21 Mac 2010, Debaran AF8

AF kali ini seakan American Idol kerana melakukan penyingkian pada keesokan harinya selepas konsert. Dihoskan oleh Sarimah Ibrahim ternyata membuat hatiku berdebar-debar sebelum diumumkan siapa tersingkir. hehehe..

Stright to the point:
3 Undian terbawah: Alif, Maulana dan Shah. Malangnya.. SHAH TERSINGKIR!! bye2 Shah. Shah atau nama sebenarnya, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein. Kini tinggal 11 lagi pelajar yang beraksi di AF.

Peratus undian selepas undian ditutup:
Shah (3%), Alif (3%), Maulana (4%), Daus (5%), Nad (6%), Farina (6%), Ema (7%), Adira (9%), Iwan (10%), Shahir (11%), Ain (12%) dan Anum (25%).


....
Debaran AF dimulakan dengan persembahan lagu bonus dan ternyata mereka mengalirkan air mata. Sedihlah konon. Atau buat2 sedih atau buat2 menangis. hehehe. Tapi sebelum itu VT pasal situasi dibelakang pentas untuk konsert sebelumnya ditayangkan. Kemunculan mereka cuma 11 orang. Yang sorang lagi pegi mana?? jeng jeng jeng... atas nasihat dokter, Ain tidak dibenarkan menyanyi pada masa tu dan tidak dapat datang ke Stadium sebab Ain masih berada di Hospital. Oh.. Ain sakit rupanya. Jaga kesihatan mu Ain.

Mereka menyanyi dan menari lagu sekolah Menuju Puncak dan selepas itu penyingkiran Shah diumumkan. Cukup ringkas dan singkat nampaknya Debaran AF ni. start 9.00 Malam - 9.30 Malam sahaja. Habis. Masa yang tidak cukup ini menyebabkan siaran berakhir semasa Shah masih berada di atas pentas. Biasanya..pelajar menarik beg turun dari pentas dan bersalaman dengan Pengetua dan Tenaga Pengajar. Tapi tadi tidak sempat ditayangkan di Tv. hehehehe.

Rasanya... Debaran AF8 tak payah pun tak apa. Malah banyak faedahnya kepada semua. tak perlu bayar sewa stadium utk hari ahad (hehehehe). Orang ramai termasuk penonton, ahli keluarga peserta, tenaga pengajar tak perlu susah2 ke stadium lagi. Cukup selesai pada hari malam konsert (Sabtu) itu pun dah cukup dah. hehehehe.. :P. Ditayangkan ke Tv selama 30minit je. sekejapnyerrr... mcm buang masa pun ada. hahahha
Betul ker aku dengar ni... Debaran AF8 ada ni sebab Jimmy 'tak mahir' handle part penyingkiran kerna tradisi AF untuk penyingkiran kena menangis, sedih atau bermain dengan emosi gitu. Jimmy kan Happy Go Lucky. hehehe. Apa pun Jimmy did a good job for the Dairy AF. Trek Selebriti: Aril AF7 dah rampas dr Jimmy. hehehehe

Peserta Kegemaran Pengetua dan Tenaga Pengajar: Adira dan Iwan (Tepat jangkaan semua orang.)
-----------------------------------

Saya sekadar ulas dan komen sikit je. Sorry terkasar bahasa. :D
Harapan: Lagu-lagu yang diberikan biarlah yang best2. Dan Tak payah lah lagu Indonesia dinyanyi di konsert AF. hehehehhe

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every