AF8 – Konsert Kedua

27 Mac 2010, Konsert Akedemi Fantasia ke-2

Entahlah. Aku tengok konsert malam ni ok jer. Tapi komen pengkritik yang tak ok. Deja Moss dia cakap benda yg sama jer.. tone placement, breathing, nyanyi tak forward, etc kepada semua pelajar. Ye mmg semua tu penting. Tegas juga Deja Moss ni ha. Hehe.


Suara Adira tetap memukau


Sedikat Ulasan (saja2 nak ulas):

Ema - Pakai Buang (Stacy)
- Siapa sangka Ema yang lebih kepada lagu2 berentak slow diberi cabaran menyanyikan lagu Stacy yg memerlukan energy yg kuat. Ema dapat juga buat. Komen Adlin, dia puji sebab sebutan jelas tapi Ema nyanyi tiada klimak. Mendatar sedikit. Aznil pula cakap dia kena jiwai lagu ni. Keluarkan marah itu dalam lagu ini. Hehe. Tapi nyanyian yang baik


Daus - Menatap Matamu (Aril)
- Suara si Daus nyanyi lagu ni sangat bagus lah. Ngam pulak tu. Komen si Adlin ok. Cuma dia kena cabar lagi diri untuk industri ini. Deja Moss cakap Daus nyanyi better than last week. Aznil pula kata kalau menyanyi atas stage kena bawa diri sebagai bintang bukan sebagai pelajar. Dan Daus nyanyi mmg bagus malam ni.

Nad - Aku Wanita Biasa (Krisdayanti)
- Wah Lagu ni sangat pendek. Hampir 2minit saja. Hehehe. Bagi aku Nad nyanyi banyak ada sumbang sedikit. :P . bagi Adlin Nad dapat interprestasi lagu ini dengan baik. Bagi Deja pula, Nad nyanyi nampak kat muka. Aznil pula kata, lagu ini kena bagi banyak emosi.

Alif - Dance With My Father (Luther Vandross)
- (VT pasal Ayah Alif rindu kepada Alif ditayangkan ). Suara Alif kadang2 tidak jelas terutamanya utk low note. Tapi suara mcm ni mmg unik. Si Adlin sempat bergurau..dah nyanyi lagu inggeris terasa mcm international ker? Hahaha. Tapi oklah. Si Deja pula heran mengenai c Alif ni sebab masa bercakap suara lain dan masa menyanyi suara lain. Hehehe. Bagi Aznil, Alif ada ciri2 bintang tapi kena keluarkan lagi ciri itu.

Farina - Ketentuan (Ramlah Ram)
- Lagu ni dibawakan dengan cari tersendiri oleh Farina. Tapi bagi Adlin, dia mempunyai banyak masalah dalam persembahan vocal Farina terutamanya pada low tone. Ah kat sini lah Deja banyak komen pasal technical dalam nyanyian, tone placement, breathing,etc. Bagi Aznil, dia komen pasal sebutan ‘r’ dan ‘t’ kena betul. Sebut dalam bahasa melayu dengan betul . bukan sebut dalam lidah mat saleh. hahaha

Anum - Sekadar dipinggiran (Franscisca Peter)
- Yelah, Suara Anum kan rock. Tetiba dapat lagu yg mcm ni. Hahaha. Tapi tidaklah teruk sangat. Adlin komen pasal Anum kena mendengar bunyi instrument betul2. Deja kata penyampaian bagus tapi kena bagi nafas yang kuat. Better than last week. Aznil pula kata Anum kena belajar becinta sebab emosi kurang. Last word dr Aznil.. ‘Anum Cantik’. Hahaha

Iwan - Mencari Konklusi (Hujan)
- Penampilan Iwan mmg smart. Tu yang orang duk jerit2 tu sebab Si Iwan ni Smart. Adiln komen dalam ramai2 pelajar dia yang paling cool. Persembahan ok. Deja pula komen sedikit mendatar dan last week is better. Ye ker?. Manakala Aznil pula memuji Iwan kerna dia tampil kat atas stage tak nampak sebagai pelajar. Macam dah jadi artis gitu. Haha.

Ain – Lagu Happy(Amy Mastura)
- Ain balik2 dapat lagu fast. Ain kena menari sambil menyanyi seperti konsert pertama. Tapi Orang masih terbayang2 lagi persembahan Ain di konsert Tirai kan. Ehmm. Adlin komen Ain tidak bersatu dengan tarian. Deja kata Ain nyanyi lagu slow ok tapi lagu fast tak berapa ok. Komen Aznil cukup ringkas ‘ kami rindukan Ain masa konsert Tirai’.

Maulana - Hasrat Hati (S. Mariam)
- Wah Maulana dapat lagu nyanyian Ibunya sendiri iaitu S.Mariam. Ibu Maulana siap buat surprise lagu tetiba muncul kat atas stage. Haha. Maulana ni anak penyanyi rupanyerr. Hehe. Ketiga2 pengkritik memuji persembahan Maulana. Adlin kata ia menarik tapi kena cukup bagus lagi. Deja kata Maulana lucky sebab ibunya penyanyi dan better than last week. Aznil pula berkata ini persembahan terbaik maulana.

Shahir - Jangan Nakal (Alif Satar)
- Lagu ni sangat best. Bagi aku shahir nyanyi dengan baik dan persembahan yg baik. Adlin kata ia sesuatu yang fresh. Deja cakap Shahir nampak pemalu kat atas stage. Bagi Aznil pula, ia penyampaian yg malas dan orang tengok pun nampak malas.

Adira - Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza)
- Adira yang membuat persembahan pertama last week tetapi dia peserta terakhir untuk konsert kedua. Tapi sekali lagi.. Adira tidak mengecewakan. Selepas terbaik dan memukau pada konsert pertama sekali lagi Adira diberi pujian pada konsert ini. Adlin berkata ini persembahan paling baik malam ini dan persembahan Adira adalah yang paling kuat. Aznil pula berkata Adira tidak perlu bergerak kerna suara Adira sudah cukup memukau. Hahaha. Wah memukau gitu.


My Ranking:
1.Adira (semua setuju kot sebab dia disaingi hebat oleh Maulana haha) 2.Maulana 3.Iwan 4.Daus 5.Shahir 6.Ain 7.Alif 8.Ema 9.Anum 10.Nad 11.Farina

Oh.. persembahan pelajar perempuan kurang menyerlah. Kecuali Adira. Lelaki semua bagus. Ah next week kasi lagu yang best2 lagi. Malam ni tarian menuju puncak ditarikan dan tidak dinyanyikan. Sebab…. Esok masa debaran af dorang buat lerrr. :D

Apa pun undilah dorang. Nantikan Debaran AF pada esok hari pulak. Siapa bakal tersingkir? Kat American Idol Paige Miles dah tersingkir.

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every