17 April 2010, Sabtu

Sangat2 terkejut apabila mendengar berita ini. Sebab petang tadi masih sempat melihatnya dalam Hit 1 bersama dengan Nana. Terkejut bila banyak status kawan2 dalam Fb pasal Achick Spin meninggal dunia. Sekali buat searching dalam web ternyata benar. Antara info yang saya temui.

 -------------------------------------------------------------
''Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.''


 ------------------------------------------------------------
17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

------------------------------------------------------------------------

Takziah kepada keluarganya arwah Achik Spin. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Rasa2nya satu malaya ni kenal dengan arwah. Sebab beberapa Album dan lagu mereka pada era tahun 2000 sangat meletup2 di Radio dan Tv. Lagu semua bagus. Mereka adalah antara kumpulan remaja popular masa tu. Bagi saya sendiri saya mmg minat dengan kumpulan mereka. Bah kan kalau pergi ke Redbox, K-box etc... lagu2 dr mereka selalu sy nyanyikan. (walaupun sy tidak pandai nyanyi.. hehehe) Wah. Sedihnya. Dalam masa terdekat ini antara penyanyi yang kembali ke rahmatullah selain Achick Spin ialah Yanie Mentor, Din Beramboi. Semoga mereka dicucuri rahmat.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every