Busy keja...balik dr office sekitar jam 6.30 mcm tu aku terus balik rumah. Then..kawan ajak pegi Cheras naik moto... Tak makan lagi lepas keja terus ikut kawan pegi cheras. Kawan aku ajar tuysen kat sana. Aku just lepak. Lepak punya lepak kami balik rumah dah jam 12 midnight. wow...malam tu hujan2 lagi tu..kami balik saja p rumah. adeh...boleh pulak tayar moto tu pancit kat tol cheras...so, tak ada cara lain terpaksa jalan kaki sampai ke Kondo Rakyat. Kaki mcm dah nak tercabut dah. Letih sangat..heheh....trauma naik moto malam2 dah ni..heheh...
But, kami sampai juga dirumah. 2jam lebih juga jalan kaki oh...hehe..
MEMANG PENGALAMAN PAHIT.
Lagu ni jadi pengubat keletihan..
Labels: Diary
Minggu ini saja hariku dimulai dengan pergi Redbox Sogo ngan kawan2. hehe..penat juga karaoke di Redbox tu ek..hehe..
Buat masa ni aku masi busy lagi. Ada keja lain perlu aku buat. Exam PTD pun aku tak dapat pegi. ciannyer...ala..kalau pegi pun takkan lulus punya. hehe..last year da cuba tapi gagal. next time la aku try lagi. hehe..
aku cuba cari berita2 hiburan yg aku minat..AF7 still dalam penapisan. awal mac ni AF akan mula. mula lah demam AF lagi di Malaysia ni..hehe..aku layan je benda2 mcm ni. kadang2 tu aku siap undi sms tu lagi. peduli la buang kredit. bukan kredit korang pun..hehe
Esther - Better In Time. It's was the best performance for the night!!
malam tadi...OIAM 3 konsert pertama sudah bermula. seramai 12 peserta beraksi. Malangnya (hehehe)...Ester telah buat persembahan hebat. Paul dan Syafinaz benar2 kagum. Peserta kegamaran tu. hehe...so, Ester dapat terselamat daripada tersungkir di minggu hadapan. hebatkan...hehe...ingat mau pegi bah di plaza alam sentral tu. tapi balik keja lambat pulak. so, maybe next week la mau p sana. tgk live mesti best kan...hehe
MyStarz Lg pun masuk final sudah. Sokong c Hairi tuh. Final nanti dia nyanyi lagu rock. wow...
apa pun..

