Konsert Ketiga Akademi Fantasia 8, 3 April 2010, Sabtu, Stadium Sri Putra Bukit Jalil.
Sebelum itu Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi. Al-Fatihah.
Ulasan konsert
Pada konsert ketiga ini juri akan memberikan lampu hijau kepada pelajar yang dirasakan telah memberikan persembahan terbaik. Pelajar yang mendapat banyak lampu hijau mungkin diberikan ganjaran daripada pengetu dan tenaga pengajar. Mcm kat AF5 dulu lah kan. Yang mana Candy AF5 konsisten setiap minggu dengan mendapat banyak lampu hijau setiap konsert. Juri jemputan malam ni adalah Juliza Adlizan.
ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah) – 2 Lampu hijau
- Persembahan pembukaan dimulakan oleh Alif. Melihat kepada vocal dan tarian yang dipersembahkan oleh Alif ternyata menghiburkan. Adlin memuji sebab Alif mempunyai efforts yang bagus untuk lagu ni. Ye lah kena menari bersama penari kan. Juliza juga terhibur namun perlu berhati-hati pada first note. Seperti biasa Alif mempunyai masalah low note yang kadang2 tidak dapat didengari. Bagi Aznil pula ia persembahan pembukaan yang baik.
AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira) – 1 Lampu Hijau
- Ain selaku pelajar kedua membuat persembahan. Sebelum itu Jimmy ada menanyakan habit Ain dalam akademi iaitu suka mecium minyak angin. Ain jawab oh itu sebab dia selesema sedikit. Terus dorang keluarkan pula VT… beli la Minyak Ain Apoloca. LOL. Kalau di Diary seolah2 Ain sukar membawakan lagu Cinta Antara Benua ini. Tetapi persembahan diatas pentas memperlihakan bahawa Ain mampu membawa lagu ini dengan cara yang tersendiri. Ketiga juri memuji persembahan Ain. Cuma Adlin sedikit confuse sebab Ain suka tengok lantai pada setiap intro sebelum memulakan nyanyian. Juliza pula suka dengan originality pada suara Ain. Cuma penghayatan kurang pada lagu ini. Aznil mengatakan bahawa Ain sudah kembali ke AF. Persembahan yang baik. Ye la kan si Aznil kan menantikan persembahan Ain selepas kecewa pada konsert pertama dan kedua. Namun konsert Tirai oleh Ain tetap diingati.
FARINA – Cantik (Nikki) – 1 Lampu Hijau
-Oh Farina rupanya semasa nak pegi ujibakat AF di Kuching, dia naik bas selama 10 jam dr tempat asal dia di Bintulu. Tapi tak sia2 dapat masuk AF8. Hehe. Lagu yg diberikan kepada Farina ini bagi aku sangat mencabar dan sukar. Bila tengok dia nyanyi rasa kesian pula. Adlin Cuma memuji sebab Farina mempunyai sikap Yakin dalam persembahan. Namun…untuk lagu ini Farina ada masalah ARTICULATION. Menyanyi tidak jelas dan Muzik lebih gempak berbanding nyanyian. Juliza memuji sebab gaya pergerakan Farina nampak natural. Namun, masalahh yang besar ialah picthing everywhere lah. Low Note tidak kedengaran. Wah sama mcm Alif dia ni. Aznil pula merasakan persembahan Farina bertenaga dan kehadirannya dalam AF dirasai.
SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah) – 1 Lampu Hijau
-Dari segi vocal persembahan Shahir adalah baik. Bagi Adlin, persembahan Shahir ok. Cuma selepas chorus penghayatan Shahir untuk lagu ni sudah tiada. Sepatutnya penghayatan berakhir apabila muzik itu berhenti. Hehe. Juliza pula menyatakan bahawa tone suara ok. Cuma tak nampak originality. Kalau kita pejam mata seperti terdengar seperti Jamal . Dan Aznil juga bersetuju dengan Juliza bahwa banyak kedengaran seperti Jamal. So, Aznil menasihati Shahir supaya pancinglah undi dr budak2 remaja bukan yang mak cik, nenek etc. LOL
IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
-Bagi aku persembahan Iwan sangat baik. Tak sanggka pula komen juri banyak yang tak baik. Ehmmm. Bagi Adlin, Iwan terlalu relax. Berbeza dengan persembahannya sebelum ini yang cool. Hehe Terlalu biasa saja. 1Minggu masa untuk berlatih lagu ini tidak digunakan sepenuhnya. Juliza setuju dengan Adlin bahwa biasa saja dan dia nak extraordinary dalam pertandingan ini. Aznil pula mengatakan bahawa Iwan Malas seperti penyakit Shahir pada minggu lepas. Aznil suruh supaya Iwan bangun dan jadilah serorang bintang. Tiada lampu hijau diberikan.
