Debaran AF8, 11 April 2010, Ahad

Alif tersingkir! Undian SMS gagal memihak kepada Alif. Dua peserta paling rendah tadi adalah Farina dan Alif. Tapi apa boleh buat minggu keempat ini Alif jadi mangsa oleh jari-jemari. Berdasarkan pendapat juri dan tenaga pengajar semalam paling baik Ain, Adira dan Maulana. Paling teruk Iwan dan Nad. Rupanya dikalangan pelajar sendiri juga tidak puas hati kepada juri sebab Adira tidak mendapat lampu hijau pada konsert semalam meskipun telah membuat persembahan terbaik.. emmm..

Dengan tersingkirnya Alif.. kini tinggal 8 lagi pelajar yang akan meneruskan cabaran di AF. wah... 4 lelaki 4 perempuan. Adil juga pengundi zaman skg ni kan. Pandai dorang gilir2kan untuk seimbangkan jantina pelajar dalam AF. hehehe..

AFUNDI selepas undian ditutup:

1. Iwan 29
2. Shahir 23
3. Ain 12
4. Nad 11
5. Daus 9
6. Maulana 7
7. Adira 6
8. Farina 3
9. Alif - TERSINGKIR!


Wah.... Adira dan Maulana yang terbaik dalam kedudukan bahaya giler. Pengundi bertungkus lumus mengubah kedudukan.


Teruskan mengikuti perkembangan AF.

Emm.. malam ini sangat tension sebab Tv2 ada Pertandingan Akhir Bintang Aiminnal 1Malaysia. Kat Tv3 pula ada Mentor. Kat Astro Ria ada Debaran AF. kecoh kat rumah ni nak tengok mana satu tadi. Akibatnya sekejap sekejap tukar channel. hahaha. Apa pun Alif  tersingkir!

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every