Bila aku explore fail2 di laptop aku ni, aku nampak pula banyak gambar masa lalu. hehe..cari punya cari..aku nampak gambar yg salah satu paling bermakna dalam hidupku..ceh...(minta puji saja kerja aku ni..wakakaka)...
Pic ni diambil semasa jamuan berbuka puasa bersama Menteri Sabah di PWTC, KL pada tahun 2007. Masa ni semua student Sabah di Semenanjung dijemput hadir. Kira penuh juga la PWTC tu. Makan pun kenyang. Kerajaan Sabah yg sponser jamuan ni. Thanks!..
Dapat juga aku begambar ngan Menteri Sabah.
Labels: Diary
Lagu memang aku suka dengar. Sofaz memang best. Aku ada semua album dorang. hehehe..
Sempena hari valentine ni kalau dengar lagu ni best kot. hehe. Lagu ini sungguh bermakna dengan ku. Semoga terhibur dan teruskan berhibur.
Masa study dulu..aku banyak nampak orang buat filem, multimedia presentation, dan lain2. Sempat juga lah belajar adobe photoshop, movie maker, cyberlink, swishmax dan lain2. Cuma masa nampak program After effects tu kan susah mau belajar. Pening kepala. Memang senang saja cuma kena kreatif kan. hehe... aku pun tau sikit saja. Budak baru belajar la konon. Orang yg banyak mengajar aku adalah si Daus budak Laha Datu. Sama2 study di UM. hehehe..
Kalau mau buat filem pendek(yg kampung2) cukuplah kalau ada camera digital, computer for kerja mengedit videos. hehehehe. Memang best belajar benda ni. Semalam aku jumpa seorang pelakon. So, aku suruh dia belakon untuk filem aku konon.wakaka. Nama dia Larry.
Title : A Magic Of Fingers
Director : Tody
By : Tody Production
Sinopsis: Orang ni ada kuasa untuk mengemas rumah dalam sekelip mata saja. Dengan kuasa jari-jemarinya saja dia boleh mengubah segalanya. Apabila dia selesai mengemas maka dia akan tersenyum dengan cute sekali. Kini dia tak payah risau kalau rumah dia tak terurus. Sebab guna jari je.
Jangan kamu kasi ketawa ok. Relax saja. hehehe.. Next time mau buat filem (yg kampung2) lagi.
em...susah juga mau cari pelakon ni. hehe..
Labels: Seni
Bercuti merupakan salah satu cara untuk membuang segala stress dalam fikiran. So, aku pegilah bercuti konon. Lokasinya...di Johor Baharu. hahah...percutian aku 3hari 2malam. Penginapan dan pengangkutan aku ditaja oleh kawan aku kat JB..wakaka... tak mampu nak stay di hotel.
Sepanjang kat JB aku dibawa berjalan2 keliling JB. Sebelum ni mmg pernah pegi JB tapi sekejap saja. Sebab tu pun sebab pegi masa abang angkat aku kawin. Perkahwinan Saiful Amri dan Yulma.
(mereka kawin di Masai, Johor). Memang JB mmg best lah. Next time aku nak pegi lagi. hehehe...
Mcm sakit hati juga sebab tidak dapat pegi di Singapore. Masa di Danga Bay tu..Negara Singapura dapat dilihat. Hehe...aku tiada pasport bah. Lagi pun jgn pegi Singapore kalau tiada duit yg cukup kan..hehe...

Jom lah...
Labels: Diary
Selepas letih jalan sana sini. Akhirnya aku mau berehat sekejap. Nak pegi makan angin. hehehe...
So, buat seketika aku akan offline. Mungkin hari Isnin baru dapat online.
Lepas rehat aku akan aktif semula dalam semua web yg selalu aku join..ehehehe..
All the best!!
Labels: Diary
Tayar moto yg pancit tu siap dalam masa 15minit saja. Upah makenik tu rm12. Terus kami bergegas ke stesen U. Jumpa dengan kawan seorang tu mmg dah marah giler sebab tunggu kami sejam lebih. Well, terus naik LRT pegi ke Sogo. Wah...nak pegi redbox mmg mahal time tu sebab dah pukul 5pm. so, pegi kat K-box je lah. hehe..nyanyi 10 lagu saja.

Perut dah lapar. Then kami pegi makan kat Jusco. Aku makan nasi lemak ayam. Daus pulak makan nasi lemak daging. Yang bestnya...hidangannya ala-ala tradisonal. Kat bandar susah nak cari mcm ni..wakakaka..

Jam 8.45malam tu kami tengok Cinema: Sifu & Tonga. Filem ni bagi aku best. Tapi tak mau ulas kat sini. So, korang yang tak tengok lagi kenalah menonton. hehehe....sudah habis..balik rumah lah. Tidur.
ok.
Labels: Diary



Lunch tu pada jam 1pm. Semasa hendak berangkat ke RU UM aku mendapat sms dari Cik Mary yang tetamu yang dijemput ramai yang tak dapat hadir. Lantaran itu, dia menyuruh aku membawa beberapa orang untuk lunch bersama. So, aku bawa si Daus. Aku tahu daus ni dia cepat bertindak. Aku Ym ngan dia..dia cakap dia baru nak masak. Aku cakap kita lunch je kat RU UM. Tak payah masak.
Aku malas naik bas. Aku ajak dia naik teksi saja. Aku singgah dia kat Vista tu. Kami mmg menepati masa dengan sampai tepat di RU UM. Well, acara lunch tu simple saja. Dr. Juli bagi ucapan penghargaan sedikit then terus makan. Kami pun makan lah.
Memang makanan banyak tapi tetamu yang hadir cuma sedikit. So, nak tak nak kena 'tapau'. beg palstik akan disediakan.