NAD – Bulan Cinta (Eva)
-Sebelum itu dipertontonkan VT pasal team futsal Nad. Wah. Tapi Kesiannya Nad. Hampir menangis dapat komen dari juri. Adlin komen bahwa persembahan Nad banyak yang tidak stabil dr segi Vocal, pergerakan, tarian, penghayatan. Tugasan yang diberikan tidak dibuat bersungguh@kurang praktis dan tidak menarik. Juliza pula mengatakan bahawa Nad belum sedia menyanyikan lagu dangdut. Kena balance tarian gelek dan nyanyian. Aznil pula merasakan tiada apa yang menarik dalam persembahan Nad. Dan jangan jadikan alasan bahawa ini baru minggu ketiga. Sepatutnya dr minggu awal2 lagi kena tunjukkan persembahan yg terbaik. Tiada Lampu hijau.
MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
-Wah Maulana dapat lagu Inggeris. Apa pun Maulana nyanyi ok kot. :D. Bagi Adlin Maulana adalah satu contoh persembahan yang baik kepada semua pelajar. Sebab Maulana ada efforts dalam lagu ini seperti dia menarik dan membuat pergerakan sesuai dengan lagu. Bagi juliza pula ia satu percubaab yang menarik. Cuma belum nampak originality pada Maulana. Dan kalau nak nyanyi lagu Inggeris mesti kena sebut dengan jelas. Aznil pula menasihati kalau nak buat pergerakan itu kena sharp sebab banyak yang tak sharp. Tiada lampu hijau.
ADIRA – Kini (Feminin)
-Emmm…Adira dapat lagu ni. Mampukah Adira membawa lagu ini? bagi aku persembahan Adira pada konsert sebelumnya lebih memukau. Adiln komen bahawa dia suka dengan clarity Adira. Sangat jelas. Cuma gerak tari Adira bersama penari2 (Ain, Anum, Nad dan Farina ) tidak menonjol. Juliza pula menyatakan Clarity terlalu over. Menyebut perkataan dengan over sehingga menjadi tidak merdu. So, kena merdukan lagu ini. Bagi Aznil pula.. persembahan Vocal Adira tidak mampu menutup kelemahan dalam persembahan tarian. Susah juga kan menyanyi sambil menari bersama rentak penari2. Uhh…Tiada Lampu Hijau.
DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang) - 2 Lampu Hijau
-Wah.. Daus dah potong rambut. Nampak smartlah jugak kan. Hehe. Semasa si Daus nyanyi tetiba Intan Ladyiana datang jadi proof. Kalau dalam Diary si Nad yang menjadi perempuan dalam lagu ini. sekali.. begegar juga tangan c Daus bila nak pegang pipi si Intan. Hahaha. Adlin komen ia persembahan yang ok. Cuma introduction tak ok. Terasa seperti menyanyi kat Karoke. Lagu pula tidak mencabar. Juliza berpendapat ia persembahan yang sederhana sahaja. Teknik pernafasan kena jaga sebab banyak masalah. Aznil pula memberikan lampu hijau sebab dia mahu Daus teruskan membuat persembahan yang baik.
ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana) – 2 Lampu Hijau
-Anum selaku persembahan penutup konsert. Keberanian Anum di atas pentas mendapat pujian oleh juri. Adlin menyatakan bahawa Anum seorang pelajar yang berani di atas pentas. Walaupun pada intro lagu nampak seperti ada masalah tapi lagu ini ngam dengan Anum. Juliza pula memberi komen bahwa Anum atas pentas seolah2 membuat Video Clip. Nampak seperti Miming. Penyanyi latar yang banyak bernyanyi. Hehe. Rasa2nya Aznil ni minat kat Anum lah. Sejak dr konsert Tirai lagi sampai skg Aznil selalu memuji Anum. Aznil mengibaratkan bahawa Anum serasi dengan lantai. Anum suka duduk kat lantai masa buat persembahan. Hehe. Dan persembahan Anum membuka mata penonton.
Susah juga nak pilih ranking untuk minggu ketiga ni. Sebab semuanya hampir sama saja. Patutkan ranking berdasarkan jumlah lampu hijau?
Berdasarkan Lampu hijau oleh Juri: (2 )Alif, (2) Anum, (2) Daus, (1) Ain, (1) Farina, (1) Shahir, (0) Adira,
( 0 )Iwan, (0) Maulana, (0)Nad
Apa pun My Ranking: 1. Ain 2. Alif 3. Shahir 4. Adira 5. Iwan 6. Maulana 7. Anum 8. Daus 9. Farina 10. Nad
P/s: berdasarkan persembahan konsert ketiga ini siapa pun tersingkir esok aku tak kisah. Hehe. Ingat Debaran AF8 esok, Ahad pada jam 8.30Malam. Bukan jam 9mlm ok. Sebab…. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 berlangsung pada jam 9 di TV3. Clash gitu. Lepas debaran AF mereka yang terlibat akan begegas ke Arena Of Stars, Genting Highland. Berhati2 di Jalan raya yer.
Labels: Akademi Fantasia