2. Kenapa yang teruk dapat lampu hijau terutamanya si Farina. Yang baik mcm Adira langsung tak dapat. Adakah lampu hijau ni untuk pelajar lemah saja?


My Ranking: 1. Ain 2. Adira 3. Maulana 4. Shahir 5. Alif 6. Nad 7. Daus 8. Farina 9. Iwan

Siapakah Bakal tersingkir esok. Saksikan Debaran AF8, Jam9mlm, Ahad di Astro Ria.

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    Kedudukan yang merapu

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every