Best giler!!!
Sebagai anak jati negeri Sabah, seharusnya kalau boleh setiap tempat di Sabah itu harus dilawati. Tapi apa boleh buat, Sabah tu besar dan perlu banyak waktu untuk melawati tempat2nya. Lagi pun, hidup ni busy so nak jalan2 pun susah kerana banyak perkara lain lagi yg perlu kita lakukan.
Namun, aku berkesempatan jalan2 ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Memang masa sekolah menengah dulu selalu pegi di UMS ni tapi tak sempat ambil gambar. Cuma baru2 ni je pegi sana dan ngam2 terbawa Camera. So, apa lagi ada lah juga kenangan masa kat sana. hehehe..(bukan poyo ye..).
Aku yg study di Universiti Malaya masa tu sudah tahun akhir. Dan aku perlu menyiapkan sebuah Latihan Ilmiah sebagai syarat kepada pengurniaan Ijazah. Oleh kerana kajian ku berdasarkan Sejarah sabah (ada tajuk yg lebih khusus lagi) maka Arkib Negeri Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan UMS menjadi lokasi ku untuk mengumpul bahan dan dibawa ke UM. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Ok sangat.
Aku sempat lagi tidur kat Kingfishier iaitu di hostel kawan ku nama dia Zaki. Dia study di UMS dalam jurusan Antropologi. Lebih kurang mcm aku juga yg amik jurusan Sejarah kat UM. Dia lah yg berperanan membawa ku ke sana sini semasa di UMS. hehe. Thanxxxxx yah.
Semoga lain masa aku akan dapat jalan2 lagi disini. Iya lah kan sekarang ni masih stay di KL. Susah sikit nak jalan2. Tapi, travel sambil buat research memang kegamaran ku. Tu pun kalau ada duit. hehe.
Labels: Diary