20 Mac 2010, Konsert Pertama AF8

Aku saja2 nak ulas. hehehehe. ala ulas sikit2 je.


Maulana – EXTRAVAGANZA (Bunkface)
- Wow aku suka masa dia mula2 start. Dia ikut musik. Then sebelum dia nyanyi dia sempat buat aksi. tapi komen juri dia tak berapa best. hemmmm.


Adira – BERTAMU DI KALBU (Jaclyn Victor)
- Peserta kelahiran Ranau, Sabah ni mendapat pujian dari ketiga2 juri. Vocal yg dilontarkan oleh Adira berjaya memikat penonton. Actully, aku tak pernah dengar lagu ni. Maybe AF8 nak promot lagu ni kot. hehehe. Apa lagi.. AFUNDI la.


Shahir – KHATIMAH CINTA (Sixth Sense)
- Oh dia ni Ex-Saujana rupanya. Dah banyak pengalaman menyanyi. Untuk lagu ni dari segi vocal dan penghayatan ok. Komen juri kurang energy.


Nad – ERT (Farah Asyikin)
- Kesian Nad dapat lagu ni. Masa Nad diberikan lagu ni dia ada cakap kat Diary dia tak bape suka lagu ni. ehehe. Hasilnya apa yang dapat disaksikan diatas pentas. Mendatar dan juri kecewa dengan persembahan Nad.


Daus – CARI JODOH (Wali Band)
- Lagu ni semua orang tahu. Ramai orang hafal lagu ni. Bagi aku lagu2 Indonesia bagus2 tapi kalau dinyanyi secara live menjadi tak berapa best. Koment juri.. Daus tengelam dengan lagu ni dan dorang harap dia dapat kenal dengan dirinya sendiri.


Farina – PAPARAZZI (Lady Gaga)
- Farina antara peserta wanita yg mempunyai vocal yg bagus. Untuk lagu ini farina dapat bawa dengan baik. Lagu lady gaga ni rasanya sukar dinyanyikan. Komen juri.. farina nampak baik saja bawa lagu ni dan sepatutnya farina kena agresif dan nakal kononnyer. hehehe


Alif – KAU AKU (Aizat)
- Si Alif ni peserta paling muda dan dianggap berani bila berada di atas stage. tapi Anum lagi berani. hahaha.. lagu ni senang dan tidak susah dinyanyikan. komen ok jer. Juri kalau tak dapat koment pasal vocal dorang koment pasal macoh la pulak. Dorang suruh si Alif ni macoh bila berada di stage. ok


Anum – AKU TAK PERCAYA CINTA (Liyana Jasmay)
- Anum mmg berani atas stage. Dia buat apa ja yang dia suka. Ni lagu Liana Jasmay aku jarang dengar. Tapi rasanya aku pernah dengar dan nampak penyanyi asal ni nyanyi kat Tv waktu dulu.. ehemm.. dia nyanyi adalah sumbang mambang sikit. Apa yang pasti.. Anum sangat bertenaga di atas stage dan tak tiru siapa2. Anum yang Ori. hehehe


Shah – BENGANG (Akim AF7)
- Shah rupanya bekas Top 26 AF7. tapi rezeki dia untuk AF8 ni. Dari segi Vocal.. aku rasa Shah better than penyanyi asal. hehehe. tapi juri komen Shah tak menghayati lagu ni dan kata Pak Aznil itu bukan bengang tapi putus asa. hehhe. Si Akim nyanyi nampak bengang ker?? hehehe


Ain – HEY LADIES (Rossa)
- Ain telah mengejutkan warga Malaysia apabila berjaya memikat warga Malaysia dalam konsert Tirai AF8 dalam lagu The Climb. tapi untuk konsert ini pihak juri kurang memuji persembahan Ain. Namun, dari segi Vocal Ain tetap bagus. Sekali lagi.. Lagu dr Indonesia kalau dinyanyikan secara Live rasa tak best. Usaha keras Ain bernyanyi sambil mengikut rentak tari sedikit menganggu tumpuan ain.


Ema – YANG TERBAIK (Marsha AF3)
- Ema iaitu kakak kepada Adira sangat membanggakan. Ye la kalau dibandingkan dalam sesi penilaian bersama Pengetua dan Tenaga Pengajar dalam Dairy AF tu sangat mencemaskan. Dia nangis2 mcm tak boleh bawa je lagu ni. tapi... semasa konsert wah!... Ema mendapat pujian juri. Tahniah Ema!!


Iwan – HAVENT MET YOU YET (Micheal Buble)
- Iwan yg masa konsert Tirai dia sakit tekak nampaknya sudah pulih. Persembahan penutup yang sangat menghiburkan. komen juri.. Iwan bermula dengan baik tapi gagal mengekalkan sehingga kelihatan mendatar.

Persembahan Lagu Sekolah. Masa dorang menari Stage tu nampak kecil. Takut juga kalau ada yg terjatuh ke apa. ok lah. Semua body nampak ok dan boleh menari. Berbanding dengan AF sebelumnya... ramai yang nampak 'kayu' sedikit.

My Ranking:
1. Adira <----- semua setuju 2. Iwan 3. Ema 4. Alif 5. Shah 6. Ain 7. Farina 8. Shahir 9. Anum 10. Maulana 11. Daus 12. Nad


Rupanya penyingkiran dibuat pada hari esoknya (Ahad, 9Malam) dalam Debaran Akademi Fantasia bersama Sarimah Ibrahim. Patutlah masa konsert dorang cakap mcm nak cepat saja. Kesuntukan masa ek. Tapi bagi aku gandingan pengacara ok je. tak banyak mengarut2 mcm pengacara lepas. Stright to the points gitu.

Sila Baca: Murai.com.my untuk maklumat lanjut.

1 Comment:

  1. LuVidA^^ said...
    nice review... kite ske shahir n ema

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every