Labels: Diary
Aku bermalam kat sana. Kawan Filipino tu tempah pizza. Kat Bangsar ni buy 1 free 1. Call saja nanti dorang hantar kat rumah. Lebih kurang 45minit pun sampai la. hehehe...habis pizza tu terus. Maklum lah masa tu perut tengah lapar. Aku tertidur sana dan terbangun jam 10 pagi.
Tetiba kawan dari sarawak iaitu nama dia Omar hantar sms kat aku. Dia cakap dia da kat Lcct dah. Terkezzut pula sebab aku tak tau yg dia ke KL. So,dia ajak aku untuk jumpa kat Mid Valley jam 5pm mcm tu.
Aku masih lagi kat rumah kawan. Kami lunch di kedai makan kat bawah kondo tu. Aku makan nasi goreng pataya dan minum milo ais saja. hehe... Aku kena belanja. hehe.. Mmg sedap la makanan kat sana tu. Then, kawan spanyol ajak pegi kat Mid untuk beli barang keperluan dan jalan2. Dorang nak ajak aku tapi aku tolak. Sebab petang tu aku akan ke Mid juga lah. Then, aku balik rumah terus. Charge hp jap sebab dah low bat. Semantara menunggu jam 5pm aku tidur jap. hehe...
Hp ku berbunyi berkali2. Si Omar tu balik2 call..' cepat datang ke mid. aku dah sampai ni' kat nya. Aku yg dah siap sedia tu terus bergegas ke Mid. Tunggu bas lambat giler. Mudahnya..naik teksi. Buang duit rm4.40. hehehe..
Kat Mid..si omar ni cakap dia tunggu kat restuarant Nandos. Aku terus pegi sana. Akhirnya...kat Nandos lah kami dinner. Sedap giler. Masa dinner tu kami sembang2. dia cakap dia kena suruh training kat KL ni. Dia keja ngan Maybank. Lepas training sebulan dia akan dipindahkan ke Kapit, Sarawak. Ia kawasan pedalaman. hehe..
After dinner tu, kami jalan2. Ingat nak pegi redbox the garden tapi..mahal pulak. Tak jadi nak nyanyi. Gila nyanyi ni..hehehe...(tapi kalau kena suruh perform kat public aku tak berani pulak..wakakaka)..
Penat juga jalan2 ni. Tetiba rasa da lewat pulak. Si omar ni stay kat Bangi. Agak jauh dari Mid. So kena balik awal. Before that..dia beli barang2 kat Carfour jap. well, Esok dia akan keja. so, Dia balik naik KTM terus. hehe..
Aku pun balik juga. Biasa lah mau tunggu RapidKL ni lambat betul mau datang. Sekali lagi aku naik teksi pulang ke rumah. Melayang Rm4.50. hehe..kadang2 budget tambang ni pun kena set awal2. Entahlah...aku malas sangat naik bas..hehe..
Well, esok pula aku ada lunch kat Rumah Universiti UM. Aku dijemput sebab aku adalah urusetia time Perdidangan Kebangsaan Orang Asli pada hujung November 2008. Janji meriah..
:P
Labels: Diary
Well, aku dan kawan2 pegi events kat Amcrop Mall kat Taman Jaya hari ini. Ia sempena jualan amal untuk mangsa keganasan di Gaza. Beli sambil menderma. Melihat kepada situasi di Palestine memang amat menyedihkan. Rejim Zionis memang mengganas!!
Ia dimeriahkan oleh artis2 terkenal. Mereka buat kerja amal ini. Selain menyanyi dan menghiburkan orang ramai mereka juga perlu buat kerja amal. Ramai artis yang hadir yg turut bersama2 menjayakan event ini.




Dia tak lah tinggi sangat. Aku memang respect dia sebab berjaya bertahan di arena seni tahan air. Vocal dia memang mantap. Semoga berjaya. Sekali kawan2 tengok pic ni dorang cakap ngam la kamu couple. hahaha...Siti Sarah sudah bertunang lah..
Labels: Diary, Isu Semasa, Seni