11 April 2010, Ahad, 8.30Malam, TV2, Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur

Buat pertama kali diperkenalkan, pertandingan bintang Aiminnal 1Malaysia iaitu porgram Realiti Tv anjuran RTM mencungkil bakat bukan melayu dalam bidang nyanyian. Berlangsung dalam konsep 1Malaysia peserta terdiri daripada berbilang kaum. Peserta yang terpaksa menghadapi sesi sarinagn sebelum memasuki peringkat akhir pada malam ini nampaknya terbaik diantara yang terbaik. Seramai 10 peserta akhir mempersembahankan bakat mereka.

10 finalis yang dipilih ialah Angela Chua An Qi, Iris Perine Vethamoni Asirvatham, Jess Lee Kar Wei, Marian Shanti Danaraj Jackson, Bonny Lin Vun Seng, Patmasri Dewi Jothiswaran, Emily Tan Yen Ming, Philip Martin Devidass, Vincent Khor Wei Shin, dan Lee Cheng Wen. Hadiahnya juga cukup cukup lumayan.

Keputusan:
Johan: Wen (Kota Kinabalu, Sabah) - Hadiah Rm 20,000
Naib Johan: Bonny (Sandakan, Sabah) Hadiah Rm 15,000
Ketiga: Iris  - Hadiah Rm 10,000
Bintang Paling Popular: Emily - Hadiah Rm 5000
Pemenang Saguhati: Hadiah Rm 2000 setiap seorang

Nampaknya peserta dari Sabah mengungguli pertandingan ini dengan mendapat Johan dan Naib Johan.
Pertandingan yang sebegini seharusnya diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia dapat mencungkil bakat2 baru dikalangan bukan Melayu di Malaysia.

Pujian yang tidak terhingga kepada semua perserta kerana sebutan mereka dalam Bahasa Melayu sangat2 baik. Macam ni lah yang kita mahu dalam menjayakan 1Malaysia.

Kepada Wen dan Bonny Tahniah kepada kamu berdua. We as a Sabahans very2 proud both of you. Sesungguhnya persefahaman kaum di Malaysia haruslah dijaga demi untuk kesejahteraan negara tercinta.

Syabas kepada RTM!!

Boleh Baca Maklumat dari Utusan Malaysia Online

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every